Tuesday 30 June 2009

Penampar Jepun Nik Aziz Di Manik Urai


Kebanyakkan akhbar akhir-akhir ini mengulas tentang Nik Aziz. .Macam-macam ada. Ada yang siar Nik Aziz cabar PM berdebat. Ada yang mengulangi kata-kata Nik Aziz tentang UMNO bagaikan Kominis dan ajaran ‘Ayah Pin’. Akhbar arus perdana pula macam biasa, lebih kedepan dalam kesempatan ini untuk mempropagandakan tentang moral dan kesongsangan Nik Aziz.

Walau bagaimana pun saya percaya bahawa ia tidak membawa makna apa-apa pun kepada pengundi Manik Urai. Semakin dekat dgn penamaan calon semakin hebat lah serang menyerang. Itu sebenarnya adalah proses biasa sewaktu pilihanraya. Parti-parti yang bertanding akan cari kesempatan dijadikan sesuatu sebagai isu politik. Kadang-kadang dengan terlampau ghairah mereka gagal menilai setengah-setengah isu boleh ‘backfire’ buntut sendiri.

Tindakan khairi dan konco-konco yang membuat laporan polis tidak memberi impak langsung kepada rakyat Manik Urai. Rakyat Manik Urai akan tersengeh-sengeh sinis sahaja. Orang Manik Urai lebih faham dengan bahasa kampong yang digunakan oleh Nik Aziz.Orang Manik Urai malas nak faham kenapa laporan polis dibuat. Anggapan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengena Tok Guru mereka. Sama dengan kerakusan Yahudi di Israel. Lagipun yang membuat lapuran itu bergelumang dengan tuduhan korupsi dan salah laku masa pemilihan UMNO dulu. Cuma SPRM ‘diroadblock’ dan ‘dispeed-trapkan’

Saya nak buat perbandingan macam ni. Di Manik Urai kalau ada seorang yang datang dan bercerita dikedai-kedai kopi dengan mengatakan beliau pernah bertemu khairi,atau Hishamudin minum sambil mabuk-mabuk dengan putri UMNO di beberapa Pub disekitar KL,pasti orang yang mendengar akan percaya bulat-bulat. Berbeza pula kalau ada tukang cerita yang datang membawa bari beliau pernah bertemu Nik Aziz dan Hadi sedang bergurau-senda dengan Muslimat atau Srikandi di sebuah pub di KL, tiada siapa akan mempercayainya. Malah silap haribulan makan penampar Jepun di Manik Urai. Dalam dua siri cerita ini tentu sekali cerita pemimpin UMNO akan mendapat perhatian awam. Ringkasnya untuk ‘character assassination’ lebih senang terhadap pemimpin UMNO berbanding pemimpin PAS.

Cerita macam ini bukan setakat dikampung seperti Manik Urai sahaja,malah kalau disebar ke kampus-kampus saya yakin warga kampus terus mempercayainya. Itulah yang dinamakan persepsi. Orang tidak akan percaya Nik Aziz mabuk.Orang tidak percaya Hadi mabuk dan kaki perempuan. Sebaliknya orang akan lebih percaya Khairi dan Hisham lebih berpotensi melakukan itu semua.

Cuba pula kita positifkan cerita dengan menjaja bahawa Khairi dan Hisam boleh menjadi imam sembahyang. Orang tidak akan percaya. Orang lebih percaya mereka ni pemabuk walaupun mereka ini tidak begitu. Dan kalau pun Khairi dan Hishm datang ke Manik Urai dan mengimam solat dikatakan berani pada solat zohor dan asar. Kerana bacaan ’boleh disembunyikan'. Dan kalau sembayang Magrib atau Isyak ceritanya jadi lain pula. Bacaan sumbang dan tidak betul lebih menyerlah daripada menjadi imam solat.

Itu lah contoh beza persepsi diantara pemimpin PAS dan UMNO macam bumi dengan langit hijau.

Disinilah berlakunya silang budaya yang amat ketara diantara UMNO dan Pas. Saya nak tanya berapa orang kah yang berani berdemonstrasi apabila Nik Aziz kata Tuhan juga mencarut,dengan Iblis dan Syaitan boleh berkawan, orang UMNO kafir, UMNO Komunis, ajaran sesat dan seumpamanya?

Ulama lain yang tidak ada kepentingan juga tidak berani menyangah. Dimana Pendakwah bebas? Mereka juga bisu. Dimana Ulama UMNO? Mereka juga bisu. Kalau ada seorang dua, apakah mereka bersedia kalau Nik Aziz ajak berdebat. Tentu mereka juga tidak sanggup. Sebenarnya lontaran berdebat Nik Aziz itu adalah ‘political stunt’.Tetapi apabila UMNO dan media membesar-besarkan isu itu mencerminkan UMNO sebenarnya 'dayus'.

Terbaru umum tahu betapa marahnya Nik Aziz pada Hadi dan Nasha kerana kerajaan perpaduan. Lebih lagi perpaduan dengan UMNO. Sedangkan dalam Islam semuanya bersaudara. Apa hukumnya bila ada saudara yang tidak suka saudara bersatu. Tetapi PAS semakin kuat.

Pas ibarat anjing. Malam2 anjing selalu buat bising dan bergaduh diantara mereka, tetapi ironisnya mereka akan bersatu kalau babi melintasi kawasan mereka. Mereka akan sama-sama mengejar babi yang sesat itu. Itu lah budaya yang telah didoktrinasikan oleh parti Pas. Dalaman mereka terkawal.Tidak seperti UMNO. Umno 50 tahun lagi tidak akan dapat budaya begini. UMNO lebih gila untuk menawan jawatan daripada menawan parti lawan. Mereka bergaduh sehinggakan babi boleh melintasi kawasan mereka sebebas-bebasnya.

Sukarno pernah berkata sekiranya satu-satu bangsa itu mengidap penyakit selama 50 tahun,mereka perlu 51 tahun untuk mengubatinya.

Monday 29 June 2009

Khalifah Najib Ibni Razak

Najib;

"I thanks for their trust in me..I aspire to carry out the trust and responsibilities
to the best of my abilities in addressing all chalenges faced by UMNO and Barisan Nasional."~NST3/11/08

Buana Suara;

"Najib akan dipersoalkan diakhirat sekiranya cakap tidak serupa bikin."


Sayidina Ali Abi Talib

BISMILLAHIRRAHIMANIRRAHIM

“ DAN DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA
YANG BERIMAN DAN BERAMAL SALIH DAN SALING BERPESANAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESANAN SUPAYA SABAR”


( PETIKAN SURAT SAYIDINA ALI BIN ABI TALIB KEPADA MALIK AL – HARIS AL ASYTAR, GABENOR MESIR )

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…………….

Ketahuilah wahai Malik, bahawa kami telah melantik kamu sebagai Gabenor sebuah Negara yang dahulunya pernah diperintah oleh kerajaan yang adil dan zalim. Orang akan memerhatikan tingkahlaku orang –orang yang sebelum kamu. Bercerita tentang orang lain, sebenarnya orang sentiasa memuji mereka yang membuat kebaikan. Oleh itu hendaklah kamu jadikan pekerjaan yang baik sebagai harta yang paling berharga kepada kamu……………

Sematkanlah semangat cinta, kasih dan sayang di hati kamu terhadap rakyat……….

Sesungguhnya orang biasalah yang menjadi benteng kekuatan Negara dan agama. Merekalah yang akan menentang mussh. Oleh itu hendaklah kamu berhubungrapat dengan orang ramai dan menitikberatkan hal kebajikan mereka.

……… Selalulah mengadakan perjumpaan dengan orang –orang yang tertindas dan dihina secara berseorangan tanpa ditemani oleh pengawal atau penolong- penolong kamu. Dengan cara itu golongan fakir miskin ini akan dapat meyuarakan masalah mereka tanpa segan dan takut. Kami pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak ada bangsa atau masyakarat yang dianggap mulia jika orang yang kuat ( berkuasa ) tidak membantu orang yang lemah’. Hadapilah kata- kata kesat mereka dengan perasaan yang tenang. Janganlah kamu marah jika mereka tidak dapat menjelaskan kenapa mereka tidak puas hati dengan pemerintahan kamu.”

Sekiranya kamu memberi sesuatu kepada mereka , berilah secara ikhlas. Sekiranya kamu tidak mampu memberi apa-apa kepada mereka, terangkanlah dengan tulus ikhlas. Kemudian terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera. Antaranya menerima cadangan yang di ajukan………… walaupun perkara ini akan menyusahkan para pegawai kamu. Sekiranya ini tidak dilakukan mereka akan membawa masalah yang lain pula.

Kemudian, janganlah sekali- kali kamu mengasingkan diri daripada rakyat kamu. Sikap sedemikian memberi erti kamu sengaja tidak dapat membezakan di antara yang betul dan yang salah, antara kebenaran dan kepalsuan. Sesungguhnya pemerintah itu adalah seorang manusia biasa. Dia tidak mungkin akan mendapat gambaran yang tepat mengenai mereka membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan. Sebenarnya kamu berada dalam salah satu golongan iaitu samaada kamu seorang yang adil atau tidak adil. Kalau kamu seorang yang adil, kamu tidak akan mengasingkan diri dari rakyat, kamu akan mendengar dan menunaikan permohonan mereka. Sekiranya kamu tidak adli, rakyat pula akan menjauhkan diri dari kamu. Janganlah kamu merasa bosan mendengar aduan- aduan mengenai perkara- perkara yang di lakukan oleh pegawai kamu atau mendengar rayuan- rayuan dari rakyat kamu.

Janganlah kamu menjanjikan sesuatu kepada rakyat kemudian tidak di tunaikan, sikap demikian di murkai oleh Allah dan di marahi oleh orang ramai. “ Amat besar kebenciannya disisi Allah – kamu memperkataan apa yang tidak kamu melakukannya"

Thursday 25 June 2009

LeTour de 1Malaysia

Nakhoda 1Malaysia:terkejut besar. Pelengkap teori 'R.A.H.M.A.N'...The End



Jalan-jalan cari makan!
1.Apa beza restoran dalam tandas dan tandas dalam restoran.Nak tahu tanya Maria Tengku Sabri TV3...


