Showing posts with label Ikmal Hisham. Show all posts
Showing posts with label Ikmal Hisham. Show all posts

Monday, 5 April 2010

Geng M16 UMNO

Masa berlalu begitu cepat..Tak sedar rupa-rupanya AJK UMNO Bahagian Tanah Merah yang bernama ALI AKBAR BIN MAYIM rupa-rupanya telah ditahan reman 5 hari dalam lock-up Balai Polis Tanah Merah.

Mungkin itu tak kisah sangat bagi beliau sebab sejarah dan latarbelakang beliau semasa remaja dulu pun keluar masuk lock-up balai bagaikan santapan rohani beliau sahaja. Alah bisa kerana biasa. Tanyalah warga Tanah Merah yang sebaya dengan beliau.

Setakat Buana mendengar cerita katanya belajar tak habis sekolah rendah. 'drop out'. Yang ada pada beliau ialah 'auta'. Sijil pendidikan secara formal memanglah dalam bahasa Tamil kata "nahi-nahi, elek-elek".

Tak usah panjang lah kisah tentang AJK Bahagian tersebut. Yang pentingnya kepimpinan UMNO bahagian Tanah Merah wajib mengambil tindakan terhadap Ali Akhbar Mayim ini kerana bukan sahaja tidak pandai menjaga maruah dan moral sendiri serta bini-bini dan anak-anak dan cucu-cucu tetapi juga memalukan UMNO sebuah parti melayu yang sepatutnya kaya dengan nilai-nilai moral yang anggun.

Dalam pada itu pun Buana dapat informasi bahawa AJK ini juga adalah Yang DiPertua PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 3 Tanah Merah. Waduh jijiknya.

Bagi Buana yang cetek ilmu politik ini rasanya kepimpinan wajib menasihatkan AJK tersebut melepaskan semua jawatan. Tidak usah tunggu keputusan mahkamah. Dalam kes ini beliau berhadapan dengan 2 buah mahkamah; iaitu mahkamah Syarie dan Mahkamah Sivil. Mungkin mengambil masa yang lama. Lagi pula melibatkan puteri(anak yatim) bawah umur.

Sekiranya beliau berdegil dan tidak mematuhi nasihat pimpinan, persembahkan kepada badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal tatatertib di peringkat Nasional. Ahli yang engkar dan tidak tahu malu yang memalukan UMNO harus dipecat keahliannya. UMNO tidak akan binasa dengan memecat keahlian orang seperti ini malah akan meningkatkan moral UMNO keseluruhan kerana dapat membuktikan UMNO serius menangani masalah sebegini. Ali Akhbar hanyalah setitik embun di lautan yang luas.

Takut nanti ramai ibu bapa warga Tanah Merah tidak akan mengizinkan remaja-remaja perempuan mendekati UMNO. Sedangkan pimpinan tertinggi sentiasa mengalakkan tranformasi supaya remaja didekati dan mendekati UMNO.

Kalau tidak isu ini akan memberi akses kepada parti lawan dengan berbagai-bagai tomahan yang boleh membawa pengertian bahawa 'Tradisi Membela Rakyat', 'Jaguh Rakyat' dan berbagai-bagai slogan sebenarnya kosmetik sahaja. Tidak membawa makna apa-apa.

Bagi orang berpendidikan semua tahu apa erti 'Membela' tetapi bagi AJK ini agaknya lah..dia tafsirkan 'membela' ini dengan erti loghat daerah yang membawa makna mensetubuhi. Agaknya lah..sebab itu apabila dia ditangkap khalwat dengan gadis bawah umur dia terpinga-pinga. Slogan kata 'Membela' tetapi apabila dia cuba 'membela' gadis bawah umur ditangkap pula. Sebab itu setelah ditangkap beliau advocate isu sebagai 'perangkap'. Kalau begitu izinkan Buana berteori bahawa rupa-rupanya UMNO yang memerangkap beliau.

Kata orang putih 'last but not least'..apabila kita terkena jangan menuding tangan pada orang lain. Bukan salah ibu mengandung celakanya badan..salah awak sendiri. Tuai apa yang kita semai. Kalau benih padi yang disemai maka beras lah hasil yang di tuai..tak mungkin padi berbunga lalang.

