Kekadang hairan bin Ajaib juga memikirkan masih ada tangan-tangan kotor seiras 'wak Long dan Pak Dogol' dalam UMNO masih dikekalkan mentadbir UMNO pusat. Sedangkan umat UMNO rata-rata tahu mereka ini sebenarnya bagaikan 'sokong membawa rebah' kepada UMNO.
Baru-baru ini saya pamerkan dua episode berlaku pada UMNO Tanah Merah.
1. Terdapat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Tanah Merah di batalkan pendaftarannya oleh Pendaftar pertubuhan Malaysia. Kebetulannya, Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian adalah ahli dari cawangan-cawangan yang telah dibatalkan.
2. Mereka; individu yang bernama Ikmal Hisham dan Baharudin ini disaman oleh mantan Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu setelah semua saluran parti telah tidak menghiraukan lapuran beliau.
Kita lupakan kisah apa telah terjadi di Mahkamah Tinggi sebelum ini dan akan datang sebab kes itu dijadualkan pada 22hb mac ini.
Dari sembang-sembang kedai kopi hinggalah diwar-warkan oleh penyandang Setiausaha sekarang dengan megahnya membuat pengistiharan bahawa Amran Ab Rahman (mantan Setiausaha bahagian) telah dilucutkan keahlian UMNO.
Kebodohan dan kebebalan penyandang Setiausaha UMNO bahagian tidak perlu dibincangkan di sini. Kerana ahli UMNO Tanah Merah yang celik akal anggap Muhamad Ismail ini lebih bebal dari Pak Pandir. So let it be.
Yang kita semua pertikaikan ialah di mana TS Muhyidin? Orang no 2 yang diberi tanggungjawab oleh Presiden UMNO untuk mengurus parti. Tidur atau di tidurkan oleh Penasihat undang-undang UMNO dan Setiausaha Agung UMNO?
Kenapa tidak digunapakai 18B(2) Akta Pertubuhan apabila individu yang bernama Hj. Ikmal Hisham Ab. Aziz dan Baharudin Yusof dipertikaikan keesahan beliau dalam pertubuhan akibat dari pembatalan Cawangan beliau.
Seksyen 18B(2) berbunyi:
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegangang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu,maka,apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen(1), memberi efek kepada kehilangan kelayakannya itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaedah-kaeadah dan peraturan-peraturannya.
Kenapa seksyen 18B(2) tidak dipraktikkan? Tetapi sebaliknya menggunakan seksyen 18C, memukul ahli yang cuba membetulkan parti dari pintu belakang. Hanya semata-mata untuk mencari jalan pintas memenangi kes di mahkamah. Kenapa tidak dilihat dari perspektif membaikpulih parti.
Menang atau kalah saman bekas setiausaha Bahagian di mahkamah tidak penting. Persoalannya; adakah UMNO sebuah parti yang menerajui Kerajaan 1Malaysia dengan slogan Juara Rakyat ingin mengekalkan seseorang yang telah melanggar Akta Pertubuhan di sanjung sebagai 'Juara Rakyat'.
Cheng Peng adalah wira pada gulungan pertubuhan haram Komunis Malaya. Bagaimana pula dengan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah?
Ahli yang cuba membetulkan parti di pecat sementara 'bandit' dikekalkan. Ini budaya 'Firaun' bukan budaya Jaguh Rakyat.
Budaya ini bukan setakat manusia terkejut malah setan dan iblis pun bagaikan diserang angin ahmar melihat telatah UMNO sekarang.
Salam buana..marah benar buana dengan orang-orang PM ye..?
ReplyDelete