2.Malaysia Negara Islam: HUB HALAL....Apa kata YB Ka Ming yang fasih baca Quran?PAS tidak ada masalah punya,asalkan Ka Ming sanggup bagi fatwa


3.Destini paling tidak selamat(Global dan Glokal)Kapak bungkus saya kenal. Kapak kereta mungkin lagi bahaya....


4.Kecil-kecil tak nak mampus! Besar menyusahkan orang pulak!....


5.Pecah kaca pecah gelas,kalau baca pasti terbabas....


6.Bodohnya rakyat 1Malaysia.Semua orang boleh ditipu....Kalau nak tipu pun,janganlah sampai orang buta 1Malaysia pun nampak!!




"masing-masing jaga lah 1MALAYSIA,jangan letakkan atas bahu pemerintah sahaja"

"Oii..Kalau masing-masing jaga tak payah ada pemerintah ler..tak payah ada undang-undang..tak payah gaji penguatkuasa. Bazirkan wang pembayar cukai je"

"Kalau gitu, kita tukar konsep 1Malaysia kepada 'Lu,Lu..Gua,Gua 1Malaysia"


1MALAYSIA ANTARA IMPIAN DAN REALITI

Wednesday 24 June 2009

PENGHUNI GUA: KANAK - KANAK HILANG : CARI DAN SEBARKAN !#comment-form#comment-form#comment-form





BISIK HATI BUANA SUARA:

Kenapa mereka boleh hilang? DAN RAMAI LAGI KAH YANG AKAN HILANG..

1.INILAH WAJAH PONDOK YANG SEPATUTNYA MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT YANG DI utama KAN



2.PEMIMPIN ASYIK TURUN PADANG. SERONOK DAN LEKA MENOREH DI MANIK URAI




3.KAUM IBU ASYIK BERPOLITIK




4.POLITIKUS-POLITIKUS GEMAR BERDEMONSTRASI



5.PEJUANG INI AMAT TERUJA NAK BAWA BALIK CHIN PENG UNTUK DAPAT UNDI LEBIH.



6.KA MING ASYIK MENIRU BACAAN QURAN UNTUK TIPU PENGUNDI DAN PEMIMPIN PAS



NOTA:

MU ADA ANAK. AKU ADA ANAK. MENTERI ADA ANAK. MANDUL TIDAK ADA ANAK,TAPI ADA ANAK ANGKAT.

KESELAMATAN MEREKA KITA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB.
JANGAN LEKA DENGAN CITA-CITA PERIBADI DENGAN MEMBIARKAN MEREKA MENDERITA.

MOHON SEMOGA KANAK-KANAK INI SELAMAT DITEMUI. SESIAPA YANG MEMBACA MOHON SOLAT HAJAT
AGAR MEREKA SEGERA DITEMUI.YB KA MING TAK PAYAHLAH.PERLU BELAJAR BANYAK-BANYAK LAGI DARI MAHA GURU PAS ATAU PAK SHIEKH.

TIDAK GUNA BERPOLITIK KALAU RAKYAT MENDERITA.

Tuesday 23 June 2009

Melayu DiPersenda-sendakan

Perpaduan Melayu bukan soal 'royan-meroyan'. Perpaduan Melayu adalah asas kekuatan kita. Kalau PAS yang bersandiwara politik dengan gagasan yang mereka sendiri cetuskan, setidak-tidaknya manusia Melayu yang tidak 'fakir ilmu' sedar bahawa pemimpin PAS buta mata hati.Maknanya mereka mempersenda-sendakan orang Melayu.Islam juga turut diperseda-sendakan.Nyata mereka meludah ke langit.

Apa yang berlaku adalah ‘blessing in disguise’. Ada rahmatnya.Kita yakin Melayu yang tidak 'kefakiran intelek' akan dapat menilai samada PAS itu Islam atau PAS itu parti politik yang menggunakan Islam untuk survival puak yang berkepentingan. Sah mereka adalah agen Iblis yang paling berkesan.Menipu umat Islam seantero Negara.

Sebagai bangsa Melayu kita harus terus-terusan mencari alternatif lain supaya perpaduan Melayu akan jadi realiti waima tanpa PAS.

UMNO kena ambil inisiatif mewujudkan perpaduan dalaman parti itu sendiri sebagai langkah nombor wahid sebelum melangkah keluar sempadan mengemis perpaduan dengan parti lain. Jangan tunggu adanya pilihanraya kecil atau besar baru mencari-cari formula.
Dunia melayu masih belum kiamat. UMNO tidak boleh bermegah dengan 3.5 juta ahli yang tidak boleh dikesan. Tubuhkan 'task-force' untuk lakukan jejak kasih antara ahli-ahli UMNO yang telah dikenalpasti dan mempastikan ahli-ahli UMNO yang tidak dapat dipastikan oleh angkara mendaftar ahli untuk kepentingan pertandingan peringkat Bahagian.

Dengan PAS, biar mereka jadi Pak Pandir moden.Hanya orang-orang yang bodoh sahaja melakukan kerja-kerja bodoh.Biarkan,biarkan. Jangan pula Melayu-melayu lain hilang akal.

Kembalikan imej UMNO sebagai parti orang kampung. Bukan parti milik orang-orang koporat yang keparat. Pemimpin-pemimpin UMNO; Najib dan Majlis Tertinggi UMNO mesti keluar daripada kepompong ‘bebalism’ dan ‘kronism’.Jangan asyik berslogan 'Perjuangan Yang Belum Selesai' sahaja. Perjuangan tidak akan selesai kalau cakap tak serupa bikin.Perjuangan tidak akan selesai kalau asyik menoreh getah dan gotong royong di manik Urai sahaja.perjuangan tidak akan selesai kalau hanya membesar-besarkan jumlah anggota Disiplin Parti kalau tindakan 'Nahi-nahi,elek-elek'.

Perjuangan hanya akan selesai dengan pantas kalau SPRM/MACC tidak di'ROADBLOCK'.Perjuangan hanya akan selesai kalau Badan Disiplin UMNO tidak di 'H1N1'kan .Tubuh besar tenaga kurang. Menipu namanya. Selesaikan dahulu perjuangan yang belum selesai dengan kes-kes tertunggak baru boleh uar-uarkan agenda baru.

Kalau tidak, bukan PAS sahaja yang mempersenda-sendakan Melayu. UMNO apa kurangnya!

Monday 22 June 2009

Nik Aziz Kefakiran Intelek



USTAZ Nik Aziz Nik Mat nampaknya mulai berlembut mengenai isu gagasan kerajaan perpaduan UMNO-Pas. Walaupun kata-katanya masih kabur, namun ia boleh dianggap positif.
Awang sebelum ini yakin suara keras Nik Aziz itu akhirnya akan kendur. Kita tahu di dalam hati kecilnya, beliau mengakui gagasan itu adalah untuk kebaikan ummah di negara ini.
Kita tahu sikap berkeras Nik Aziz selama ini adalah kerana dia mahu menjaga hati ahli pakatannya…..

Awang Selamat
(Utusan Malaysia 22JUN 2009)

Kata Hati Buana Suara:

Aku tidak percaya kerenah Nik Aziz Nik Mat. Beliau tidak ‘degil’ tetapi ‘istiqamah’ katanya. Sebenarnya dia bukan istiqamah, tetapi lemah. Lemah mental.Nik Aziz mengalami ‘kefakiran intelektual’.Gagal mentafsirkan secara berhikmah sesuatu gagasan para sahabat dalam partinya sendiri.

Nik Aziz Nik Mat boleh berubah wajah sekelip mata sahaja. Beliau tidak jauhari dan jauh lagi dengan budiman, dalam bertindak. Ini menjadikan dirinya seorang pemimpin yang lemah dan daif menyebabkan hilangnya harga diri dan martabat sebagai seorang pemimpin yang diperlukan muslimin sepanjang zaman.

Nik Aziz bukan seorang pemimpin Islam yang mempunyai idea. Mampu anjak paradigma dgn maksud “A change to a new political game with a new set of rules”. Satu kerangka bersifat ‘worldview yg abadi dan holistik’. Beliau didalangi penasihat-penasihat yang ada kepentingan politik dalam Pas. Pemain-pemain ini akan berikhtiar melakukan sesuatu yang boleh mengubah cara berfikir Nik Aziz Nik Mat dalam sesingkat masa. Nik Aziz akan dijadikan sebagai ‘bomb jangka’ mengikut rentak dan timing para penasihatnya.

Sifat seorang pentadbir Islam yang baik akan melihat sebarang tindak-tanduknya dalam mengeluarkan pandangan melalui Islam worldview. Tetapi Nik Aziz melihat politik dengan 2 kacamata iaitu ‘inferior’ dan ‘emosi’ tanpa sempadan.

Umur beliau juga kena diambil perhitungan. Saya kira beliau seorang yang nyanyuk. Gagasan besar tidak boleh mengambilkira pemikiran orang yang nyanyuk.

Contoh nyata; (Berita Harian-isnin 27 April 2009)


….. Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang presiden pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya....

Ini apa yang diulas oleh anaknya, Nik Abduh.Baru dua bulan lalu. Beberapa hari lalu hentam Nasha.Hari ini pula lembut.

Saya percaya dengan pemikiran yang terhad, asyik ingat,lupa,ingat,lupa..Nik Aziz akan meletup lagi. Kali ini lebih kuat dentumannya.

Sunday 21 June 2009

1Destini : Nik Aziz,Netanyahu dan Iblis:


Netanyahu Rujukan Nik Aziz
Netanyahu Twists And Dodges To Avoid Peace
June 15th, 2009 by Fred Stopsky

Prime Minister Benjamin Netanyahu has been challenged by President Obama to focus on the importance of peace in the Middle East, but the Israeli politician is more focused on securing votes than peace. He finally came out in support of the existence of an independent Palestinian state, but the “buts” are clearly an impediment to moving along the road to peace. “If we have guarantees,” he said, “of demilitarization and security arrangements required for Israel and if the Palestinians recognize Israel as the state of the Jewish people we will be prepared to in a real peace arrangement to achieve an independent Palestinian state.” However, in the next breath he made clear Jerusalem must remain under Jewish control and praised West Bank settlers and insisted they have the right to expand housing based on normal population increases.
President Abbas responded to this “offer” saying “Netanyahu’s remarks have sabotaged all initiatives , paralyzed all efforts being made, and challenge the Palestinian, Arab and American positions.” No one denies the right of Israel to insist on a demilitarized Palestinian state, but to demand that Palestinians must accept the idea that Israel is a “Jewish state” when one out of five of its inhabitants is not Jewish is simply unheard of in any form of international interactions. Could Netanyahu identify another example in which a nation must accept that another nation is “X” or “Y?”
There are numerous reports that Arab nations are not oblivious of limiting their demands on the “right of return.” This can be negotiated, but it will entail Israeli compromises. Step one is to recognize that Jerusalem will be ruled by both peoples.

