Monday, 28 November 2011

Dari Zero Boleh Jadi Hero

























Lama Buana tak ke sini. Sunyi bukan bersembunyi. Nak kata sibuk, Buana bukan penyibuk. Buana bukan sibuk sangat tapi hilang mood untuk menulis. Semangat masih kental.Bukan tak ada cerita nak kongsi. Tapi hilang fokus. Dek banyak sangat transformasi.Kadang-kadang transformsi banyak sangat variasi. Korupsi berselang seli.Dalam UMNO penyakit lama belum terubat, masih berkulat dan berkurap.Penyakit baru makin berisi.

UMNO tidak berubah. Bukan kerana lama usianya. Bukan juga tidak mahu berubah. Cuma mungkin tidak sedar, ia semakin berubah untuk diubah.

Perubahan yang ketara ialah pada jenama UMNO. Makin hari visualnya makin kabur. Begitu agaknya kabur optik seorang tua.Perasan atau tidak, dimana pun,lambang UMNO hanya sebesar 'DAVID'.Sedangkan wajah pemimpin; besar, hebat, teguh macam 'GOLIATH'. Terbalik. Pemimpin datang dan pergi.UMNO tetap di situ. Sepatutnya, wajah UMNO di 'cinemascopikkan'.

Pergilah kemana jua dalam alam 1Malaysia. Setiap sumbangan untuk rakyat bukan lagi dari UMNO. Tetapi dari individu. UMNO sudah tidak ada sumbangan lagi sekarang.

Malangnya, Kalau wajah pemimpin itu berwatak setan, UMNO pun turut di'setan'kan juga.Sebaliknya kalau individu itu hanya menyampaikan sesuatu sumbangan sekadar mewakili UMNO, wajah UMNO tetap akan terpelihara.

Buana nak rinkaskan suara, pendekkan cerita. Kenapa PAS letakkan siapa sahaja calon pilihanraya, boleh menang. Kalau kalah pun, kesepakatan mereka tetap ada. Sebab mereka hanya lihat lambangnya. Bukan orangnya. Konsep mereka, organisasi diutamakan.


Perihal UMNO sekarang, individu digambarkan banyak jasa. Banyak sumbangan. Bayangkan, bila tiba pilihanraya individu tersebut diserang angin ahmar. Menjadi calon tidak kesampaian atas apa jua takdirnya. Kalau semangat pemujaan individu dalam UMNO, dari zero tidak akan jadi hero. Sebaliknya PAS mampu dari zero boleh jadi hero atas semangat organisasi.

Tuesday, 22 March 2011

Saturday, 5 March 2011

Tipu Daya Dunia



Sabda Rasulullah:

"Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menyuburkan tanaman."

"Tinggalkan dunia untuk ahlinya! Siapa mengambil dunia lebih dari cukup, maka tidak sedar ia telah mengambil kematiannya."

" jangan kau sia-siakan hidupmu dengan berabdi kepada dunia."

Telah berkata Samith bin Ajlan:

"Dinar dan Dirham itu tali kaum munafik yang akan mernyeretnya ke Neraka."

Dikatakan Iblis telah mengambil dirham dan dinar, meletakkan di keningnya,dan mencium lalu berkata, "Siapa suka kamu, dialah hambaku sejati."

Buanasuara:
Wang dan kuasa itu umpama kala jengking.Jika tidak pandai menjinakkannya, jangan kau ambil. Jika ia menyengatmu, racunnya akan membunuhmu.
Walahuallam.

Tuesday, 22 February 2011

UMNO:Cinta Dunia Sumber Segala Kesalahan

Dunia ini rumah bagi orang yang tidak ada rumah. Kekayaan bagi orang yang tidak ada harta.

Yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal. Yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu.Yang mendengkinya hanyalah bagi orang yang tidak faham DAN yang mengusahakannya hanyalah bagi orang yang tidak punya keyakinan.

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa diwaktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah. Malah Allah akan menetapkan empat hal dalam hatinya; Kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, Kesibukan yang tidak akan ada rehatnya, kefakiran yang tidak pernah akan sampai kayanya DAN angan-angan yang tidak pernah ada hentinya."

Pesanan Buanasuara
" Hai ahli-ahli UMNO, sekiranya UMNO itu merupakan rumah yang dihuni oleh orang-orang yang zalim, sesungguhnya rumah orang-orang zalim itu bukanlah rumah mu. Keluarkan semangat mu darinya! Tinggalkan ia dengan akal mu."

Saturday, 5 February 2011

MIM Tendang WAU = UMNO Tanah Merah

Arena Wati,"Sesuatu ada ketikanya, sesuatu ada hadnya..seseorang, pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan,harus menentukan pilihan"

UMNO Bahagian Tanah Merah bagaikan kesturi yang sudah hilang harumnya..Mawar tak berkuntum..cinta tak bersambung..Buatlah apa pun. Biar emas setinggi gunung. DOSA pemimpin sekarang tak terampun..

Keindahan khabar UMNO Tanah Merah bagaikan ISTANA PASIR..datang tsunami PRU 13 pasti pemimpin UMNO sekarang akan mati 'jilat cok'. Andai tidak mati pun, hidup dengan mata terbeliak..Tak siuman. Akibat fobia dan sekali sekala histeria terpekik terlolong.

Wang, semua orang minat. Waima manusia gila seperti Satar dan Malik Robot pun meminati wang. Apatah lagi yang siuman..TETAPI undi belum tentu..

Bila ramai begini tidak bermakna kelainan itu adalah nanar, najis atau emosi mereka luka.Jangan sesiapa pandang kelainan itu sebagai satu dosa..kelainan ini adalah kesan sampingan, sebab dan akibat bawaan pimpinan yang ada sekarang dizahirkan secara tidak bermoral.

"BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU LABINYA"
"MIM TENDANG WAU JADI SARKAS" itulah UMNO Tanah Merah..