Semasa Maharaja Iskandar Zulkarnain hampir menghembuskan nafasnya, setelah menakluk negeri-negeri Persia dan India; Maharaja yang yang muda belia itu mengumpul orang-orang besarnya dan berpesan:
" Sebaik sahaja aku mangkat, letakkanlah mayatku dalam peti, bawa ke negeri Persia dan Mesir dan ke segenap jajahan takluk ku. Dari dalam peti hendaklah hulurkan kedua belah tangan ku yang kosong, supaya rakyat jelata tahu bahawa Raja Iskandar yang besar kuasanya sekalipun, dia kembali ke akhirat dengan tangan kosong juga. Jika ibu dan ahli keluarga hendak meratapi mayatku, janganlah dilarang mereka meratap. Cuma suruh sahaja mereka mencari dua orang yang akan menjadi temannya, iaitu orang yang tidak mati selama-lamanya. Kalau yang berdua itu telah ada, bolehlah mereka meratapi aku"
Buana..
ReplyDeleteN3..kali ini sangat berguna buat mereka yg mahu berfikir..
terima kasih..
LanaBulu,
ReplyDeleteN3 itu adalah nasihat untuk diri Buana dan saudara-saudara buana dalam Islam. Kata orang jauhari serta budiman bahawa nasihat itu ialah suatu perkataan yang mengandungi erti yang panjang, iaitu "berkehendakkan orang yang diberi nasihat beroleh kebaikan."
Terima kasih kembali atas pandangan yang positif serta ikhlas dari saudara.