Buana Suara;

“Tak kisah apa ungkapan Netanyahu. Memang Yahudi anti-Islam”. Tetapi jalan pemikiran Nik Aziz ada persamaan.

Mari kita sama-sama lihat dan baca apa kata Nik Aziz:

Kota Bharu: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletak jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan….
(Berita Harian.Khamis 18Jun2009)

Bandingkan surah Nik Aziz dengan surah Al-Quran

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
Al-Hujuraat 49:10).

Maka berkatalah Buana Suara:

1.Nik Aziz sudah ditawan Raja Iblis. Sebab salah satu watak yang diakui Iblis sebagai sahabatnya ialah orang yang tidak senang melihat saudaranya berdamai. Netanyahu adalah rujukan beliau.

2.Setiap muslim yang waras amat terkejut dengan reaksi Nik Aziz terhadap usaha YB Nasharuddin berhubung dengan pendirian Timbalan PAS itu, bersabit dengan konsep Kerajaan Perpaduan.

3.Dalam konteks muslim tidak keterlaluan kalau saya katakan Nik aziz adalah pelaksana atau jurucakap Iblis.

4.Nik Aziz dan Iblis mempunyai satu destini.

5.Dalam konteks ini,Saya tidak sedikit pun terasa janggal dalam membicara tentang persamaan Nik Aziz, Iblis dan Natenyahu.

6.Nik Aziz pernah mengeluarkan fatwanya bahawa syaitan dan Iblis pun dia berkawan.

7.Kalau tulisan saya ini dianggap mencarut, Nik Aziz telah menghalalkannya melalui kenyataan ‘Tuhan juga mencarut’ sewaktu beliau mempertahankan novel ‘SHIT’ Shahnon Ahmad.

8.Menipu juga salah satu unsur hasutan syaitan dan iblis. Dulu beliau mangalu-alukan ‘Kerajaan Perpaduan’ dengan syarat kementerian penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan diserahkan kepada PAS. Sekarang apabila Muhyidin menyatakan UMNO sedia menerima dan mengkaji cadangan dan syarat PAS, Lain pula latah Nik Aziz.

9.Nik Aziz sudah ‘out-dated politician’. Bagai katak bawah tempurung.

10.Dengan DAP beliau masih boleh berpelukkan walau pun DAP dengan penuh Iltizam mempertahankan Negara ini tidak akan melaksanakan Negara Islam.

11.Tidak pernah saya melihat Nik Aziz tersenyum manis sebelum ini kecuali apabila bergambar dengan LKY Menteri Mentor Singapura. Agaknya kerana LKY ini ialah Bapa DAP.

11.Kesimpulannya, Nik Aziz patut letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS kerana nasihat beliau tidak diendahkan oleh Dewan Ulama. Sebab Dewan Ulama masih menyokong usaha yang hendak dibawa oleh Hj hadi dan Nasha. Kalau Nasihat sudah diengkari buat apa lagi. Sebagai orang tua yang tegas(tetapi jumud), beliau perlu meletakkan jawatan dalam parti. Segera!! Kalau beliau tahu malu.

Dibawah ini saya ulang tayang entri saya bertajuk ‘Permulaan bagi Satu Permulaan’ untuk para sahabat pembaca sekalian.

‘LETAK SYARAT TERIMA KERAJAAN CAMPURAN'

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (Bn) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran.
Nik Abdul Aziz berkata, jika Bn ingin manawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, meraka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.
Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya, sambil mendakwa pembantu bapanya cuba melaga-lagakan antara beliau (Nik Abdul Aziz) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, Pas miliki kementerian yang penting bagi membolehkan program Islam dilaksanakan.
“Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai bapa. Komennya di atas bukankan mencetuskan persoalan kerana bukankah beliau lantang menolak Kerajaan Perpaduan dan bukankah beliau berang dengan cadangan Abdul Hadi.
“Biar saya beritahu anda, bapa hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah agama itu ada, bagaiman beliau akan tolak mentah-mentah,” katanya.
Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz menolak Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan hasutan pembantunya yang kononnya serba tahu dan meraka berseronok untuk melaga-lagakan antara kedua-dua tokoh Pas itu.
Katanya, nik abdul aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan abdul hadi, beliau tidak lagi menyerang presiden pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya.
Nik Abduh berkata, pembantu bapanya kini tidak berpuas hati atas kegagalan mereka untuk melaga-lagakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.
Berhubung pemilihan menjelang Muktamar Pas Jun ini, Nik Abduh berkata, wujud usaha yang dirancang rapi untuk memisahkan kepimpinan ulama daripada menerajui parti itu.
Katanya, nama Nik Abdul Aziz juga digunakan yang kononnya menyokong sesetengah pihak bagi tujuan mencapai hasrat mereka untuk memperoleh kemenangan.
(Berita Harian-isnin 27 april 2009)


Komen Buana Suara:

1.Dalam apa jua perbincangan dan perancangan ‘syarat’ tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk mencari titik persetujuan.

2.Proses perbincangan tentulah akan melalui ‘Win Win situation’ sebagai pra-syarat.

3.Yang perlu dilakukan ialah mencapai suatu ketetapan intelektual bagi menentukan unsur-unsur yang membawa makna yang tepat demi agama,bangsa dan Negara.

4.Dalam konteks kebangkitan oposisi yang hebat sekarang ini terhadap hak-hak Agama,Bangsa dan Negara kedua-dua pihak perlu membuat transformasi melalui pemikiran lateral
.
5.Semua harus berusaha meningkatkan visi tentang masa depan masyarakat kita keperingkat pemikiran yang lebih sofistikated dan dari perspektif itu membentuk pertimbangan wajar tentang unsur-unsur dari PAS dan UMNO yang dapat dimanafaatkan tanpa melenyapkan keperibadian dan peradaban kedua pihak.

6.Saya kira penolakan secara dangkal tidak ada menafaatnya.;malah akan jadi ‘counterproductive’ pula bagi masyarakat Islam umumnya dalam usaha memberi ruang dan peluang bagi masyarakat islam mengambil tempat yang gah dalam dunia moden ini
.
7.Asas perjuangan adalah sama ia itu islam. Kontradiksi dan serta tidak keseragaman pendekatan boleh diatasi sekiranya kita memperdanakan kebenaran, cintakan ilmu,keadilan dan keikhlasan,hormat-menghormati dan bertanggungjawab.

8.Semoga mercutanda kita ialah ‘ Islamic Renaissance’ dimana Malaysia akan dijadikan model
.
9.Cetusan ini kita ibaratkan kuntum bunga yang mengepal dan mengembang sambil disimbah dan dibasahi sinar matahari pagi.

10.Kalau barat mengambil masa 300 tahun dari kurun ke-14 hingga kurun ke-16 untuk menjelmakan renaissancenya kita harus lebih deras lagi mencapainya dalam jangka kurang 100 tahun post merdeka..

Thursday 18 June 2009

1Melayu,1Malaysia


Bangsa dan generasi kita sekarang, sangat-sangat menantikan tampilnya seorang pemimpin yang jujur serta penuh beriman Kepada Allah dan Rasulnya untuk menakhoda bangsa menuju satu cita-cita ia itu ingin hidup dalam kesejahteraan.

Agaknya itulah yang Datuk Asri Hj Muda maksudkan apabila beliau berkata, “Kita mimpikan perpaduan umat Islam khususnya bangsa Melayu…” Ungkapan ini dilafazkan setelah beliau menyaksikan ranapnya umat Melayu dalam peristiwa 13 May 1969.Nasib bangsanya bagaikan telor di hujung tanduk.

Kini Hj Hadi pula mengulangi konsep penyatuan melalui ‘Kerajaan Perpaduan’. Asasnya sama. Kebetulan pula kedua-duanya adalah dari parti PAS. Asri Hj Muda bekas YDP PAS sementara Hadi adalah presiden PAS.

Namun demikian ada dua perbezaan dari perspektif masa. Asri menyedari perkara ini setelah peristiwa malang 13 May 1969. Hj Hadi menginsafi sebelum peristiwa seumpama itu berulang. Tentunya akan merugikan rakyat. Mungkin lebih dasyat lagi.

Kalau perpaduan umat Melayu tidak diproses dari sekarang UMNO akan hilang
kuasa PAS berputih mata. Tiada pihak yang untung kecuali kumpulan yang mahu Melayu berpecah.

Tidak ada sesiapa akan menafikan bahawa ujudnya parti UMNO dan PAS adalah bertujuan membina kesatuan dan perpaduan. Ditinjau dari sudut keperluan nasional dan kekuatan umat Islam, penyatuan idea kedua-dua parti siasah ini adalah satu perkara yang wajib dikupas dengan hati yang murni.

Atas kesedaran inilah juga,mengapa kita dengan rasa rendah diri serta penuh hormat untuk turut serta dalam perbincangan yang sangat penting ini. Walaupun kita kira,bahawa kemampuan kita dalam hal ini sangat terhad.

Kita turut serta atas kesedaran dan mengambilkira bahawa persatuan tujuan juga memerlukan persatuan pendapat.Walau pun dalam berbagai cara.

Dalam konteks politik di Negara kita tentunya UMNO-PAS merupakan dua parti yang mewakili bangsa Melayu. Yang suatu waktu dahulu adalah satu.

Ada beberapa keperluan berkaitan dalam persoalan tersebut.

Ditinjau dari sudut keperluan nasional dan kekuatan umat Islam, penyatuan pendekatan kedua-dua parti siasah yang berasal daripada satu ini merupakan satu perkara yang mesti diujudkan. Kalau kita inginkan umat Islam di Negara ini sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi cabaran-cabaran zaman yang beranika warna.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu semasa ditubuhkan ia didokong sepenuhnya oleh majority muslimin. Tegasnya ia bukan sekadar menentang Malayan Union semata-mata tetapi membangun dan meneguhkan perpaduan Agama, Bangsa dan Negara.

