Tuesday, 10 November 2009

RAJA LAWAK DI LHDN

BENAR ATAU TIDAK BENAR SAYA TAK TAHU. INI EMAIL KAWAN. KALAU BENARLAH BAGAIMANA YANG TERTERA KITA KENA TANYA SIAPA YANG TEMUDUGA KERANI ITU.

Sampul surat dihantar oleh LHDN......

Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.
Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L. L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka... 'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik.. 'L.L' untuk lain- lain....'
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu

Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - jom tengok alamat di sampul surat !!!Malaysia Boleh!!!





Saturday, 7 November 2009

Aura Nik Aziz Tiada Tanding

Aku ada terbaca komentar Dr Aziz Bari tentang kepimpinan Pas. Dalam bicaranya, beliau berhujah bahawa presiden Pas ia itu Hj Hadi Awang tidak ada klas. Lebih kurang begitulah maksudnya.Tidak ada karisma macam Nik Aziz,Sheikh Nuar atau Lim Kit Siang.

Dalilnya Nik Aziz, walaupun kebanyakkan kenyataannya agak terpisah dengan naluri Islam, beliau dapat mempertahankan kenyataannya dengan berbagai-bagai ulasan. Yang pentingnya alasan Nik ziz diterima oleh pengikut Pas dengan baik dan sempurna. Tambahan pula ramai pengikut Pas bersungguh-sungguh mempertahankan kenyataan Nik Aziz dan membetulkan semula ‘bearing’ Nik Aziz yang tersasul itu.

Aku tidak hendak panjangkan komentar Aziz Bari dari segi tujuan dan nawaitu beliau. Cuma aku ada kefahaman aku sendiri tentang kewibawaan Nik Aziz walaupun kekadang aku meluat dengan kerenahnya yang agak nyanyuk.

Pertama aku nak cakap begini; Nik Aziz cukup kuat cengkamannya dengan politik orang Kelantan khususnya dan Pas amnya. Pemimpin-pemimpin Pas kecut perut dengan beliau.Cakap-cakapnya digeruni. Orang Kelantan pula mengkagumi beliau.

Katakanlah berlaku tendang menendang dan sepak terajang dalam gomo mengomo diantara Pas dan Nik Aziz dan Nik Aziz terpelanting macam cicak kubing keluar, aku pasti Nik Aziz dengan teriak tangis dan lakunan yang menyayat hati siapa sahaja yang melihat dan mendengarnya akan mengepalai barisan baru atas nama apa sekali pun waima parti baru itu bernama Parti Syaitan. Aku masih yakin kerajaan perpaduan tidak akan dapat merampas Kelantan.

Di sebelah Kerajaan Perpaduan, mengikut hukum kanun politik, kerusi di seluruh Negara akan diagihkan dengan baik dan saksama diantara Pas dan UMNO. Di Kawasan-kawasan Pas bertanding tidak akan ditandingi oleh UMNO dan begitulah sebaliknya. Mereka akan bedepan satu lawan satu dengan parti Nik Aziz. Kalau itulah senarionya saya yakin Parti naungan Nik Aziz akan menang dengan pukulan KO di Kelantan dan beberapa kawasan yang sewaktu dengannya di seluruh 1Malaysia.

Kenapa?

DIA ada factor ‘Wow’ tersendiri.

Pengaruh yang menyerlah datang dari dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi impak yang besar. 'Aura' yang ada pada beliau menjadikan beliau idola manusia sezaman. Saya tidak menafikan ada pengaruh positif, ada yang pengaruh negatif.

Nik Aziz adalah katalis kekuatan PAS khususnya di Kelantan. Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi MB tugas asalnya sebagai da’i dan pendakwah diteruskan sampai sekarang. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua. Untuk mengajar anak berjimat cermat.

Inilah watak yang saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rakyat menyokongnya kerana terpesona dengan keperibadiannya dan iltizam yang dibawanya bersama.Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan berdebat dan berpidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan pengaruhnya.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan sekolah boleh bertemu dengannya bila-bila masa. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menghasilkan MULTIPLYING impak. Inilah watak yang mempunyai Faktor ‘wow’ pada beliau.

Aku juga ingin mencadangkan "Kalau Pas sudah tutup buku dengan UMNO maka UMNO pun hendaklah tutup telinga dan kunci lidah dengan Pas. Tamatkan riwayat dogeng tentang 'Kerajaan Perpaduan'. Sebaliknya berusaha memulihkan penyakit dalaman UMNO dengan 'sengoti'(sesungguh hati)"

Wednesday, 4 November 2009

Persaudaraan Dalam Islam


Asri, Harussani,Marsitah dan Nakhaie atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemelut bekas mufti Perlis sebenarnya mereka adalah bersaudara.

Sila rujuk kepada Sabda Rasullullah:

“Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, tiada boleh menganiayainya, atau menghalangi keperluannya. Memadailah seseorang itu dikira jahat, apabila ia menghina saudara muslim yang lain.”

Saya yakin mereka semua itu amat arif tentang hukum serta larangan-larangan bersabit dengan budi pekerti dalam Islam

Manusia yang budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk.

