Showing posts with label Manik Urai. Show all posts
Showing posts with label Manik Urai. Show all posts

Friday, 10 July 2009

Mona Pendi Di Manik Urai



Satu ketika dahulu seluruh Negara digemparkan dengan berita khilangan Dato’Mazlan. Kemudiannya ditemui mati dalam keadaan ngeri. Tubuh badan arwah dikerat 18 oleh seorang artis bernama Mona dan Suaminya Affendi(Mona Fendi).Akhirnya Mona Fendi menerima hukuman kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati. Orang UMNO amat marah dan benci pada kedua-dua penjenayah tersebut.

Kini secara diam-diam roh Mona Fendi meresap ke dalam tubuh badan UMNO di Manek Urai.Mereka berada disetiap penjuru PRK Manek Urai. Dah tak boleh buat apa-apa lagi. Pembunuhan ‘ala Mona Fendi’ ada dimerata-rata. Bukan belasan keratan lagi, malah beratus-ratus keratan.

Saya diberitahu salah seorang pekerja yang diimport bahawa mereka dah tak mampu nak jalankan tugas. Hidup macam terpaksa. Seolah-olah berjalan dalam gelap. Disana ramai artis macam Mona Fendi.Boleh menghibur dan boleh membunuh.

Mereka mampu memberi lapuran yang boleh menghiburkan UMNO. Semuanya lunak-lunak sebab mereka tahu budaya yang dimiliki oleh pemimpin UMNO. Macam Mona, boleh menyanyi dipentas dan pembunuh didesa.

Saya tidak keliru. Saya masih waras. Ini dapat mengesahkan entri saya terdahulu bahawa budaya ‘kerat-mengerat’ tetap akan berlaku. Kecil besar,banyak sikit Wallahwualam. Rupa-rupanya lebih parah. Modus operandi sangat licik. Mereka yakin akan terlepas sebab UMNO tidak serius menangani soal begini. Sepertimana dalam PRU 12 lalu. Bukan tidak ada Roh Mona ini. Ada. Dapat tangkap.Masukkan dalam botol dan diserahkan kepada Lembaga Disiplin. Dengan harapan dikenakan tindakan. Tetapi terlepas. Ada lembaga dalam Lembaga Disiplin. Lembaga inilah yang membuka tudung botol.Maka boloslah manusia yang beROHkan Mona. Bebas merdeka. 'Lembaga' ini masih bertakhta di PWTC. Malangnya ‘Ghostbusters’ pula merana dan terbuang. Hingga kini pun saya ingin mencabar keesahan tentang apa yang berlaku di Bahagian saya Tanah Merah. Waima cabar saya dengan tuduhan fitnah diMahkamah pun saya sanggup.

Di Manek Urai lagi susah. Mona Fendi datang dari merata tempat. Dari dalam dan luar Manek Urai. Ada yang jelma jadi juru kempen PAS. Camouflage. Mereka lakukan semua ini ada destininya. ‘Mona' yang berasal dari Kuala Krai tidak puas hati dengan Ketua UMNO Bahagian. Yang juga merupakan Mona sewaktu pemilihan Bahagian. Manakala Mona dari luar tidak puashati dengan UMNO negeri semasa Tan Sri Nuar(Mona peringkat perhubungan). dan kerenah Pengurusan Parti peringkat pusat semasa Najib sebelum 1Malaysia. Mereka ingin sampaikan mesej agar soal-soal disiplin jangan main-main. Nanti parti dimain-mainkan. Kesian. Kesian Tuan Aziz di manek Urai. Kesian Dato Pa.

Kehadiran Dato Romzi, Wan Zaid dan Tuan Aziz dalam majlis-majlis tidak memberi impak langsung.

Nasi sudah jadi bubur.Mona hidup subur dalam UMNO. Kemenangan UMNO amat tipis. TV dan radio usahlah mainkan lagu sedap. Makin dijelmakan wajah Romzi makin kuat marahnya musuh-musuh Romzi. Kebetulan pula Romzi adalah mantan setiuasaha Perhubungan UMNO Kelantan. Orang yang bolos dan diboloskan bersama dengan dosanya.

Mana tahu kut-kut Romzi pun suka kalau UMNO tewas sebab Tuan Aziz dikatakan 'Align' dengan Wan Zaid yang dipotong-potong dan dikerat-keratnya semasa pemilihan dahulu. Kalau teori saya tentang Romzi benar,ada dua implikasinya. Romzi akan ajar Wan Zaid dan Wan Zaid akan ajar Romzi. Ingat! Mona Fendi adalah pelakun. Boleh menyanyi dan boleh membunuh.

Semoga Roh Mona akan di lenyap selama-lamanya selepas PRK Manek Urai. Dato Pa gunalah segala ilmu bomoh yang ada. Bakar kemenyan banyak-banyak. Hantu takut pada asap kemenyan. Kalau Mona tidak lenyap, UMNO akan lenyap.




