Monday, 8 June 2009

Kualiti dan Moral Kepimpinan



Kualiti para pemimpin yang menerajui Negara ini baik sekarang mahu pun pada masa hadapan harus diperhatikan dengan baik. Untuk merealisasikan gagasan Negara unggul dalam alaf baru, pucuk pimpinan Negara hendaklah memenuhi beberapa ciri. Di antaranya mereka mestilah mempunyai visi, berilmu, berbudi-pekerti, dedikasi, cekap, amanah ,luas pandangan, tegas, berani, berakhlak, berprinsip, berkarisma dan mampu menggembelingkan rakyat untuk mencapai sesuatu objektif nasional.

Namun demikian, tidak ramai pemimpin yang dapat memiliki kesemua ciri-ciri keperibadian seperti ini. oleh itu, apa yang lebih mustahak ialah sekiranya kepimpinan Negara secara berpasukan (as a team) mempunyai ciri-ciri tersebut maka ianya bolehlah dijadikan sandaran kuat untuk mengerakkan impian rakyat menjadi kenyataan.

Pasukan yang memimpin ini mestilah mantap. Ahli-ahlinya hendaklah berpegang teguh kepada visi yang sama walau pun pandangan masing-masing mengenai pendekatan untuk mencapai visi tersebut tidak semestinya sama. Setiap orang hendaklah berlapang dada dalam menerima kritikan membina yang seelok-eloknya disuarakan melalui prinsip musyawarah dan semangat berpasukan.

Selain daripada itu, jika para pemimpin masyarakat kurang berani dan tidak mempunyai 'political will' yang kuat untuk melakukan perubahan- perubahan mendasar bagi mencapai misi perjuangan demi untuk kepentingan rakyat maka ini sudah tentunya akan mencacatkan pencapaian aspirasi perjuangan tersebut.

Sudah banyak peringatan yang telah dilemparkan agar golongan yang memimpin itu insaf akan amanah yang mereka pegang. Betapa pentingnya para pemimpin mempunyai wibawa dan kualiti yang tinggi untuk mengangkat martabat bangsa dan negara Malaysia ke arah kegemilangan. Prof. Syed Hussien Al-Attas telah membicarakan pemimpin yang bebal dan berminda terkongkong (captive mind) dalam Intellectuals in Developing Societies, (1977); Firdaus Haji Abdullah yang memperkatakan tentang ciri-ciri negatif pemimpin Melayu di Malaysia (Kepimpinan Melayu: Satu Rakaman Kewartawanan, 1998); dan Idris Zakaria yang cuba menghubungkan kepimpinan Al-Farabi yang serba unggul itu dengan amalan politik Melayu masa kini dalam Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu (1991).

Para pemimpin juga tiak harus dibuai lena oleh kemewahan singgahsana dan takhta kekuasaan sehingga menjadikan mereka lupa diri dan takbur. Kisah tragik Qorun dengan segunung hartanya dan Fir’aun dengan kemilauan takhtanya seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran sudah seharusnya cukup mengajar kita erti kesederhanaan hidup, kesyukuran diri, kerendahan hati, ketinggian akal-budi dan kebesaran jiwa. Kita juga harus beringat dengan kisah kemusnahan kaum Lut yang rosak akhlak dan hancur fitrah kemanusiaan mereka dan kaum Thamud yang angkuh dengan kekayaan serta kekuasaan mereka. Sejarah silam juga telah banyak mempamerkan siri tauladan tetapi manusia melayu dengan sifatnya yang sering pelupa itu jarang-jarang sekali mahu belajar daripadanya.

Ibnu Khaldun dalam karya klasik beliau telah memberi amaran bahawa di antara sebab utama kejatuhan sesuatu tamadun ialah kerana perangai pemimpin yang cintakan keseronokan dunia sehingga lupa kepada tanggungjawab mereka kepada rakyat. Ibnu khaldun telah menegaskan bahawa;

“…luxury corrupts the character, through luxury the soul acquiring diverse kinds of eviland sophisticated customs … People will lose the good qualities. They adopt the contrary bad qualities. This points toward retrogression and ruin, according to the way God (has planned) for his creatures in this connection. The dynasty shows symptoms of dissolution and disintegration. It becomes affected by the chronic diseases of senility and finally dies”. (The Muqadimmah, terjemahan Franz Rosenthal, 1981 : 135)

Oleh yang demikian, semakin mewahnya masyarakat kita sudah seharusnya kita menjadi semakin berwaspada dan beringat-ingat tentang pengajaran daripada sejarah hitam bangsa-bangsa dahulukala supaya sejarah ini tidak akan berulang kembali menimpa kita.

Buatlah saringan daripada sekarang. Mulakan di Piliharaya Kecil Dewan Undangan Manik Urai.Sterusnya melalui siri-siri pilihanraya kecil sebelum PRU 13.

Pada PRU 13 nanti jadikan tukul akhir.Hukumlah mereka yang munafik demi menyelamatkan ummah.

No comments:

Post a Comment