Thursday 28 May 2009

PAS Bukan Hamas;UMNO Bukan Israel



Sejarah pertembungan Israel dan Palestine adalah rentetan ‘salahkira’ hisab(miscalculation) oleh pimpinan Palestin.

Hamas umpamanya begitu yakin dan takbur selepas tentera Israel dipaksa berundur dari Lebanon akibat bedilan bertalu-talu Hisbullah. Mereka anggap itulah strategi yang paling lunak dan boleh diamalkan di Gaza. Mereka anggap Israel sebenarnya pengecut walaupun ada kekuatan ketenteraan. Lalu mereka mencabar supaya Israel menyerang mereka. Mereka akan jadikan Israel bagai ‘harimau kertas’ yang tidak bertaring.

Keseluruhan pemimpin Hamas dulu,kini dan selamanya masih lagi melaungkan rhetoric bahawa mereka sebenarnya pejuang Bangsa Palestin yang ulung.

Nyata anggapan mereka salah.Sebenarnya mereka adalah pengkhianat secara tidak langsung terhadap bangsa dan agama mereka sendiri.

Israel ada kekuatan tersendiri. Bangsa Israel cekal dan bersatu. Ada kuasa ketenteraan. Apatah lagi dengan sokongan daripada sekutu-sekutu seperti Amerika. Mereka berundur dengan strategi. Sejarah membuktikan mereka telah melayan dengan tindakbalas yang akhirnya menyeksa rakyat palestin hingga sekarang.

Apa yang saya perhatikan dalam kemelut politik Negara Malaysia, PAS juga masih belum belajar dari sejarah ini. PAS juga tidak mempunyai matematik yang sesuai dalam menghadapi kerenah BN. Dengan BN tidak meletakkan calon di Penanti kononnya BN sudah jadi pengecut. Takut kalah dan seumpamanya.

Sepertimana Hamas, PAS juga menggunakan strategi mencabar. Cabar supaya Kerajaan BN menyerang mereka melalui pilihanraya kecil atau besar. Mereka juga anggap BN bagaikan ketandusan strategi. Malah ada pemimpin PAS dengan takbur memberi gambaran mereka sahaja boleh mengalahkan UMNO dan BN .UMNO akan diburu hingga ke lubang cacing sekali pun.

Dalam siri pidato keseluruh pelusuk Negara,mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang ‘Bangsa Malaysia’. Orang putih kata “PAS leaders enjoyed posing as heroic fighters for the rights of Malaysians bersama PR “. Sementara orang melayu yang tidak buta matematik merasakan PAS akan derita dipenghujung jalan. Gagasan yang baik pun kalau perjalanan yang berlandaskan takbur akan dimurkai Allah SWT. Dan tidak digemari manusia.

Berbalik pada Hamas, akhirnya apabila Israel bertindakbalas, segala ‘lubang cacing’ mereka telah diselongkar. Di dalam lubang-lubang cacing yang sudah berselerak pun Hamas ,dalam keadaan terjelir-jelir macam biawak pasir, masih lagi beretorik akan hancurkan Israel.

Sebaliknya Israel, apa pun tekanan dari masyarakat antarabangsa dengan gah dan berani menyanggah bahawa tidak akan ada gencatan senjata selagi Hamas tidak memberhentikan bedilan ke rumah-rumah rakyat dan Bandar-bandar Israel.

Tidakkah sama senario perlakuan PAS dan sekutunya dalam PR di Perak dengan apa yang terjadi di Gaza? Ini melambangkan sikap pemimpin PAS dan Hamas , tidak bercirikan kepimpinan berhemah sebagaimana pemimpin yang diperlukan oleh Islam; ia itu ‘bijaksana’.

Saya yakin BN dan UMNO sebagai tulang belakang Kerajaan Persekutuan tidak akan tunduk kepada kemahuan pembangkang bagi mengadakan pilihanraya di seluruh Perak. Takkan tidak boleh kesan. Kalau tidak boleh kesan maknanya pembangkang sudah hilang deria bau.

Setakat ini PAS ketandusan tokoh pemimpin modern yang berjiwa besar seperti Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela. Seorang yang mampu menjadi mediator bagi mengatur tawar menawar yang berkesan untuk mendapat kuasa secara tertib dan teratur dengan UMNO. Pemimpin yang tidak berselimut dengan rasa dendam dari sejarah silam. PAS mampu melakukan negosiasi memandangkan penambahan sokongan yang memberangsangkan pada PRU 12 dahulu.Allah SWT membantu PAS bukan untuk PAS menyombong diri tetapi untuk meneliti hikmah disebaliknya.

