Showing posts with label Muhyidin. Show all posts
Showing posts with label Muhyidin. Show all posts

Monday, 29 March 2010

Jaguh Rakyat UMNO

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat. “Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

Siasatan Buana:

1. Lelaki tua ini bernama Ali Akhbar Bin Mayim.

2.Sudah punya 2 orang isteri. Anak berdozen.

3.Diberitakan isteri keduanya adalah perkahwinan melalui 'rampasan kuasa' dari bekas suami wanita tersebut.

2.Pernah menggugut untuk mencederakan kawan pasangannya apabila kawan tersebut menceritakan kepada orang lain tentang 'kesyaitanan' peribadinya.

3.Beliau telah bermuafakat dengan seorang lagi kawannya(juga AJK UMNO Bahagian) menipu JHEIK dengan memberi maklumat palsu dengan membawa seorang lagi sahabatnya yang kemudian mengaku sebagai bapa saudara mangsa dan disandarkan sebagai penjamin.

4.Sehingga Buana catatkan entri ini difahamkan mangsa belum diserahkan kepada penjaganya.

5.Mangsa adalah seorang anak yatim.

Tak baik cerita banyak-banyak hingga mengaibkan orang pula. So Buana mohon Ikmal Hisyam 'sewabeli' peguam UMNO membela 'jaguh Rakyat' ini. Kalau boleh biar imam dan Kadhi Tanah Merah hilang 'Locus standi'.

Untuk makluman peguam:
1. AJK UMNO Bahagian Tanah Merah.
  • Timbalan Pengarah DUN Bukit Panau
  • Penasihat peribadi Ketua Bahagian
  • AJK Pemantau Projek JPP lantikan khas Biro Politik.
  • Pengerusi Tetap persidangan Pemuda UMNO Tanah Merah

2. Model pemimpin 'perihatin' dan 'jaguh Rakyat 1Malaysia"

Sunday, 7 March 2010

Pesanan Juara Rakyat untuk UMNO

msg dari seseorang yang tak buana kenali. Agaknya nak hantar ke Najib atau Tg Adnan atau Majlis Tertinggi tetapi tak tahu no hp mereka. Maka BUANASUARA ambil inisiatif ini untuk tatapan mereka bahawa neraka sedang menanti.


Kami beri amaran kpd pucuk2 UMNO yg m'julang ke langit biru,m'gapai awan..yg rasuah..yg menipu..yg membazir.. yg menyeleweng.. yg menggadaikan prinsip & matlamat perjuangan parti...Klu kalian tdk bertaubat,& jika org seperti kalian dicalonkan dlm p'raya umum ke-13,kami akan menjadi saksi kehancuran UMNO secara total!Turunlah kalian dr kayangan masing2.Berpijaklah ke bumi.Jadilah pimpinan yg merakyat.Jgn biarkan 13 terus m'jadi no. tragedi.

Tuesday, 23 February 2010

Si Burung Tiong UMNO

SINAR HARIAN-23 Feb.
Perintah mahkamah tidak libatkan dua jawatan penting

TANAH MERAH - Perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini tidak melibatkan status jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, perintah mahkamah yang diperoleh ahli UMNO Cawangan Simpang 3 Sri Mahligai, Amran Ab. Rahman tidak melibatkan status jawatan yang disandang kedua-duanya pemimpin bahagian itu.

“Perintah tersebut hanya membabitkan harta dan akaun UMNO Bahagian Tanah Merah sahaja.

“Ini bermakna, jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian masih kekal disandang Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharudin Yusof,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada peguam UMNO Malaysia, Datuk Hafarizam Harun untuk diteliti dan diambil tindakan susulan yang sesuai.

“Sebagai wakil UMNO Bahagian Tanah Merah, saya mengharapkan agar ahli parti bertenang dalam menghadapi situasi ini manakala aktiviti parti akan dijalankan seperti biasa.

“UMNO Bahagian Tanah Merah amat kesal dan kecewa kerana masih ada segelintir ahli parti tidak menggunakan saluran parti yang betul dalam menguruskan hal berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, perkara tersebut jelas bercanggah dengan hasrat dan hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak yang begitu bersungguh memantapkan parti serta berjuang untuk kebaikan rakyat dan membawa negara ke arah kecemerlangan.

“Sesungguhnya semua ahli parti mesti akur mematuhi aspirasi parti itu,” katanya.

Menurutnya, semasa pemilihan parti pada tahun 2008, Ikmal Hisham telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dengan mendapat pencalonan 92 cawangan daripada 108 cawangan.

“Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Baharudin Yusof dengan menewaskan Datuk Ir Shaari Hassan,” katanya.


Buanasuara;
Contoh nyata dan jelas 'si burung tiong' sudah mula dilepaskan untuk membela tuannya. Malangnya Si Burung Tiong ini tidak di SURAHKAN seluruh kandungan Perintah Mahkamah itu dengan teliti. Sedangkan tuannya tahu isi kandungnya. Sebab itu buanasuara yakin beliau sendiri tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas beliau rujuk kepada peguam beliau. Beliau tahu risikonya.

Si Burung Tiong pula sekarang ini sedang menghadapi risiko 'Mempertikaikan Perintah Mahkamah'.Satu kesalahan yang dalam bahasa undang-undang ialah 'menghina mahkamah'

Moralnya lain kali janganlah meletakkan fulus didepan segala-galanya. Jadilah manusia yang merdeka. Bercakap dengan minda yang terbuka dan bebas serta dalam lingkungan yang diizinkan oleh undang-undang negara.

Fakirnya daya intelek seorang yang bergelar Setiausaha UMNO Bahagian.

Monday, 22 February 2010

Seketul Daging Khinzir Dalam Gulai Kawah UMNO

buanasuara:

1. Kedudukan Ikmal Hisham sebagai Ketua UMNO Bahagian sudah terencat.Beliau telah hilang kelayakan.

2. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin,hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada dalam hal ini. Beliau wajib berundur segera setelah mengetahui status beliau.

3.Maruah UMNO lebih penting daripada maruah diri sendiri. sebab UMNO adalah milik orang Melayu bukannya milik peribadi.

4.Secara sinisnya, sekawah gulai daging lembu kalau terjatuh seketul daging khinzir, bukan setakat gulai itu tidak boleh dimakan, tetapi kawah itu pun mesti disamak.

Dalam Akta 18B(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, maka, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), Memberikan efek kepada kehilangan kelayakkan itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dengan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaeadah-kaedah dan peraturan-peraturannya.

Wednesday, 28 October 2009

YB BN & YB PR

Alaun Jalan. Tak kisahlah..Apa nak jadi jadilah..Kalau tak bayar nanti kelaparan pula anak bini dan bini-bini YB dan gundik-gundik YB-YB dan Babi-babi YB dan lagi dan lagi....

YB bersidang ada hasil ke..tak ada hasil ke..Alaun mesti jalan.

RAKYAT???..mesti bayar cukai pendapatan! Tak bayar akan dakwa dan didenda..

Rakyat yang cari makan atas jalanraya dan lebuhraya hari-hari kena saman. 1 lori 4 agensi kerajaan menyaman dalam 1 hari di 1Malaysia...Pertama Polis trafik. Lepas polis trafik, JPJ pula..Lepas JPJ Alam Sekitar pula..Lepas Alam sekitar,Puspakom pula. Wang Malaysia inilah untuk bayar alawun YB-YB berkenaan.

Kumpulkan wang hasil dari KERINGAT, DARAH DAN AIR MATA RAKYAT...uNTUK DIBAYAR KEPADA YB-YB yang bersidang dan bergaduh setiap hari...

Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya dunia itu indah dan menawan hati, dan bahawasanya Allah Ta'ala menjadikan kamu sebagai orang-orang yang mewarisinya, Maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan"

Sunday, 13 September 2009

N31 DUN BAGAN PINANG

Gambar Hiasan



"Kalau menang Manek Urai akan dijadikan DUN angkat Kerajaan Pusat"
DUN-DUN dibawah BN di Kelantan tak sehebat mana pooooonnn!!!!





"Permatang Pasir akan dijadikan anak Emas kerajaan Pusat"



DUN-DUN lain dibawah Wakil Rakyat BN jadi APA??? ANAK HARAM?????..







"Kalau BN dapat pertahankan DUN Bagan Pinang kita akan jadikan Isa Samad sebagai icon BAPAK RASUAH yang paling berjaya"

Soalan Cepu Mas:


  1. APA bezanya Rohaizat dengan ISA SAMAD?

  2. Apa bezanya gambar hiasan di bawah ini?
BUANASUARA:
  • UMNO masih tak belajar dari kesilapan.
  • Dah tak tahu membezakan yang mana bersih dan yang mana kotor.
  • Kalau kalah lagi di padang sendiri, orang melayu akan memasuki alam igauan buruk di 1Malaysia.
  • Andainya menang tipis, ATAU kurang daripada majoriti lepas, penganalisis kedai kopi akan labelkan UMNO sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi untuk Melayu. Hanya menunggu rebahnya sahaja.
  • UMNO jangan dipatuk ular dua kali dilubang yang sama. Sekali pengalaman TETAPI kalau kali kedua dipatuk di lubang yang sama, sebodoh-bodoh Pak Pandir pun dia akan berkata "UMNO BODOH Hey! UMNO BODOH Hey! UMNO Bodoh Hey!.."

