Showing posts with label Penerangan UMNO. Show all posts
Showing posts with label Penerangan UMNO. Show all posts

Tuesday, 8 December 2009

Curiosity Kills A Cat

Kelantan Flag 1912 - 1923


Terengganu under the reign of umno enjoyed royalty payment from 1974 to 1999. That was 25 years duration. Wan Mokhtar Ahmad was never questioned by ACA.

Terengganu (under the reign of PAS) 1999-2004 has NEVER got any royalty and that was the time wang Ihsan was created by Mahathir. Now they still play the same drama with Kelantan? Like hell Kelantanese will vote them in the next General Election. This is ought to be remembered by them
Unless they are well explained.

Monday, 19 October 2009

Cleansing Of The Self


When you state the truth, you succeed. If you exaggerate isues for the sake to be popular , you'll run into problems. Sooner or later the public can sense the lie, no matter how sincere you act. If you are caught, the penalties are painful.


You agree or disagree based on what you know to be true, not on what they want you to believe.


Integrity


Integrity means you stick to your personal code of conduct. You stick to what you decide is right and wrong.When you live with integrity, you succeed. You are open and honest. Your life is uncomplicated and less stressful.
When you have good integrity you have no reason to lie. You can look at yourself in the mirror. You have nothing to hide.


The Best Code of Conduct


So what is right and ethical for you? How do you work out your own code of conduct?


"WHAT IS TRUE FOR YOU is what you have observed yourself
"And when you lose that you have lost everything."
"What is personal integrity?
"Personal integrity is knowing what you know—
"What you know is what you know—
"And to have the courage to know and say what you have observed.
"And that is integrity
"And there is no other integrity." — L. Ron Hubbard


No one needs to tell you what is right or wrong. You can see and decide for yourself.Nothing makes you more miserable than "selling out" and failing to stick to your integrity.


Benefits of Living with Integrity


1. When you stick to what you know is right or wrong, you don’t regret anything you have done.
2. People follow your example and act more honestly.
3. Your powers of observation are more accurate. You can see the truth about others more easily.
4. No need to keep your stories straight as your stories are facts. Less mental work is required.
5. You handle rejection and criticism more easily. As you have no doubt that you are fair.
6. You have fewer personality conflicts with others even when you are aggressive.
7. You fight crimes against you with more ferocity when you have nothing to hide.
8. When you make a mistake, it is easy to accept responsibility and move forward.
9. You earn the reputation as a person with integrity.
10. Your odds of being sued, fined or convicted of a crime go way down.

Wednesday, 26 August 2009

UMNO Sukar DiRemajakan


Razaliegh.com
Written by razaleighhamzah
August 19, 2009 at 11:35 am


I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do.

Bekas Menteri Undang-Undang, Dato' Zaid Ibrahim berkata,

"UMNO-BN merupakan sebuah parti yang tiada masa depan".

Katanya, "UMNO-BN telah membuktikan parti berkenaan tidak menghormati rakyat dengan mengemukakan calonnya Rohaizat Othman yang telah disenarai hitam Majlis Peguam. Kalau tidak layak menjadi peguam, bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat? Tetapi UMNO kata boleh,” katanya lagi.

DS Najib 1Malaysia:Presiden UMNO


"Saya tahu sebab kenapa kita kalah di Permatang Pasir".

"Kita tahu kenapa kita kalah di Manek Urai, kita tahu siapa pengkhianat. Nama-nama mereka pun ada pada kita. Kita boleh sebut satu persatu mereka yang mengkhianati parti"



Buanasuara:

~Kalau dah tahu kenapa tidak ambil tindakan segera!! Sebat pengkhianat-pengkhianat itu. Jangan jadi penternak dan gembala kepada pengkhianat

~DAN jangan jadikan UMNO tempat bersarangnya Pengkhianat orang Melayu.

~Semua tahu. Itu tahu.Ini tahu. Sana tahu. Sini tahu. Masa pilih calon dulu pun dah tahu. Kalau dah serba-serbi tahu kenapa Rohaizat jadi pilihan??

~Pemimpin tidak boleh jawab terlepas pandang. Setiap kecuaian pemimpin jutaan rakyat akan menderita.

~Atau kerana pentingkan 'kroni' calon haprak pun diketengahkan.