Nelson Mandela yang saya ajukan ini bukan lah dirujuk sebagai tokoh agama, tetapi personality dan karekter yang beliau miliki, mampu menumpas kekejaman apartheid di Africa. Bukan melalui pertumpahan darah berterusan tetapi dengan lidah perbincangan yang berbisa. Begitu juga Mahatma Gandhi dengan prinsip 'Satyagraha'sewaktu menumpas British di India.Pemimpin 'kutu-gerahak' ramai dalam PAS.

Saya yakin sekiranya PAS dapat menzahirkan pemimpin seperti ini, umat Melayu dan Islam bersama-sama bangsa-bangsa lain bergabung mampu mencapai kegemilangan dalam semua bidang termasuk peluang-peluang ekonomi dan politik dengan sukses dalam satu Malaysia. Pertelingkahan politik yang keterlaluan akan membazirkan masa dan potensi umat semata-mata.

Najib dan Muhyidin jangan bongkak. Lamaran kearah kebaikan yang lebih temadun hendaklah disambut dengan penuh keimanan. Silat Melayu tidak semestinya berlawan keris, ia juga melambangkan gerakgeri lembut dan berdisiplin serta menghiburkan audien. Dalam konteks politik, rakyat adalah audien. PAS,UMNO dan Parti-parti lain adalah kepunyaan rakyat. Gabungkan mereka dalam satu wadah dan bernakhodalah sepanjang zaman silih berganti.

UMNO bukan Israel dan PAS bukan Hamas. Betulkan matermatik iman dan BERSATULAH!! Sebagai manusia yang ada temadun.

“Amazing things will only happen when we put our talents together”

Pertelingkahan hanya menghasilkan ‘Abu ‘dan ‘Arang’ yang tidak bermutu.

Wednesday 27 May 2009

Bangkit Roh Melayu Semangat '46

1. PKM(parti Komunis Malaya) telah ditubuhkan pada tahun 1930. Iltizam perjuangan mereka ialah membebaskan Malaya dari penjajahan Inggeris tetapi kemudian membentuk MPAJA dengan British dan mendapat kerjasama nasionalis menentang Jepun.

2. Asas penubuhannya ialah untuk membentuk Republik Komunis Malaya dengan pengaruh kebangkitan Mao Tse Tung dari Tanah Besar Tiongkok.

3. Selepas tamat perang mereka terpaksa bercerai kerana ‘tidur sebantal mimpi lain-lain’. Agaknya macam Pakatan Rakyat sekarang ini lah.


4. Lebih tepat lagi macam PAS dengan DAP. Selepas PRU 13 nanti andainya PR dapat majoriti, PAS mungkin akan senasib dengan PKM.Kerajaan PR yang dianggotai DAP(parti chauvanis) dan Parti KeAdilan Rakyat yang berbagai kaum tentunya akan menghalang PAS untuk mengujudkan Negara Islam.

5. PAS terpaksa ‘berjihad’ macam Taliban. Hj.Hadi atau Nik Aziz akan bersekutu dengan Osama Laden. Akhirnya bukan sahaja akan jadi buruan ‘kerajaan baru’ tetapi juga akan diburu Tentera Bersekutu Barat dan Amerika.Sepertimana nasib Afghanistan dan Iraq. Hutan sudah gondol. Nak berlindung dah tidak ada tempat. Kawasan balak-balak besar dalam hutan belantara dah digondol.Takkan nak berselindung disebalik pokok paku-pakis.


6. UMNO pada waktu itu mungkin sudah berselerak jadi pengemis. Tentunya tidak ada manusia nak jadi pemimpin UMNO. Tak ada hasil mahsul. Buang masa.Maka rebutan kuasa dan rasuah dalam UMNO pun terhapuslah dan damai abadilah UMNO sebelum sempat jumpa Al-Ghazali dan Al-Shafie. Maka laginya hilanglah segala penyakit UMNO.

7. Akhbar-akhbar arus perdana pun akan bertukar wajah. Jadi lidah rasmi kerajaan baru. Waktu itu segala ‘kemaluan’ UMNO akan dipamirkan didada akhbar setiap hari sehinggalah rakyat didoktrinasikan dengan perasaan jijik melihat melayu UMNO sebagaimana jijiknya rakyat mendengar nama Chin Peng sekarang.

8. Nama-nama besar yang berbatang –tubuh besar macam Najib pun akan ditenggelamkan macam ‘tenggelamnya kapal Van de vick’.

