Showing posts with label Penasihat Undang-undang UMNO. Show all posts
Showing posts with label Penasihat Undang-undang UMNO. Show all posts

Sunday, 9 May 2010

MUSAILAMAH AL- KHAZAB DALAM UMNO

Alangkah indahnya kalau orang politik patriotik macam ahli-ahli sukan. Mereka berjuang untuk mendapat pingat demi negara..Orang politik jual negara untuk mendapat pingat.

Entahlah...Buana hanya jadi tukang tulis je. Tak mintak upah cuma mau ingatkan orang politik biar lupa lirik, jangan lupa diri. Itu je...

Melayu yang jadi tukang undi tu berhati-hati. Jangan tersalah undi dek terpegun dengan lirik politikus-politikus yang menyerupai malaikat..kononnya mereka adalah pejuang bangsa..tetapi sebenarnya Raja segala Iblis yang mengoda bangsanya semata-mata untuk terus mendapat tempat sebagai YB.

Dulu Ibrahim bertanding Bebas atas Tiket PAS. Menang. Sekarang Tak tau nak gi kat mana, cuba berbaik-baik dengan UMNO. Cuba menebar jala atas darat. Mana lah tahu kot "ranting-ranting kayu jadi udang dan daun-daun kayu jadi ikan"


Kalau autanya menjadi dapat bertanding Bebas menggunakan lambang BN. Melepas la.. mana-mana Ketua Bahagian yang bercita-cita nak jadi YB kerana pimpinan mungkin memberi tempat kepada Ibrahi Ali.

Menang menang belum pasti bagi Ibrahim Ali kalau bertanding Bebas Atas lambang BN. Sebab orang UMNO bijak berlakon.. bijak dan pro 'Cas keting'.

Bijak dan pro lagi ialah bagaimana ilmu untuk menawan penasihat UMNO dan Lembaga serta segala Bapak Lembaga dalam UMNO untuk selamat dari tuduhan.


Sehandal-handal Peguam UMNO macam Hafarizam anak Lelaki Harun tidak dapat mengesan kemahiran ini atau buat-buat tak nampak.


Sekarang bukan sedikit jumlah pimpinan UMNO yang dah jadi Ketua Bahagian kerana kemahiran 'cas keting' calon-calon BN. Macam mana agaknya kalau tempat yang sepatutnya diberi kepada ketua bahagian berkenaan tiba-tiba dipinggirkan kerana memberi ruang kepada Adi Jagat PERKASA.

Buana rasa Ketua Bahagian berkenaan akan 'Amok macam Tok Nading'.Lebih-lebih lagi kalau Ibrahim bertanding di Parlimen Tanah Merah. Ketua Bahagian Tanah Merah sekarang sangat handal dalam kerja-kerja begini.

Jangan marah pada Buana!!! Cuba tanya Peguam UMNO. Ada tak kes sabotaj pilihanraya di adukan? Tetapi Hafarizam kata tak ada bukti. Licin dan licik kan? Bukti berkarung-karung dibawa kedepan. Saksi..sebuah bas Transnasional telah dibawa ke tempat bicara di River View.


Dalam peristiwa itu Buana difahamkan Hafarizam datang dengan lenggang-lenggoknya. Berbekalkan mulut manis tersenyum lebar telah berjumpa dengan tuan Haji Muhamat Sulaiman (Ketua Penerangan Bahagian Tanah Merah ketika kejadian) Lalu Hafarizam memperkenalkan diri bersama budak pejabat UMNO bernama Al-Bakri(kalau tak silap) dengan menasihati Tuan Hj Muhamat Sulaiman supaya tidak perlu mengemukakan saksi dan bukti-bukti lain, kononnya pegawai penyiasat dah berpuas hati.

Wah!! Sehandal Hang Nading menyelamatkan Singapura Di Langgar Todak.

Nak tahu apa kesudahannya.? OKT terlepas atas alasan Tuan Haji Muhamat tidak mengemukakan bukti dan saksi. Ooooo baru Buana tahu, rupa-rupanya ada perisai untuk kebalkan penjahat UMNO. Sekarang 'Si Buta Dari Gua Hantu' pun tahu tentang cerita ini.


Bagi Buana bukan soal Tuan Hj Muhamat Sulaiman berjaya atau tidak mengenakan disiplin kepada OKT. Itu tidak besar. Bukan 'major isu'. OKT dan penasihat telah mempertahankan kemungkaran yang berlaku dalam UMNO. Muhamat Sulaiaman tidak berdosa pada UMNO kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan mengemukakan aduan tersebut.