Thursday, 10 September 2009

Kenaikan Harga Minyak Disambut Penuh Kesyukuran


Email daripada seorang kawan.

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.


Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".


Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."


Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."


Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Saturday, 29 August 2009

Pemimpin UMNO Buta Mata, Buta Hati






UMNO!!! UMNO!!! Masih bodoh sombong...
Pertelingkahan dalam MCA hanya lakonan.
MCA telah menghidupkan 'Bomb Jangka' (self-destruction) sebab dah tak mahu tumpang Barisan Nasional.
Buat apa lagi tunggu lama-lama sedangkan kapal BN dah nak tenggelam.
Bila hancur bolehlah ramai-ramai sokong PR untuk mendapat jaminan sama rata sama rasa.
Najib. Muhyidin, MKT buta mata buta hati.....


Wednesday, 26 August 2009

UMNO Sukar DiRemajakan


Razaliegh.com
Written by razaleighhamzah
August 19, 2009 at 11:35 am


I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do.

Bekas Menteri Undang-Undang, Dato' Zaid Ibrahim berkata,

"UMNO-BN merupakan sebuah parti yang tiada masa depan".

Katanya, "UMNO-BN telah membuktikan parti berkenaan tidak menghormati rakyat dengan mengemukakan calonnya Rohaizat Othman yang telah disenarai hitam Majlis Peguam. Kalau tidak layak menjadi peguam, bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat? Tetapi UMNO kata boleh,” katanya lagi.

DS Najib 1Malaysia:Presiden UMNO


"Saya tahu sebab kenapa kita kalah di Permatang Pasir".

"Kita tahu kenapa kita kalah di Manek Urai, kita tahu siapa pengkhianat. Nama-nama mereka pun ada pada kita. Kita boleh sebut satu persatu mereka yang mengkhianati parti"



Buanasuara:

~Kalau dah tahu kenapa tidak ambil tindakan segera!! Sebat pengkhianat-pengkhianat itu. Jangan jadi penternak dan gembala kepada pengkhianat

~DAN jangan jadikan UMNO tempat bersarangnya Pengkhianat orang Melayu.

~Semua tahu. Itu tahu.Ini tahu. Sana tahu. Sini tahu. Masa pilih calon dulu pun dah tahu. Kalau dah serba-serbi tahu kenapa Rohaizat jadi pilihan??

~Pemimpin tidak boleh jawab terlepas pandang. Setiap kecuaian pemimpin jutaan rakyat akan menderita.

~Atau kerana pentingkan 'kroni' calon haprak pun diketengahkan.

~'Maka kerana malas buat 'homework' Presiden dan Timbalannya UMNO lah yang merancang supaya UMNO dan BN kalah!'.

~Apabila pemimpin itu gagal merancang, sebenarnya mereka telah merancang kearah kegagalan.

Dulu aku rasa UMNO ok.

Kini aku kurang pasti apakah yang sebenarnya mau diselamatkan. Umno sebagai payung Melayu atau sekadar suatu sketsa dongeng di zaman moden.


Atau

Mungkin lebih ideal kita biarkan sahaja Umno berkubur selama-lamanya dan beri peluang kepada para pemimpin lain yang mempunyai konsep perjuangan yang segar tentang kedudukan Melayu.





Friday, 31 July 2009

Muhyidin Penglipur Lara



"Rakyat sedar Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat berdepan dengan perpecahan menjelang pilihanraya umum akan datang"
(Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri/Timbalan Presiden UMNO/Pengerusi Pengurusan Pati UMNO Malaysia)
Buanasuara;
~Kita sudah jemu mendengar kata-kata yang bersifat dendangan seorang penglipur lara. Sesungguhnya kalau UMNO mempunyai pemimpin begini, perjuangan kita rosak bukan kerana musuh, tetapi kerana bubuk yang berada dalam UMNO.
~Itulah agaknya Muhyidin masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan untuk membetulkan parti terhadap gejala rasuah yang berleluasa semasa pemilihan lalu.
~Muhyidin masih menganggap ahli-ahli UMNO dan rakyat ini macam 'lembu kerikil; hidung ditindik,punggung dibantai'. Cakap apa sahaja orang akan angguk-angguk.
~'Perfect example' seorang pemimpin yang mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Membuat kesimpulan yang mudah melalui kaedah kajian seorang pemalas. masih dibuai lena dengan pangkat dan darjat.
APAKAH UMNO SEKARANG SUDAH PADU DAN JITU?
~Kalah tipis di Manek Urai bukan boleh dijadikan 'benchmark' bahawa UMNO sudah ada kekuatan.
~Rakyat juga sedar apa yang berlaku dalam UMNO?