~'Maka kerana malas buat 'homework' Presiden dan Timbalannya UMNO lah yang merancang supaya UMNO dan BN kalah!'.

~Apabila pemimpin itu gagal merancang, sebenarnya mereka telah merancang kearah kegagalan.

Dulu aku rasa UMNO ok.

Kini aku kurang pasti apakah yang sebenarnya mau diselamatkan. Umno sebagai payung Melayu atau sekadar suatu sketsa dongeng di zaman moden.


Atau

Mungkin lebih ideal kita biarkan sahaja Umno berkubur selama-lamanya dan beri peluang kepada para pemimpin lain yang mempunyai konsep perjuangan yang segar tentang kedudukan Melayu.





Thursday, 6 August 2009

UMNO,Melayu dan Politik;Melayu Tipu Melayu



“..kalau langkah-langkah untuk memperbaiki(keadaan nasib orang melayu)tidak dibuat dengan cepat, orang Melayu akan bangsat dan papa di tanahairnya sendiri. Saya akan menutup ucapan ini dengan berkata apa yang saya sebut 20 tahun dahulu; Orang Melayu, bangunlah!”. O.T. Dussek Pengetua MPSI. Dalam satu ucapannya pada tahun 1935, terjemahan simpati beliau dengan perjuangan Melayu.
"Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu," kata O.T. Dussek kepada pelajar-pelajar MCKK.O.T Dussek adalah Pengetua Pertama Maktab Melayu Kuala Kangsar, dipetik dari buku 'Harun Aminurrashid', oleh Abdullah Hussain (DBP, 1982, ms 13).
MPSI telah mengumpulkan lulusan sekolah Melayu yang terpilih dan dari sinilah munculnya pemimpin-pemimpin politik yang berlatarbelakangkan pendidikan guru seperti Abdul Ghafar Baba(Melaka),Syed nasir Ismail(Johor)Abdul Rahman Talib(Pahang),Senu Abdul Rahman(Kedah).
MPSI dan MCKK dua institusi yang melahirkan pemimpin Melayu dari dua tamadun. Namun mereka dapat mengembelingkan tenaga menjadi 1Melayu bersatu. Ini cerita suatu ketika dahulu.

Sekarang kita nak tanya dimana 'kilang pemimpin Melayu yang berjiwa hamba ?" Setelah kita MERDEKA. Banyak IPT ditubuhkan. Produknya-lahirlah demonstrator jalanan yang hebat.

Kita masih gagal dalam kembara memajukan bangsa Melayu. Ramai lagi bangsa Melayu tidak mampu berfikir sebagai Tuan di bumi sendiri. Melayu masih lagi berfikir sebagai orang yang dijajah. Melayu masih lagi boleh dikerah ke sana ke mari membuat kerja KOSONG berdemonstrasi.

Kita terlepas pandang bahawa setiap pagi ramai anak gadis Melayu dan pemuda harapan bangsa akan keluar bekerja di kedai-kedai milik orang cina. Ada di kedai kasut, kedai menjual tikar getah, kedai menjual bunga, kedai gambar, kedai komputer, kedai perabut ,hinggakan ada yang menjadi 'Badang' mengangkat yang ringan dan yang berat. Kedai alat-alat elektrik, bengkel memperbaiki motosikal(lulusan Giat Mara),kedai barangan hardware dan underwear dan bermacam-macam perniagaan lagi samada yang halal ataupun yang haram.
Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, gulungan inilah yang dikerah dan disanjung oleh pemimpin . Mereka dipantau secara bermusim. Macam buah durian, rambutan dan langsat. Ada musim.

Slogan membantu Melayu berkumandang dengan nyaringnya semasa pilihanraya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Selepas Pilihanraya hanya 1Melayu sahaja yang dibantu ; iaitu dirinya sendiri.

Dimana silapnya, adakah perangai Tuah atau perangai Jebat yang mengalir dalam darah daging Melayu??

Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita inginkan sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang agung. Dibawah pentadbiran beliau Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan. Tanpa sistem perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.

Kita amat memerlukan sifat Tun Perak dikalangan pemimpin UMNO dan Negara.