Pembaca yang sayangkan UMNO dan orang Melayu cari lah kebenaran walaupun berdepan dengan pahit dan getir.


Kesan daripada itu ialah kalau ada blogger mengatakan prestasi UMNO Tanah Merah merudum sejak pimpinan Arwah Dato Hashim Safin kerana ada adegan 'cas keting' saya berani mengatakan itu hanya lah 'hearsay' sahaja. Sebab tidak ada bukti.
Kesimpulannya, hanya orang-orang yang tahu sahaja mengetahuinya. Tanya lah Hafarizam.
DAN pada Hafarizam kalau nak cari kebenaran janganlah campur-aduk dengan perkara-perkara lain.


Hai kawan-kawan !!! berhati-hati deh.. Kenalilah yang mana kaca dan yang mana permata. JANGAN TERLEWAT MENGESAN MUSAILAMAH AL-kHAZAB DALAM UMNO


Jangan biarkan UMNO Mati Bergalang Tanah..Kot nanti Tulang-tulang Melayu akan Beselerakan di bumi sendiri. Andainya takdir akan menutup tirai buat UMNO , biarkan..Biarkan..Tetapi Melayu mesti bangkit bersatu dengan apa cara sekali pun.

tanpa syarat!!!!

Tuesday, 9 March 2010

Cheng Peng Vs Ikmal Hisham


Kekadang hairan bin Ajaib juga memikirkan masih ada tangan-tangan kotor seiras 'wak Long dan Pak Dogol' dalam UMNO masih dikekalkan mentadbir UMNO pusat. Sedangkan umat UMNO rata-rata tahu mereka ini sebenarnya bagaikan 'sokong membawa rebah' kepada UMNO.

Baru-baru ini saya pamerkan dua episode berlaku pada UMNO Tanah Merah.

1. Terdapat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Tanah Merah di batalkan pendaftarannya oleh Pendaftar pertubuhan Malaysia. Kebetulannya, Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian adalah ahli dari cawangan-cawangan yang telah dibatalkan.

2. Mereka; individu yang bernama Ikmal Hisham dan Baharudin ini disaman oleh mantan Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu setelah semua saluran parti telah tidak menghiraukan lapuran beliau.

Kita lupakan kisah apa telah terjadi di Mahkamah Tinggi sebelum ini dan akan datang sebab kes itu dijadualkan pada 22hb mac ini.

Dari sembang-sembang kedai kopi hinggalah diwar-warkan oleh penyandang Setiausaha sekarang dengan megahnya membuat pengistiharan bahawa Amran Ab Rahman (mantan Setiausaha bahagian) telah dilucutkan keahlian UMNO.

Kebodohan dan kebebalan penyandang Setiausaha UMNO bahagian tidak perlu dibincangkan di sini. Kerana ahli UMNO Tanah Merah yang celik akal anggap Muhamad Ismail ini lebih bebal dari Pak Pandir. So let it be.

Yang kita semua pertikaikan ialah di mana TS Muhyidin? Orang no 2 yang diberi tanggungjawab oleh Presiden UMNO untuk mengurus parti. Tidur atau di tidurkan oleh Penasihat undang-undang UMNO dan Setiausaha Agung UMNO?

Kenapa tidak digunapakai 18B(2) Akta Pertubuhan apabila individu yang bernama Hj. Ikmal Hisham Ab. Aziz dan Baharudin Yusof dipertikaikan keesahan beliau dalam pertubuhan akibat dari pembatalan Cawangan beliau.

Seksyen 18B(2) berbunyi:

Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegangang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu,maka,apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen(1), memberi efek kepada kehilangan kelayakannya itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaedah-kaeadah dan peraturan-peraturannya.

Kenapa seksyen 18B(2) tidak dipraktikkan? Tetapi sebaliknya menggunakan seksyen 18C, memukul ahli yang cuba membetulkan parti dari pintu belakang. Hanya semata-mata untuk mencari jalan pintas memenangi kes di mahkamah. Kenapa tidak dilihat dari perspektif membaikpulih parti.

Menang atau kalah saman bekas setiausaha Bahagian di mahkamah tidak penting. Persoalannya; adakah UMNO sebuah parti yang menerajui Kerajaan 1Malaysia dengan slogan Juara Rakyat ingin mengekalkan seseorang yang telah melanggar Akta Pertubuhan di sanjung sebagai 'Juara Rakyat'.
Cheng Peng adalah wira pada gulungan pertubuhan haram Komunis Malaya. Bagaimana pula dengan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah?

