Tuesday, 9 June 2009
Kerajaan Perpaduan Pasak Survival Umat
Gagasan Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan dan dipertahankan oleh kepimpinan ulama dalam PAS harus diberi ‘standing ovation’ dari seluruh masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Bersama mengagalkan agenda Yahudi dan Freemason untuk menguasai negara kita.
Bagi orang melayu yang keseluruhannya berugama Islam yang tidak bebal, harus memahami bahawa lontaran itu merupakan pendekatan nilai-nilai Islam yang menjuruskan kepada methodology syariat Islam yang tulin dan hakiki.Sekali gus ia merupakan anjakan paradigm daripada pemikiran lama kepada pemikiran baru yang menuntut kepada pentransformasian dalam makna ‘Back to the basic way of perceiving, thinking, valuing and doing associated with a particular vision of reality”.
Saya yakin bahawa ianya proses ‘reinvent’ falsafah melalui usaha ‘reshape,recreate,rethink and remould’ dalam sosio-politik Negara kerana ia akan meliputi perubahan total seluruh pandangan hidup, system nilai dan budaya setiap warga Malaysia. Selain itu Negara terhapus daripada apa yang saya gelar sebagai anasir-anasir pengganggu (penyangak makhuk perosak dan pengambil kesempatan) daripada kecelaruan perkauman. Kehadiran mereka perlu disedari ketahap kewaspadaan yang tinggi.
Visi ulama ini hendaklah juga diterima baik oleh setiap warganegara Malaysia samada yang Islam atau tidak kerana ia akan mengembalikan identiti bangsa Malaysia dan menyedarkan setiap manusia tentang betapa pentingnya nilai-nilai baik sebagaimana yang terdapat dalam Islam. Gagasan ‘Kerajaan Perpaduan’ tentu sekali tidak bermaksud untuk mengislamkan mereka yang bukan Islam, tetapi menepati juga konsep 1Malaysia wawasan Najib.
Saya juga rasa teruja apabila gagasan ini pula telah mendapat komen positif daripada Najib.
Semua harus berusaha meningkatkan visi tentang masa depan masyarakat kita keperingkat pemikiran yang lebih sofistikated dan dari perspektif itu membentuk pertimbangan wajar tentang unsur-unsur dari PAS dan UMNO yang dapat dimanafaatkan tanpa melenyapkan keperibadian dan peradaban kedua pihak.
(rujuk entri saya bertajuk:Permulaan bagi satu permulaan bertarikh:20 April 2009)
Teras UMNO ialah Islam. PAS pun paksinya Islam. Rasanya dengan masing-masing berlapang dada tidak ada sebab gagasan ini akan gagal. Kecuali Islam kedua-dua parti ini jelmaan Al-Khazab modern. Islam penipu yang tidak bolih dimaafkan.
Kepada non muslim, Islam menjalinkan ikatan diantara manusia dengan Hablun minallah adalah hubungan hamba dengan khaliqnya, sementara Hablun Minannas adalah hubungan antara manusia dengan manusia untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat.Berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, kasih saying,toleransi, kefahaman serta keadilan. Dengan itu sikap bermusuhan, perbalahan dan syak wasangka terhindar. Hak-hak dan kepentingan warga bukan Islam dapat dipertahankan tanpa sebarang diskriminasi kerana tujan akhir ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, toleransi harmoni aman dan makmur. ‘Religion is meant to be a cause for people to come together and should not be a cause of discord and misunderstanding among them’
Politik perkauman sempit dan semangat kenegerian yang fanatic juga harus dihindar oleh semua pihak kerana ianya boleh menjadi “api dalam sekam” yang mampu memusnahkan segala pencapaian Negara pada masa depan. Tragedi 13 mei 1969 sudah cukup mengajar kita betapa muliaya makna toleransi dan berbaiksangka di antara kaum dan agama.
Selain daripada itu, konsep pembangkangan dalam sistem demokrasi kita sekarang hendaklah diorientasikan semula agar pembangkang dapat berperanan menjadi “hati nurani” rakyat (the people’s conscience) menyeimbangkan kuasa pemerintah sementara golongan pemerintah pula mestilah menjadi pembela dan pelindung sebenar rakyat. Penyatuan dan penzahiran fungsi kedua-dua pihak ini sudah tentu akan mewujudkan demokrasi yang matang dan progresif.
Semoga ‘Kerajaan Perpaduan’ diperhalusi oleh semua pihak.Sesuai dengan keperluan dan keadaan masyarakat majmuk Negara ini. Pendekatan agresif yang boleh mencemarkan imej Islam hendaklah ditolak.. Hak-hak non-muslim wajib dipertahankan dan dilindungi secara adil dalam segala kesyumulan, kesempurnaan dan kesejagatan. Kebebasan adat resam dan budaya mereka juga hendaklah dipertahankan.
Nik Aziz masih fobia dengan sejarah silam. Ini adalah ciri-ciri kelesuan dan kemalasan berfikir ulama Islam. Dalam keadaan yang kritikal ini kita mohon Nik Aziz, Hj Hadi, Najib dan Muhyidin sebagi 4 saudara Islam; gabungan ulama dan umara yang akan merealisasikan gagasan ini dengan jayanya.
Tidak ada sesiapa yang mengatakan bahawa ini adalah tugas yang senang. Pun begitu janganlah menggunakan kesukaran sebagai alasan tidak mahu melakukan apa-apa.
Mahu kah kita mengalami delima seperti Hang Tuah yang menyoal dirinya “Siapakah yang bersalah: Aku atau Jebat?” Akhirnya pahlawan Melayu itu hilang entah kemana. Mati dengan penuh penyesalan.
Mungkin ketika itu masa sudah terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment