Tuesday, 2 June 2009
BN dan PR semuanya Haprak
Perlukah kita menyangi sebuah mahligai, walaupun ia dibina dengan penat lelah melalui keringat, darah dan air mata andai ianya penuh sesak dengan pelacur-pelacur dan pengunjung-pengunjung yang bertandan untuk melacur.
Begitu juga dengan UMNO. Walaupun ia dewasa dengan perit-jerih para pemimpin dahulu tetapi telah dilacurkan hingga dijangkiti AIDS dan HIV. Apa ditunggu lagi? Matikan. Tamatkan penderitaan dan keazaban yang ditanggung. Itulah cara untuk menghentikan sengsara UMNO. Semoga para tetamu yang penuh sesak itu terpinggir dan mati beragam.
Saya berpendapat, menyokong UMNO seolah-olah menyokong segala perbuatan mungkar yang terdapat dalam UMNO. Malah menyumbang kepada penderitaannya berlanjutan.
Apakah orang-orang Melayu yang majoritinya bukan ahli UMNO ingin dilabelkan sebagai pelacur juga? Atau kaum yang mengidap AIDS dan HIV. Tentu sekali kita tidak mahu begitu. Kalau sudah tidak mahu ,jom!, gerakkan sesuatu kearah dimensi baru dalam gerakan orang melayu sekarang. Melayu yang hidup tanpa alternatif adalah melayu yang mati sebelum mati.
Anak ,cucu dan cicit orang melayu tidak perlu mewarisi tempat yang kotor itu. Anak muda Melayu generasi ini harus bangkit sebagaimana kebangkitan anak muda zaman penjajah dahulu. Bulatkan tekad. Bersatu ujudkan landasan baru. Jelmakan imej Melayu yang merdeka mindanya. Semangat yang dizahirkan melalui kesedaran serta keinsafan yang mendalam akan lebih bermakna daripada hidup bagaikan lembu kerikil, hidung ditindik, punggung dibantai. Kalau matipun ada harga diri.
UMNO hanya layak diletakkan dalam galeri sejarah sahaja. Liku-liku hayatnya dijadikan pedoman dan sempadan. Agar Melayu tidak sesat lagi. Parti-parti dalam BN dan juga dalam PR sudah ketinggalan zaman. Mereka sudah hilang punca dan erti perjuangan. Asyik bertelagah tanpa batasan. Menghabis wang Negara dengan berbagai kerenah konfrontasi politik antara mereka.
Apa yang hendak diharapkan dari BN? Parti sekecil PPP tidak habis-habis dengan isu 2 sidang yang menghasilkan 2 Presiden. Gerakan dengan usul untuk membawa balik Komunis Chin Peng. MIC sudah lama mewujudkan system ‘diktator’. MCA dengan pergeseran dan persengketaan Presiden dan Timbalannya bagaikan puak-puak ‘Ghee Hin dan Hai San’. Mahukah kita berada dalam bahtera yang kucar-kacir? Orang yang ada sijil gila pun rasanya tidak sanggup, apatah lagi kita yang waras ini.
Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Dua kali Lima. PAS dengan impian Negara Islam. Berpecah pula diantara gulungan Ulama dan sekular. Dalam ulamak dan sekular ada pula bani ‘Erdogan”. Kekalutan ini sebenarnya adalah tanda huru-haranya parti Islam itu. Sementara Parti Keadilan Rakyat pula dipimpin oleh jaguh pidato yang ‘moralnya’ disangsikan. Tidak ada arah. Destininya ialah dendam. Sanggup diperkudakan asal dendam berbalas. Apa kurangnya DAP- parti cauvanis dan perkauman. Teras perjuangannya ialah akan berjuang mati-matian melawan PAS sekirannya dapat memerintah. Waktu itu jika berlaku pertembungan dengan PAS Anwar tentunya akan mati tersepit macam cicak kubing. Hasilnya ‘buang masa’ sahaja.
Wahai Melayu di Tanah Melayu! Sebelum dipijak, bangkitlah dengan cara baru untuk sama-sama kita menongkah gelombang jadi bangsa yang terbilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment