Showing posts with label Melayu.UMNO.1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Melayu.UMNO.1Malaysia. Show all posts

Saturday, 20 November 2010

Kemana Hilangnya RM 1.3 trillion Wang Malaysia???

SHAH ALAM : Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa sebanyak RM 1.3 trilion wang negara telah dibazirkan berikutan berlaku ketirisan akibat penyalahanguna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus.

Menurut beliau, ketirisan termasuk rasuah, salah tadbir, kehilangan, disembunyikan, pelbagai pengurusan yang tidak cekap dan salah laku lain di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional tambah ketara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.

"Saya menjangka, jumlah yang terkikis, tertiris, hilang, tidak tahu kemana,dibazirkan,disembunyikan,dicampur dengan sumber alam, pengurusan yang tidak cekap sehingga defisit,keseluruhannya dalam tempoh BN memerintah, RM 1.3 trilion.

Masalah utama dalam isu pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini memang sah, isu pertama ialah ketirisan, kebocoran besar-besaran sekaligusmenyaksikan ekonomi kita tidak dapat dikawal dengan baik dari segi pembaziran," kata Azan kepada TV Selangor.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemuramah agensi berita Blooberg Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan meminta bantuan daripada Bank Dunia bagi mengurangkan perbelanjaan perbendaharaan negara yang mencatatkan defisit tertinggi sejak 22 tahun.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekat terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990-an, ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru menurut Azan, tindakan meminta bantuan dari luar hanya akan mengakibatkan defisit negara semakin tinggi dan hutang semakin meningkat.

Sehubungan itu katanya,timbul juga persoalan, apakah Bank Dunia yang berpangkalan di Wanshington itu mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia sehingga sudi memberikan bantuan yang diminta.

"Apabila kerajaan kata kita terpaksa bergantung kepada pinjaman daripada Bank Dunia ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan pinjaman dari luar, pertama, adakah ia akan menyebabkan pihak luar merasa yakin kepada kedudukan kita?

"Kalau setakat hendak mengharapkan kepada pinjaman luar sedangkan orang luar tidak ada keyakinan kepada kedudukan ekonomi, jawapnya kita akan bermimpilah," tambah Azan.

Menurut Azan terdapat lima faktor yang mengakibatkan ketirisan wang negara seperti rasuah, ketidakcekapan pengurusan, tidak ada pengawalan dari segi pengauditan, kenaikan kos yang mendadak akibat dari kejatuhan ekonomi dan kedudukan pasaran negara yang terpaksa menghimpit peranan sektor swasta yang dianggap mendatangkan pendapatan besar kepada negara tetapi itu tidak berlaku.

Namun ironinya kata Azan, bagaimanana perkara seumpama ini boleh berlaku kepada negara yang kaya hasil buminya seperti Malaysia.

"Sepatutnya kita mempunyai rezab dua kali ganda, maknanya kita dalam keadaan lebihan dua kali ganda. Bukan defisit. Itu lebihan pertama...lebihan kedua, kita ada banyak tambahan dari sumber alam. Tetapi keduanya kita kikis habis.

" Kita antara negara yang mempunyai sumber alam yang besar yang tinggi di dunia. Kenapa boleh kita kehilangan dana negara yang besar?" katanya lagi.

Beliau menambah setiap rakyat sepatutnya bertindak sebagai ketua juru audit negara mempertikaikan masalah berkenaan memandangkan Ketua Audit Negara juga secara terang-terang mempertikaikan mengenai penyalahgunaan wang rakyat .

Saturday, 6 November 2010

From Galas With Love..

1. Jom kita doakan agar UMNO membersihkan parti daripada lintah-lintah kenyang yang menyebabkan persepsi negatif terhadapnya.

"UMNO suatu jenama yang menjijikkan ramai orang. Kerana kebelakangan ini UMNO sudah sinonim dengan pencabulan kuasa, dengan korapsi, dengan kesombongan dan keangkuhan. UMNO sinonim juga dengan mengayakan segelintir orang Melayu dan sebagainya. UMNO parti politik yang kaya dengan intrigue-. Pemimpin naik keatas bukan melalui menawarkan idea yang bernas, tapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Itu menjadikan UMNO sebuah parti yang ramai kaki tipu".

2. Mercu tanda kejayaan di Galas ialah Ku Li terpaksa 'low profile'kan jenama UMNO dan BN buat seketika kerana YBM Ku Li tahu imej UMNO dan BN tidak selesa dimata rakyat.

"Perjalanan tidak akan selesai jika tidak tahu tempat/fokus yang dituju..
macam dialog Mat Salleh di bawah ni.."

Alice: Would you tell me, please, which way I ought to go from here?
The Cat: That depends a good deal on where you want to get to
Alice: I don't much care where.
The Cat: Then it doesn't much matter which way you go

3. Terbukti 'silapmata' yang berbunyi 'Ambo nok parti Ku Li' memukau pengundi Galas.

"Ramai lagi yang masih setia dengan UMNO kerana yakin bahawa UMNO mampu memberi kepimpinan Melayu kepada bangsa Melayu berbanding dengan menawarkan ketuanan Melayu. (Because there are many of us who believe that UMNO can provide Malay leadership as opposed to Malay supremacy.) Presiden UMNO sepatutnya cultívate dan mengembelingkan unsur unsur ini bukan melayan karenah haprak UMNO."

4. Kini UMNO kenalah berusaha meghapuskan pemimpin-pemimpin 'buntal-buntal kembung, nampak berisi tetapi didalamnya kosong'

Sunday, 29 August 2010

Rules To Live


~Never under-estimate the power of stupid people in large groups.

~Never argue with an idiot, they'll just bring you down to their level and beat you with experience.

Saturday, 28 August 2010

Untuk Melayu 1Malaysia

"Ya Allah ya tuhan ku, aku tak layak ke Syurga-MU, namun tak pula aku sanggup ke Neraka-MU. Kami lah hamba yang mengharap belas dari-MU. Ya Allah jadikan lah kami hamba-hamba MU yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, orang-orang disayangi dan dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepada-NYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung"

Tuesday, 25 May 2010

Melayu, Merayau, Meracau, Selepas PRU 13


Orang Melayu sekarang berada di persimpangan. Siapa yang akan menjadi 'juara' mereka. Kalau;

Harapkan sungai sering berubah,
Harapkan pagar makan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan untung membawa rugi.

UMNO tidak ada cacat, tidak ada cela. Yang cacat dan yang celanya adalah pemain-pemain utama dalam UMNO. Berakar-umbi dari cawangan hingalah keperingkat tertinggi yang kini dilihat langsung tidak memahami asprasi penubuhan UMNO itu sendiri.

Pohon nyior ditepi laut
ditiup ribut patah batangnya
kapada UMNO Melayu dan bumiputra berpaut
bagimana Melayu nak berpaut,UMNO makin hilang taringnya.

kapas putih pembalut luka
luka tercalar duri rotan
PAS pun tak bolih pilih
PKR masih lagi royan-meroyan

Maka, Melayu hendaklah insaf. Jangan salahkan kaum Cina dan lain-lain bangsa yang hendak memerintah sendiri di Negara ini sebab Malaysia adalah Negara mereka juga.

Ingat!!!Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Ketahuilah mana-mana parti yang menang pilihan raya umum, waima dengan majoriti 1 kerusi pun, maka parti itulah yang menang dan berkuasa.

Buana harap semua pemimpin Melayu yang berkuasa dapat menghayati akan aspirasi penubuhan UMNO dahulu. UMNO dan wira-wira yang menubuhkan UMNO pada Mei 1946 dahulu.

Berpadalah dan berfikirlah sebelum membuat keputusan dan janji. Jangan sampai ada pihak yang naik toncang. Sehingga akan membentuk satu paradigma umum dengan berteraskan kata-kata

"Tidak mengapa kalau tidak menyokong BN kerana kita masih dapat apa yang dijanjikan walaupun BN kalah."

Jika keadaan telah sampai ketahap ini BN akan menghadapi suasana yang amat sukar untuk membetulkannya.

Pancaindera Buana mengatakan bahawa semangat cinta bangsa dalam diri Melayu makin menipis. Semangat dan jiwa Islam dalam diri melayu pun makin pudar . perpaduan sesama melayu semakin rapuh.

Melayu sudah ada 3 kelompok . Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR.

" Memadailah mengikut ugama yang dibawa oleh Tok Arab , jangan pula ikut perangai Tok Arab. Tidak pernah nak bersatu dari dulu sampai sekarang. Kalau melayu masihy alergy nak bersatu , maka akan sampai masanya kita akan jadi macam tok arab, jadi lah unta tunggangan kepada bangsa lain. Tanah Melayu orang lain punya "

Ungkapan ‘Melayu’ yang Buana lafazkan ini adalah meliputi kaum Bumiputera dan juga Orang Asli. Apabila Buana menyuarakan supaya orang Melayu bersatu padu, Buana tidak menyuruh kaum lain supaya berpecah. Begitu juga apabila Buana menyarankan agar orang Melayu mengekalkan kuasanya, Buana tidak sama sekali menyekat kaum lain daripada merebut kuasa secara berperlembagaan.


