Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 27 December 2012

Kampung Bintongan: Pemimpin Tertinggi UMNO Lintah Darat???

Kampung Bintongan: Pemimpin Tertinggi UMNO Lintah Darat???: “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”  "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same r...

Tuesday, 30 November 2010

Apa Erti Kemewahan Hidup?

BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda,

"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".

Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".

Lalu Nabi saw. bersabda,

"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

{H.R. Termizi}

Keterangan:

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan.

Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan.

Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.

Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
~Kiriman hamba Allah~
  • Wednesday, 16 December 2009

    Siapa Milosevic Malaysia?


    Tadi Buana postkan entri tentang cerita Tamil Malaysia.


    Ini pula cerita Cina Tiongkok dari Parti DAP. Seorang aktor Cina yang cuba berlakun sebagai khalifah Islam. Kononnya fasih baca ayat-ayat Quran. DAN dapat puji-pujian daripada Tok Guru Nik Aziz & Co satu masa dahulu. Lebih-lebih lagi TGNA yang syok pada Ng sehingga hilang selera untuk bertaut dan menyambung silaturahim semula dengan UMNO.

    Jaguh Tiongkok ini sudah mula hilang sabar dan lakunannya gagal apabila mempersoalkan Peruntukan Membina Masjid Di 1Malaysia.

    Buana hendak bawa balik ingatan kepada saudara-saudara dalam Islam yang telah hilang akal serta ingatan supaya kembali renung-merenung beberapa peristiwa yang berlaku tentang umat manusia.


    Lupakah kita bahawa banyak konflik politik yang berorientasikakan agama berlaku dibanyak negara dunia?

    Pada dekad 90an telah meletus konflik yang dasyat. Perasaan kemanusiaan hilang dari sanubari. Aksi-aksi ngeri sudah menjadi adab. Tidak ada batasan dan sempadan. Yang superior bertindak dengan penuh terror. Sementara yang tertindas 'retaliate' dengan penuh nekad. Manusia mentranfomasikan mereka macam binatang buas. Tidak kenal belas ehsan.

    Pada April 1992 misalnya, konflik antara Bosnia-Herzegovina dan Serbia. Lapan bulan kemudian, pada Disember 1992, konflik Hindu-Islam. Kemudian diikuti keganasan Serbia-kosovo.Ini belum kita menyenaraikan lagi tentang konflik agama yang berlaku di Acheh, Ambon, Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Khazaztan dan Setan-setan di Filipina, Mesir, Algeria, Thailand. Semuanya menceritakan kisah-kisah ngeri. Sepatutnya tirai sebegini ditutup rapat. Tidak perlu kita hendak ulang-tayang dan ulang-lakun di 1Malaysia.

    Apa yang kita dapat istilah 'political religion' sangat merbahaya kalau pemimpin tidak berhemah menerajuinya. Ia akan mewujudkan konflik yang serius dalam sistem politik sesebuah negara. Ia menjadi amat hebat berbanding dengan faktor lain.

    Dalam konflik di Bosnia dan Kosovo, kekejaman yang dilakukan mengatasi kekejaman HITLER dan MUSSOLINI. Berkali-kali ganda lebih dasyatnya.

    Seantero dunia tahu, MILOSEVIC yang digelar 'The Butcher of Balkans' menyembelih manusia seperti binatang.

    Di India, sejarah telah melakarkan betapa nasionalis Hindu merobohkan masjid Babri; mengorbankan 1,700 muslim dan mencederakan 5,500 yang lain.

    Begitu juga konflik Islam-Kristian di Sepanyol 1499 mengorbankan 3 juta umat Islam. Segala khazanah Islam dilenyapkan.

    Trend politik ini sudah mula tumbuh di Malaysia. Ia amat membimbangkan. Penduduknya terdiri daripada berbagai kaum dan agama. Konflik ini mempunyai potensi untuk lebih tegang dan akhirnya meletup tanpa kawalan.

    Kita tunggu siapakah akan dilabelkan sebagai 'The Babarian atau The Butcher Of Malaya" jika konflik ini terjadi di 1Malaysia.




    Friday, 18 September 2009

    Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Adat

    "Manusia tidak mampu merubah bentuk mukanya, tetapi kalau dia mahu, dia mampu mempercantikkan budinya"


    "Bahawa orang yang beriman tidak keluar daripada mulutnya kata-kata yang keji"
    (Hamka)



    "Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

    ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur." (TGNA)


    "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

    Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir? Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
    "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "


    Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik.

    Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan?

    Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan. (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban)

    Wallahualam..