Thursday, 30 July 2009

Peluang Mencari Kekayaan Melalui Wabak H1N1

BUANA SUARA: Pelajar H1N1 Dihalau Macam Babi Di 1Malaysia

Malaysia confirms 4th swine flu-related death
AP - Thursday, July 30KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry has confirmed the country's fourth swine flu-related death.

The ministry says the 20-year-old Malaysian woman tested positive for the virus but died of pneumonia.

It said in a statement Wednesday that she was hospitalized for 11 days before her death Tuesday.

Malaysia has reported 1,266 swine flu cases since May.

The World Health Organization said Monday the worldwide death toll has reached 816 since the start of the outbreak. It has tallied more than 130,000 infections around the world.

Keraguan Buanasuara:(Rakyat didahulukan)

  • Kementerian kesihatan gagal melaksanakan kaedah yang betul dan tepat dalam usaha mengawal dan membenteras wabak Influenza A
  • Kerajaan tidak menyediakan peruntukan kecemasan secukupnya kepada Kementerian Kesihatan.
  • Ada pegawai yang mengambil kesempatan atau pembekal-pembekal berbagai alatan yang ada kaitan dengan H1N1 main sorot-sorot sehingga menyebabkan alat-alat pencegahan yang penting dan utama tidak cukup di 1Malaysia.
  • Ada pembekal atau pegawai yang membentang kertaskerja kononnya untuk H1N1 tetapi impaknya bukan kepada pembasmian tetapi kekayaan kepada pembentang kertaskerja dan kontraktor berkenaan sahaja. DAn kontrak mereka telah diluluskan segera.
  • SPRM/MACC bolehlah hantar 'spy'. Kalau ada kecurigaan ambush segera.

Monday, 27 July 2009

1Malaysia Yang Menakutkan

Sebuah dunia yang menakutkan sebenarnya ialah pertarungan berlaku antara yang hak dan batil; antara kebenaran dan kepalsuan dan pemenangnya ialah kebatilan.

Kata Tun Mahathir:

"Masyarakat berada dalam ketakutan. Keadilan tidak mungkin dinikmati oleh orang yang lurus kerana keadilan tidak wujud dalam masyarakat yang menerima rasuah sebagai amalan"

Dunia yang menakutkan ini sebenarnya secara aktualnya telah dilalui sejak berabad lagi, hanya bentuk ketakutannya sudah sampai ketahap yang tercanggih bagaimana kecangihan tahap kejahatannya.

Kita amat rasa ngeri menonton kerusuhan minda manusia. Kehancuran moral melanda kita. Berjuta ketidakpedulian sosial yang menjangkiti masyarakat kita. Bantai membantai atas nama Agama yang dipolitikan -Ledakan 'gila kuasa' yang menjadi rebutan kekuasaan diantara tokoh-tokoh politik, semuanya itu merupakan kepedihan dan rasa bimbang kepada zuriat kita akan datang.

Malangnya kerakusan ini tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan, bahkan dianggap sebagai satu bentuk kebangaan. Perbuatan rasuah tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang hina tetapi satu kemuliaan kerana mendapat apa yang dihajatkan. Secara relatifnya, samalah perkosaan bukan lagi perbuatan dosa tetapi sebagai sebuah bentuk 'kejantanan'

Kini manusia telah terpukau kepada 'kecepatan','kesegeraan' memburu kuasa dan kekayaan. Mereka hanyut dalam kesenangan dan keperluan 'sementara' itu. Mereka berpindah dan bergerak cepat dari satu hasrat kepada satu hasrat yang lain tanpa mengira soal moral.

Dimanakah khalifah di muka bumi ini? Atau khalifah dimuka bumi 1Malaysia yang menjadikan dunia ini sesuatu yang menakutkan?

Bangga Jadi Melayu 1Malaysia


Pujangga Cina Lao Tze telah memberi nasihat berikut mengenai kepimpinan:

Seseorang pemimpin itu terbaik sekiranya orang tak kenalnya,Tidak berapa baik apabila orang akur dan memuji-mujinya. Lagi buruk apabila mereka mengejinya.

Pemimpin terbaik sekali ialah apabila kerja sudah beres. Pengikut-pengikutnya bangga melaungkan: Semuanya ini kitalah yang lakukan bersama!

Orang UMNO dan pemimpin-pemimpin harus mempelajari dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang secocok dengan kehendak Islam dan juga ilmu pengetahuan yang sesuai dengan tuntutan zaman.

Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara ada cara yang lebih baik.

Hijrahlah kepada jalan yang lebih baik, dalam konteks amar makruf, nahi mungkar. Semoga diredhai dan diberkati Allah. Sekiranya kita tidak mengikuti jalan yang lurus, maka segala-galanya akan menjadi bertambah sulit untuk dicari.