Kemudia PAS ditubuhkan dengan iltizam Islam’nya’dari tulang rusuk UMNO. Tujuan sama. Kedua-duanya berjuang untuk membangun-majukan bangsa dan Negara. Untuk mencapai kehidupan yang sejahtera melalui acuan masing-masing.

Kita memohon pemimpin dari kedua-dua parti tersebut secara jujur melepaskan kepentingan sesuatu pihak atau peribadi demi keteguhan umat seluruhnya.

Apa guna kesenangan, kekayaan, kemuliaan, kalau kaum dan bangsa kita Melayu terhina.Malah kita akan turut sama terhina Marilah sama-sama kita mengingatkan orang Melayu supaya setiap tindak hendaklah memikirkan kepentingan bangsa Melayu bukan untuk mencari nama.

Semenanjung Tanah Melayu adalah bahagian bumi yang dijadikan tuhan untuk bangsa Melayu tetapi nasib Melayu malang dan celaka kalau buminya tergadai kesan daripada keghairahan politik yang melalut-lalut

Bagi menghadapi tragedi-tragedi yang sedang atau akan menimpa masyarakat bangsa Melayu dan umat Islam di Negara ini, kedua-dua parti siasah yang menjadi induk kepada orang-orang melayu ini wajib bersatu tenaga.

Kita kira semua pihak, termasuk pemimpin tertinggi UMNO dan PAS bersetuju dengan kita bahawa yang hendak dibangunkan ialah umat yang sejahtera. Umat yang mempunyai peradaban dan kebudayaan yang murni. Peradaban dan kebudayaan murni dengan cara yang murni untuk mencapai kepelbagaian hidup yang murni. Melalui petunjuk yang murni; murni cara berfikir dan bekerja,murni hatibudi,murni sikap dan tujuan hidup.

Kemurnian akan memacu kita semua menjadi umat yang sejahtera. Umat yang cinta mencintai. Cinta dan dicintai oleh semua insan.Cinta dan dicintai Allah. Itulah umat yang diredhai.Semua pasti setuju kerana kita adalah orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah.

Kita ingin berbesar hati dengan UMNO dan PAS kembali kepada cita-cita yang sama. Cita-cita membangun bangsa dan Negara melalui jalan yang diredhai Allah.

Kita semua hendaklah meninggalkan fahaman sempit. Leburkan kepentingan-kepentingan diri dan kabilah. Satukan tenaga dan kekuatan.Bersatu dalam satu organisasi yang kukuh dan gagah.

Tepuk sudah bersambut. Mulai dari sekarang, rancanglah strategi melalui cara, teknik dan objektif yang jelas. Disamping bercakap kita bekerja.

Kita alu-alukan pemimpin untuk mengaturkan satu keharmonian umat yang sejak lama kita impikan.Kita impikan cita-cita satu masyarakat bangsa yang bermutu tinggi.Tinggi dalam peradaban dan budaya.Tinggi dengan kekuatan dan budi pekerti. Marilah kita beri sokongan yang tidak berbelahbagi kepda anjakan satu idealisma dan strategi yang jelas untuk penyatuan itu. Semoga dapat membina masyarakat bangsa yang bersatu padu.masyarakat bangsa yang sejahtera dalam Negara sentosa.

Monday 15 June 2009

KU NAN Setiausaha Agung UMNO Malaysia


Imej UMNO boleh dibersihkan jika tindakan dikenakan ke atas mereka yang melakukan rasuah politik dan rasuah membabitkan projek.

Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Saya setuju 100 persen dengan cadangan itu. Kalau saya pula, baik dicadangkan, mana-mana ahli atau pemimpin yang pernah kena siasat kerana rasuah atau salah laku atau apa jugalah kesalahannya membabitkan awam, jangan diberikan kepercayaan memegang jawatan penting parti...(petikan dari blog Rakyat Malaysia)

Komentar BUANA SUARA:

Seiras dengan cerita 'ANJING DENGAN KURA-KURA'

Bukan setakat 100%, saya setuju 2 laksa peratus.

Imej UMNO tidak akan bersih selagi adanya Tengku Adnan Tengku Mansor di PWTC.
Jejak bertapak Tengku adnan Tengku Mansor penuh najis.

Lebuhraya siber mengalami pencemaran bau Tengku Adnan yang teramat sangat.Malah baunya sampai keseluruh negara

Mungkin lubang hidung Najib dan Muhyidin masih tersumbat. Wallahualam.

Saya teringat satu cerita jenaka tentang anjing dengan kura-kura:

Satu hari kura-kura merasa hairan melihat gelagat anjing apabila binatang itu kencing. Lalu kura-kura bertanya..

"wahai anjing, kenapa setiap kali kamu kencing aku nampak kamu selalu menggangkat sebelah kaki ke atas. Sungguh kurang sopan?"

Lantas anjing menjawab:

"kamu ni betul-betul jahil lah wahai kura-kura. Bukankah air kencing itu najis. Aku terpaksalah angkat kaki takut terkena najis".

kura-kura sambil menggaru kepala berkata:

"Sial!! Kamu bukan setakat air kencing kamu sahaja najis, seluruh tubuh kamu itu pun najis"

Ada persamaan moral kisah anjing dengan kura-kura dan cerita di PWTC.Siapa kura-kura dan siapa anjing dalam sketsa dogeng zaman moden ini, pembaca nilai sendiri lah.

Cerita ini akan berkumandang di Pilihanray Kecil DUN Manik Urai.

Dunia ini pentas, manusia adalah pelakun

Sunday 14 June 2009

Nik Aziz Atau Hj Hadi Lebai Malang

Inilah jadinya kalau seorang lebai yang malas berfikir.Sekarang ni Lebai dipanggil Ulama. Apa pun kedua-duanya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak mahir menjalankan tugas dan tanggunjawab.

Saya yakin cerita jenaka seperti ini hanyalah ciptaan. Diolah sebagai pengajaran pada jenerasi akan datang.Maknanya jenerasi sekaranglah.

Nampak gayanya cerita ini dah nak jadi kenyataan. Dalam senario politik sekarang ni siapa agaknya akan jadi role model 'Lebai Malang itu'?

Dalam riuh rendah 'Kerajaan Perpaduan' ini, agaknya Hj Hadi atau Nik Aziz?

Lama tak baca kisah-kisah ini, sekali-sekala patut juga kita semua baca semula kisah-kisah tauladan agar kita beringat-ingat.

Di bawah ini saya salin semula dari buku cerita jenaka Lebai Malang.

ALKISAH, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji, dan taat ibadatnya kepada Allah ta’la, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki-isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.

Sekali peristiwa datanglah seorang lelaki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, ‘Baiklah. Kembalilah tuan dahulu.’ Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai. ‘Yalah, baliklah engkau dahulu.’ Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya oleh hendak berdikir kenduri maulud. Maka itu pun disanggup juga oleh Pak Lebai; demikian juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itupun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai dating. Maka yang mati itupun dimandikan serta disembahyang lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itupun dikhatam oranglah; dan yang kenduri itupun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjanya.

Kalakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ‘Ka mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi ke orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam penagajain iu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepad orang berdikir itu perutku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu kerjakan wajib daripada kerja yang lain-lain.’

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikian, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta’la Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi mananamkan orang mati iu baharu pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, ‘Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa pun tiada lagi. Minta maaflah sahaja kepada Pak Lebai.’

Maka kata Pak Lebai, ‘Sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezwki sahaya.’
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang yang empunya kerja itu, katanya, ‘Ah, ah! Inipun Pak Lebai baharu tiba. Mengapa Pak Lebai lambat dating? Sekarang apapun tiada lagi, semuanya telah habis, malainkan barang dimaafkan sahajalah hal sahaya ini, kerana semuanya telah habis sekali.’

Maka kata Pak Lebai, ‘Tiada mengapa,asalkan sudah selamat, sudahlah.’
Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baharu lepas berangkat sahaja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihat oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, ‘Allah, mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah sahaya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan sahaja lai, lain semuanya sekali telah habis.’

Maka ujar Pak Lebai, ‘Tiada mengapa, apa pula yang disusahkan sahaya ini.’
Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya.
Kelakian, maka hari pun hamper petang. Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatkah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itupun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah pada bacuk niranya itu. Dilihat bacuk itu penuh berisi nira.

Dengan takdir Allah, lempeng yang ditinggalkanya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihat oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dab diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuat-kuat hatinya menghambat binatang bedebah itu.

Maka oleh tersangat patasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakanya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu pun tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersengat berang hatiya , lalu disumatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka si anjing sial itupun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, menggogong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercenggang-cenganlah mengintai anjing itu ka sana kemari.

Hatta, seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubunya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadangkan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itupun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor di sebelah kanan dan seekor di sebelah kiri. Maka Pak Lebai pun segeralah mengepitkan kedua ketiaknya seraya berkata, ‘basahlah, kalau sudah untungku itu ke mana engkau hendak lari.’

Maka punai itupun tersempitlah di celah ketiaknya, tiada dapat bergerak lagi. Maka Pak Lebai pun menyorongkan tangan kanan kepada ketiak kanan dan tangan kiri kepada u ketiak kiri hendak menangkap burung itu. Wah! Apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terampit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohin kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat leh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya, kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekonyong-konyong suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari golok dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah, apatah lagi! Sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, ‘kalau secupak, taakan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.’

Maka Pak Lebai pun naiklah ke rumahnya. Telah dilihat oleh sterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia seraya katanya, ‘kene apa awak demikian ini, seperti laku orang gila?ke mana pergi seluar dan baju awak?’ Maka oleh Pak lebai diceritakanya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai, seraya katamya;

‘Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang,
Celaka sial berdebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pula.’

Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah terjadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

‘Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penaganan habis dibahan anjing.

Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana kemari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.’

Maka demikianlah ceritanya Lebai Malang itu, adanya.

Hadi: "Kerajaan perpaduan" Nik Aziz " Boneka"....Siapa Lebai malang? masa menentukannya. kita tenguk siapa yang kena.

Bagi saya Nik Aziz pun betul, Hadi pun betul.
Mungkin Nik Aziz menolak sekiranya PAS hanya nak dijadikan boneka. Kalau nampak ada win win mungkin hadi dan aziz cantum jadi 'hadiz'

Umum tahu Nik Aziz ni celupar. Bahasanya tak teratur.Hadi pun kena berhati-hati.Maksudnya disitu kut.