JOM..kita hapuskan geng M16 dalam UMNO. Selamatkan UMNO.Wallahuallam


















Tuesday, 9 March 2010

Cheng Peng Vs Ikmal Hisham


Kekadang hairan bin Ajaib juga memikirkan masih ada tangan-tangan kotor seiras 'wak Long dan Pak Dogol' dalam UMNO masih dikekalkan mentadbir UMNO pusat. Sedangkan umat UMNO rata-rata tahu mereka ini sebenarnya bagaikan 'sokong membawa rebah' kepada UMNO.

Baru-baru ini saya pamerkan dua episode berlaku pada UMNO Tanah Merah.

1. Terdapat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Tanah Merah di batalkan pendaftarannya oleh Pendaftar pertubuhan Malaysia. Kebetulannya, Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian adalah ahli dari cawangan-cawangan yang telah dibatalkan.

2. Mereka; individu yang bernama Ikmal Hisham dan Baharudin ini disaman oleh mantan Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu setelah semua saluran parti telah tidak menghiraukan lapuran beliau.

Kita lupakan kisah apa telah terjadi di Mahkamah Tinggi sebelum ini dan akan datang sebab kes itu dijadualkan pada 22hb mac ini.

Dari sembang-sembang kedai kopi hinggalah diwar-warkan oleh penyandang Setiausaha sekarang dengan megahnya membuat pengistiharan bahawa Amran Ab Rahman (mantan Setiausaha bahagian) telah dilucutkan keahlian UMNO.

Kebodohan dan kebebalan penyandang Setiausaha UMNO bahagian tidak perlu dibincangkan di sini. Kerana ahli UMNO Tanah Merah yang celik akal anggap Muhamad Ismail ini lebih bebal dari Pak Pandir. So let it be.

Yang kita semua pertikaikan ialah di mana TS Muhyidin? Orang no 2 yang diberi tanggungjawab oleh Presiden UMNO untuk mengurus parti. Tidur atau di tidurkan oleh Penasihat undang-undang UMNO dan Setiausaha Agung UMNO?

Kenapa tidak digunapakai 18B(2) Akta Pertubuhan apabila individu yang bernama Hj. Ikmal Hisham Ab. Aziz dan Baharudin Yusof dipertikaikan keesahan beliau dalam pertubuhan akibat dari pembatalan Cawangan beliau.

Seksyen 18B(2) berbunyi:

Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegangang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu,maka,apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen(1), memberi efek kepada kehilangan kelayakannya itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaedah-kaeadah dan peraturan-peraturannya.

Kenapa seksyen 18B(2) tidak dipraktikkan? Tetapi sebaliknya menggunakan seksyen 18C, memukul ahli yang cuba membetulkan parti dari pintu belakang. Hanya semata-mata untuk mencari jalan pintas memenangi kes di mahkamah. Kenapa tidak dilihat dari perspektif membaikpulih parti.

Menang atau kalah saman bekas setiausaha Bahagian di mahkamah tidak penting. Persoalannya; adakah UMNO sebuah parti yang menerajui Kerajaan 1Malaysia dengan slogan Juara Rakyat ingin mengekalkan seseorang yang telah melanggar Akta Pertubuhan di sanjung sebagai 'Juara Rakyat'.
Cheng Peng adalah wira pada gulungan pertubuhan haram Komunis Malaya. Bagaimana pula dengan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah?

Ahli yang cuba membetulkan parti di pecat sementara 'bandit' dikekalkan. Ini budaya 'Firaun' bukan budaya Jaguh Rakyat.

Budaya ini bukan setakat manusia terkejut malah setan dan iblis pun bagaikan diserang angin ahmar melihat telatah UMNO sekarang.

Monday, 22 February 2010

Seketul Daging Khinzir Dalam Gulai Kawah UMNO

buanasuara:

1. Kedudukan Ikmal Hisham sebagai Ketua UMNO Bahagian sudah terencat.Beliau telah hilang kelayakan.

2. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin,hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada dalam hal ini. Beliau wajib berundur segera setelah mengetahui status beliau.

3.Maruah UMNO lebih penting daripada maruah diri sendiri. sebab UMNO adalah milik orang Melayu bukannya milik peribadi.

4.Secara sinisnya, sekawah gulai daging lembu kalau terjatuh seketul daging khinzir, bukan setakat gulai itu tidak boleh dimakan, tetapi kawah itu pun mesti disamak.

Dalam Akta 18B(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, maka, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), Memberikan efek kepada kehilangan kelayakkan itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dengan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaeadah-kaedah dan peraturan-peraturannya.