Tuesday, 7 July 2009

1Malaysia Ada Lorong Tikus



(Petikan Utusan Malaysia-Selasa 7 Julai 2009)

Bangkok 6 Julai – Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadi pelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia, baru-baru ini tetapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.

Beliau berkata dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.
“Pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadrian Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan Berjaya melepaskan diri”, katanya kepada pemberita di pattani, di Selatan Thailand di sini hari ini.

Beliau bagaimana pun tidak memberi sebarang maklumat mengenai bila insiden itu berlaku, dan menurutnya selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji….

Buana Suara:

Hishamuddin where are You? Yang tak sedap didengar ialah :

1.”Berjaya melarikan diri sebelum diberkas”
2. “pegawai kedutaan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia…
……Entah bagaimana Thaksin dapat tahu..”

Tidakkah ini melibatkan prestasi Kementerian Dalam Negeri. Yang tidak sedap lagi perkataan ENTAH bagaimana, membawa tafsiran bahawa pihak berkuasa Malaysia yang melindungi Thaksin. Tidak tangkap tetapi lepas. Sebab hanya pihak berkuasa Malaysia sahaja yang dimaklumkan.

Kedua, tafsiran mudah ialah pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri rasuah. Thaksin memang mampu untuk berbuat demikian bagi menggelak daripada ditangkap. Tempat penginapan dinyatakan dengan jelas. Kita juga keliru macamana ini boleh berlaku.

Ketiga, sesiapa pun termasuk Chin Peng boleh masuk dan keluar dalam Negara kita tanpa disedari. Alasan passport orang lain digunakan tidak masuk akal. Apa imigresen buat.Tidor ke? Kenapa pintu masuk dan keluar Negara kita senang dibolosi. Tidak salah kalau rakyat akan terjemahkan insiden ini secara negative terhadap Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishamuddin.

Keempat; kalau begini jadinya jangan terkejut kalau saya katakan bahawa sebenarnya Chin Peng yang kita sibuk-sibuk dok halang daripada balik ke Malaysia sebenarnya sudah lama berada di Malaysia. Cuma yang bising-bising ini adalah untuk ‘formality’ sahaja bagi mengizinkan Chin Peng berada di sini.

KeLima; kalau kita ada perjanjian ekstradisi dengan Thailand janganlah nanti kita juga akan dimain-mainkan oleh Thailand. Adakah kita lupa bagaimana Abuya(ARQAM) ditangkap di Selatan Thailand dahulu. Tidakkah atas kerjasama kerajaan Thailand?

OK dan KO Di Manek Urai


OK!..Tahniah! pada UMNO Kuala Krai dan Tuan Aziz kerana berjaya mencalon dan dicalonkan. Terselamat dari Kertas Pencalonan ditolak secara teknikal.


Syabas..OK la tu..PAS Kuala Krai dan Fauzi. Pencalonan disahkan. Kalau kertas pencalonan ditolak atas sebab tertentu, rasanya gegak-gempita lah seluruh Negara..Kononnya 'SPR makan sebelah' dan rasuah. Macam-macam tuduhan terhadap SPR dan Kerajaan 1Malaysia.


Kalau Kertas Pencalonan Tuan Aziz ditolak OK. Gitu-gitu aje. Tetapi kalau Kertas Pencalonan Fauzi yang sangkut. Habis KO.. Semua pemimpin Pakatan dengan kerjasama Iblis , Syaitan di langit,laut dan darat akan menyalak.


Tuan Aziz OK. Kelulusan OK. Kerjaya OK. Tetapi UMNO Kuala Krai KO.

Khabarnya daripada 8 senarai nama yang diangkat Tuan Aziz yang terpilih. 7 lagi kata OK. No problem. Betulkah OK? takut nanti yang baki 7 ini secara berasingan akan membuktikan UMNO KO kalau tidak mereka yang bertanding.


Romzi kata semua sokong Tuan Aziz. OK lah tu. Nak tanya Romzi UMNO OK tak? UMNO Kuala Krai ialah tapak tempat Tuan Aziz berdiri. Tak goyang kah? Sayanglah!! calon yang berpotensi dikorbankan kerana kerakusan Romzi. Ingat!! kalau calon OK tetapi UMNO tidak OK semua akan KO.


PAS dan Fauzi OK. Ada 2 sahaja senarai nama yang diangkat oleh PAS Kawasan. Fauzi dan Mat Yie. Sama tak ngaji. Mat Yie OK. Fauzi tentu sekali OK. Mereka OK sebab mereka berdua tidak ngaji tinggi. Pun begitu mereka ada sijil persaudaraan diantara mereka. Hari pembilangan undi nanti ialah hari 'kovo' mereka.


PAS Kawasan tidak matikan cawangan untuk merebut Ketua Kawasan. Tentunya OK lah pada penyokong dan pendokong PAS.


UMNO Kuala Krai matikan cawangan kerana Romzi nak menang tanpa bertanding. OK lah, beliau sudah jadi Ketua Bahagian. Jadilah Romzi seorang general yang tidak ramai pengikut. Ingat budaya Melayu Kelantan...Orang Kelantan biasa dengar kata-kata, "biar tentu sammo sajjo", "Padan muka si polan sipolan". dalam konteks PRK Manik Urai "padan muka Romzi".


Siapa tahu PRK Manek Urai akan jadi medan 'kerat mengerat dan cah keting orang UMNO Kuala Krai. Dan mana tahu kalau-kalau ada orang-orang UMNO dari Bahagian lain yang voluteer untuk proses mengalakan UMNO kerana nak mengajar UMNO Pusat. Macam-macam boleh jadi. Daripada OK, boleh jadi KO. Daripada KO boleh jadi OK. Dunia ini pentas.Lebih-lebih lagi dunia politik.


Orang tua saya pernah berakat,"Sesiapa yang mengkhianati orang lain, hidupnya tidak akan aman dan tenteram selagi orang yang dianiayainya tidak tenteram". Mungkinkah ini akan berlaku pada Romzi dan UMNO Malaysia.

Jentera UMNO ramai. Kalau dapat kerjasama pemimpin tempatan OK. Kalau tidak dapat atau dapat kerjasama yang di'pura-pura'kan KO.


'Cah Keting' akan berlaku di Manek Urai. Kecil besar,sikit banyak, wallahualam. Ada tetap ada. Kerja-kerja macam ni tidak ada dalam PAS. Mereka OK.
Oklah..jumpa episod lain pula. Saya nak ke Manek Urai. OK.








Monday, 6 July 2009

Peraih Atau Pariah Di Manik Urai


Hari ini akan bermulalah kempen secara sah sekiranya ada pertandingan di Manik Urai. Manik-manik peluh pun mengalir dan membusukkan ketiak masing-masing.

Sejak pengumuman Calon ;kata mengata tentang akademik calon terdengar disana sini. BN mendahului dengan berbagai promosi melalui media-media cangih manggih tentang calon mereka.

PAS pula selamba gila menjawab dan menangkis kata-kata menghina calon mereka yang dianggap tidak berilmu.

Hakikatnya dalam politik kampung, Orang ngaji tinggi ada sijil bergulung-gulung besar tikar mengkuang pun tidak semestinya boleh menang dalam pilihan rakyat. Kalau nak kerja gomen memang kita akui sijil mesti banyak , besar-besar dan tinggi-tinggi macam menara Petronas. Manik Urai sebelum ini telah memperjelaskan argument saya. Dan ada kaitan dengan budaya sebagaimana entri saya kelmarin. Di bawah ini pula saya ‘simplify’ rasionalnya;

Allahyarham Ismail Yaacob(Pak Su Weil) tidak pernah kalah dalam setiap pilihanraya. Beliau tidak ngaji tinggi. Sijil apa pun tidak ada kecuali satu sahaja. Sijil Nikah. Namun Pak Su Weil mampu menewaskan lawan-lawan beliau yang kononnya ada sijil besar tikar semuanya.

Pada pilihanraya 2004 Pak Su Weil direhatkan. Mungkin nak ganti dengan budak yang ada sijil sekolah. Sijil yang tidak besar tikar pun tak apa asalkan ada sijil. Besar nyiru pun jadilah asakan ngaji dan ada sijil. Atau mungkin nak bagi peluang pada muka baru sebab Pak Su Weil ni lama sangat dah jadi YB. Walhasilnya….PAS pun diceraikan oleh pemilih Manik Urai dengan talak 53 undi.

Pada 2008 ‘Qoran Buruk’ diambil balik dan dicalonkan oleh PAS untuk bertanding semula. Walaupun sijil nikah sahaja yang ada pada Pak Su Weil. Lawannya Zul dari UMNO yang mewakili BN. Zul khabarnya ada banyak sijil berbanding dengan Pak Su Weil. Sijil Sekolah ada, Sijil Nikah ada .Sijil Kontrakor pun ada. Zul ada kelebihan berbanding dengan Pak Su Weil. Akhir kalam, Zul kalah dihujung kalam pengundi Manik Urai. Pengundi Manik Urai ceraikan UMNO dan BN dengan Talak 1,352 undi

Kali ini UMNO kemukakan manusia yang ada bermacam-macam sijil. Bukan setakat besar dan tinggi sijilnya, malah berbagai warna. Warna-warni. Baunya tidak terkira menusuk kalbu. Bagaikan Putera mahkota dijulang.

Sebaliknya Calon PAS ditertawakan oleh jentera UMNO. Budak tak ngaji. Jual ikan. Ada kata-kata angkuh kononnya kalau nak jadi calon PAS lekas-lekaslah jadi peraih ikan. Bagi saya dia ok juga jadi peraih tidak pariah macam setengah manusia dalam UMNO. Yang ada sijil tu belum pasti lagi berjaya atau tidak kalau jadi peraih. Peraih ini tidak diberi tongkat. Pun berjaya. Wallahualam.

UMNO.UMNO!!! Angkuh,sombong, takbur dan riak masih mengalir lagi dalam jantung dan pembuluh diseluruh tubuh.

‘Selamat berjuang’

Sunday, 5 July 2009

3 Jahanam Di 1Manik Urai

Seperti biasa,bila ada pilihanraya kecil maka bertali-aruslah pekerja-pekerja parti datang bertandang. Kampung yang dulunya penuh dengan pacat dan lipan kini menerima tetamu yang beranika rupa. Ada 'lintah darat' , 'buaya darat' dan ada yang ngaku Wali Allah dan sebagainya. Setan dan iblis berwajah manusia pun ada. Masing-masing dengan senyum manis dan janji manis tersendiri.

Kampung yang dulunya aman tiba-tiba jadi tumpuan seluruh Negara. Macam-macam ada. Ada sarban besar . Ada sarban kecil.Ada songkok tinggi. Ada songkok rendah. Ada kopiah lembik dan ada juga kopiah keras. Begitu juga lafaz ‘assalamualaikum’ dan ‘insyallah’ mengalahkan bisikan nyamuk ditelinga.. Rumah yang dulunya RM 50.00 sebulan pun tidak ada yang nak sewa. Sekarang bangsal tunggu durian pun disewa. Melambung sampai RM 5,000 hingga RM 10,000.00 sebulan. Biasalah Hukum Kanun Ekonomi kata ‘demand and supply’. Rahmatnya orang Manik Urai. Dulu menoreh sendiri. Sekarang dah jadi mandur. Ramai datang membantu.

Esok hari penamaan calun. Ramai lagilah yang akan hadir. Ada yang hadir kerana komitted dengan perjuangan parti. Ada juga turut hadir untuk tunjuk-tunjuk muka. Biasalah bersalam berkali-kali sesama sendiri dan muka yang sama. Kadang-kadang dengan driver sendiri pun bersalam. Pendek kata kalau tangan dan kaki manusia ini jenis haus, agaknya tangan dah jadi pendek sampai ke siku dan kaki pun haus sampai ke lutut kerana kuatnya bersalam dan berjalan. Lepas pilihanraya balik kampung anak isteri dah tak cam lagi kerana semuanya dah pendek.

Setakat ini UMNO kata UMNO boleh menang. PAS kata Pas boleh menang. Semua yakin. Semua syok sendiri. Macam penyanyi karaoke, nyanyi sendiri nilai sendiri. Bacaan orang-orang UMNO mereka boleh menang. UMNO memang bijak membaca tetapi sayangnya tidak bijak membilang. Baca menang ‘sokmo’ bila sampai hari membilang undi kalah ‘sokmo’. PAS pula pandai baca dan pandai bilang. Saya tahu kerja orang PAS. Mereka kerja sukarela dan komited. ‘Head Count’ mereka lebih tepat. Itulah bezanya dua parti Melayu ini.


Mungkin ramai yang kesana tidak faham budaya orang kampung. Sebenarnya orang Manik Urai adalah ramai yang berharta. Asalnya mereka adalah peneroka tanah haram sewaktu pemerintahan Dato’ Asri. Kemudiannya diberi geran oleh kerajaan. Kebun getah dan dusun berekar-ekar. Tidak beli kereta tetapi ada basikal ‘unta’ bawah rumah. Dulu sekali-sekala ke Kuala Krai untuk tukar wang kecil kepada note seribu. Senang simpan bawah tikar. Sekarang rasanya simpan dalam Tabung Haji. Itulah secara ringkasnya pengundi di Manik Urai.

Berbalik pada kisah UMNO. Setahu saya waktu pemilihan UMNO Bahagian dahulu, Dato Ramzi telah ‘matikan’ lebih kurang 28 cawangan daripada 40 cawangan UMNO di DUN Manik Urai. Maka menanglah Dato’ Ramzi dengan gahnya tanpa bertanding. Dan tersohorlah Dato Ramzi dikacamata orang-orang PWTC sebagai salah seorang wira UMNO yang hebat tiada tandingnya. Ramzi yang sedia bulat jadi bertambah bulat. Lukanya hati 28 Cawangan ini dibiarkan luka dan berulat. Dinobat sebagai Ketua Bahagian itu lebih penting. Orang yang berkonspirasi dengan Ramzi ialah tidak lain dan tidak bukan Tan Sri (dianugerah Tan Sri sebagai membalas jasa UMNO kalah teruk di Kelantan)Annuar anak Lebai Musa dan Pengerusi Pemantau Perhubungan, ‘Blue eye boy’ Tan Sri Nuar iaitu Tuan Hashim yang pada ketika itu ialah seorang yang bankrupt. Mereka bertiga inilah yang membankrupkan UMNO Manik Urai dan seluruh Kelantan.

Kalau UMNO yang mewakili BN tewas nanti bukan salah Dato’ Mustapha. Beliau yang menerima pesaka yang sudah dihancur leburkan oleh Nuar Musa dan khadamnya Tuan Hashim. Sekirannya menang di Manik Urai ‘tabik spring’ kena bagi pada Dato’ Pa kerana Berjaya bagi ubat pelali kepada 28 Cawangan ini. Tetapi setakat ini dengarnya 28 Cawangan ini masih enggan makan ubat walaupun dipujuk. Mudah-mudahan Dato Pa Berjaya memujuk. Semoga PRK Manik Urai memberi ilmu kepada Dato’ Pa cara-cara mengubati hati yang luka di Bahagian-bahagian lain di Kelantan.

Kesimpulannya, Mana-mana Bahagian UMNO dimana ketua Bahagian menang tidak bertanding bukan mencerminkan UMNO bahagian berkenaan itu kuat. Malah lebih teruk daripada Bahagian dimana ketua bahagian dinobat hasil daripada pertandingan.

Sepatutnya Bahagian UMNO dimana Ketua Bahagiannya tidak bertanding tidak ada masalah berdepan dengan parti yang turun daripada langit sekali pun. Inilah gara-garanya hendak puashatikan Ramzi seorang, UMNO Manik Urai punah-ranah.



Wednesday, 1 July 2009

UTM student found dead after giving birth


Wednesday July 1, 2009
UTM student found dead after giving birth

JOHOR BARU: A Universiti Teknologi Malaysia student was found dead in her campus dormitory after she had given birth to a baby boy. The baby, whose umbilical cord was still attached to his mother, was also dead.
The 26-year-old fourth-year student, who was unmarried, was found in her dormitory by a warden around 5pm on Monday.
Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said initial investigations revealed that the student, who was from Kelantan, had been dead for more than two days.
“We believe she died after giving birth.
“However, we are not ruling out the possibility of a criminal element in her death,” he said.
He said the victim’s partner could be a fellow student.
“The bodies have been sent to the Sultanah Aminah Hospital for post-mortem,” he said.
ACP Ruslan urged anyone with information to contact the police hotline at 07-2212 999or the nearest police station.

Buana Suara:

Aku cukup-cukup stress bila baca ini.Pun begitu aku digamit untuk melepaskan stress melalui rakaman dibawah:

1.Merakamkan rasa dukacita yang teramat terhadap pelajar malang ini.

2.Dalam kita sibuk-sibuk menilai semula AUKU, keselamatan pelajar-pelajar juga harus dikaji semula dari setiap aspek.

3.Apa yang terjadi cukup merangsangkan kita betapa pihak kementerian harus mengambil langkah segera supaya tragedi sebegini tidak berulang di tempat yang kita panggil 'Gedung Ilmu'.

4.Saya hanya ingin mengemukakan agar setiap pelajar diwajibkan menjalani pemeriksaan urine setiap bulan diklinik-klinik dalam kampus.Dengan ini pusat pengajian dapat kesan dua elemen. Satu, kesan dadah dan keduanya pragnancy.Universiti dan kolej berkenaan akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang dikesan terdapat dua perkara ini.

5.Pemimpin yang berkuasa jangan asyik pandang Manik Urai sahaja.Masalah sosial di kampus masih berlambak lagi untuk dibuat kajian.

6.Exco Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO sila ambil perhatian dan jangan takut masuk kampus.Masuk kampus untuk menyelidik masalah pelajar lebih afdal daripada masuk kampus dan menggunakan dewan untuk berdebat dengan parti-parti lawan.

7.Jangan asyik cari projek untuk kesenangan diri sahaja.