Hadi pula nak buktikan beliau tidak jumud. Ruang perbincangan dengan parti UMNO tidak seharusnya ditutup.Dalam masa yang sama beliau juga nak buktikan kepada parti-parti dalam PR ini bahawa PAS bukan menumpang sesiapa.Jangan perkudakan mereka. Sekarang ni pun Hadi dan Aziz duk ketawa berdekah-dekah kerana kesan lontarannya mengusarkan Kit Siang,Karpal dan Bro Nuar. UMNO pun jadi serba salah.Nak tolak salah.nak terima salah. Jadi semmuanya serba salah.

Politik ni penuh dengan muslihat.Kita tak payah nak risaukan tentang kedua-duanya.Kerajan Perapaduan mungkin jadi.Mungkin jadi tak jadi. Mungkin jadi tak jadi,jadi.Mungkin jadi tak jadi, tak jadi...wallauhalam.

P.Ramlee kata "berapa banyak jadi,tak jadi daaa!"

Saturday 13 June 2009

Pendidikan Sebagai Asas Kemantapan Bangsa

Di bawah ini adalah hasil kejayaan PPSMI di 1Malaysia

Falsafah Pendidikan Negara:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan(seperti dibawah) berketerampilan...bla..bla..bla.. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

(atau kemakmuran pemimpin negara?)makin ramai yang bodoh, makin senang dicucuk hidung..





Dunia pendidikan kita berada dipersimpangan dan tidak tentu arah. Isu-isu di atas sangatlah kritikal kerana apa yang sedang berlaku sekarang dan akan terjadi pada masa depan akan mewarnai corak genarasi 1Malaysia yang sedang dibentuk hari ini.

Sebenarnya kita sudah jijik mendengar laporan-laporan yang hanya berbentuk penglipur lara, yang datang dari kalangan pemimpin yang tidak turun kebawah, tetapi cuba meyakinkan kita dengan mengatakan semuanya beres. Sesungguhnya sekiranya kita dipenuhi oleh pemimpin bersifat begitu, perjuangan kita rosak bukan kerana yahudi, tetapi kerana bubuk yang berada dalam pemerintahan.

Friday 12 June 2009

Pyshe Melayu Tidak Layu


Pyshe Melayu Melalui Kerajaan Perpaduan.

Bangsa lain boleh membuat berbagai-bagai andaian dan berteori tentang Bangsa Melayu. Melayu tetap Melayu. Tidak kira apa orang lain kata.

1. Frank Swettenham menulis tentang orang Melayu:

“Bagi sesiapa yang hendak mengenali Melayu, dia mesti duduk bermaustatin di negerinya,bertutur dalam bahasanya,menghormati agamanya,menunjukkan minat atas segala kegemarannya,memahami kecurigaannya, berseloka dengannya, bersyafakah keatasnya semasa dia susah dan berkongsi dengannya segala kesukaan dan risikonya. Dengan cara itu sahajalah kamu berkemungkinan mendapat kepercayaannya.Setelah memperolehi keyakinannya barulah kamu akan dapat menyelami jiwa dalamannya dan pengetahuan seperti ini akan memberi menafaat kepada sesiapa juga yang berpeluang menggunakannya.”

2. R.O. Winstedt berbahasa tentang Bangsa Melayu:

“Melayu adalah haiwan yang paling malas dimuka dunia ini!”

3. Pandangan Clifford tentang bangsa melayu;

“Bukankah mereka itu orang-orang yang baik?Cuba kamu lihat! Bolehkah kamu dapat pekerja-pekerja kulit putih bertugas semacam itu?Cara mereka bekerja macamlah mereka benar-benar menikmatinya. Dan tidak seorang pun diantara mereka diberi upah selain daripada makanan(percuma)..Sungguh bagus betul mereka ini…aku bila-bila masa pun akan memilih mereka.daripada orang lain.

Begitu juga orang Cina dan India yang bermaustatin disini gagal memahami Bangsa Melayu.

Setiap kali orang melayu bertelingkah antara satu sama lain, mereka tidak boleh dipandang sudah berpecah-belah. Jangan laga-lagakan mereka. Jangan cuba mengambil kesempatan untuk menguasai mereka. Orang Melayu boleh bersatu teguh apabila menghadapi ancaman luar.

Orang Melayu mampu mengubah lanskap politik huru-haru menjadi bara permuafakatan yang padu dan jitu kalau ia terancam. "Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga, Air ditetak tak akan putus, Sebusuk-busuk daging dibasuh dimakan juga" sentiasa menjadi realiti. Dalam keadaan tertentu juga melayu selalu berkata,"hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah"

Clifford gagal memahami secara lebih dalam lagi dalam aspek ‘kesetiaan’ Bangsa Melayu kepada 'pendatang'. Melayu akan bermuafakat dengan sesiapa sahaja selagi ia tidak menceroboh ‘dignity’ dan ketuanan bangsanya.

Contoh jelas ialah dalam peristiwa memburu dan menangkap Mat Kilau oleh Clifford. Bala askarnya yang terdiri daripada bangsa melayu tidak memberi kerjasama sehinggakan Mat kilau terlepas daripada ditawan oleh kolonial. Mat Kilau yang dilabelkan sebagai penderhaka oleh kolonial, akhirnya dinobat sebagai Pahlawan Melayu oleh bangsanya.

Begitu juga dalam era pasca Merdeka. Melayu berpecah belah dengan berbagai parti, khusunya UMNO dengan PAS. Mempunyai fahaman politik yang berbeza, tetapi sama-sama bertunjangkan Islam. Cuma pendekatan sahaja berbeza. Akhirnya selepas peristiwa malang 13 May mereka kembali bersatu dibawah panji Barisan Nasional untuk menstabilkan Negara mereka.

Demikian juga zaman pra merdeka. Mereka mampu bersatu dalam setiap gerakan menyeru dan berslogan untuk kemerdekaan.Semangat ini masih menebal dikalangan Melayu. Perpecahan politik orang melayu lazimnya tidak kekal. Kemana sahaja melayu memandang, pandangan mereka diikat dengan kalimah syahadah.

Sejarah adalah tanda aras dan kayu ukur yang baik bagi dijadikan teladan dan sempadan Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan mengulangi segala kesilapan yang telah dibuat.

Pyshe Melayu akan pulih apabila didorong dengan situasi keterpaksaan.

Saya bukan perkauman. Tetapi saya masih tidak jelas lagi keikhlasan bangsa lain terhadap Bangsa Melayu. Setakat ini melayu telah pun menunjukkan setia kawan dengan bangsa lain dalam perspektif politik. Khususnya dalam pilihanraya. Kawasan-kawasan yang ditandingi oleh MIC keseluruhannya mempunyai latar belakang majority pengundi melayu. Di Negara ini tidak ada satu pun kawasan yang majoriti penduduk India. Calon bukan melayu boleh menang dan mewakili melayu dalam dewan. Di setengah kawasan yang ditandingi MCA juga ada tempat majority orang melayu. MCA juga boleh menang.

Setakat ini tidak ada satu pun kawasan majoriti orang cina tetapi orang melayu yang bertanding dan menang. Usahkan melayu,kalau cina daripada MCA atau Gerakan pun boleh tewas sebab MCA dan Gerakan bersekutu dalam BN yang mana parti melayu adalah tulang belakang BN. DAP sendiri pun tidak pernah memberi laluan kepada calon melayu bertanding dikubu kuat mereka yang majority pengundinya Cina. Dimana dasar kesaksamaan dalam DAP? Buktikanlah.

Melayu dinegara ini sudah memerhati keadaan orang melayu di Negara Temasik. Apa sudah jadi? Adakah semua melayu di Temasik itu bodoh dan bebal belaka. Begitu juga halnya Melayu di Selatan Benua Siam. Dalam masjid pun disembelih.Inilah yang menghantui Melayu di Tanah Melayu.

Malaysia masih memerlukan 100 tahun lagi untuk mewujudkan 1Malaysia berkonsepkan Malaysian Malaysia. Buktikan dahulu kesejagatan.

Kerajaan Perpaduan akan menjadi katalis dalam proses menyegerakan 1Malaysia yang berkonsepkan Malaysian Malaysia. Semua bangsa kena berhemah dan berhikmah dalam setiap pendekatan politik.

Thursday 11 June 2009

Doktor UMNO Bernama Ahmad Maslan


Khusus Untuk Pengundi DUN Manik Urai dan Pengundi-pengundi seluruh negara

Elakkan politik sakit kepala dan sakitkan kepala kerana politik.
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik AMNO , kerana telinga nya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : "Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Hidup AMNO!!

Tipu tetapi logik. Itulah kisahnya politk di 1Malaysia

Wednesday 10 June 2009

Tun Mahathir Rakan Kongsi Iblis


Pembakang tetap perlu: Dr M

SHAH ALAM: Kerajaan perpaduan berasaskan satu parti pemerintah tanpa pembakang, tidak baik untuk politik Negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad.

Beliau berkata, Negara memerlukan pembakang bagi memberi keseimbangan terhadap pentadbiran kerajaan yang memerintah supaya ada pihak membuat teguran.

“ Ini sesuatu yang tidak sihat…tanpa pembakang adalah umpama sesorang itu tidak ada cermin untuk melihat samada dia cantik atau tidak”…bla..bla..bla..

“Jika begitu tidak bagus lah, jika mahu perpaduan tidak bolehlah antara melayu dan melayu sahaja, nanti kaum cina akan berpakat dengan cina pula, begitu juga dengan kaum India”…Bla..bla..bla..

Dr Mahathir juga berkata, kerajaan perpaduan tidak mendapat sokongan DAP dan PKR menyebabkan PAS bergerak berseorangan kea rah melaksanakan impiannya.

(Petikan dari Berita Harian Rabu 10 Jun 2009)

Komentar Buana Suara:
1.Hanya sahabat karib IBLIS di langit dan SYAITAN di bumi sahaja tidak suka kepada perpaduan orang-orang Islam.

2. Sejarah telah tercatat betapa Mahathir menggunakan cermin bukan untuk melihat didalam cermin ‘kehandsomannya’ , tetapi sering kali mengutuk cermin apabila cermin itu memberi imej hidung besar beliau yang mirip hidung ‘yahudi’itu.

