Friday, 20 November 2009

Terapi Minda Hari Jumaat




Buana bagi kredit kepada producer ni..kreatif dan inovatif.
Sesuai ditonton setiap lapisan masyarakat..dari pemimpin politik,CEO korporat,Kakitangan Awam, siswa-siswi, anak-anak sekolah,Ibubapa dan rakyat marhaen.


Dalam hilai ketawa supaya pagi Jumaat ini tidak berlalu sia-sia, Buana ingin berkongsi dengan para kawan dan lawan tentang pesanan pendita berhubung Tata-cara pergaulan dengan semua lapisan makhluk:

  1. Berikan keredhaan kamu kepada kawan dan musuh sama belaka. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri. Rendahkan diri tetapi jangan sampai terhina. Biar sederhana pada semua aspek. Sebab terlalu meninggi sangat ataupun merendah sangat, kedua-duanya adalah sifat yang tercela.
  2. Jangan suka memuji-muji dengan kata-kata yang kamu cipta sendiri atau segala sesuatu yang mengenai diri kamu sendiri.
  3. Jangan kamu bersenda-gurau dengan orang cendekiawan ,atau dengan orang yang kurang akal. Sicendekiawan akan merasa kurang senang dengan perilaku mu sementara yang kurang akal akan menentang perbuatan mu
  4. jika berselisih faham, segera bertenang. Hindarkan sikap berkeras hati dan terburu nafsu. Fikirkan hujah dan dalil yang boleh diterima akal. Apabila kemarahan kamu telah reda barulah bercakap.
  5. Jangan menunjukkan ketakjuban yang berlebih-lebihan terhadap seseorang tokoh.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya Allah taala mewahyukan, agar kamu merendahkan diri, sehingga seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya."


No comments:

Post a Comment