Thursday, 4 June 2009

Ahmad Maslan 'The Clown'


Ahmad Maslan!!

Can you raed tihs? Olny srmat poelpe can.I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs psas it on !!

If you can comprehend the above, I am sure you can also read the message below and understand what to do next.



Bravo! Ahmad Maslan. Ahmad Maslan has started acting at Manik Urai’s constituency. However, he has no academic knowledge and formal qualification in acting but he came courageously to Manik Urai as a ‘Clown’. UMNO and Ahmad Maslan will be a laughing stock by voters there. I hope that he will be contesting next year ‘Raja Lawak’. If UMNO or nobody wants to sponsor him, then I will volunteer for the sponsorship. May be it is more meaningful.

Mind you, Ahmad Maslan! Your acting does not impress the voters. Please do not overdo it. Your styles of campaigning are not receptive. Kampong folks definitely reject leaders who do not walk the talk. You have demonstrated a pure hypocrisy.

Please do some homework. Review the statement below. Then come down with more related issues on the ground.


“Daily we watch our government do things which
then have dramatic effects on our lives. Does it
feel like we have government of the people, by
the people, and for the people? Does it feel like
our government is making wise decisions? Are
we happy with the way our government works?
Do we have any choice in the matter?”

Stop clowning yourself around. Stop demonstrating intellectual laziness of yours because it reflexes your intellectual failure.

Good luck!

Disebalik Musibah


Ini email dari seorang kawan. Saya tidak ubah sepatah perkataan pun. Ini ori punya.Betul ke tidak 'I do not know'. Bacalah!! boleh pakai, guna.Tidak boleh pakai, abaikan. You all fikir sendirilah.Orang UMNO dan PAS tidak terkecuali. Boleh baca!! Jangan asyik main politik sahaja.



Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharaja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapatdifahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupondari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka ygmutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatanselepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umatmanusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi inidan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawahtelunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaumYahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumiAmerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akanberlaku terhadap kaum Yahudi.


Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.


Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya
secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet
saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg
baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadisaya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalahmetamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel,
siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate(semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!.Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi.Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah,menembak dan berlari, menurut teman saya ini,memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi(menengah)disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.Ramai orang orang Jepun
yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,Dell comptr,Cocacola,DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak,dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah,bola keranjang,dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asakrokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, 3 June 2009

PERMULAAN KEPADA SATU PERMULAAN (Part 2)




Inilah hasil polisi pendidikan yang bertukar setiap hari. Saya pun tidak tahu insan ini pengikut parti mana? Mungkin Melayu baru dari PAS,UMNO,Keadilan Rakyat,DAP,Gerakan(BN @ PR)??????

Yang pastinya imej itu menunjukkan bro. kita itu dalam masjid.Sedang solat.

Atau juga Ketua Pemuda kalangan parti-parti BN atau PR dari satu bahagian bernama 'Freemason'

What say you!! Nik Aziz,Hj.Hadi,Sheikh Anwar,Najib and Muhyidin.



Inikah Melayu yang dibangga-banggakan oleh UMNO dan PAS.Asyik duk berebut kuasa, Melayu sudah jadi GILA!!

Ini juga melambangkan perangai individualistik.Mu, mu..aku,aku...

Saya mohon para intelek bersama-sama separuh intelek jangan jadi intelek Tiga Suku. Itu gila namanya. Sebelum ramai lagi Melayu Islam gila, kita bangkit hancurkan pemain-pemain politik dalam PRU 13 nanti, biar mereka yang merebut-rebut kuasa ini gila bila hilang kuasa.

Kalau dah tidak ada Melayu yang berani menaja Parti Melayu alternatif daripada yang sudah sedia wujud...dalam PRU 13 nanti 'pilih personaliti jangan pilih parti'. Pamerkan minda merdeka. Jangan jelekit dengan mana-mana parti.

Tuesday, 2 June 2009

Surat Terbuka Kepada orang Melayu


Selepas 50 tahun bebas daripada penjajah di mana kedudukan kita.
(kata-kata ini bukan aku punya. Aku setuju dan kamu pun patut setuju.)


BACALAH!

