Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Monday, 13 July 2009

PAS Mampu Buat UMNO Parkinson Di manek Urai

1. Saya tidak terkejut, tetapi terpesona mendengar cerita menarik dari Manek Urai. Kawan yang saya kenali ada memberituahu saya bahawa beliau telah ditugaskan untuk mengurus kenderaan bagi menggangkut pengundi pada hari pembuangan undi. saya percaya beliau memang ada pengalaman mengendalikan tugas begini di tempat sendiri. Dan dalam keadaan normal.
Untuk itu beliau telah merancang dengan baik. Kawan itu telah mendaftar beberapa buah kenderaan sesuai dengan jumlah pengundi yang telah dikenalpasti menyokong UMNO. Pada mesyuarat pertama satu taklimat telah disampaikan dengan teratur dan tertib. Tuanpunya kenderaan hadir dan merancang bersama. Sesuai dengan kesanggupan mereka, kawan itu telah menyerahkan wang sewaan dan wang peruntukan petrol kepada tuanpunya kenderaan.
Petang 13/07/09 beliau telah memanggil satu perjumpaan dengan para petugas tadi untuk taklimat akhir. Malangnya tidak seorang pun yang hadir. Kemudian beliau telah dimaklumkan bahawa tuanpunya kenderaan meminta wang tambahan. Kalau tidak mereka tidak akan keluar pada hari mengundi. What the hell is going on. Macam-macam.
Kemudian beliau telah membuat keputusan untuk mengarahkan kenderan rakan-rakan yang datang bertugas mengantikan kenderaan yang telah 'boycott' perancangan beliau.
Masalah yang timbul ialah petugas baru ini bukan orang tempatan. Pastinya pergerakan akan terbantut kerana mereka tidak mengenali para pengundi yang menyokong BN. Salah haribulan terangkut para penyokong PAS.
2. Saya ada juga maklumat yang mengatakan kekecuhan berlaku diantara peti undi dengan satu peti undi lain ia itu berkenaan dengan perbelanjaan dan 'sedekah'. Ada yang menerima sedekah RM1000 dan ada yang hanya menerima RM100. Impaknya ialah para pengundi membuat spekulasi bahawa wang yang sepatutnya mereka terima telah dikebas dikebas 'kaum pendatang'.
3.Kawan itu juga memaklumkan bahawa Ketua Peti Undi tempat beliau ditugaskan sentiasa tidak dapat hadir mesyuarat. Kononnya sibuk dengan perniagaannya. Maklumlah musim ini. Laba besar. Tetapi saya syak dia telah termakan racun musuh.
Sehubungan dengan itu, dari dua cerita di atas saya boleh buat kesimpulan bahawa musuh telah berjaya melancarkan satu 'perang saraf' yang mengharu-birukan saf perang UMNO. Mungkin cerita ini disebarkan oleh angkatan 'geraksaraf PAS'. Dan mereka berjaya melaksanakannya dengan berkesan.
4.Saya ada menanyakan kepada seorang 'VIP' dalam bahagian Kuala Krai untuk mendapat kepastian maklumat yang saya dapat terdahulu bahawa ada elemen 'kerat-mengerat' sesama sendiri. Jawapan yang saya terima ialah, "That is usual bro'. Dari statement itu, ia membawa makna bahawa perkara cantas adalah perkara biasa dalam UMNO. Ia satu budaya.
5.Maklumat dari rakan lain pula mengatakan kalau RM50 pun kebas apatah lagi RM yang banyak. Orang Manek Urai mengsyaki terdapat jentera yang tidak amanah dalam UMNO. What the hell is going on.
Apa yang saya hendak jelaskan disini bahawa dalam peperangan macam-macam boleh terjadi. Musuh akan sentiasa mengadu-domba saf lawan supaya bercelaru dan berpecah-belah. ini sebahagian daripada 'The Art Of War'. Saya amat faham dengan Cikgu Rahim dan Fatah dalam menyusun strategi PAS.
Akhir kalam, PAS melaksanakan 'The Art Of War' tetapi UMNO dengan 'The Sleeping Beauty' dan penyakit 'claptomania'.
Semoga maklumat ini tidak betul.
'SELAMAT MEMILIH KEPADA PENGUNDI DUN MANEK URAI'.

Sunday, 12 July 2009

UMNO Bagaikan Buah Khuldi


Tengku razaleigh’s speech at the EGH of the Umno gua musang division, April 2008 (excerpt)…


Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan menteri-menteri dari Umno tidak memegang jawatan itu, sekiranya mereka tidak terlebih dahulu dipilih dari perwakilan Umno sebagai presiden dan timbalan presiden dan oleh rakyat sebagai ahli parlimen. Kalau PM yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan Bahasa Melayu dan agama Islam, maka mereka mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. Umno perlu mewujudkan mekanisma yang sesuai dan cekap untuk melaksakan sistem parti mengawal kerajaan ini.


Kedua, dasar dan visi Umno hendaklah merentas sempadan kaum dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja. Dasar dan visi Umno yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan alif ba ta, seperti yang saya sebutkan tadi tetap dipertahankan. Tetapi dalam soal untuk memajukan hidup, ekonomi, social, pendidikan, dan sebagainya untuk rakyat, Umno hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat, tidak kira kaum.


Kita mahu Umno menjadi parti ‘supra-ethnic’, parti nasional yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan visi tradisionalnya, iaitu mempertahankan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi, dan budaya orang asing atau kuasa asing.


Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan Negara, yang faedahnya untuk Negara, dan bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan.Dasar dan perjuangan parti Umno ini tidak menjejaskan hak dan kaum lain.


Imej Umno selama beberapa tahun kebelakangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis.


Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. Umno dilihat sebagai parti yang tidak mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu, dan disamping ini, orang Melayu mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen Umno untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu.


Institusi Raja-raja Melayu adalah institusi tertua di tanah Melayu dengan usianya melebihi tujuh ratus tahun. Institusi inilah yang menjadi penyelamat tamadun Melayu, walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda, dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa.


Imej kedua ialah Umno di mata orang bukan Melayu, iaitu mereka menganggap Umno adalah parti untuk kepentingan kaum lain. Entahlah apa sebabnya.


Imej Umno yang ketiga ialah parti yang menggalakkan rasuah politics atau parti orang kaya di atas, atau parti orang miskin di bawah. Parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek kerajaan dan hak rakyat miskin, tidak kira kaum.Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu. Umno harus mengubah atau membersihkan ketiga-tiga imej buruk itu. Umno mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu.


Dalam pilihan raya umum ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan Cina, misalnya, mengibarkan bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat Umno. Mengapa? Adakah mereka telah dipukau atau di Islamkan oleh orang PAS?


Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS adalah berdasarkan prinsip Islam yang lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut pada tuhan, maka mereka takut untuk berkata bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata tok guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih, dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan. Inilah cabaran yang dihadapi umno hari ini.


Umno terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. Umno terpaksa menyaingi parti baharu seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum, termasuk generasi baru orang Melayu sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan terhadap semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.


Ketiga, perangai, budaya, akhlak, dan moral orang Umno perlu diadabkan. Kita perhatikan pada kempen pilihan raya umum Ke-12, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka mendabik-dabik. Seorang calon parlimen Umno, memberitahu media bahawa matlamatnya adalah untuk memastikan lawan-lawannya hilang deposit.calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi melayu.


Di Kelantan, kita mendengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadap terhadap PAS… bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam perang salib terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilancarkan oleh presiden bush terhadap Negara Islam. Saya paham bahawa PAS adalah parti lawan Umno. Tetapi itu bukanlah caranya Orang Melayu Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama. Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab.


Orang Melayu, bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun meluat dan menyampah dengan kelakuan feil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati parti lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng, dan akhirnya kita kalah teruk, malah lebih teruk dari tahun 2004. Bukan kerana dasar Umno tidak baik, tetapi kerana orang Umno itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.


Saya rasa perlakuan yang biadap itu timbul daripada beberapa sebab. Antaranya dapat kita sebut; satu, kerana kita terlalu yakin pada kekuatan parti, dan tidak nampak apakah kelemahannya? Lalu, orang seperti itu berasa terlalu megah, berani, dan bercakap besar. Mereka memberitahu pengundi, ‘aku akan menjadi menteri besar’… ekonomi pasaran dan ekonomi kapitalisma sudah menjadi alat politik Umno untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam Umno, untuk kepentingan kepimpinan, dan bukan untuk kepentingan rakyat, anggota akar umbi Umno,jiwa dan roh melayu.


Orang Umno mula digantikan dengan roh beruk. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno.jadi untuk menyelamatkan Umno, kita harus buang segala anggota Umno di atas itu yang jahat dan korap. Yang tidak berbudaya dan tidak berakhlak tinggi, yang tidak bijaksana.


Ada orang jadi geliga otaknya, lulusan oxford,Harvard dan sebagainya. Tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak untuk diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Kerana mereka tidak mempunyai roh atau semangat melayu yang cukup dalam dadanya. Tidak bijak, tidak pandai bercakap, tidak pandai berhujah dengan rakyat. Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik di universiti-universiti tetapi tidak layak menjadi pemimpin bangsa melayu, yang mempunyai nilai-nilai tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang melayu.

Friday, 10 July 2009

Leukemia UMNO


Dahulu dan sedulu-dulunya, setiap pilihanraya kecil atau besar, BN tidak ada masalah untuk menang. Bukan menang semenang-menangnya, malah dengan majoriti yang besar dan sebesar-besarnya. Kadang-kadang calon pembangkang hilang deposit.Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Tidak ada lagi pada UMNO dan BN.


Dahulu, pemangkang sangat fobia pada pilihanraya kecil. Sekarang terbalik. UMNO dan BN pula bukan setakat takut malah ngeri disetiap pilihanraya Kecil. Susah nak menang. Malah PR pula syok pada setiap pilihanraya kecil. Mereka semakin mencipta sejarah. Sentiasa menang.


Dahulu, kalau ada pilihanraya kecil pembakang selalu teragak-agak untuk turut serta. Sekarang UMNO dan BN sentiasa 'contempleting'. Nak masuk atau tidak.Masuk atau tidak. delima. Masuk kalah. Tak masuk dayus. Pengecut. Pondan. entah apa-apa lagi.


Kini UMNO dan BN sedang sakit. Sangat-sangat sakit. Denyutan jantungnya semakin lemah. Mungkinkah penyakit ini akan berterusan?Atau riwayatnya akan pergi selama-lamanya.


Ada orang kata sakit lawannya mati. Salah. Sebenarnya sakit lawannya sembuh. Sihat semula. Hendak sihat ada syaratnya. Kena ada usaha mengubatinya. Kena ubat yang sesuai akan sihat semula. Sihat semula tidak menjamin akan sihat selama-lamanya. Pendek kata segala-galanya ada peraturan. Ikut peraturan boleh hidup panjang. Tak ikut gerenti mati .


Peraturannya mudah. Jangan ulangi kesilapan lepas. Jangan dipatuk ular dua kali di lubang yang sama. Sekali pengalaman. Kali kedua ditempat yang sama bodoh namanya. Namun demikian UMNO masih belum terlewat untuk kembali sihat dan menang.


Memetik kata-kata Ulama besar Sheikh Abdullah Fahim;


"Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredhaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khainat dan tamak akan dimurkai Allah akhirnya menjadi hina"(Mokhtar Petah - Sheikh Abdullah Fahim Penentu tarikh kemerdekaan Negara 31 Ogos,1957,Pustaka antara 1997.)


Kena ingat kalau laknat ditimpakan. Ia bukan hanya menimpa atas kepala pengkhianat sahaja. Malah akan turut menimpa keatas orang yang lain-lain juga. Itulah sebabnya, kita tidak harus membiarkan apa sahaja dibuat oleh pemimpin kita semata-mata atas alasan sayangkan parti. Sayang seperti itu tidak ada makna. Tidak kena tempat. sebab kita akan turut menjadi mangsa laknatullah.


Kita kena bangkit menjadi pendesak. Terus mendesak dengan apa cara sekalipun. sehingga pemimpin itu sedar kesilapan dan kealpaan mereka terhadap janji dan tugas mereka kepada rakyat yang dipimpin dan janji mereka kepada Allah.


Mari kita yang setia pada perjuangan memaklumkan kepada pemimpin kita sekiranya masalah yang boleh membawa maut kepada parti tidak diselesaikan segera, kita akan ramai-ramai keluar parti. Bukan menggugut tetapi memaklumkan. Kita juga tidak akan menyertai mana-mana parti. Tetapi kita akan hanya menyertai semula UMNO setelah UMNO tegas dengan tindakan sebagaimana peruntukan dalam perlembagaan parti. Tidak ada pilih kasih. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir pada Pak Lah dahulu. Takkan ini pun perlu diajar oleh Tun.


Ahli-ahli UMNO Tanah Merah akan lakukan ini selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti. Saya akan mengepalai desakan ini. Kalau tidak saya yakin UMNO akan menipu kita dengan semboyang 'perjuangan yang belum selesai'. Perjuangan tidak akan selesai kalau tidak mulakan dari sekarang. Mungkin akan menbah kusut masai lagi.


Kita tidak mahu ditimpa musibah dan bencana akibat kecuaian mereka. Saya yakin pemimpin tidak mahu jadi pemimpin yang tidak ada pengikut. Tindakan begini akan menjadi katalis dan ubat kepada penyakit yang dihadapi UMNO.


Apa yang saya lihat UMNO suka menunda dalam melakukan yang terbaik kepada parti. Mungkin atas muslihat melindungi penjahat. Atau mungkin tidak mahu parti dilihat sakit. Itu semua adalah tindakan pemimpin yang lemah. Biar papa asalkan bergaya. Ini adalah penyakit mental yang harus dinyahkan segera.


Arwah Tun razak meninggal dunia akibat serangan penyakit leukimia. Najib sihat tetapi beliau biarkan UMNO diserang Leukimia. Apakah kita mahu sejarah tercipta dimana PM dari UMNO meninggal kerana Leukimia dan Anak PM yang meninggal kerana leukimia membiarkan UMNO mati kerana leukimia.