Wednesday, 18 November 2009

Tengku Adnan Cuci Darah Dengan Air Kencing


BUANA SUARA: KU NAN Setiausaha Agung UMNO Malaysia

Apabila penajaan Nik Aziz ke Mekah menjadi kalut, maka ramai manusia dan 'haiwan politik' berlumba-lumba untuk muncul sebagai hamba Allah yang tinggi sifatnya, menegur dan menyeru Nik Aziz ke jalan 'amar makruf nahi mungkar'.
Kononya sedar bahawa menjalankan 'amar makruf dan nahi mungkar' adalah wajib sebagaimana ayat al-Quran:

"Wajib ada diantara kamu satu umat(golongan) yang menyeru(manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat, Mereka itulah orang yang berjaya(bahagia)."
(ali-Imran:104)
Wajib dalam ayat di atas adalah satu perintah !

Firman Allah Taala lagi:
"Kamu sekalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh membuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan."
(ali-Imran:110)
Menunjukkan Allah telah memberi kepujian kepada orang yang menjalankan tugas ini, sebagai sebaik-baik umat di atas muka bumi ini.

Buana tidak hendak mengulas lagi CUMA ingin mengajak membaca meneliti apa kata Setiausaha Agung UMNO terhadap Nik Aziz.

"Kalau beliau yakin bahawa pembiayaan itu bukan rasuah mengapa beliau membatalkan hajatnya itu? Kalau berani pergilah...."
Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, "Mereka yang berjawatan sepatutnya sedar jika ada orang taja ke Mekah mesti ada sesuatu yang orang itu hendak minta".
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya beliau berpendapat tidak salah Mursyidul Am PAS itu meneruskan rancangannya ke Mekah bersama ahli keluarga jika mendapat tajaan daripada sumber halal.

Beliau hairan mengapa Nik Aziz batalkan pemergiannya. Jelas, Nik Aziz telah sedar bahawa rahsianya telah bocor bahawa sumbangan itu adalah rasuah dan dia sudah kesedapan menerima 'sumbangan' dan 'hadiah' sebelum ini.

Jangan percaya lagi cakapnya kerana perutnya sudah penuh dengan 'rasuah'. Sudah menjadi makanan dan darah daging. Sebab itu mulutnya sudah keluar kata-kata busuk yang tidak sedap didengar oleh manusia. Nik Aziz sudah dikenali dengan sering mengeluarkan kata-kata provokasi, fitnah, tajam dan pedas, kata-kata penghinaan, kata-kata angkuh dan sombong kerana tubuh badannya sudah dibaluti dengan harta dunia yang tidak halal.

BUANASUARA:

Adakah Tengku Adnan mempunyai sifat-sifat berikut sebelum menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat:

  1. Berlimu

  2. Warak

  3. Berbudi pekerti yang baik
Tengku Adnan tu nasib baik dok dalam UMNO. Kalau tidak UMNO dah lama merengkuk dalam penjara. Siapa tak kenal batang tubuh orang ini???

Adegan-adegan Ku Nan menutup kes-kes salahlaku penjahat-penjahat UMNO sewaktu Pilihanraya Umum Ke12 di peringkat Parlimen Tanah Merah dan Pemilihan Bahagian Tanah Merah semua warga Tanah Merah tahu. Pengkhianat-pengkhianat tersebut telah dinobat oleh Ku Nan mentadbir UMNO Bahagian Tanah Merah melalui tangan ghaib beliau. (UMNO seluruh negara menjadi kacau dengan kerenah beliau)

Kalau pasal rasuah saya nasihat supaya Ku Nan tak payah komen orang lain lah. Buat malu UMNO sahaja. Tutup mulutlah. Tadbir UMNO baik-baik.

Bagi tahu Ku Nan "Cuci tangan dan jari-jemari beliau dahulu sebelum menuding kearah orang lain"

Bukan orang berakal namanya, bila ia mencuci darah dengan darah atau membersihkan darah dengan air kencing.

Fasal Nik Aziz OK lah tu. Sebab dia dah sedar dia buat salah. Sekurang-kurangnya orang yang menegur dapat pahala,. Lain lah kalau kita menegur TETAPI dengan harapan Nik Aziz teruskan juga niatnya agar puak kita dapat mileage politik. Itu salah!

Mengingatkan seseorang apa yang dilakukan itu mungkar amat baik sebab mungkin sekali orang itu melakukannya tanpa pengetahuan dan bila diberitahu yang perbuatannya adalah mungkar mungkin sekali dia akan menjauhinya. Itulah yang dilakukan oleh Nik Aziz.
Dalam bab ini Nik Aziz sekali lagi menunjukkan kehandalannya menepis tembakkan lawan. Peluru UMNO 'Backfire'

No comments:

Post a Comment