“Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.
Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”
Buanasuara;
Buana setuju 100% kalau Islam tidak dipergunakan sebagai dinding kekebalan individu yang berkepentingan diri dan puak.
Sumpah Saiful tindakan bodoh kata Hj Hadi
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.
“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.
Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-
Tiada arahan bai’ah cerai isteri talak tiga
KUALA LUMPUR 9 Nov. –
Petikan tarmizi.rahim@utusan.com.sg
Mustapha Ali
“ Kita memang ada bai’ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita lantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan.”
Khalid Samad
Buanasuara;
1. Yang membongkarkan rahsia adalah orang lama dari Parti Pas
2. Yang menafikannya pula orang kuat Pas juga.
3. Ada pula yang berdolak dalih tentang isi kandung sumpah bai’ah.
4.Begitu juga dengan kes Saiful Bahari. Apabila Saiful bersumpah laknat, dia dikutuk habis-habisan oleh ulamak Pas. Kononnya sumpah itu tidak betul tetapi tidak pula ingin menjadi mediator kepada Saiful dengan tertib yang betul atas nawaitu 'Lillahita'ala'.
Tetapi kalau inilah corakgayanya Pas sangat-sangat keliru dan mengelirukan.
Semoga Dr. Asri berjaya dalam misi beliau. Amat diharapkan Dr. Asri berhati-hati dalam melibatkan diri dalam kancah politik agar tidak menimbulkan salahfaham umat Islam tentang penglibatan beliau dalam politik. DAN teras Islamnya tidak terlucut dari gengaman beliau apabila jadi seorang politikus. JADILAH POLITIKUS YANG TIDAK MENIKUS!!
asri menyertai politik ... jgn percayai lagi apa yg dia kata...
ReplyDeleteLagak gayanya lebih kepada ingin menjadi popular dengan cara meneyokong dan membangkang ke dua-dua belah pihak iaitu Kerajaan dan pembangkang. Nawaitu Dr. Asri sendiri semakin hari semakin terserlah. Adalah menjadi satu malang kepada masyarakat bilamana ulama bercita-cita memegang kuasa. yang lebih penting adalah kerjasama bukan perpecahan.
ReplyDeletedua2 ekor bodoh
ReplyDeletepoyo btl la ccz ni..kalau kail panjang sejengkal jgn lautan dlm nk diduga..
ReplyDelete