Yang penting sekali , hasrat kita dan semua orang melayu adalah supaya melayu dapat terus menerajui negara dengan penuh kewibawaan supaya dapat diterima setiap lapisan masyarakat majmuk di 1Malaysia.

Agar anak cucu dan zuriat kita bangga jadi MELAYU.

Sunday, 26 July 2009

Marahkan YU, Seluang DiTembak


Suara Naib Presiden UMNO yang baru:
  1. DATUK SERI SHAFIE APDAL - menyarankan ahli-ahli UMNO hentikankan perbalahan merebut jawatan.

  2. DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI -Pendekatan secara peribadi perlu ditekankan dengan memberi keyakinan yang UMNO adalah sebuah parti jauh lebih baik daripada parti pembakang.

Buanasuara:

  • Orang putih kata "let bygones be bygones" itulah barangkali yang tersirat dalam kalbu mereka. Mereka berdua telah mengutarakan seruan yang baik. Jangan sesiapa nafikan. Bermaaf-maafan itu tuntutan Agama. Dalam hal ehwal hidup orang muslim digalakan supaya bersatu serta sentiasa berusaha mengeratkan silaturrahim untuk membina umat yang terbaik. (peacful co-existence)

  • CUMA mereka berdua lupa membawa ubat penawar yang betul. Penawar yang betul tetapi diberikan kepada yang tidak sakit pun tak betul juga. Yang betul ialah beri penawar yang betul-betul diberi kepada pesakit yang betul-betul sakit dan telah dikaji jenis penyakitnya dengan betul-betul. Dulu pernah saya sebut dalam posting saya UMNO hendaklah memberi ubat yang sesuai untuk mengubati UMNO. Kalau UMNO kepialu jangan beri ubat kolera atau H1N1.

  • Mereka berdua terlepas pandang kepada dua aspek tabiat orang melayu. Pertama orang melayu sering merajuk kalau dia tidak dapat sesuatu yang dituntut sebagai haknya. Kedua, mereka boleh mengamuk apabila merasai dirinya tertekan oleh sesuatu yang dianggapnya tidak adil.

  • Yang bertelingkah sebenarnya bukan ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Perwakilan. Yang bertembung ialah pemimpin Bahagian. Yang mengajar bersuku-suku dan berkabilah ini ialah pemimpin yang ada kuasa wang. Mereka telah mewujudkan dua temadun . Moral dan tidak bermoral.

  • Wang ringgit dan kekayaan sudah menjadi asas nilai kedudukan dan darjat seseorang. Benar dan palsu ditentukan oleh wang ringgit dan kuasa. politik wang dan wang politik adalah amalan silih berganti.

  • Demi kekuasaan orang UMNO sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan keadilan melalui perlembagaan diabaikan. lalu sanggup membuli siapa sahaja yang boleh menghalang cita-cita mereka. Keangkuhan inilah menjadikan mereka 'Big Bully' yang mendera sesiapa sahaja. Seperti tingkahlaku 'mafia'.

  • Walhasilnya UMNO berbelah dengan berbagai suku dan puak. Diperingkat cawangan berpuak, Bahagian berpuak, pusat pun berpuak. Maka jadilah puak-puak UMNO entah berapa bilangan kabilahnya. Ini Zahid kena buat statistik kerana beliau telah ditugaskan oleh UMNO pusat untuk merangka program motivasi kepada barisan kepimpinan UMNO.

  • Senjata ampuh mengubatinya UMNO ialah 'Keadilan' kepada yang hak.

Penyakit UMNO hanya dapat diatasi oleh para pemimpin yang berjiwa Islam yang beriltizam, berwawasan, berani, tegas dan tinggi tekad politiknya.Tanpa tekad dan tolakan politik untuk menyelesaikan permasalahan ini mengikut 'ramuan ubat' yang telah disarankan, masa depan UMNO tidak akan kemana-mana. Betapa banyak cadangan dan gesaan berbagai-bagai pihak, namun jika kepimpinan UMNO itu layu,lesu,lemah,korup angkuh dan mementingkan diri sendiri semua gesaan itu akan lenyap diawang-awangan.


Sanggupkah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Zahid memecat atau setidak-tidaknya mengambil tindakan terhadap rakan taulan yang merentasi sempadan Perlembagaan Parti? Kalau tidak berani, usah beretorik. Malaikat pun tidak mampu memberi keyakinan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang baik.


AHLI-AHLI BIASA UMNO TIDAK AKAN DAPAT BERBUAT APA-APA KECUALI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI PUNCAK PWTC.

Thursday, 23 July 2009

Para Sahabat Iblis Dalam UMNO


Penegasan Azlan(Sultan Azlan Shah, Sultan Perak).Merupakan hakim mahkamah tinggi yang termuda dalam Komanwel pada tahun 1965 ketika berumur 37 tahun. Menjadi Ketua Hakim Negara pada umur 54.

