Tuesday, 24 November 2009

Ikmal Hisham Pemimpin Terbaik Tajaan PWTC

'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Buana mendapat tahu bahawa kelmarin, semasa banjir masih mengila di Tanah Merah, pelbagai pihak telah melancarkan gerakan membantu mangsa-mangsa banjir diseluruh parlimen Tanah Merah. Bantuan bencana disertai pelbagai pihak termasuk pejabat Tanah dan Jajahan(PJTM),Exco Kerajaan Pas Kelantan, ahli-ahli Dewan Undangan (Pas) Pihak tentera,polis dan pemimpin-pemimpin tempatan dari part Pas.

Pihak UMNO Bahagian Tanah Merah juga perihatin. Tetapi diwaktu banjir mengila ketua-ketua cawangan dijemput untuk diberi taklimat Pindaan perlembagaan.

Dalam masa yang sama juga wakil rakyat Pas rancak mendaftar kanak-kanak untuk ‘Majlis berkhatan beramai-ramai’. Ibubapa yang ditemui merakamkan bersyukur dan berhutang budi kepada inisiatif yang diambil oleh Wakil-wakil rakyat Pas kerana dapat mengurangkan beban mereka dimusim banjir ini.

Sebaliknya pula kepimpinan UMNO Bahagian Tanah Merah disebelah petangnya telah menjemput ketua-ketua cawangan untuk melancarkan agenda pemecatan ketua kampong dan penggawa JPP yang sedia ada dan digantikan dengan calon-calon baru. Yang dipecat ini dikatakan menyokong pimpinan yang TERDAHULU YANG DISINGKIRKAN MELALUI KAEDAH YANG TIDAK BERMORAL..

Pas bersama-sama dengan Unit Amal siang malam memantau keadaan banjir dan bersiap sedia 24 jam bagi melancarkan gerakan-gerakan semerta sekirannya banjir semakin buruk.


Ketua Pemuda UMNO pula dikatakan mengadakan pertandingan Futsal dimusim banjir.
Ketua UMNO Bahagian bersenang lenang berniaga di Kuala Lumpur. Rakyat dan wakil-wakil Pas berlumpur dalam banjir dengan rakyat tempatan.


Semasa taklimat Pindaan Perlembagaan, Ketua Penerangan UMNO bahagian dengan megahnya mengistiyarkan bahawa Ketua UMNO Bahagian 'nya' sedang berada di luar negara mengiringi YAB Dato Seri Najib. Oleh yang demikian dia tidak dapat hadir.(penipu BESAR)


Dalam rakyat kesusahan dan menderita atas arahan Ketua Bahagian, satu taklimat untuk memberhentikan Ketua-ketua Kampong dan Penggawa telah diadakan. Bayangkan betapa senggetnya wibawa seseorang pemimpin yang menggangkat dirinya sendiri menjadi pemimpin. DAN membantu semua ; terdiri daripada Ketua wanita, Ketua Pemuda Dan AJK empat peringkat dari manusia kelas 'abdi' melalui gerakan besar-besaran waktu pemilihan bahagian yang penuh dramatik. Berjayanya KAKI RASUAH MENERAJUI umno BAHAGIAN tANAH mERAH.


Buana berani menamakan orang-orang besar yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO Tanah merah. Mereka terdiri daripada Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Kerja UMNO waktu itu, General(B) Dato Husainey dan Penasihat undang-undang UMNO semasa ia itu Datuk Hafarizam.


Itulah mungkin Pelan Bertindak UMNO Bahagian Tanah Merah. Ketua bersenang-senag waktu rakyat susah. Sementara itu PWTC terimalah apa sahaja laporan daripada Ketua. Mesti 1st class ' punya report.

3 comments:

  1. ITULAH YANG JADINYA SEJAK DULU LAGI SEMASA SAYA BERTUGAS DI TANAH MERAH. DARI ARWAH HASHIM SAFIN SAMPAI LE KE ADAHAN AWANG KECIK. ITU YANG KADANG KALA NAIK MENYAMPAH TU. ITULAH TAN MAT YAAKUB MB MASA ITU SELALU LUAHKAN MASALAHNYA PADA PG. PG BEKERJA DI TANAH MERAH DARI 1988-1990.TQ

    ReplyDelete
  2. Betul sungguh apa yang Pak Nik kata tu.Pimpinan PAS sanggup bersama rakyat.Tengok ADUN PAS bila ada kenduri pantang dijemput mesti sampai.Tu betul2 mesra rakyat.Bila ada kematian dia orang pertama sampai.Nak lawan tok wakil BN payah dah.

    ReplyDelete