3.Beliau memaki hamun dengan mata terbeliak memarahi cermin berkenaan.

4. Tabiat buruk amalan politik Machiavelli yang beliau amalkan selama ini telah terserlah. Gagasan baru diutarakan. Belum diletak atas landasan. Sebelun ‘take-off’ sudah hendak ditarik. Apa ini?sudah dihentaknya dengan berbagai ugutan.

5.Pola-pola politik sedia ada perlu dikaji dan diubah secara beransur-ansur bagi memberi ruang baru yang kreatif dengan cabaran-cabaran semasa. Dengan itu tahap ‘demokrasi matang’ yang mantap dapat dihasilkan.

6.Jangan selalu mempolitikkan cadangan orang lain. Yang menjadi masalah pada sepsis UMNO ialah menggagap mentaliti orang lain tidak ada klas. Inilah penyakit yang berakar umbi dikalangan UMNO.Kita kena ingat Singapura pernah diselamatkan dari todak oleh seorang kanak-kanak. Mungkin cerita itu satu dogengan tetapi moral kiasannya amat tinggi nilainya.

6.Budaya murni harus diterapkan dalam budaya kepimpinan Malaysia.

7.Politik bercorak ‘ethnicity’ perlu difikirkan oleh PAS dan UMNO. ‘Peaceful co-existence’ melalui kerajaan Perpaduan menjadi intipati pengujudannya.Dari kenyataan Hadi PAS akan membuka keahlian kepada semua bangsa tidak kira Agama. Ini satu perkembangan yang positif.Rahmatan-Lilalamin akan kita miliki bersama.

8. Dulu ‘Melayu mudah lupa atau Haprak’luahan Tun ditujukan kepada melayu. Mungkin atas rahmat Allah SWT, melayu telah buat kajian atas keluhan itu. Maka ujudlah cadangan Kerajaan Perpaduan. Tetapi melalui komen beliau di Shah Alam kelmarin, mengambarkan beliau sebenarnya Melayu yang mudah lupa dan haprak itu.

9.Tun juga lupa tujuan utama dan konsep Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam yang berbunyi:

“Nila-nilai Islam yang hendak diterapkan ia lah nilai-nilai yang akan Berjaya mendirikan sebuah Kerajaan yang berkesan dari segi keamanan, keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi pemerintah-pemerintah lain.Pemerintah yang betul-betul menerap nilai-nilai Islam tetap akan berjaya. Tetapi jika tafsiran berkenaan dengan nilai-nilai Islam adalah sempit atau gagal, maka yang salah bukan ugama Islam tetapi mereka yang membuat tafsiran yang salah.”

Menurut kerajaan lagi, rasiaonale dalam mengambil nilai-nilai Islam ialah kesedaran bahawa untuk memelihara martabat bangsa Malaysia , mereka perlu mempunyai identiti yang kuat. Elemen paling pokok yang diperlukan untuk membentuk identity Malaysia ini ialah nilai-nilai murni,melalui penghayatan nilai-nilai ini, Malaysia akan dihormati oleh mata dunia(Jabatan Penerangan Malaysia,1991:33-35).

10. Dalam masa yang sama PAS juga wajib mengemukakan plan Kerajaan Perpaduan ini dengan teliti serta bersedia melakukan apa-apa pengubahsuaian cadangan daripada masyarakat umum.jangan mengambil sikap yang ‘rigid’ dalam perkara sepenting ini.

11. Saya rasa Tun juga impikan kebejatan moral dan akhlak diperbetulkan.Saya sebagai rakyat menyeru agar Tun dan rakan-rakan dalam UMNO keluar dari kepompong ‘bebalism’ yang merugikan ummah.Kejelekitan dengan puak-puak masing-masing akan merugikan semua.

12.Soal parti-parti dalam Pakatan Rakyat lain seperti DAP dan Parti KeAdilan tidak bersetuju dengan gagasan ulama PAS tidak perlu Tun mengambil berat sangat. Nik Aziz pun pernah berkata, “PKR bukan parti Pas. Itu parti mereka. Nak hidup atau mati pun mereka punya pasal.Kita ada cara kita” .

13.PKR dan DAP boleh jadi pembangkang. Mereka akan jadi cermin demokrasi di negara ini.

14.Sesungguhnya syak wasangka diantara satu sama lain tidak akan memberi menafaat langsung kepada kita semua.Semoga Najib dan Muhyidin,Hadi, Nasa dan Nik Aziz akan dibantu oleh segala malaikat dari langit dan manusia dibumi berusaha agar gagasan ini menjadi realiti.

Tuesday 9 June 2009

1Malaysia Kurang Selamat


Email kawan untuk ingat mengingati diantara satu sama lain. Sesiapa ada anak perempuan yang bermaustatin atau kerja di KL,code: 1Malaysia.

NB. Kerajaan BN sekuriti rakyat kena jaga. Hishamudin berapa ramai pendatang haram di 1malaysia? Kena pantau. mereka lama puasa.Gian tidak dapat kawal. Kalau ini terjadi kepada anak-anak Pak Menteri camne??


Subject: KEPADA WANITA2 KAT LUAR SANA ....



Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan, menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI, beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut.



2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.



Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.



Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.



Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang . Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).



So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum. Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita " MAKE SURE LOCK YOUR CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! ."



MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS KERETA, WARNA KERETA,CIRI- CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.

Kerajaan Perpaduan Pasak Survival Umat











Gagasan Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan dan dipertahankan oleh kepimpinan ulama dalam PAS harus diberi ‘standing ovation’ dari seluruh masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Bersama mengagalkan agenda Yahudi dan Freemason untuk menguasai negara kita.

Bagi orang melayu yang keseluruhannya berugama Islam yang tidak bebal, harus memahami bahawa lontaran itu merupakan pendekatan nilai-nilai Islam yang menjuruskan kepada methodology syariat Islam yang tulin dan hakiki.Sekali gus ia merupakan anjakan paradigm daripada pemikiran lama kepada pemikiran baru yang menuntut kepada pentransformasian dalam makna ‘Back to the basic way of perceiving, thinking, valuing and doing associated with a particular vision of reality”.


Saya yakin bahawa ianya proses ‘reinvent’ falsafah melalui usaha ‘reshape,recreate,rethink and remould’ dalam sosio-politik Negara kerana ia akan meliputi perubahan total seluruh pandangan hidup, system nilai dan budaya setiap warga Malaysia. Selain itu Negara terhapus daripada apa yang saya gelar sebagai anasir-anasir pengganggu (penyangak makhuk perosak dan pengambil kesempatan) daripada kecelaruan perkauman. Kehadiran mereka perlu disedari ketahap kewaspadaan yang tinggi.

Visi ulama ini hendaklah juga diterima baik oleh setiap warganegara Malaysia samada yang Islam atau tidak kerana ia akan mengembalikan identiti bangsa Malaysia dan menyedarkan setiap manusia tentang betapa pentingnya nilai-nilai baik sebagaimana yang terdapat dalam Islam. Gagasan ‘Kerajaan Perpaduan’ tentu sekali tidak bermaksud untuk mengislamkan mereka yang bukan Islam, tetapi menepati juga konsep 1Malaysia wawasan Najib.

Saya juga rasa teruja apabila gagasan ini pula telah mendapat komen positif daripada Najib.

Semua harus berusaha meningkatkan visi tentang masa depan masyarakat kita keperingkat pemikiran yang lebih sofistikated dan dari perspektif itu membentuk pertimbangan wajar tentang unsur-unsur dari PAS dan UMNO yang dapat dimanafaatkan tanpa melenyapkan keperibadian dan peradaban kedua pihak.
(rujuk entri saya bertajuk:Permulaan bagi satu permulaan bertarikh:20 April 2009)

Teras UMNO ialah Islam. PAS pun paksinya Islam. Rasanya dengan masing-masing berlapang dada tidak ada sebab gagasan ini akan gagal. Kecuali Islam kedua-dua parti ini jelmaan Al-Khazab modern. Islam penipu yang tidak bolih dimaafkan.

Kepada non muslim, Islam menjalinkan ikatan diantara manusia dengan Hablun minallah adalah hubungan hamba dengan khaliqnya, sementara Hablun Minannas adalah hubungan antara manusia dengan manusia untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat.Berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, kasih saying,toleransi, kefahaman serta keadilan. Dengan itu sikap bermusuhan, perbalahan dan syak wasangka terhindar. Hak-hak dan kepentingan warga bukan Islam dapat dipertahankan tanpa sebarang diskriminasi kerana tujan akhir ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, toleransi harmoni aman dan makmur. ‘Religion is meant to be a cause for people to come together and should not be a cause of discord and misunderstanding among them’

Politik perkauman sempit dan semangat kenegerian yang fanatic juga harus dihindar oleh semua pihak kerana ianya boleh menjadi “api dalam sekam” yang mampu memusnahkan segala pencapaian Negara pada masa depan. Tragedi 13 mei 1969 sudah cukup mengajar kita betapa muliaya makna toleransi dan berbaiksangka di antara kaum dan agama.

Selain daripada itu, konsep pembangkangan dalam sistem demokrasi kita sekarang hendaklah diorientasikan semula agar pembangkang dapat berperanan menjadi “hati nurani” rakyat (the people’s conscience) menyeimbangkan kuasa pemerintah sementara golongan pemerintah pula mestilah menjadi pembela dan pelindung sebenar rakyat. Penyatuan dan penzahiran fungsi kedua-dua pihak ini sudah tentu akan mewujudkan demokrasi yang matang dan progresif.

Semoga ‘Kerajaan Perpaduan’ diperhalusi oleh semua pihak.Sesuai dengan keperluan dan keadaan masyarakat majmuk Negara ini. Pendekatan agresif yang boleh mencemarkan imej Islam hendaklah ditolak.. Hak-hak non-muslim wajib dipertahankan dan dilindungi secara adil dalam segala kesyumulan, kesempurnaan dan kesejagatan. Kebebasan adat resam dan budaya mereka juga hendaklah dipertahankan.

Nik Aziz masih fobia dengan sejarah silam. Ini adalah ciri-ciri kelesuan dan kemalasan berfikir ulama Islam. Dalam keadaan yang kritikal ini kita mohon Nik Aziz, Hj Hadi, Najib dan Muhyidin sebagi 4 saudara Islam; gabungan ulama dan umara yang akan merealisasikan gagasan ini dengan jayanya.