- Selagi kerajaan dan pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan.

- Melainkan terdapat hakim yang hilang integriti atau memilih untuk turut berpolitik atau bersimpati dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik.

- Ujian utama dan paling berat kepada para hakim adalah memiliki sifat tidak memihak terutama daripada segi emosi dan kecenderungan

- Perlu dipertahankan peranan kehakiman yang profesional dan berintegriti serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak.
Buanasuara:

i. Sekali peristiwa menurut riwayat Wahab bin Munbih, Allah memerintahkan kepada iblis supaya menemui Nabi Muhamad S.A.W. dan menjawab semua pertanyaannya. Ia pun mengunjungi baginda dengan menyamar sebagai seorang tua Bangka memegang sebatang tongkat.

Nabi bertanya: “Siapa anda?"
“Aku Iblis”,jawabnya.
“Apakah maksud mu kemari?” tanya Rasulullah.
“Tuhan memerintahku supaya menemui mu dan menjawab semua pertanyaan mu”, jawab Iblis.

Selanjutnya Rasulullah S.A.W. bertanya, “Berapa banyak kawan-kawan mu dari umatku?”

Jawapan dari Iblis ialah:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Penghasut pada orang lain

ii. Ada 10 jenis manusia semuanya. Sengaja saya fokuskan kepada 3 katagori di atas. 3 jenis manusia dalam satu. 3 in 1 ini kata orang putih ‘Over crowded’ dalam komuniti kita lebih-lebih lagi dalam parti-parti politik 1Malaysia.

iii.Hakim yang dimaksudkan disini tidak semestinya Hakim berbagai Mahkamah yang ada di 1Malaysia. Ia juga meliputi seseorang atau kumpulan manusia yang telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan menyelesaikan sesuatu pertikaian yang wujud antara dua pihak atau lebih. Kalau dalam organisasi UMNO ialah Majlis Tertinggi UMNO. Secara yang lebih spesifik ialah Setiausaha Agung UMNO. Dalam Pemilihan UMNO dahulu Tg Adnaan Mansor banyak mempengaruhi keputusan MKT dengan lapuran yang ‘sengit sebelah’ .Banyak memihak kepada rakan taulan beliau. Menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada UMNO seluruh Negara;tidak selesai-selesai hingga kini. Contoh jelas ialah di UMNO Bahagian Tanah Merah, Larut, Tenom dan lagi dan lagi 1Malaysia.

iv. Kalau dalam PAS TGNA. KeAdilan Nuar Braim. Lain-lainnya termasuklah Penasihat Undang-undang UMNO yang diberi jolokan ‘Jalok’ oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Tanah Merah . Seorang lagi ialah Setiausaha Kerja UMNO pusat yang telah terbuang. Dan Ketua-ketua Perhubungan yang ‘melepas tangan’ dalam krisis anak buah serta Ketua-ketua Bahagian merata 1Malaysia.
v. Lembaga Disiplin UMNO tidak terkecuali.
Konkusifnya; setiap kaum yang berhasrat untuk hidup dan terus mengecap kemajuan haruslah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai dalam penghidupan harian.Nilai-nilai murni yang bersifat universal seperti kepercayaan kepada Tuhan, keikhlasan,amanah, keyakinan pada diri sendiri, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keunggulan dijadikan pedoman. Nilai-nilai murni sahajalah yang mampu memandu pemimpin dan organiasi ke arah kesyumulan dan kecemerlangan.
Orang-orang yang munafik:
a)Jikalau bercakap,suka cakap dusta
b)Jikalau berjanji, tidak menapati janji
c)Jikalau dipercayai, suka mengkhianati
d)jikalau diberi amanah, tidak memegang amanah.
Mereka sentiasa membaurkan yang hak dengan yang batil. Jauhilah pegawai-pegawai begini. Perbetulkan segera organisasi dengan baik.

Tuesday, 21 July 2009

Reinventing UMNO From Cultural-And knowledge Illiterate


….they say, freedom of expression….. UMNO Leaders Attending Courses...ha..ha..
Why?'cos they are happy to have 'brain tumor'.. may be. Or may be they are going to rectify 'genius nuts' in UMNO.

BRAIN TUMOR

Doctor : I regret to tell you that you have a brain tumor.

Mr. TPM: Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor : Did you understand what I just told you?

Mr.TPM : Yes of course, do you think I'm dumb?

Doctor : Then why are you so happy?

Mr. TPM: Because that proves I have a brain!


DEATH OF HIS MOTHER:

Mr. TPM:(crying) The doctor called, Mom's dead.

Friend : Condolence, my friend.
(After 2 minutes) Mr. TPM cries even louder

Friend : What now?