Ahli yang cuba membetulkan parti di pecat sementara 'bandit' dikekalkan. Ini budaya 'Firaun' bukan budaya Jaguh Rakyat.

Budaya ini bukan setakat manusia terkejut malah setan dan iblis pun bagaikan diserang angin ahmar melihat telatah UMNO sekarang.

Monday, 22 February 2010

Seketul Daging Khinzir Dalam Gulai Kawah UMNO

buanasuara:

1. Kedudukan Ikmal Hisham sebagai Ketua UMNO Bahagian sudah terencat.Beliau telah hilang kelayakan.

2. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin,hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada dalam hal ini. Beliau wajib berundur segera setelah mengetahui status beliau.

3.Maruah UMNO lebih penting daripada maruah diri sendiri. sebab UMNO adalah milik orang Melayu bukannya milik peribadi.

4.Secara sinisnya, sekawah gulai daging lembu kalau terjatuh seketul daging khinzir, bukan setakat gulai itu tidak boleh dimakan, tetapi kawah itu pun mesti disamak.

Dalam Akta 18B(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, maka, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), Memberikan efek kepada kehilangan kelayakkan itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dengan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaeadah-kaedah dan peraturan-peraturannya.

Wednesday, 25 November 2009

UMNO Itu Melayu;Melayu Itu Islam



"Kita tidak pernah suka untuk belajar daripada sejarah maupun kesilapan lalu. Kita fikir keadaan kita berbeza tetapi sebenarnya ia sama sahaja"(Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri)

Buanasuara setuju.(Mengulangi ulasan Buana dalam entri terdahulu)

"Para pemimpin juga tidak harus dibuai lena oleh kemewahan singgahsana dan takhta kekuasaan sehingga menjadikan mereka lupa diri dan takbur. Kisah tragik Qarun dengan segunung hartanya dan Fir’aun dengan kemilauan takhtanya seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran sudah seharusnya cukup mengajar kita erti kesederhanaan hidup, kesyukuran diri, kerendahan hati, ketinggian akal-budi dan kebesaran jiwa..

Kita juga harus beringat dengan kisah kemusnahan kaum Lut yang rosak akhlak dan hancur fitrah kemanusiaan mereka dan kaum Thamud yang angkuh dengan kekayaan serta kekuasaan mereka. Sejarah silam juga telah banyak mempamerkan suri tauladan tetapi manusian dengan sifatnya yang sering pelupa itu jarang-jarang sekali mahu belajar daripadanya."

Budaya Melayu adalah budaya yang menyatu dengan ajaran agama Islam. Nilai keislaman menjadi acuan dasar budaya Melayu. Kerananya, budaya Melayu tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana tercermin dari ungkapan adat: Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah; Syarak mengata adat memakai, sah kata syarak, benar kata adat; Bila bertikai adat dengan syarak, tegakkan syarak. Bagi orang Melayu, agama Islam adalah aturannya.

Islam merupakan unsur terpenting dalam peradaban Melayu. Islam dan bahasa Melayu telah berhasil menggerakkan ke arah terbentuknya kesedaran Nasional yang akhirnya menjadi pendorong kepada usaha menentang kolonial penjajah. Simbol-simbol yang berasal dari kebudayaan Melayu, yang berlaku di tempat-tempat umum serta yang digunakan untuk menghubungkan berbagai suku bangsa dan golongan etnik yang berbeza sehingga dapat saling berinteraksi adalah bahasa Melayu dan etika Melayu (antara lain keramahan dan kerterbukaan).

Oleh kerana Melayu identikal dengan Islam, maka Tuhan yang patut disembah adalah Allah. Proses ini pada akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang melekat di dalam kebudayaan Melayu, sehingga menjadi suatu sistem yang tidak terpisahkan bagi orang Melayu, Islam dan Allah. Maka terjadilah proses timbal balik antara Melayu dan Islam dengan segala dimensinya sebagai sebuah sistem yang saling mengisi.

Kepimpinan UMNO kena kembali ke sini.

Wajah Perlembagaan UMNO sudah berubah, tinggal lagi minda ketua-ketua Bahagian samada turut berubah atau tidak.