UMNO,Melayu Dan Politik


YBM Tengku Razaliegh Hamzah

"Kalau satu masa dahulu bangsa Melayu banyak terhutang budi kepada UMNO, kita juga jangan lupa UMNO juga terturut terhutang kepada bangsa Melayu yang telah memberikan kepercayaan kepadanya…"

"Kita perlu mengingatkan diri bahwa pembangunan kebendaan tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan pembangunan kerohanian.."

Sunday, 2 August 2009

Penawar Untuk Melayu 'Tiga Suku"


Politik Malaysia


Jumlah Kerusi Parlimen = 222

Majoriti Mudah = 112

Majoriti 2/3 = 148Kawasan

Majoriti Melayu/Bumiputera Islam = 154Kawasan

Majoriti Cina = 45Kawasan

Majoriti India = TiadaKawasan

Majoriti Bumiputera Bukan Islam = 22Kawasan

Peratus Penduduk Sama Banyak = 1 (Lawas)


Berdasarkan data taburan Majoriti Penduduk dalam kawasan Parlimen, pasti DAP akan berasa GERUN dengan cadangan Kerajaan Perpaduan. Penyatuan Melayu pastinya akan memberi lebih banyak manfaat kepada orang Melayu dan Islam. Perpaduan Melayu bermakna Perpaduan Islam dan KUASA untuk mentadbir negara ini akan dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam jika mereka BERSATU.


Itulah Sebabnya DAP dan Uncle Lee suka lihat Melayu baling botol, kayu, batu dan kalau boleh baling bomb sesama Melayu.

Monday, 13 July 2009

PAS Mampu Buat UMNO Parkinson Di manek Urai

1. Saya tidak terkejut, tetapi terpesona mendengar cerita menarik dari Manek Urai. Kawan yang saya kenali ada memberituahu saya bahawa beliau telah ditugaskan untuk mengurus kenderaan bagi menggangkut pengundi pada hari pembuangan undi. saya percaya beliau memang ada pengalaman mengendalikan tugas begini di tempat sendiri. Dan dalam keadaan normal.
Untuk itu beliau telah merancang dengan baik. Kawan itu telah mendaftar beberapa buah kenderaan sesuai dengan jumlah pengundi yang telah dikenalpasti menyokong UMNO. Pada mesyuarat pertama satu taklimat telah disampaikan dengan teratur dan tertib. Tuanpunya kenderaan hadir dan merancang bersama. Sesuai dengan kesanggupan mereka, kawan itu telah menyerahkan wang sewaan dan wang peruntukan petrol kepada tuanpunya kenderaan.
Petang 13/07/09 beliau telah memanggil satu perjumpaan dengan para petugas tadi untuk taklimat akhir. Malangnya tidak seorang pun yang hadir. Kemudian beliau telah dimaklumkan bahawa tuanpunya kenderaan meminta wang tambahan. Kalau tidak mereka tidak akan keluar pada hari mengundi. What the hell is going on. Macam-macam.
Kemudian beliau telah membuat keputusan untuk mengarahkan kenderan rakan-rakan yang datang bertugas mengantikan kenderaan yang telah 'boycott' perancangan beliau.
Masalah yang timbul ialah petugas baru ini bukan orang tempatan. Pastinya pergerakan akan terbantut kerana mereka tidak mengenali para pengundi yang menyokong BN. Salah haribulan terangkut para penyokong PAS.
2. Saya ada juga maklumat yang mengatakan kekecuhan berlaku diantara peti undi dengan satu peti undi lain ia itu berkenaan dengan perbelanjaan dan 'sedekah'. Ada yang menerima sedekah RM1000 dan ada yang hanya menerima RM100. Impaknya ialah para pengundi membuat spekulasi bahawa wang yang sepatutnya mereka terima telah dikebas dikebas 'kaum pendatang'.
3.Kawan itu juga memaklumkan bahawa Ketua Peti Undi tempat beliau ditugaskan sentiasa tidak dapat hadir mesyuarat. Kononnya sibuk dengan perniagaannya. Maklumlah musim ini. Laba besar. Tetapi saya syak dia telah termakan racun musuh.
Sehubungan dengan itu, dari dua cerita di atas saya boleh buat kesimpulan bahawa musuh telah berjaya melancarkan satu 'perang saraf' yang mengharu-birukan saf perang UMNO. Mungkin cerita ini disebarkan oleh angkatan 'geraksaraf PAS'. Dan mereka berjaya melaksanakannya dengan berkesan.
4.Saya ada menanyakan kepada seorang 'VIP' dalam bahagian Kuala Krai untuk mendapat kepastian maklumat yang saya dapat terdahulu bahawa ada elemen 'kerat-mengerat' sesama sendiri. Jawapan yang saya terima ialah, "That is usual bro'. Dari statement itu, ia membawa makna bahawa perkara cantas adalah perkara biasa dalam UMNO. Ia satu budaya.
5.Maklumat dari rakan lain pula mengatakan kalau RM50 pun kebas apatah lagi RM yang banyak. Orang Manek Urai mengsyaki terdapat jentera yang tidak amanah dalam UMNO. What the hell is going on.
Apa yang saya hendak jelaskan disini bahawa dalam peperangan macam-macam boleh terjadi. Musuh akan sentiasa mengadu-domba saf lawan supaya bercelaru dan berpecah-belah. ini sebahagian daripada 'The Art Of War'. Saya amat faham dengan Cikgu Rahim dan Fatah dalam menyusun strategi PAS.
Akhir kalam, PAS melaksanakan 'The Art Of War' tetapi UMNO dengan 'The Sleeping Beauty' dan penyakit 'claptomania'.
Semoga maklumat ini tidak betul.
'SELAMAT MEMILIH KEPADA PENGUNDI DUN MANEK URAI'.

