Sekiranya masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama, ikhlas dalam perjuangan, bersih hati dan jiwanya daripada pengaruh duniawi yang merosakkan, maka budaya gelojoh dan buruk dalam perlakuan politik tentunya dapat dihindarkan. Ini memerlukan perubahan radikal dari segi nilai dan sikap semua pihak.”barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah/menukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu merupakan selemah-lemah iman.”
Para pemimpin Umno yang ada terlalu berkepentingan dan asyik mempertahankan diri dan menyalahkan orang lain bagi setiap perlakuan songsang yang buatnya.

Pinggirkan Calon yang dikitar semula dari timbunan sampah kerjaya yang penuh kejelekan dan korupsi.
Selamatkan nasib orang Melayu dari tertimbus sepenuhnya. Untuk itu pemimpin Melayu yang sudah tidak lagi mampu menyelaraskan kewujudan UMNO perlu diajar.
Jangan fikir UMNO sahaja yang berbudi pada Melayu, tetapi Melayu juga berbudi kepada UMNO. Tanpa sokongan Melayu marhaen, UMNO sudah lama hilang dimata dan hilang dihati. Dan terus hilang sebagaimana hilangnya Kesultanan Melaka.