Kata penasihat undang-undang UMNO bahawa perlembagaan UMNO baru itu hendaklah dibaca bersama dengan minda yang berubah. Rakyat Melayu marhaen juga mengharapkan begitu. Bukan setakat itu sahaja malah Penasihat Undang-undang UMNO kena lakukan alignment pada mindanya juga.

Saya berkata begini dan begitu terhadap beliau kerana pada hemat saya beliau banyak campur tangan sehingga merosakkan UMNO Tanah Merah dengan teruk sekali.'Beyond repair' kata orang putih. Malah beliau dianggap telah melindungi Ikmal Hisham yang mengkhianati UMNO pada pilihanraya ke 12 lalu dengan bermacam helah yang berselindung disebalik profesyennya sebagai peguam.

Belajar lah sejarah , kembalilah dan ambil iktibar kepada keluhan Tun.

Tuesday, 24 November 2009

Ikmal Hisham Pemimpin Terbaik Tajaan PWTC

'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Buana mendapat tahu bahawa kelmarin, semasa banjir masih mengila di Tanah Merah, pelbagai pihak telah melancarkan gerakan membantu mangsa-mangsa banjir diseluruh parlimen Tanah Merah. Bantuan bencana disertai pelbagai pihak termasuk pejabat Tanah dan Jajahan(PJTM),Exco Kerajaan Pas Kelantan, ahli-ahli Dewan Undangan (Pas) Pihak tentera,polis dan pemimpin-pemimpin tempatan dari part Pas.

Pihak UMNO Bahagian Tanah Merah juga perihatin. Tetapi diwaktu banjir mengila ketua-ketua cawangan dijemput untuk diberi taklimat Pindaan perlembagaan.

Dalam masa yang sama juga wakil rakyat Pas rancak mendaftar kanak-kanak untuk ‘Majlis berkhatan beramai-ramai’. Ibubapa yang ditemui merakamkan bersyukur dan berhutang budi kepada inisiatif yang diambil oleh Wakil-wakil rakyat Pas kerana dapat mengurangkan beban mereka dimusim banjir ini.

Sebaliknya pula kepimpinan UMNO Bahagian Tanah Merah disebelah petangnya telah menjemput ketua-ketua cawangan untuk melancarkan agenda pemecatan ketua kampong dan penggawa JPP yang sedia ada dan digantikan dengan calon-calon baru. Yang dipecat ini dikatakan menyokong pimpinan yang TERDAHULU YANG DISINGKIRKAN MELALUI KAEDAH YANG TIDAK BERMORAL..

Pas bersama-sama dengan Unit Amal siang malam memantau keadaan banjir dan bersiap sedia 24 jam bagi melancarkan gerakan-gerakan semerta sekirannya banjir semakin buruk.


Ketua Pemuda UMNO pula dikatakan mengadakan pertandingan Futsal dimusim banjir.
Ketua UMNO Bahagian bersenang lenang berniaga di Kuala Lumpur. Rakyat dan wakil-wakil Pas berlumpur dalam banjir dengan rakyat tempatan.


Semasa taklimat Pindaan Perlembagaan, Ketua Penerangan UMNO bahagian dengan megahnya mengistiyarkan bahawa Ketua UMNO Bahagian 'nya' sedang berada di luar negara mengiringi YAB Dato Seri Najib. Oleh yang demikian dia tidak dapat hadir.(penipu BESAR)


Dalam rakyat kesusahan dan menderita atas arahan Ketua Bahagian, satu taklimat untuk memberhentikan Ketua-ketua Kampong dan Penggawa telah diadakan. Bayangkan betapa senggetnya wibawa seseorang pemimpin yang menggangkat dirinya sendiri menjadi pemimpin. DAN membantu semua ; terdiri daripada Ketua wanita, Ketua Pemuda Dan AJK empat peringkat dari manusia kelas 'abdi' melalui gerakan besar-besaran waktu pemilihan bahagian yang penuh dramatik. Berjayanya KAKI RASUAH MENERAJUI umno BAHAGIAN tANAH mERAH.


Buana berani menamakan orang-orang besar yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO Tanah merah. Mereka terdiri daripada Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Kerja UMNO waktu itu, General(B) Dato Husainey dan Penasihat undang-undang UMNO semasa ia itu Datuk Hafarizam.


Itulah mungkin Pelan Bertindak UMNO Bahagian Tanah Merah. Ketua bersenang-senag waktu rakyat susah. Sementara itu PWTC terimalah apa sahaja laporan daripada Ketua. Mesti 1st class ' punya report.