WAHAI bangsaku, lebih lima puluh tahun sudah usia kemerdekaan tanah air kita. Waktu yang sebenarnya amat singkat dalam sejarah pembinaan negara bangsa. Namun demikian terlalu banyak yang boleh dilakukan dalam masa lima dekad jika kita bertekad sama dan sekiranya kita sederap dan selangkah untuk menentukan penanda aras kecemerlangan baru. Bak kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kita tidak harus lupa bahawa 50 tahun kebelakangan ini hanyalah sebahagian daripada sejarah bangsa Melayu yang panjang dan penuh peristiwa. Tanyakan kepada yang dianggap pakar, masing-masing mempunyai cerita dan tafsiran mengenai sejarah bangsa Melayu. Mungkin usia bangsa Melayu ribuan tahun, mungkin juga ratusan tahun.

Mungkin sejarah sebenar bermula daripada Kerajaan Melayu Melaka, mungkin lebih awal. Bagaimanapun, satu hal dipersetujui bersama bahawa dengan tumbangnya Empayar Melaka pada 1511, maka orang Melayu berada dalam belenggu penjajahan selama 446 tahun.
Memang mudah menyalahkan penjajah kerana kelemahan bangsa Melayu. Mungkin benar merekalah yang mendefinisikan ‘kemelayuan’ kita selama empat setengah abad itu. Mungkin tidak adil jikalau mereka sewenang-wenangnya melabelkan kita sebagai peribumi yang malas. Atau menganggap kita tidak setekun dan serajin bangsa lain. Atau mungkin benar psyche, nilai dan minda Melayu banyak terbentuk oleh kongkongan penjajahan itu.

Bagaimanapun, kita sudah merdeka sebelum 1511. Kita sudah membina empayar. Kita sudah membina tamadun. Kita mempunyai tradisi ilmu yang tinggi. Kita melahirkan buku-buku ilmu dan karya sastera yang besar.

Tradisi kesarjanaan di kalangan orang Melayu sentiasa mendapat naungan istana. Kebudayaan dan kesenian tinggi terbina daripada kalangan pemikir, ilmuwan dan pujangga. Malah, di tengah masyarakat Melayu desa yang bergantung pada sistem pertanian tradisi, sudah wujud kebijaksanaan, kepandaian dan pengetahuan mengenai alam, kosmologi dan asas sains. Itu belum lagi kehebatan karya sastera dalam bentuk lisan dengan segala macam kisah dan teladan serta peribahasa, pantun, gurindam dan bidalan.

Orang Melayu tidak membentuk citra mereka dengan hanya turunnya bendera Union Jack secara simbolik pada malam 31 Ogos 1957. Sejarah orang Melayu tidak bermula dari situ. Bagaimanapun, tarikh keramat itu menandakan satu lagi episod sejarah pembinaan bangsa Melayu. Kali ini bagi mengisi kemerdekaan dengan kesediaan untuk hidup dan membangun sebagai negara bangsa dengan kaum lain.

Bangsa Melayu tidak pandir dan bebal. Bangsa Melayu tidak menjadi cerdik dan terbuka hanya dengan terbinanya sekolah selepas Merdeka.

Sejak 1876 lagi apabila akhbar Melayu yang pertama muncul, orang Melayu sudah mula menggunakan akhbar untuk memperjuangkan nasib bangsa mereka. Malah, reformasi pemikiran agama secara menyeluruh bermula dengan debat cerdik melalui penerbitan seperti Al Imam dan pemikir seperti Syed Syeikh Al Hadi. Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu bermula dengan akhbar dan majalah Melayu seperti Utusan Melayu Majlis, Majalah Guru, Lembaga Malaya, dan Idaran Zaman.

Memang benar orang Melayu berada pada paras kemiskinan yang luar biasa apabila Tanah Melayu merdeka. Dan memang benar sistem hidup kebanyakan orang Melayu ketika zaman penjajahan menjauhkan mereka daripada pendidikan, perubahan dan permodenan. Memang kemerdekaan menjanjikan sesuatu yang baru pada orang Melayu.

Cuma malangnya tiada padang yang sama rata untuk mereka. Lalu mereka terasing daripada arus perdana kegiatan ekonomi. Apabila kegiatan ekonomi dicorakkan oleh ras, maka kesannya pasti buruk bagi sebuah negara pelbagai kaum.

Orang Melayu sentiasa bersedia membuat penyesuaian. Mereka mudah menerima apa saja. Dengan hanya satu tandatangan, ratusan ribu kaum lain secara automatik menjadi rakyat negara ini. Orang Melayu bersedia berkongsi kuasa. Orang Melayu bersedia menghormati kontrak sosial. Orang Melayu sentiasa berlebih kurang. Cuma sayangnya selalu mendapat kurang apabila yang lebihnya orang lain.