Monday, 15 June 2009

KU NAN Setiausaha Agung UMNO Malaysia


Imej UMNO boleh dibersihkan jika tindakan dikenakan ke atas mereka yang melakukan rasuah politik dan rasuah membabitkan projek.

Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Saya setuju 100 persen dengan cadangan itu. Kalau saya pula, baik dicadangkan, mana-mana ahli atau pemimpin yang pernah kena siasat kerana rasuah atau salah laku atau apa jugalah kesalahannya membabitkan awam, jangan diberikan kepercayaan memegang jawatan penting parti...(petikan dari blog Rakyat Malaysia)

Komentar BUANA SUARA:

Seiras dengan cerita 'ANJING DENGAN KURA-KURA'

Bukan setakat 100%, saya setuju 2 laksa peratus.

Imej UMNO tidak akan bersih selagi adanya Tengku Adnan Tengku Mansor di PWTC.
Jejak bertapak Tengku adnan Tengku Mansor penuh najis.

Lebuhraya siber mengalami pencemaran bau Tengku Adnan yang teramat sangat.Malah baunya sampai keseluruh negara

Mungkin lubang hidung Najib dan Muhyidin masih tersumbat. Wallahualam.

Saya teringat satu cerita jenaka tentang anjing dengan kura-kura:

Satu hari kura-kura merasa hairan melihat gelagat anjing apabila binatang itu kencing. Lalu kura-kura bertanya..

"wahai anjing, kenapa setiap kali kamu kencing aku nampak kamu selalu menggangkat sebelah kaki ke atas. Sungguh kurang sopan?"

Lantas anjing menjawab:

"kamu ni betul-betul jahil lah wahai kura-kura. Bukankah air kencing itu najis. Aku terpaksalah angkat kaki takut terkena najis".

kura-kura sambil menggaru kepala berkata:

"Sial!! Kamu bukan setakat air kencing kamu sahaja najis, seluruh tubuh kamu itu pun najis"

Ada persamaan moral kisah anjing dengan kura-kura dan cerita di PWTC.Siapa kura-kura dan siapa anjing dalam sketsa dogeng zaman moden ini, pembaca nilai sendiri lah.

Cerita ini akan berkumandang di Pilihanray Kecil DUN Manik Urai.

Dunia ini pentas, manusia adalah pelakun

Thursday, 11 June 2009

Doktor UMNO Bernama Ahmad Maslan


Khusus Untuk Pengundi DUN Manik Urai dan Pengundi-pengundi seluruh negara

Elakkan politik sakit kepala dan sakitkan kepala kerana politik.
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik AMNO , kerana telinga nya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : "Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Hidup AMNO!!

Tipu tetapi logik. Itulah kisahnya politk di 1Malaysia