Harapkan sungai sering berubah,
Harapkan pagar makan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan untung membawa rugi.
UMNO tidak ada cacat, tidak ada cela. Yang cacat dan yang celanya adalah pemain-pemain utama dalam UMNO. Berakar-umbi dari cawangan hingalah keperingkat tertinggi yang kini dilihat langsung tidak memahami asprasi penubuhan UMNO itu sendiri.
Pohon nyior ditepi laut
ditiup ribut patah batangnya
kapada UMNO Melayu dan bumiputra berpaut
bagimana Melayu nak berpaut,UMNO makin hilang taringnya.
kapas putih pembalut luka
luka tercalar duri rotan
PAS pun tak bolih pilih
PKR masih lagi royan-meroyan
Maka, Melayu hendaklah insaf. Jangan salahkan kaum Cina dan lain-lain bangsa yang hendak memerintah sendiri di Negara ini sebab Malaysia adalah Negara mereka juga.
Buana harap semua pemimpin Melayu yang berkuasa dapat menghayati akan aspirasi penubuhan UMNO dahulu. UMNO dan wira-wira yang menubuhkan UMNO pada Mei 1946 dahulu.
Berpadalah dan berfikirlah sebelum membuat keputusan dan janji. Jangan sampai ada pihak yang naik toncang. Sehingga akan membentuk satu paradigma umum dengan berteraskan kata-kata
Jika keadaan telah sampai ketahap ini BN akan menghadapi suasana yang amat sukar untuk membetulkannya.
Pancaindera Buana mengatakan bahawa semangat cinta bangsa dalam diri Melayu makin menipis. Semangat dan jiwa Islam dalam diri melayu pun makin pudar . perpaduan sesama melayu semakin rapuh.
Melayu sudah ada 3 kelompok . Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR.
" Memadailah mengikut ugama yang dibawa oleh Tok Arab , jangan pula ikut perangai Tok Arab. Tidak pernah nak bersatu dari dulu sampai sekarang. Kalau melayu masihy alergy nak bersatu , maka akan sampai masanya kita akan jadi macam tok arab, jadi lah unta tunggangan kepada bangsa lain. Tanah Melayu orang lain punya "
Ungkapan ‘Melayu’ yang Buana lafazkan ini adalah meliputi kaum Bumiputera dan juga Orang Asli. Apabila Buana menyuarakan supaya orang Melayu bersatu padu, Buana tidak menyuruh kaum lain supaya berpecah. Begitu juga apabila Buana menyarankan agar orang Melayu mengekalkan kuasanya, Buana tidak sama sekali menyekat kaum lain daripada merebut kuasa secara berperlembagaan.
MELAYU HENDAKLAH INSAF. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA..