Perintah mahkamah tidak libatkan dua jawatan penting
TANAH MERAH - Perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini tidak melibatkan status jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah.
Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, perintah mahkamah yang diperoleh ahli UMNO Cawangan Simpang 3 Sri Mahligai, Amran Ab. Rahman tidak melibatkan status jawatan yang disandang kedua-duanya pemimpin bahagian itu.
“Perintah tersebut hanya membabitkan harta dan akaun UMNO Bahagian Tanah Merah sahaja.
“Ini bermakna, jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian masih kekal disandang Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharudin Yusof,” katanya.
Menurutnya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada peguam UMNO Malaysia, Datuk Hafarizam Harun untuk diteliti dan diambil tindakan susulan yang sesuai.
“Sebagai wakil UMNO Bahagian Tanah Merah, saya mengharapkan agar ahli parti bertenang dalam menghadapi situasi ini manakala aktiviti parti akan dijalankan seperti biasa.
“UMNO Bahagian Tanah Merah amat kesal dan kecewa kerana masih ada segelintir ahli parti tidak menggunakan saluran parti yang betul dalam menguruskan hal berkenaan,” katanya.
Ahmad berkata, perkara tersebut jelas bercanggah dengan hasrat dan hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak yang begitu bersungguh memantapkan parti serta berjuang untuk kebaikan rakyat dan membawa negara ke arah kecemerlangan.
“Sesungguhnya semua ahli parti mesti akur mematuhi aspirasi parti itu,” katanya.
Menurutnya, semasa pemilihan parti pada tahun 2008, Ikmal Hisham telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dengan mendapat pencalonan 92 cawangan daripada 108 cawangan.
“Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Baharudin Yusof dengan menewaskan Datuk Ir Shaari Hassan,” katanya.
Buanasuara;
Contoh nyata dan jelas 'si burung tiong' sudah mula dilepaskan untuk membela tuannya. Malangnya Si Burung Tiong ini tidak di SURAHKAN seluruh kandungan Perintah Mahkamah itu dengan teliti. Sedangkan tuannya tahu isi kandungnya. Sebab itu buanasuara yakin beliau sendiri tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas beliau rujuk kepada peguam beliau. Beliau tahu risikonya.
Si Burung Tiong pula sekarang ini sedang menghadapi risiko 'Mempertikaikan Perintah Mahkamah'.Satu kesalahan yang dalam bahasa undang-undang ialah 'menghina mahkamah'
Moralnya lain kali janganlah meletakkan fulus didepan segala-galanya. Jadilah manusia yang merdeka. Bercakap dengan minda yang terbuka dan bebas serta dalam lingkungan yang diizinkan oleh undang-undang negara.
Fakirnya daya intelek seorang yang bergelar Setiausaha UMNO Bahagian.
No comments:
Post a Comment