Tidak ada sesiapa yang mengatakan bahawa ini adalah tugas yang senang. Pun begitu janganlah menggunakan kesukaran sebagai alasan tidak mahu melakukan apa-apa.

Mahu kah kita mengalami delima seperti Hang Tuah yang menyoal dirinya “Siapakah yang bersalah: Aku atau Jebat?” Akhirnya pahlawan Melayu itu hilang entah kemana. Mati dengan penuh penyesalan.

Mungkin ketika itu masa sudah terlambat.

Monday 8 June 2009

Kualiti dan Moral Kepimpinan



Kualiti para pemimpin yang menerajui Negara ini baik sekarang mahu pun pada masa hadapan harus diperhatikan dengan baik. Untuk merealisasikan gagasan Negara unggul dalam alaf baru, pucuk pimpinan Negara hendaklah memenuhi beberapa ciri. Di antaranya mereka mestilah mempunyai visi, berilmu, berbudi-pekerti, dedikasi, cekap, amanah ,luas pandangan, tegas, berani, berakhlak, berprinsip, berkarisma dan mampu menggembelingkan rakyat untuk mencapai sesuatu objektif nasional.

Namun demikian, tidak ramai pemimpin yang dapat memiliki kesemua ciri-ciri keperibadian seperti ini. oleh itu, apa yang lebih mustahak ialah sekiranya kepimpinan Negara secara berpasukan (as a team) mempunyai ciri-ciri tersebut maka ianya bolehlah dijadikan sandaran kuat untuk mengerakkan impian rakyat menjadi kenyataan.

Pasukan yang memimpin ini mestilah mantap. Ahli-ahlinya hendaklah berpegang teguh kepada visi yang sama walau pun pandangan masing-masing mengenai pendekatan untuk mencapai visi tersebut tidak semestinya sama. Setiap orang hendaklah berlapang dada dalam menerima kritikan membina yang seelok-eloknya disuarakan melalui prinsip musyawarah dan semangat berpasukan.

Selain daripada itu, jika para pemimpin masyarakat kurang berani dan tidak mempunyai 'political will' yang kuat untuk melakukan perubahan- perubahan mendasar bagi mencapai misi perjuangan demi untuk kepentingan rakyat maka ini sudah tentunya akan mencacatkan pencapaian aspirasi perjuangan tersebut.

Sudah banyak peringatan yang telah dilemparkan agar golongan yang memimpin itu insaf akan amanah yang mereka pegang. Betapa pentingnya para pemimpin mempunyai wibawa dan kualiti yang tinggi untuk mengangkat martabat bangsa dan negara Malaysia ke arah kegemilangan. Prof. Syed Hussien Al-Attas telah membicarakan pemimpin yang bebal dan berminda terkongkong (captive mind) dalam Intellectuals in Developing Societies, (1977); Firdaus Haji Abdullah yang memperkatakan tentang ciri-ciri negatif pemimpin Melayu di Malaysia (Kepimpinan Melayu: Satu Rakaman Kewartawanan, 1998); dan Idris Zakaria yang cuba menghubungkan kepimpinan Al-Farabi yang serba unggul itu dengan amalan politik Melayu masa kini dalam Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu (1991).

Para pemimpin juga tiak harus dibuai lena oleh kemewahan singgahsana dan takhta kekuasaan sehingga menjadikan mereka lupa diri dan takbur. Kisah tragik Qorun dengan segunung hartanya dan Fir’aun dengan kemilauan takhtanya seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran sudah seharusnya cukup mengajar kita erti kesederhanaan hidup, kesyukuran diri, kerendahan hati, ketinggian akal-budi dan kebesaran jiwa. Kita juga harus beringat dengan kisah kemusnahan kaum Lut yang rosak akhlak dan hancur fitrah kemanusiaan mereka dan kaum Thamud yang angkuh dengan kekayaan serta kekuasaan mereka. Sejarah silam juga telah banyak mempamerkan siri tauladan tetapi manusia melayu dengan sifatnya yang sering pelupa itu jarang-jarang sekali mahu belajar daripadanya.

Ibnu Khaldun dalam karya klasik beliau telah memberi amaran bahawa di antara sebab utama kejatuhan sesuatu tamadun ialah kerana perangai pemimpin yang cintakan keseronokan dunia sehingga lupa kepada tanggungjawab mereka kepada rakyat. Ibnu khaldun telah menegaskan bahawa;

“…luxury corrupts the character, through luxury the soul acquiring diverse kinds of eviland sophisticated customs … People will lose the good qualities. They adopt the contrary bad qualities. This points toward retrogression and ruin, according to the way God (has planned) for his creatures in this connection. The dynasty shows symptoms of dissolution and disintegration. It becomes affected by the chronic diseases of senility and finally dies”. (The Muqadimmah, terjemahan Franz Rosenthal, 1981 : 135)

Oleh yang demikian, semakin mewahnya masyarakat kita sudah seharusnya kita menjadi semakin berwaspada dan beringat-ingat tentang pengajaran daripada sejarah hitam bangsa-bangsa dahulukala supaya sejarah ini tidak akan berulang kembali menimpa kita.

Buatlah saringan daripada sekarang. Mulakan di Piliharaya Kecil Dewan Undangan Manik Urai.Sterusnya melalui siri-siri pilihanraya kecil sebelum PRU 13.

Pada PRU 13 nanti jadikan tukul akhir.Hukumlah mereka yang munafik demi menyelamatkan ummah.

Sunday 7 June 2009

Ulama: Pemerintahan Holistik



Tahniah Hj Hadi dan Nasarudin. Selamat berjuang, jangan berpesta.

(saje nak ulang tayang cerita saya kelmarin)

Di Malaysia tidak semua Islam itu Melayu, tetapi semua Melayu adalah Islam. Dalam keadaan politik sekarang seluruh rakyat mengharapkan dan menanti-nantikan kepimpinan ulama yang berwibawa segi ketakwaan, komitmen pada sifat mahmudah dan segala yang makruf, penentangan terhadap sifat-sifat mazmumah dan segala yang mungkar, pengakuran terhadap syariat Islam, budaya kelimuan, kebijaksanaan dalam tindakan serta Berjaya mengawal kepentingan peribadi supaya tidak mengatasi keredhaan Ilahi.



Alhamdullillah, PAS Berjaya mengekalkan apa yang dihasratkan oleh sebahagian besar ahli untuk mempertahankan kepimpinan ulama. Dengan terpilihnya Hj Hadi dan Nasharudin gulungan bahaya dari puak yang mengelarkan diri mereka ‘Erdogan’ tewas.Ini bermakna Bani Erdogan yang diketuai oleh Husam tidak dapat menembusi kekebalan asas penubuhan PAS ia itu melalui perjuangan ulama.

Puak-puak ‘erdogan’ ini sebenarnya adalah kumpulan profesyional yang berminat dengan politik . Mungkin kehadiran mereka dalam PAS ini bukanlah atas sifat ingin menyebatikan hubungan umara dan ulama tetapi diselit dengan ‘ambition’ untuk mencari tempat dalam politik.

Bani Erdogan ini adalah sebenarnya ‘late comers’ dalam politik. Sudah mengesan kesukaran untuk menembusi UMNO kerana UMNO telah melimpah-ruah dengan gulungan profesyional dan korporat yang keparat. Mereka merasakan laluan dalam UMNO lebih menyukarkan mereka untuk menuju puncak dalam hambatan cita-cita politik mereka. Wadah yang sesuai pada mereka ialah PAS.

Husam yang saya kenali sebenarnya muncul dan bertapak dalam tahun 1990 sewaktu Kelantan ditadbir melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Belaiu mula menunjukkan taring dalam PAS sewaktu PAS sudah dijulang oleh rakyat Kelantan. Beliau dibawa balik untuk bekerja dengan Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar. Semenjak itu tokoh-tokoh lama seperti cikgu Rahim dan rakan-rakan dipinggirkan.

Tewasnya Husam dalam pemilihan PAS adalah tepat. Ini memberi gambaran bahawa perwakilan yang telah diwakil-walikan oleh ahli-ahli cawangan tidak perlu kepada pemimpin seperti ‘Belanda Minta Tanah’. PAS tidak perlu ujud Bani dari segala bani kecuali Bani PAS. Tambahan lagi semua tahu bahawa mentor kepada Husam ialah budak ‘White House’ bernama Anwar Ibrahim. Betul atau tidak Wallahuallam. Politik adalah persepsi. Kebetulan pula Erdogan di Turki khabarnya kawan rapat Anwar. Kalau tidak kenapa pula istilah ‘Erdogan’ digunakan oleh Husam. Kenapa tidak guna istilah ‘ProLib’atau Pro-liberal?

Saya tidak menafikan bahawa peranan profesyional juga perlu mendampingi gulungan ulama dalam usaha menyemarakkan semula sumbangan ulama dalam proses pembangunan Negara. Tetapi gulungan profesyenal ini harus menghormati ulama dan mendengar pandangan mereka. Gabungan ulama dan umara akan dapat membantu mewujudkan masyarakat yang beretika dan berakhlak. Selari dengan aspirasi PAS dengan ‘Islam sebagai Ad-din’. Jangan pula hendak menjadi nakhoda dengan mengenepikan ulama.

Bagi ulama PAS, sudah tiba masanya meningkatkan lagi wibawa ulama melalui transformasi sikap. Ini bermakna mereka hendaklah menjadi aktivis sosial yang sama-sama menyumbang dan menyelesaikan masalah masyarakat seperti pengangguran, pendidikan, kemiskinan , kesihatan dan seumpamanya. Bukan lagi jadi penyeri dalam majlis-majlis rasmi sebagai pembaca doa-doa dan tahlil atau tukang zikir serta pembaca talkim semata-mata.

Dalam era ini mereka adalah obor yang membawa cahaya kepada ummah dalam ruang-lingkup yang global. Jangan ‘glokal’ istilah Pak Najib yang membawa makna ‘Gelojoh dan Kalut’. Ulama mesti menjadi penggerak temadun baru yang boleh menghidupkan semula Zaman Kegemilangan Islam silam. Bukan sekadar menceritakan tentang sejarah kekuatan Islam semata-mata. Mereka mesti menyesuaikan diri dan bersiap-siaga bagi menghadapi tuntutan zaman yang berubah.