Apa yang berlaku adalah proses memberi pengajaran dan menerima pelajaran. Ilmu itu adalah proses sepanjang hayat. Saya harap kemelut Bekas Muftis Perlis dapat diselesaikan dengan nawaitu Lillahi Taala. Tidak 'contaminated' dengan perasaan hasad dengki diantara satu sama lain.

INGAT! Islam bukan disuruh berkelakuan macam MCA,PPP,MIC,UMNO,PAS dan parti-parti politik yang penuh dengan strategi dan agenda JATUH-MENJATUH diantara satu sama lain.

Monday, 2 November 2009

Kesenian Dalam Mengatur Strategi.

Email dari kawan
(Dengan bahasa Asal -Tidak ada tokoktambah. Ori!!)

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya....!! ! Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak .
Tak lama lepas itu saya terima email ini. " AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sunday, 1 November 2009

Bencana Memuji Pemimpin

Kebanyakkan manusia amat-amat suka dipuji. Dalam politik ada dua jenis manusia. Satu dari jenis suka memuji manakala satu lagi jenis suka dipuji.

Kedua-duanya berinteraksi diantara satu sama lain dan mewarnai kehidupan masing-masing. Begitu juga organisasi politik. Oleh kerana organisasi politik diwargai oleh kumpulan manusia maka ia juga perlu mendapat pujian yang tinggi dalam usaha mendapat sokongan majoriti.

Untuk memenuhi matlamat itu maka berbagai-bagai agensi dilantik sebagai penyambung lidah parti politik berkenaan. Bersimpang-siurlah pujian terhadap pemimpin dan parti-parti politik yang ada. Pertembungan pujian dan kejian bagai rebut petir diantara satu sama lain.

Ada individu yang menyokong satu-satu parti itu sejak ‘dalam telor’ lagi lebih vocal di kedai-kedai kopi memuji dan mempertahankan pemimpin dan parti yang didukunginya. Taklah berkira sangat samada partinya dan pemimpinya telah tergelincir daripada landasan asal atau tidak. Namun demikian dimensi sebarannya tidak luas tetapi ia boleh mewujudkan jaringan yang lebar melalui sebaran dari mulut ke mulut.

Dalam entri ini saya tidak bercadang untuk menekankan aspek sebaran puji-pujian itu berkesan atau tidak. Saya lebih ingin menterjemahkan dalam aspek ‘bencana memuji’.

Kebanyakkan manusia terlepas pandang bahawa memuji orang adakalanya dilarang pada sesetengah tempat dan masa. Apatah lagi mencela, mengumpat dan merendah-rendahkan kedudukan orang lain.

Kata pendita , dalam pujian ada enam bahayanya. Empat bahaya akan tersangkut dengan orang yang memuji, dan dua bahaya kepada orang yang dipuji.

Bahaya kepada pemuji ialah:

1. Jangan berlebih-lebihan memuji sehingga menjadi pendusta pula.


2. Dengan puji-pujiannya tanpa sempadan boleh menimbulkan rasa riyak dan munafik, seolah-olah kecintaannya pada seseorang itu melebihi dari segala-galanya waima melangkaui sempadan agama.

3. Dengan terhamburnya pujian itu ia telah mengatakan sesuatu yang dia sendiri belum tahu dan pasti samada betul atau dusta. Dengan kata lain dia sendiri belum selidiki faktanya.

4. Melalui pujiannya ia amat mengembirakan hati orang yang dipujinya walaupun pada hakikat dan hakikinya orang berkenaan adalah orang yang zalim dan fasik.

Terbaca saya tentang kata-kata al-Hassan r.a.: “Sesiapa yang mendoakan bagi seseorang yang zalim, maka seolah-olahnya ia suka dan redha orang berkenaan itu melakukan maksiat kepada Allah di bumi Nya”

Manakala bahaya yang boleh menimpa orang yang dipuji ialah:

1. Dengan penerimaan pujian itu, akan timbul perasaan tak sedar diri, riak dan takbur. Riak dan takbur adalah sifat yang membinasakan.

2. Bagi penerima pujian akan timbul dalam dirinya rasa gembira dan sangat senang. Akibatnyaya dia akan menjadi cuai tentang kesilapannya dan akan menganggap telah sempurna disebabkan pujian yang melampaui batasan. Kemudian dengan sendirinya kurang berusaha untuk menambahkan kebaikkan.

Bagi penyokong mana-mana parti politik maupun mana-mana pemimpin ,saya suka memuatkan dialog Saiyidana Umar Ibnul-Khattab apabila beliau mendengar seseorang sedang memuji-muji watak seseorang didepannya;

Saiyidina Umar, “Pernahkah kau berpergian bersama-sama orang itu?”

Si Pemuji, “Belum pernah.”

Saiyidina Umar,”Pernahkah membuat perjanjian dengannya?”

Si Pemuji,”Belum.”

Saiyidina Umar,”Pernahkah engkau bersama-samanya pagi dan petang?”

Si Pemuji,”Belum”

Lalu Saiyidina Umar berkata, “Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Allah, aku tak fikir kau sudah benar-benar mengenalinya.”

Firma Allah Taala:

“Jika ada orang fasik membawa sesuatu berita kepada mu, maka hendaklah kamu memeriksanya terlebih dahulu.”
(al-Hujurat:6)

Wallahualam.