MELAYU HENDAKLAH INSAF. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA..

Monday, 31 August 2009

MERDEKA ATAU MATI KA..


BAHTERA MERDEKA

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang (2x)Sedang berjuang...


Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung (2x)Permata nilam....

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka....
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Untuk menunaikan (2x)Sumpah dan janji

komposer : Kassim Masdor
Lirik : S. Sudarmaji





Ini Bukan Pintu Di Putrajaya Atau Di PWTC!! Ini adalah gambaran Pintu Neraka Untuk Para Khalifah dari Putrajaya dan PWTC.


Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Imam Ghazali:Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Imam Ghazali:Yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Apa yang paling besar di dunia ini ?

Imam Ghazali: Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Apa yang paling berat di dunia?

Imam Ghazali: Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Imam Ghazali: Yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Sunday, 9 August 2009

Melayu Jangan Takut Melanggar pantang




Usman Awang:Melayu

".....
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


”Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?"

".....
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan".


"Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka"


Kassim Ahmad: Dialog

"....
Ada besok pasti ada suria
Aku akan pergi
Dengan seribu jebat si anak tani
Kian lama kita mati dalam setia
Kali ini kita hidup dalam durhaka"

Buanasuara:

Kau carilah ke 7 petala langit
Kau selamilah ke 7 dasar laut
Kau titilah ke 7 penjuru gunung
Kudrat mu ditelan waktu
Peluhmu disapa kedut usia
Destinasi belum pasti kau temui

Bukan di sana yang kau cari
Kembalilah ke dasar diri
Temuilah hati mu sendiri
Di situ kau pasti berhenti
Dan kau temui jalan hakiki.

Saturday, 8 August 2009

UMNO Jangan 'Pandirkan' Melayu


Selama ini orang Melayu mudah ditakutkan dengan retorik 'ancaman' daripada golongan ekstremis bukan Melayu. Namun pada PRU 13 , isu seumpama itu, yang sering digunakan oleh kerajaan BN untuk mengekalkan kekuasaan mereka sudah hilang nilainya.

Benarkah UMNO ikhlas dalam mempertahankan ketuanan Melayu?Atau mereka lebih suka menggunakan retorik 'kelemahan' dan 'kemiskinan' Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus bergantung harap kepada UMNO. Apakah yang telah mereka lakukan selama ini untuk meningkatkan keyakinan dan martabat orang Melayu? Atau hanya seorang Melayu sahaja yang dibantu..iaitu dirinya sendiri.

Sangat menggusarkan jika UMNO dan BN masih tidak dapat memahami dynamics ini. Di kala rakyat dengan jelas dan terang-terangan telah menolak politik perkauman pada pilihanraya yang lalu, UMNO dan BN masih terperangkap dalam agenda kolot yang diperjuangkan dulu.


Agenda tersebut telah terbukti gagal. Malah agenda tersebut telah gagal di KL, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, di mana PR telah menang dengan meyakinkan.

UMNO jangan gunakan debat yang dangkal dengan peluru yang kosong. Berubahlah sebelum diubah. Jangan curi tulang, Selenggaralah tubuh badan UMNO yang sakit itu .

Kalau terlambat, UMNO diibaratkan dinosaur yang sedang menuju self-destruction kerana kedangkalannya untuk memahami kehendak rakyat yang sebenar. Tetapi masih terus menggunakan retorik dengan item yang sudahpun ‘expired’.
Carilah agenda yang boleh menambah nilai kepada 'trade mark' UMNO.

Friday, 7 August 2009

Demokrasikan Budaya Fikir


Kita juga harapkan pemimpin UMNO jangan mainkan 'kad bangsa Melayu' sebagai topeng untuk memperdayakan Melayu.

Melalui 'advokasi bangsa' maknanya mereka boleh lakukan apa sahaja sebab Melayu akan tetap sokong kerana bimbang Melayu akan hilang kuasa.

Melayu harus waspada juga dengan pemimpin-pemimpin seumpama ini.