Orang Melayu punya jumlah. Orang Melayu punya kuasa politik. Orang Melayu berada pada hampir semua kedudukan strategik dalam pemerintahan negara. Malangnya dalam keadaan sedemikian, masih terdengar rintihan dan keluhan serta nada kekecewaan. Kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu, dengan sebahagian besar pentadbir awamnya Melayu, dan dasar yang jelas pro-Melayu nampaknya tidak cukup untuk membantu orang Melayu. Dengan terlaksananya Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga berakhirnya dasar itu, sasaran DEB masih jauh daripada memuaskan.

Lalu kita mulalah mencari salah. Mencari punca kegagalan. Lalu menuding jari mencari angkara siapa. Dan seperti selalu kita menuntut lagi agar dasar itu diteruskan. Lima puluh tahun dari sekarang pun mungkin kita akan meminta lagi. Dan lagi.

Nampaknya kita harus terus hidup dengan payung perlindungan. Kita masih memerlukan tongkat. Dan kita akan terus mencari alasan bahawa padang tidak selalu rata. Dan orang lain sudah berlari sedangkan kita baru belajar berdiri.

Mungkin salahnya kita juga. Kita tidak berusaha menganjak pada peringkat yang lebih tinggi. Mungkin juga kerana kita mudah berpuas hati dengan pencapaian kita selama ini. Atau kita suka mengukur kejayaan daripada apa yang ada pada kita satu masa dulu dan bukan dengan apa yang dicapai oleh orang lain pada masa ini.

Mungkin juga kita tidak mempersiapkan diri kita dengan ilmu, ketrampilan dan tekad. Tenaga yang ada pada kita habis pada soal tetek bengik, pada hal cabang dan batil. Hal besar kita lupakan.

Orang Melayu selalunya liat menerima teknologi. Orang sudah menggapai dunia siber, anak-anak kita tertinggal jauh ke belakang. Kita lebih suka menghabiskan wang untuk hal-hal lain daripada melengkapkan keperluan asas untuk membina kepakaran anak-anak kita bagi menghadapi cabaran masa depan. Di kawasan penempatan baru orang Melayu misalnya, kita lebih utamakan briged menangkap orang berkhalwat daripada memastikan bahawa anak-anak kita disiapkan perpustakaan mini yang baik dan pusat komputer yang sempurna.

Politik sepatutnya menyatukan orang Melayu, tapi politik yang ditunjang oleh kepentingan peribadi dan kerakusan lebih banyak merosakkan. Agama sepatutnya menyatukan kita, tetapi agama juga dipolitikkan. Dan agama juga menjadi alasan untuk kita meminggirkan orang lain dan membina kepompong kita sendiri. Kita menjadi tidak lagi toleran terhadap orang lain. Kita mulai memberikan definisi ‘Mereka’ dan ‘Kita’.
Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya memenjarakan diri dalam kejumudan dan kekecilan. Seperti kata Perdana Menteri, kita sebenarnya mengkhianati Islam jika memilih untuk menolak kemajuan, taksub dengan konflik dan hidup dalam kejahilan.
Terlalu mudah mencari kelemahan di kalangan bangsa kita. Ada yang mengatakan kita kurang berpaksi pada agama. Ada yang mengatakan kita bangsa yang baru membina tamadun. Ada yang mengatakan memang sebenarnya orang Melayu tidak sehebat bangsa lain. Malah, ada yang mengatakan apa saja yang labelnya Melayu, maka pasti lemah dan mundur. Maka itu apa saja yang namanya Melayu harus ditolak dan diketepikan – termasuk budaya dan bahasa. Malah, sudah ada yang menganggap malang sekali mereka lahir sebagai Melayu.


Demikianlah, bangsa kita yang kecil ini dicorakkan oleh pelbagai kekeliruan daripada bangsa kita sendiri. Kita mahu menjadikan bangsa kita berjiwa besar, berfikiran terbuka, mampu bersaing, berminda kelas pertama dan bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Bukanlah itu impian kita bersama, untuk meletakkan bangsa kita pada tahap yang lebih tinggi?

Moga-moga kemerdekaan tanah air yang melewati 50 Tahun ini dapat mengajak kita untuk membuat penilaian diri. Bangsa Melayu boleh hilang di dunia. Kuasa Melayu boleh luput dalam sekelip mata. Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang terpinggir daripada arus perubahan negaranya. Apa yang kita miliki tidak kekal.