Tuntutan zaman ialah ilmu. Mereka harus kedepan dan memainkan peranan utama dalam gerakan mengilslamisasikan ilmu. Yakni gandingan pendidikan Islam dan Barat.Ilmu dan kemahiran menjadi tonggak utama yang memacu kemajuan umat. Kecemerlangan dalam dua aspek ini membolehkan umat mendepani apa jua situasi yang mendatang..

Saturday 6 June 2009

Nik Aziz,Haji Hadi Ulama Musang Berjanggut






"Ulama-intelektual"







Setiap orang Islam kalau ditanya tentunya majority akan bersetuju bahawa cendikiawan Islam yang bergelar ulama perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan Negara ini. Sebagai pewaris Nabi, mereka adalah benteng pertahanan dalam menghadapi kemelut sosial dan keruntuhan moral masa kini.


Namun begitu, sedar atau tidak? Masyarakat pasca-kapitalis telah memasuki gelombang ketiga. Jauh beza dengan zaman dahulu kala.Zaman Tokong Tongek, kata orang Kelantan. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi serta putaran pantas roda pemodenan harus dikejar oleh para cendikiawan dan ulama Islam. Ini memaksa mereka untuk berubah. Kalau tidak berubah mereka akan dianggap ‘Pak Pandir’ dalam dunia moden.

Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk bersloga-sloganan. Bertakbir dan bersorak sorai dengan pidato yang berapi-api. Pengisian perubahan masyarakat seutuh-utuhnya itu yang penting. Kita memerlukan ‘substance’ dan kerangka tindakan yang strategik. Bukan hanya retorika manis madu yang boleh mengkhayalkan si pendengar untuk jangka-pendek sahaja.

Persoalan yang cukup kritikal dalam ‘era kontemprori’ ini, adakah para ulama dalam PAS sudah mempunyai persiapan secukupnya untuk menangani cabaran masa kini dan akan datang? Adakah mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan tempat?Apakah peranan mereka dalam memenuhi tuntutan ummah dan mengurus cabaran masa depan?

Persoalan-persoalan ini wajib dijawab oleh para cendikiawan dan ulama itu sendiri bagi pihak mereka. PAS kalau menobat ulama hanya sebagai simbul sebuah parti Islam semata-mata ianya tidak ada faedah. Malah lebih merosakkan kredibiliti orang berkenaan dan sekali-gus imej dan maruah agama turut merudum.

Apabila kita menyebut ulama Islam, tentunya bermaksud golongan agamawan yang menguasai ilmu teras untuk mengeluarkan pendapat, fatwa atau pemikiran yang utuh berkaitan dengan Islam.

Rakyat memerlukan gulungan ulama yang terbuka, kreatif serta pro-aktif dalam menangani isu-isu kontemprori dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Mereka hendaklah bersatu dengan ulama yang tidak berpati-partian. Sama-sama berbincang cara yang terbaik untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan. Meliputi politik,sosial dan ekonomi.

Tidak cukup sekadar mewar-warkan untuk melaksanakan pemerintahan Islam sedangkan kita sendiri kurang kemampuan untuk merangka model pentadbiran yang praktikal dan konkrit dalam kemajmukan masyarakat Negara ini.

Kelemahan utama ulama PAS masa kini ialah mereka tidak register dalam minda tentang urutan keutamaan sesuatu perkara. Akibatnya masyarakat menjadi kacau-bilau dan tidak ketentuan dalam menggarap isu-isu yang dihadapi ummah. Mungkin yang remeh-temeh diutamakan, yang pokok diabaikan dan yang cabang digembar-gemburkan,sementara yang akar diketepikan.

Hingga sekarang kita masih belum mendengar kupasan isu-isu moden dari perspektif Islam dengan secara kritikal dan analitikal. Umpamanya persolalan-persoalan pokok masa kini berhubung dengan bidang industri, teknologi informasi, sains dan teknologi, perdagangan antarabangsa, hubungan luar dan tidak ketinggalan alam sekitar. Banyak dipidatokan oleh ulama PAS ialah berhubung dengan soal-soal nikah kahwin,halal haram,zakat,syurga neraka dan kisah nabi-nabi. Ia perlu, tetapi tidak mencukupi untuk mentadbir Negara.

Sepatutnya dengan hayat yang sudah lanjut PAS sudah mempunyai modul Perlembagaan Islam, kitab income tax, Sistem Pendidikan, kitab hubungan diplomatic dan antara bangsa, Bentuk bala tentera, keselamatan dalam Negeri,undang-undang maritime, malah berbagai-bagai kitab yang ada hubungan dengan pentadbiran sebuah Negara Islam.

Rakyat menanti-nanti bila dan dimana akan diadakan konvensyen dan pameran kitab-kitab ini. PAS seolah-olah menayangkan cerita ‘Musang Berjanggut’ berlebih-lebihan.

Friday 5 June 2009

Muhyidin: Batu Derhaka


Muhyiddin tegur Utusan
Rahmah Ghazali | Jun 2, 09 7:00pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.

ARKIB : 31/05/2009
Utusan Malaysia
Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat


Kata Kawan-kawan:

"Tatkala kita menerima seseorang itu sebagai sahabat baik kita, kita sentiasa menginginkan agar dia memperoleh kebaikan, dan pada masa yang sama kita juga berharap agar dia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Kita mengambil berat keadaannya, tidak kurang kita turut membantunya dalam serba-serbi kehidupan peribadinya. Seorang sahabat yang baik, adalah sahabat yang mengenang jasa dan pengorbanan sahabatnya yang lain. Dalam susah dan senang - mereka tetap akan sentiasa saling menyokong, dalam suka dan duka mereka tetap saling berteguran, dan dalam kegelisahan, mereka saling membantu. Itulah persahabatan, dan bukannya menikam dan menunjukkan permusuhan dengan kita dari arah belakang"

Kata Prof.khoo kay Kim:

"Sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya.Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon...2.. Melayu dianggap tuan di negara ini.Ini adalah sebenarnya telah termaktub didalam perlembagaan. Sebab itu majlis Raja-raja terdiri hanya daripada orang-orang Melayu. Maka, Kaum Melayu sebenarnya telah 'dipertuan'kan oleh semua bangsa didalam Malaysia ini (seperti dalam kes Yang Dipertuan Agong). Maka, hak-hak istemewa Melayu tidak wajar disangsikan.“The Chinese as a race are all over the world. They commonly have three names compared to the mainland Chinese whose names are only two. Tan by her surname could trace back her ancestors from Mainland of China”. “The leaders in China have asked all overseas Chinese to domicile peacefully, to respect local customs and inhabitants, as Mainland Chinese are reluctant to have them back in China . Chinese in Malaysia became citizens via Jus Solai by August 31, 1957 which not many countries in the world have practiced this”.

Buana Suara Kata:

1."Muhyidin!! jangan gila kuasa sehingga asal usul pun dah lupa. Yang menggangkat En. Muhyidin jadi YB adalah orang melayu. Yang angkat YB jadi YAB.Timb.Perdana Menteri pun adalah orang Melayu.Jangan jadi kacang lupakan kulit.Tanpa UMNO pada PR 12 baru-baru ini BN sudah hilang kuasa. MCA,MIC,Gerakan kalah teruk.Tidak payah nak mengada-gada. Orang dah nak tikam belakang pun masih kita hendak bersopan santun. Belajar banyak-banyak dengan Pro. Khoo Kay Kim. Dia tidak segan pun bercakap benar walaupun berkait dengan bangsa dan darah daging beliau".

2." Dalam setiap piliharaya calun-calun MCA dan kesemua calun MIC diletakkan dalam kawasan Mejoriti Melayu. Bila ditanya kenapa begitu?" pemimpin sentiasa menjawab, " Kita kena jaga hati mereka".

3." Apabila melayu tanya kenapa disetengah-setengah tempat majoriti orang Cina tidak diletakkan calun Melayu?" Pemimpin sentiasa menjawab,"Tidak boleh! kita kena jaga hati mereka. Nanti mereka kecil hati"

4." Habis TPM ingat Melayu ini tidak ada hati? BABI pun ada hati dan otak, inikan bangsa bernama Melayu".

5." Dulu cium keris kena minta maaf. Maka melutut dan merangkak-rangkak Hishamudin macam menyembah berhala mohon maaf. Peristiwa ketuk-ketampi bogel, maka melayang-layang wakil kerajaan memohon maaf ke Negara Tiongkok.Kalau rakyat tiongkok tidak apa lah tetapi akhirnya dikesan bukan warga tiongkok. Maka habislah wang malaysia".

6."UMNO parti Melayu, pinggirkan perasaan melayu, banyak jaga hati orang bukan Melayu. Bagus..Saya menyeru orang-orang Melayu supaya bangkit. Kita tentang pemimpin-pemimpin yang menggunakan nama UMNO untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka. Parti UMNO adalah parti orang kampung.Rohnya yang keramat adalah roh orang kampung. Jangan lalai. Anak-anak orang kampung mampu bangkit bagai Jebat kalau dianiayai".

Kata orang muda:

"tulisan awang xsalah.. kami generasi muda ini terasa seperti di khianati oleh umno..bukan bangsa lain..oleh umno sendiri..aku bkn dari mana2 pihak..sbb aku tahu politik ni kotor..aku generasi muda ni harap pemimpin2 semua ubah sikap masing2..jgn pk kami ni muda kami tidak tahu yg mana betul n salah..umno akan jatuh kalau golongan muda seperti kami menolak umno..cuba bandingkan rumah nik aziz dengan rumah anuar musa? bagai langit dengan bumi bezanya!! kami golongan muda memerhatikan benda2yg semacam itu..jgn pk kami buta mata n hati..igtlah pesanan kami..kalau umno ini tidak pernah berubah mmg penggal ini merupakan penggal terakhir bagi umno..aku sayangkan bangsa aku n agama aku..tapi umno menolak islam..byk kes yg menunjukkan umno menolak islam..jgn igt kami org muda kami tak tahu..kami bkn dengar ceramah pembangkang..kami kaji sendiri semua bende ni dari pemerhatian kami..

Usah dibanggakan konsep 1Malaysia kalau hati dan perasaan bangsa sendiri dipijak-pijak di 1Malaysia.