Mr. TPM : My sister just called, her mom died too!

MR. TPM WHILE IN GRADE SCHOOL:

Teacher : What is 5 plus 4?

Mr. TPM : 9

Teacher : What is 4 plus 5?

Mr. TPM : Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!
.........Good Luck UMNO!!

Monday, 20 July 2009

Muhyidin Dan Ghani Othman "Tong Kosong"


UTUSAN MALAYSIA.ISNIN 20 JULAI 2009
Muhyidin Yasin;
‘Tidak pegang prinsip MCA”

Ghani Othman;
‘Keputusan bekas Ketua MCA bahagian Bakri, Datuk Chua Ju Meng menyertai Parti
Keadilan Rakyat(PKR) tidak akan membangkitkan gelombang sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang di negeri ini”
“Tindakan itu tidak akan memberi kesan besar kepada scenario politik dinegeri ini”

Aku;BuanaSuara:

1.Inilah contoh penyakit kelamin pemimpin-pemimpin BN. Kalau ada seseorang kerabat yang keluar dan menyertai parti lain suka sangat merendah-rendahkan pilihan seseorang itu.

2.Jiwa AMBIL MUDAH. Tidak ada apa-apa. Semua beres.

2. Sepatutnya pemimpin yang bertanggungjawab memeriksa dan menyiasat dahulu kenapa seseorang itu lari dari perjuangan yang telah disertai puluhan tahun.

3.Jangan lekas membuat hukuman. Jangan ikut perangai PAS. Keluar sahaja seseorang itu dari parti mereka, terus dianggap sesat dan dihukum sebagai Ahli Neraka.

4.Dari segi prinsip mungkin seseorang itu tidak mendapat keadilan dari parti yang disertainya. Sebagai orang yang waras adalah satu kebodohan untuk kekal dalam parti yang gagal memberi keadilan kepada beliau dan kaumnya.

5. Mari kita lihat dari perspektif yang luas. Chua Ju Meng adalah bekas Menteri Kesihatan. Tidakkah terbayang dalam benak pemimpin bahawa yang keluar MCA itu bukan Ju Meng sebatang kara sahaja. Mungkin ramai lagi di Bahagian beliau. Dan mungkin ramai lagi diseluruh tanah airku 1Malaysia.

6.Apabila Ju Meng keluar parti dan menyertai gagasan lain ini bermakna beliau bukan sahaja tidak selesa dengan MCA tetapi mungkin sudah menyampah dengan BN atau mugkin menyampah dengan kerenah pemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang BN.

7.Muhyidin bukan musuh Ju Meng. Muhyidin dan Ju Meng sama Johorean. Apa salahnya kalau Muhyidin bertanya khabar atas sifat kawan dan juga Timbalan Perdana Menteri Dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Dan juga pemimpin 1Malaysia.

8.Kalau begini gelagatnya, Muhyidin boleh diumpamakan sebagai sebuah “tong kosong yang menerima apa sahaja yang dituangkan kedalamnya”.

9.Memandang sesuatu perkara dengan perasaan remeh temeh adalah symptom gejala buruk melanda pemimpin BN. Ini terjadi kerana pertimbangan dalam melakukan atau menerima sesuatu bukan atas dasar baik buruk atau benar-salah sesuatu perkara itu tetapi lebih berasaskan kepada nafsu-serakah dan keuntungan singkat semata-mata.
Nota:

Selagi para pemimpin BN dan UMNO khususnya, tidak menukar corak pemikiran, sikap dan jiwa mereka ke arah kebebasan sebenarnya, merdeka dari segi bentuk pandangan-pandangan palsu, yang sesat lagi menyesatkan, dan fikiran-fikiran yang kolot lagi membahlolkan, UMNO dan BN akan menjadi sebuah parti pinggiran pada pilihanraya akan datang.

Wednesday, 1 July 2009

UTM student found dead after giving birth


Wednesday July 1, 2009
UTM student found dead after giving birth

JOHOR BARU: A Universiti Teknologi Malaysia student was found dead in her campus dormitory after she had given birth to a baby boy. The baby, whose umbilical cord was still attached to his mother, was also dead.
The 26-year-old fourth-year student, who was unmarried, was found in her dormitory by a warden around 5pm on Monday.
Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said initial investigations revealed that the student, who was from Kelantan, had been dead for more than two days.
“We believe she died after giving birth.
“However, we are not ruling out the possibility of a criminal element in her death,” he said.
He said the victim’s partner could be a fellow student.
“The bodies have been sent to the Sultanah Aminah Hospital for post-mortem,” he said.
ACP Ruslan urged anyone with information to contact the police hotline at 07-2212 999or the nearest police station.