Orang Melayu hanya ada satu sebab untuk bersatu – survival. Orang lain mempunyai strategi yang kemas dan ampuh sekalipun mereka golongan minoriti. Sayangnya orang Melayu yang juga kaum majoriti di negaranya sendiri berlagak dan bermindakan kelompok minoriti. Atas alasan itulah perayaan kemerdekaan tahun ini seharusnya menjadi titik tolak penting bagi orang Melayu menanyakan “ke manakah kita selepas ini?” Alahai bangsaku.

BN dan PR semuanya Haprak



Perlukah kita menyangi sebuah mahligai, walaupun ia dibina dengan penat lelah melalui keringat, darah dan air mata andai ianya penuh sesak dengan pelacur-pelacur dan pengunjung-pengunjung yang bertandan untuk melacur.

Begitu juga dengan UMNO. Walaupun ia dewasa dengan perit-jerih para pemimpin dahulu tetapi telah dilacurkan hingga dijangkiti AIDS dan HIV. Apa ditunggu lagi? Matikan. Tamatkan penderitaan dan keazaban yang ditanggung. Itulah cara untuk menghentikan sengsara UMNO. Semoga para tetamu yang penuh sesak itu terpinggir dan mati beragam.

Saya berpendapat, menyokong UMNO seolah-olah menyokong segala perbuatan mungkar yang terdapat dalam UMNO. Malah menyumbang kepada penderitaannya berlanjutan.

Apakah orang-orang Melayu yang majoritinya bukan ahli UMNO ingin dilabelkan sebagai pelacur juga? Atau kaum yang mengidap AIDS dan HIV. Tentu sekali kita tidak mahu begitu. Kalau sudah tidak mahu ,jom!, gerakkan sesuatu kearah dimensi baru dalam gerakan orang melayu sekarang. Melayu yang hidup tanpa alternatif adalah melayu yang mati sebelum mati.


Anak ,cucu dan cicit orang melayu tidak perlu mewarisi tempat yang kotor itu. Anak muda Melayu generasi ini harus bangkit sebagaimana kebangkitan anak muda zaman penjajah dahulu. Bulatkan tekad. Bersatu ujudkan landasan baru. Jelmakan imej Melayu yang merdeka mindanya. Semangat yang dizahirkan melalui kesedaran serta keinsafan yang mendalam akan lebih bermakna daripada hidup bagaikan lembu kerikil, hidung ditindik, punggung dibantai. Kalau matipun ada harga diri.

UMNO hanya layak diletakkan dalam galeri sejarah sahaja. Liku-liku hayatnya dijadikan pedoman dan sempadan. Agar Melayu tidak sesat lagi. Parti-parti dalam BN dan juga dalam PR sudah ketinggalan zaman. Mereka sudah hilang punca dan erti perjuangan. Asyik bertelagah tanpa batasan. Menghabis wang Negara dengan berbagai kerenah konfrontasi politik antara mereka.

Apa yang hendak diharapkan dari BN? Parti sekecil PPP tidak habis-habis dengan isu 2 sidang yang menghasilkan 2 Presiden. Gerakan dengan usul untuk membawa balik Komunis Chin Peng. MIC sudah lama mewujudkan system ‘diktator’. MCA dengan pergeseran dan persengketaan Presiden dan Timbalannya bagaikan puak-puak ‘Ghee Hin dan Hai San’. Mahukah kita berada dalam bahtera yang kucar-kacir? Orang yang ada sijil gila pun rasanya tidak sanggup, apatah lagi kita yang waras ini.

Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Dua kali Lima. PAS dengan impian Negara Islam. Berpecah pula diantara gulungan Ulama dan sekular. Dalam ulamak dan sekular ada pula bani ‘Erdogan”. Kekalutan ini sebenarnya adalah tanda huru-haranya parti Islam itu. Sementara Parti Keadilan Rakyat pula dipimpin oleh jaguh pidato yang ‘moralnya’ disangsikan. Tidak ada arah. Destininya ialah dendam. Sanggup diperkudakan asal dendam berbalas. Apa kurangnya DAP- parti cauvanis dan perkauman. Teras perjuangannya ialah akan berjuang mati-matian melawan PAS sekirannya dapat memerintah. Waktu itu jika berlaku pertembungan dengan PAS Anwar tentunya akan mati tersepit macam cicak kubing. Hasilnya ‘buang masa’ sahaja.

Wahai Melayu di Tanah Melayu! Sebelum dipijak, bangkitlah dengan cara baru untuk sama-sama kita menongkah gelombang jadi bangsa yang terbilang.