Tuesday, 7 July 2009

OK dan KO Di Manek Urai


OK!..Tahniah! pada UMNO Kuala Krai dan Tuan Aziz kerana berjaya mencalon dan dicalonkan. Terselamat dari Kertas Pencalonan ditolak secara teknikal.


Syabas..OK la tu..PAS Kuala Krai dan Fauzi. Pencalonan disahkan. Kalau kertas pencalonan ditolak atas sebab tertentu, rasanya gegak-gempita lah seluruh Negara..Kononnya 'SPR makan sebelah' dan rasuah. Macam-macam tuduhan terhadap SPR dan Kerajaan 1Malaysia.


Kalau Kertas Pencalonan Tuan Aziz ditolak OK. Gitu-gitu aje. Tetapi kalau Kertas Pencalonan Fauzi yang sangkut. Habis KO.. Semua pemimpin Pakatan dengan kerjasama Iblis , Syaitan di langit,laut dan darat akan menyalak.


Tuan Aziz OK. Kelulusan OK. Kerjaya OK. Tetapi UMNO Kuala Krai KO.

Khabarnya daripada 8 senarai nama yang diangkat Tuan Aziz yang terpilih. 7 lagi kata OK. No problem. Betulkah OK? takut nanti yang baki 7 ini secara berasingan akan membuktikan UMNO KO kalau tidak mereka yang bertanding.


Romzi kata semua sokong Tuan Aziz. OK lah tu. Nak tanya Romzi UMNO OK tak? UMNO Kuala Krai ialah tapak tempat Tuan Aziz berdiri. Tak goyang kah? Sayanglah!! calon yang berpotensi dikorbankan kerana kerakusan Romzi. Ingat!! kalau calon OK tetapi UMNO tidak OK semua akan KO.


PAS dan Fauzi OK. Ada 2 sahaja senarai nama yang diangkat oleh PAS Kawasan. Fauzi dan Mat Yie. Sama tak ngaji. Mat Yie OK. Fauzi tentu sekali OK. Mereka OK sebab mereka berdua tidak ngaji tinggi. Pun begitu mereka ada sijil persaudaraan diantara mereka. Hari pembilangan undi nanti ialah hari 'kovo' mereka.


PAS Kawasan tidak matikan cawangan untuk merebut Ketua Kawasan. Tentunya OK lah pada penyokong dan pendokong PAS.


UMNO Kuala Krai matikan cawangan kerana Romzi nak menang tanpa bertanding. OK lah, beliau sudah jadi Ketua Bahagian. Jadilah Romzi seorang general yang tidak ramai pengikut. Ingat budaya Melayu Kelantan...Orang Kelantan biasa dengar kata-kata, "biar tentu sammo sajjo", "Padan muka si polan sipolan". dalam konteks PRK Manik Urai "padan muka Romzi".


Siapa tahu PRK Manek Urai akan jadi medan 'kerat mengerat dan cah keting orang UMNO Kuala Krai. Dan mana tahu kalau-kalau ada orang-orang UMNO dari Bahagian lain yang voluteer untuk proses mengalakan UMNO kerana nak mengajar UMNO Pusat. Macam-macam boleh jadi. Daripada OK, boleh jadi KO. Daripada KO boleh jadi OK. Dunia ini pentas.Lebih-lebih lagi dunia politik.


Orang tua saya pernah berakat,"Sesiapa yang mengkhianati orang lain, hidupnya tidak akan aman dan tenteram selagi orang yang dianiayainya tidak tenteram". Mungkinkah ini akan berlaku pada Romzi dan UMNO Malaysia.

Jentera UMNO ramai. Kalau dapat kerjasama pemimpin tempatan OK. Kalau tidak dapat atau dapat kerjasama yang di'pura-pura'kan KO.


'Cah Keting' akan berlaku di Manek Urai. Kecil besar,sikit banyak, wallahualam. Ada tetap ada. Kerja-kerja macam ni tidak ada dalam PAS. Mereka OK.
Oklah..jumpa episod lain pula. Saya nak ke Manek Urai. OK.








Tuesday, 30 June 2009

Penampar Jepun Nik Aziz Di Manik Urai


Kebanyakkan akhbar akhir-akhir ini mengulas tentang Nik Aziz. .Macam-macam ada. Ada yang siar Nik Aziz cabar PM berdebat. Ada yang mengulangi kata-kata Nik Aziz tentang UMNO bagaikan Kominis dan ajaran ‘Ayah Pin’. Akhbar arus perdana pula macam biasa, lebih kedepan dalam kesempatan ini untuk mempropagandakan tentang moral dan kesongsangan Nik Aziz.

Walau bagaimana pun saya percaya bahawa ia tidak membawa makna apa-apa pun kepada pengundi Manik Urai. Semakin dekat dgn penamaan calon semakin hebat lah serang menyerang. Itu sebenarnya adalah proses biasa sewaktu pilihanraya. Parti-parti yang bertanding akan cari kesempatan dijadikan sesuatu sebagai isu politik. Kadang-kadang dengan terlampau ghairah mereka gagal menilai setengah-setengah isu boleh ‘backfire’ buntut sendiri.

