Showing posts with label Badan Disiplin UMNO. Show all posts
Showing posts with label Badan Disiplin UMNO. Show all posts

Wednesday, 10 November 2010

Apa Kata Anak Naina marican!

Dari mana la..'mamat' ni? Cuba nasib sebelum Majlis Akad Nikah'? Tak mungkin. Sebelum @ selepas solat di masjid? tak percaya..Adakah suatu hari di Hari Raya..no way kedai tutup beb!

..Aha!!..ni mungkin perwakilan Persidangan UMNO di PWTC. Kalau ye..cari sampai kelubang cacing, gantung dan buang ahli..ini baru betul.

Ini tidak..ahli yg menegur untuk kebaikan di GANTUNG dan di BUANG!!!..

Thursday, 16 September 2010

Selamatkah Melayu Di Malaysia?


Selamat Hari Malaysia.
Kalaulah tidak kerana Sabah dan Sarawak, siapakah agaknya yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia?

Malaysia Tidak Selamat?
Malaysia harus ditafsirkan sebagai bukan lagi sebuah negara yang selamat apabila setelah 9 kes pembunuhan berlaku, barulah disedari bahawa negara ini mempunyai pembunuh bersiri yang mempunyai "lesen". Sekiranya pembunuhan Datuk Sosilawati tidak berlaku, mungkin suspek adik-beradik pembunuh bersiri ini masih terlepas dari pandangan polis untuk melakukan lebih banyak peras ugut dan pembunuhan. Itu pun belum lagi disenaraikan kes kehilangan kanak-kanak yang tidak selesai.

Siapa Memimpin UMNO?
Pemimpin UMNO masa ini sudah jadi lembik, lembut dan "ow ow".

WHY??..Apabila presiden MCA Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya telah menyelar Ibrahim dan PERKASA serta meminta 'ala mengarahkan' UMNO agar mengambil sikap yang tegas terhadap PERKASA kerana kononnya MCA telah kehilangan sokongan dari kaum Cina.

MAKA..berrrrrlumba-lumbalah pemimpin UMNO kecil besar tua muda segera menembak Ibrahim Ali dan PERKASA. Lebih-lebih lagi Tengku Adnan Tengku Mansor; Setiausaha Agung UMNO. Sedangkan PERKASA ditubuhkan bagi mempertahankan ketuanan Melayu melalui batasan-batasan undang-undang dan Perlembagaan. UMNO sudah sanggup berbalah dengan NGO Melayu berasaskan hanya satu kenyataan Chu Soi Lek.

Jadinya, UMNO sudah mereng. Satu brand yang jijik lagi menjijikkan ramai orang. Kerana apa? Tidak ada lain alasan melainkan telah berjaya melahirkan produk melalui proses pencabulan kuasa, korapsi, sombong dan angkuh. Pemimpin dipilih bukan melalui idea yang bernas sebagai tawaran dan kriteria, tetapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Menjadikan UMNO sebuah parti ydipenuhi kaki tipu dan 'Si Bebal yang Tak Sabar'

Melayu sudah tidak yakin lagi bahawa UMNO mampu menampilkan kepimpinan Melayu kepada bangsanya.


Monday, 29 March 2010

Jaguh Rakyat UMNO

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat. “Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

Siasatan Buana:

1. Lelaki tua ini bernama Ali Akhbar Bin Mayim.

2.Sudah punya 2 orang isteri. Anak berdozen.

3.Diberitakan isteri keduanya adalah perkahwinan melalui 'rampasan kuasa' dari bekas suami wanita tersebut.

2.Pernah menggugut untuk mencederakan kawan pasangannya apabila kawan tersebut menceritakan kepada orang lain tentang 'kesyaitanan' peribadinya.

3.Beliau telah bermuafakat dengan seorang lagi kawannya(juga AJK UMNO Bahagian) menipu JHEIK dengan memberi maklumat palsu dengan membawa seorang lagi sahabatnya yang kemudian mengaku sebagai bapa saudara mangsa dan disandarkan sebagai penjamin.

4.Sehingga Buana catatkan entri ini difahamkan mangsa belum diserahkan kepada penjaganya.

5.Mangsa adalah seorang anak yatim.

Tak baik cerita banyak-banyak hingga mengaibkan orang pula. So Buana mohon Ikmal Hisyam 'sewabeli' peguam UMNO membela 'jaguh Rakyat' ini. Kalau boleh biar imam dan Kadhi Tanah Merah hilang 'Locus standi'.

Untuk makluman peguam:
1. AJK UMNO Bahagian Tanah Merah.
  • Timbalan Pengarah DUN Bukit Panau
  • Penasihat peribadi Ketua Bahagian
  • AJK Pemantau Projek JPP lantikan khas Biro Politik.
  • Pengerusi Tetap persidangan Pemuda UMNO Tanah Merah

2. Model pemimpin 'perihatin' dan 'jaguh Rakyat 1Malaysia"