Buana Suara:

Aku cukup-cukup stress bila baca ini.Pun begitu aku digamit untuk melepaskan stress melalui rakaman dibawah:

1.Merakamkan rasa dukacita yang teramat terhadap pelajar malang ini.

2.Dalam kita sibuk-sibuk menilai semula AUKU, keselamatan pelajar-pelajar juga harus dikaji semula dari setiap aspek.

3.Apa yang terjadi cukup merangsangkan kita betapa pihak kementerian harus mengambil langkah segera supaya tragedi sebegini tidak berulang di tempat yang kita panggil 'Gedung Ilmu'.

4.Saya hanya ingin mengemukakan agar setiap pelajar diwajibkan menjalani pemeriksaan urine setiap bulan diklinik-klinik dalam kampus.Dengan ini pusat pengajian dapat kesan dua elemen. Satu, kesan dadah dan keduanya pragnancy.Universiti dan kolej berkenaan akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang dikesan terdapat dua perkara ini.

5.Pemimpin yang berkuasa jangan asyik pandang Manik Urai sahaja.Masalah sosial di kampus masih berlambak lagi untuk dibuat kajian.

6.Exco Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO sila ambil perhatian dan jangan takut masuk kampus.Masuk kampus untuk menyelidik masalah pelajar lebih afdal daripada masuk kampus dan menggunakan dewan untuk berdebat dengan parti-parti lawan.

7.Jangan asyik cari projek untuk kesenangan diri sahaja.

Tuesday, 23 June 2009

Melayu DiPersenda-sendakan

Perpaduan Melayu bukan soal 'royan-meroyan'. Perpaduan Melayu adalah asas kekuatan kita. Kalau PAS yang bersandiwara politik dengan gagasan yang mereka sendiri cetuskan, setidak-tidaknya manusia Melayu yang tidak 'fakir ilmu' sedar bahawa pemimpin PAS buta mata hati.Maknanya mereka mempersenda-sendakan orang Melayu.Islam juga turut diperseda-sendakan.Nyata mereka meludah ke langit.

Apa yang berlaku adalah ‘blessing in disguise’. Ada rahmatnya.Kita yakin Melayu yang tidak 'kefakiran intelek' akan dapat menilai samada PAS itu Islam atau PAS itu parti politik yang menggunakan Islam untuk survival puak yang berkepentingan. Sah mereka adalah agen Iblis yang paling berkesan.Menipu umat Islam seantero Negara.

Sebagai bangsa Melayu kita harus terus-terusan mencari alternatif lain supaya perpaduan Melayu akan jadi realiti waima tanpa PAS.

UMNO kena ambil inisiatif mewujudkan perpaduan dalaman parti itu sendiri sebagai langkah nombor wahid sebelum melangkah keluar sempadan mengemis perpaduan dengan parti lain. Jangan tunggu adanya pilihanraya kecil atau besar baru mencari-cari formula.
Dunia melayu masih belum kiamat. UMNO tidak boleh bermegah dengan 3.5 juta ahli yang tidak boleh dikesan. Tubuhkan 'task-force' untuk lakukan jejak kasih antara ahli-ahli UMNO yang telah dikenalpasti dan mempastikan ahli-ahli UMNO yang tidak dapat dipastikan oleh angkara mendaftar ahli untuk kepentingan pertandingan peringkat Bahagian.

Dengan PAS, biar mereka jadi Pak Pandir moden.Hanya orang-orang yang bodoh sahaja melakukan kerja-kerja bodoh.Biarkan,biarkan. Jangan pula Melayu-melayu lain hilang akal.

Kembalikan imej UMNO sebagai parti orang kampung. Bukan parti milik orang-orang koporat yang keparat. Pemimpin-pemimpin UMNO; Najib dan Majlis Tertinggi UMNO mesti keluar daripada kepompong ‘bebalism’ dan ‘kronism’.Jangan asyik berslogan 'Perjuangan Yang Belum Selesai' sahaja. Perjuangan tidak akan selesai kalau cakap tak serupa bikin.Perjuangan tidak akan selesai kalau asyik menoreh getah dan gotong royong di manik Urai sahaja.perjuangan tidak akan selesai kalau hanya membesar-besarkan jumlah anggota Disiplin Parti kalau tindakan 'Nahi-nahi,elek-elek'.

Perjuangan hanya akan selesai dengan pantas kalau SPRM/MACC tidak di'ROADBLOCK'.Perjuangan hanya akan selesai kalau Badan Disiplin UMNO tidak di 'H1N1'kan .Tubuh besar tenaga kurang. Menipu namanya. Selesaikan dahulu perjuangan yang belum selesai dengan kes-kes tertunggak baru boleh uar-uarkan agenda baru.

Kalau tidak, bukan PAS sahaja yang mempersenda-sendakan Melayu. UMNO apa kurangnya!