Kepada semua Melayu, "JANGAN BIARKAN PAKAIAN BAJU KEPARTIAN YANG MEWARNAI PEMIKIRAN KITA"

Curilah masa anda buat beberapa saat dalam satu hari, kembara keluar dari kotak kepartian. Perhatikan sekeliling kita melalui stigma 'Quest For knowledge' dalam mencari kebenaran. Jadilah insan yang 'cultural-and knowledge-literate'. Supaya kita dan bangsa kita dan Islam tidak akan diperbodohkan sewenang-wenangnya.


Sunday, 2 August 2009

HADI,NUAR ALAT ZIONIS

Demonstrasi.

Hari ini banyak blog kupas tentang Demonstrasi Anti ISA.

Dalam banyak-banyak gambar tak nampak seekor pun dari bangsa lain kecuali Melayu. Baru aku tahu rupa-rupanya Pas. KeAdilan SUDAH SAMPAI KEMUNCAK KEBODOHAN DAN KEBEBALAN. Lebih tepat lagi Hj Hadi, Nuar Braim menjadi kuda tonggengan Lim Kit Siang dan Yahudi. Yang ketawa berdekah-dekah ialah sifu mereka dari Singapura iaitu Uncle Lee Kuan. Uncle Lee mempunyai para penasihat 'think tank' daripada Israel.

Rupa-rupanya tak sia-sia lawatan Uncle Lee ke 1Malaysia baru-baru ni.

Melayu yang berkopiah dari merata tempat yang datang macam binatang tanpa akal ni agaknya dari keturunan Melayu yang kaya raya. Harta tak habis nak makan ke agaknya. Tetapi kalau ditenguk rupa-paras para demonstrasi tu macam orang tak cukup makan je.. Kalau gitu mungkin mereka ni 'Mat Tiga Suku'.

Tak terpikir ke mereka ni kenapa bangsa lain tak ikut serta. Kalau tak terpikir mari nak tolong pikirkan.
  1. Bangsa lain hanya acah sahaja sebab mereka tahu Melayu banyak yang 'sakit mental'
  2. Mereka tak akan buang masa sia-sia berdemonstrasi macam beruk dan kera terlepas.
  3. Daripada dok buang masa baik mereka berniaga. Ada untungnya.
  4. Mereka tak ambil kisah sangat ISA ni ada atau tidak ada. Mereka tidak risau pada ISA sebab mereka tak terlintas langsung dalam pemikiran mereka bahawa satu hari nanti mereka akan ditangkap ISA. Sebab mereka berniaga cekik dan makan darah melayu secara halal dari segi undang-undang negara. Maka mereka biarkan luncai-luncai itu menari-nari macam 'kera kena belacan'.
  5. Si Along, penyamun, perompak dan berbagai jenis samseng pun ikut serta kerana dalam berdemo boleh ambil kesempatan, sambil-sambil berdemo kalau ada kesempatan 'panjang-panjagkan tangan' sambil mencari rezeki.
  6. Makin ramai Melayu yang berdemo membaling botol,batu,kayu dan sebagainya kepada pengawal keselamatan yang sama bangsa, semakin kuatlah sorak-sorai bangsa lain.
  7. Bagi DAP kalau ISA dimansuhkan mereka rasa lebih mempercepatkan proses mereka mengambil alih kerajaan kerana tanpa ISA Melayu akan berdemonstrasi berterus-terusan keseluruh negara sehingga kerajaan yang dipilih rakyat tumbang. Kalau dah DAP dapat memerintah PAS dan KeAdilan hanya jadi pengemis macam Melayu di Singapura dan Melayu di Pulau Pinang.
  8. DAP dah 'desperate' untuk merampas pemerintahan negara dari bangsa Melayu melalui demokrasi yang sah. Oleh itu pendekatan mereka ialah menggunakan Melayu untuk menumpaskan Melayu. Apabila Melayu sama Melayu huru hara mereka akan mengambil kesempatan melalui kuasa-kuasa ghaib Yahudi untuk menawan Malaysia.
  9. Nuar Braim, Haji Hadi dan konco-konco tidak hebat. Yang hebat ialah Lim Kit Siang dan DAP yang mampu memperalatkan mereka sehingga 'hilang akal'.
  10. Perkara yang mengaibkan orang Islam ialah apabila Ulamak dan pemimpin Melayu telah di 'hilangkan akal, oleh musuh Islam.
Orang Melayu macam ni Allahyarham P.Ramlee pernah berkata."Kecil-kecil tak nak mampus, besar menyusahkan orang pula".
PERTAHANKAN ISA SAMPAI KETITISAN DARAH TERAKHIR KALAU NAK SELAMATKAN MELAYU. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA.