Thursday, 10 September 2009

Kenaikan Harga Minyak Disambut Penuh Kesyukuran


Email daripada seorang kawan.

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.


Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".


Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."


Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."


Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Tuesday, 8 September 2009

Allahyarham MOHAMED YAAKUB



Hamba Allah yang bagus ialah mereka yang berkata, "Aku sentiasa berkhidmat kerana Mu. kemana sahaja aku memandang di situ ada wajah Allah".

Semoga roh Allahyarham Muhamed Yaakub akan berada ditempat orang-orang yang terpilih di sisi Allah S.W.T.

Sunday, 6 September 2009

Dwi Dimensi Akhlak Nik Aziz


Nik Aziz semasa menjadi Ketua Pembakang DUN Kelantan 1987 berhujah tentang 'masalah haram arak' dalam Islam ialah kerana ianya memabukkan.

Katanya lagi, arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan. Maknanya diharamkan.

Semasa jadi Menteri Besar telah meluluskan lesen jual arak atas alasan;
"Islam tidak mencegah masyarakat bukan Islam menikmatinya".

Buasnasuara:

Rupa-rupanya arak yang haram semasa jadi Ketua Pembakang boleh bertukar menjadi air minuman yang penuh nikmat pula apabila menjadi Menteri Besar.

Nak bagi tahu Dr Hassan Ali di Selangor - Tak payah sibuk-sibuklah pasal arak sebab orang bukan Islam yang mabuk dibawah pengaruh arak tak akan rogol orang Islam!!!????.......

Khas Untuk Haiwan-haiwan Politik 1Malaysia






>

Wednesday, 2 September 2009

Merdeka Mutlak

Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.


Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air, beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.


Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat Islam (ajaran tauhid) sebagai “sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.”


Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan,


“Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci” (Hamka, 1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap “Kaum Muda”, tetapi setelah menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik “kaum Tua-kaum Muda” itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu.

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar pertengahan tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya dengan kata-kata, “Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar, yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri” mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu menjadi `badut-badut’ yang setia, mengilmiahkan kebohongan.” (Hamka, 1971: 244-246)


Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka.

Dalam sejarah pembinaan semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Ternyata Hamka dapat menerima “kebangsaan” dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep kebangsaan, tampaknya Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme, perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil, “yang di awak segala benar, yang diorang segala bukan!” (Hamka, 1981:199).

Sebagai ulama, Hamka cukup memahami persoalan mengaplikasikan Islam dalam konteks sosiobudaya Melayu. Tulisan-tulisnya tentang agama tidak sekadar pemaparan ajaran Islam dalam bentuk teks tanpa konteks. Beliau ternyata cukup peka dengan realiti zaman dan lingkungannya dan berusaha membuktikan bahawa Islam memang sesuai dengan setiap masa dan nusa.

Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi; sasterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena. Memang Hamka orang Indonesia, tetapi lebih daripada itu dia adalah seorang Muslim dan seorang Melayu yang sepanjang hayatnya berjuang demi memartabatkan umat yang serumpun seagama, serantau sebudaya. Cinta dan kebaktiannya tidak pernah mengenal persempadanan, baik politik mahupun geografi.

Buanasuara:

  • Pas memerlukan ribuan Hamka untuk mengantikan Nik Aziz.
  • Hamka miliki jiwa hamba yang merdeka sementara Nik Aziz ialah seorang ulamak politik yang tiada bezanya dengan Netanyahu, Golda Mier , Yitzhak Rabin, Ariel Sharon dalam barisan kepimpinan Yahudi.
  • Nik Aziz pernah menyatakan politik sama seperti peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi 'peperangan' dalam pilihanraya.
  • Bisikan dan kalimah Hamka adalah bisikan pewaris Nabi.
  • Hujah Nik Aziz berlidah setan dengan naluri Iblis.

Wallahualam....