Tindakan khairi dan konco-konco yang membuat laporan polis tidak memberi impak langsung kepada rakyat Manik Urai. Rakyat Manik Urai akan tersengeh-sengeh sinis sahaja. Orang Manik Urai lebih faham dengan bahasa kampong yang digunakan oleh Nik Aziz.Orang Manik Urai malas nak faham kenapa laporan polis dibuat. Anggapan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengena Tok Guru mereka. Sama dengan kerakusan Yahudi di Israel. Lagipun yang membuat lapuran itu bergelumang dengan tuduhan korupsi dan salah laku masa pemilihan UMNO dulu. Cuma SPRM ‘diroadblock’ dan ‘dispeed-trapkan’

Saya nak buat perbandingan macam ni. Di Manik Urai kalau ada seorang yang datang dan bercerita dikedai-kedai kopi dengan mengatakan beliau pernah bertemu khairi,atau Hishamudin minum sambil mabuk-mabuk dengan putri UMNO di beberapa Pub disekitar KL,pasti orang yang mendengar akan percaya bulat-bulat. Berbeza pula kalau ada tukang cerita yang datang membawa bari beliau pernah bertemu Nik Aziz dan Hadi sedang bergurau-senda dengan Muslimat atau Srikandi di sebuah pub di KL, tiada siapa akan mempercayainya. Malah silap haribulan makan penampar Jepun di Manik Urai. Dalam dua siri cerita ini tentu sekali cerita pemimpin UMNO akan mendapat perhatian awam. Ringkasnya untuk ‘character assassination’ lebih senang terhadap pemimpin UMNO berbanding pemimpin PAS.

Cerita macam ini bukan setakat dikampung seperti Manik Urai sahaja,malah kalau disebar ke kampus-kampus saya yakin warga kampus terus mempercayainya. Itulah yang dinamakan persepsi. Orang tidak akan percaya Nik Aziz mabuk.Orang tidak percaya Hadi mabuk dan kaki perempuan. Sebaliknya orang akan lebih percaya Khairi dan Hisham lebih berpotensi melakukan itu semua.

Cuba pula kita positifkan cerita dengan menjaja bahawa Khairi dan Hisam boleh menjadi imam sembahyang. Orang tidak akan percaya. Orang lebih percaya mereka ni pemabuk walaupun mereka ini tidak begitu. Dan kalau pun Khairi dan Hishm datang ke Manik Urai dan mengimam solat dikatakan berani pada solat zohor dan asar. Kerana bacaan ’boleh disembunyikan'. Dan kalau sembayang Magrib atau Isyak ceritanya jadi lain pula. Bacaan sumbang dan tidak betul lebih menyerlah daripada menjadi imam solat.

Itu lah contoh beza persepsi diantara pemimpin PAS dan UMNO macam bumi dengan langit hijau.

Disinilah berlakunya silang budaya yang amat ketara diantara UMNO dan Pas. Saya nak tanya berapa orang kah yang berani berdemonstrasi apabila Nik Aziz kata Tuhan juga mencarut,dengan Iblis dan Syaitan boleh berkawan, orang UMNO kafir, UMNO Komunis, ajaran sesat dan seumpamanya?

Ulama lain yang tidak ada kepentingan juga tidak berani menyangah. Dimana Pendakwah bebas? Mereka juga bisu. Dimana Ulama UMNO? Mereka juga bisu. Kalau ada seorang dua, apakah mereka bersedia kalau Nik Aziz ajak berdebat. Tentu mereka juga tidak sanggup. Sebenarnya lontaran berdebat Nik Aziz itu adalah ‘political stunt’.Tetapi apabila UMNO dan media membesar-besarkan isu itu mencerminkan UMNO sebenarnya 'dayus'.

Terbaru umum tahu betapa marahnya Nik Aziz pada Hadi dan Nasha kerana kerajaan perpaduan. Lebih lagi perpaduan dengan UMNO. Sedangkan dalam Islam semuanya bersaudara. Apa hukumnya bila ada saudara yang tidak suka saudara bersatu. Tetapi PAS semakin kuat.

Pas ibarat anjing. Malam2 anjing selalu buat bising dan bergaduh diantara mereka, tetapi ironisnya mereka akan bersatu kalau babi melintasi kawasan mereka. Mereka akan sama-sama mengejar babi yang sesat itu. Itu lah budaya yang telah didoktrinasikan oleh parti Pas. Dalaman mereka terkawal.Tidak seperti UMNO. Umno 50 tahun lagi tidak akan dapat budaya begini. UMNO lebih gila untuk menawan jawatan daripada menawan parti lawan. Mereka bergaduh sehinggakan babi boleh melintasi kawasan mereka sebebas-bebasnya.

Sukarno pernah berkata sekiranya satu-satu bangsa itu mengidap penyakit selama 50 tahun,mereka perlu 51 tahun untuk mengubatinya.