Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan oleh Allah dari kalangan orang-orang yang terpilih.
Dr Ismail meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Singapura kira-kira jam 8 pagi tadi.
Allahyarham adalah senator pertama yang dilantik daripada kalangan OKU yang cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa.
Dr Ismail juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya.
Meninggalkan seorang balu dan enam anak. Arwah dilahirkan di Pasir Mas pada 2 September 1947.