9. Kalau lanskap politik begini terjadi, nyatalah Melayu dalam UMNO dan Melayu dalam PAS tidak boleh diharap.

10. Sebelum episod ini terjadi, sudah sampai masanya NGO-NGO Melayu dan Melayu yang tidak berparti bangkit dan menubuhkan ‘Parti Melayu Baru’ yang sejati dan ‘sengoti’. Sebagaimana kebangkitan semangat pada tahun 46 dahulu.

11. Melayu yang tidak boleh diharap yang berada dalam PAS,UMNO dan sedikit dalam Parti KeAdilan hanya berjumlah tidak lebih daripada 5 juta manusia sahaja. Sedangkan Melayu yang tidak berparti dan NGO-NGO Melayu dan Jebat-jebat si anak tani ada tiga kali ganda lagi ramai jumlahnya. Inilah Melayu yang ada majoriti.

12. Tepuk dada minta ilham dari Allah Ta’ala. Jangan minta dengan nafsu dan bekerjasama dengan iblis macam Tok ‘Gurau’ dan ‘Tok Garu’ Nik Aziz. DAN Jangan ambil panduan dari kitab ‘SHIT” Shahnon.

Saturday 23 May 2009

Call A Spade, a Spade


Augustine was the first to analyze the lie from a philosophical and theological angle. He pointed out that God gave language to humanity not for deceiving each other, but for sharing one's thoughts. He saw words of language as an expression of the spirit, and it is against their nature to serve the lie. Language is meant to lay thoughts open, not to conceal them.

So, speak your mind . Call a spade, a spade. Abhor and have zero tolerance to personal judgements.

A Guideline to PRU 13

Daily we watch our government do things which
then have dramatic effects on our lives. Does it
feel like we have government of the people, by
the people, and for the people? Does it feel like
our government is making wise decisions? Are
we happy with the way our government works?
Do we have any choice in the matter?


From scholars to students, from leaders to peasants and on top of all we fellow citizens please do not hesitate to make appropriate choice when the time comes. Tell them we are no more ‘a bloody fool’.

The majority are non-partisan thus not glued to any political rhetoric doctrinarian.

So it is time for the majority to free the heart, mind and voice of We, the People into its innate power to generate wisdom for the good of all.
Doing this would make all the difference in the Malaysia

Friday 22 May 2009

Ku Li Anak Raja Berjiwa Rakyat

Unsung Hero:Wira Yang Tidak DiDendang








Biography for Tengku Razaleigh Hamzah
Last Updated: 01/15/2009 - Able2Act
First Name: Tengku Razaleigh
Last Name: Hamzah
Title: Member of Parliament for Gua Musang, Kelantan
Country: Malaysia
Date of Birth: 13/04/1937
Place of Birth: Kota Bharu, Kelantan
Spouses:
• Noor Abdullah (current)
Education:
Primary
• Padang Garung Malay School, Kota Bharu, Kelantan.
Secondary
• Sultan Ismail College, 1954 Kota Bharu, Kelantan.
• Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak.
• Anderson School, Ipoh, Perak.
Tertiary
• Queen's University, Belfast, Northern Ireland. 1959 B.A (Econs)
• Lincoln's Inn, London. 1960-1961 (did not finish his studies due to his father's death)
CV:
• 1961 Runs his father's business.
• Oct 1965 Executive Director of Bank Bumiputra.
• 1965 Organizer, the first Bumiputera Economic Congress.
• 1969-1974 State Assemblyman for Ulu Kelantan, Kelantan.
• Sep 1970 Chairman and Managing Director, Bank Bumiputra Malaysia Berhad. (BBMB)
• Nov 1970-Oct 1976 Chairman, National Corporation Berhad (PERNAS).
• 1971 Leader of the 1st Unofficial Malaysian Trade Mission to China.
• 1972-1982 Chairman of Fleet Group.
• Chairman, International Monetary Fund's Annual Meeting.
• Sep 5, 1974 Chairman and Chief Executive of PETRONAS.
• 1974-1986 Member of Parliament for Ulu Kelantan, Kelantan.
• Mar 5, 1976-Jul 1984 Minister of Finance.
• Jul 14, 1984-Apr 29, 1987 Minister of Trade and Industry.
• 1986 Member of Parliament for Gua Musang, Kelantan.
• Oct 30, 1988 Offered a cabinet post as Minister Without Portfolio but he rejected it.
• Oct 7, 1996 Parti Melayu Semangat 46 agreed to dissolve their (NST paper) seven-year-old party, and make preparations to return to Umno en bloc. Thus ending S46's span as a political organisation.
• Oct 9, 1996 Tengku Razaleigh and some 200,000 former Parti (NST 2* paper) Semangat 46 members automatically became members of Umno when Tengku Razaleigh handed over 200,000 membership forms to Umno president Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad in a historic ceremony at the Putra World Trade Centre.
• Adviser (Volunteer), National Economic Recovery Plan (MTEN).

• 1962 Chairman of Hulu Kelantan's UMNO Division. Deputy Chairman, Kelantan State UMNO Liaison.
• 1963 Secretary, Kelantan UMNO State Liaison Committee.
• 1963 Appointed member of the UMNO Supreme Council.
• 1967 Deputy Chairman of the Kelantan UMNO State Liaison Committee.
• 1969- 1974 UMNO Opposition leader in the Kelantan State Legislative Assembly.
• 1971-1984 Member of UMNO Supreme Council and was appointed its treasurer.
• 1971 UMNO Member of the Economic Bureau.
• 1972-1984 Chairman of the Kelantan State UMNO Liaison Committee.
• 1972 UMNO Opposition leader of the PAS controlled Kelantan State Assembly.
• Jun 25, 1972 Member, UMNO Supreme Council.
• 1974-1981 Vice President of UMNO.
• 1981 Lost in his bid for the UMNO Deputy Presidency to Datuk Musa Hitam by 205 votes.
• 1984 Lost in his bid for the UMNO Deputy Presidency to Datuk Musa Hitam by 243 votes.
• Apr 24, 1987 Lost in his bid for the UMNO Presidency to Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad by 43 votes.
• Jul 1989 Member of Semangat 46.
• Oct 1989-Oct 1996 President of Semangat 46 (T. Razaleigh formed Semangat 46 in 1989).
• Jul 1992-Oct 7, 1996 Gagasan Rakyat President of Gagasan Rakyat.
• Oct 1996 Joined Umno as an ordinary member.
• 1998 Division Chief, UMNO Gua Musang Division. (Elected when its incumbent Mohamed Saufi Deraman did not seek re-election).
• Jun 1999-May 2000 Chairman, UMNO Kelantan Liaison Committee.
• Sep 1999-May 2000 Appointed UMNO Supreme Council Member.
• June 30, 2000 Appointed Member, UMNO Supreme Council.
• Mar 2001 Chief, Gua Musang UMNO Division. Won Uncontested.
• 2003 Chief, Gua Musang UMNO Pro-tem Committee.

• 1964 Indian Overseas Bank. Adviser
• Oct 1965 Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Executive Director (BBMB)
• Sep 1970 Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Chairman & Managing (BBMB) Director
• Nov 1970-Oct 1976 Perbadanan National Berhad. Chairman (PERNAS)
• 1972-1982 Fleet Group. Chairman
• Sep 5, 1974-1980 Petroliam Nasional Berhad. Chairman & Chief (PETRONAS) Executive
• Malaysian National Insurance Chairman Sendirian Berhad.
• Asian Development Bank. Chairman
• Bumiputra Investment Foundation. Deputy Chairman

• Court of Fellow Member, Malaysian Institute of Management (MIM).

• 1973-1976 Chairman, Malaysian Institute of Management (MIM).
• 1975-1977 President of the ASEAN-CCI.
• Apr 1982-Jun 1989 President, Outward Bound Trust of Malaysia (OBT).
• Apr 14, 1986 Honorary Life Membership of the Pacific Area Travel Association (PATA).
• Mar 1987 Patron of the National Movement of United Artistes and Cultural Organisation Malaysia (PAKAR).
• Adviser (Volunteer), National Economic Recovery Plan (MTEN).
• Aug 1999 Member, National Economic Consultative Council (MAPEN II).
• Chairman, The Malay Education Congress (MEC).

• President, Rotary Club.
• 1997 Patron, Nusa Mahsuri Badminton Club (NMBC).
• May 1971 : Led Malaysia's first unofficial trade delegation to China.
Awards: Jul 1971 S.P.M.K. Sri Paduka Mahkota Kelantan, Kelantan. Dato'
Jun 6, 1973 P.S.M. Panglima Setia Mahkota, Agong. Tan Sri
Jul 1975 Father of Malaysia's Economy, Malay Chambers of Commerce and Industry.
Jul 1978 D.K. (Kelantan)
Oct 24, 1980 S.S.A.P. Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, Pahang. Dato' Seri
Mar 8, 1982 S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota Selangor, Selangor. Dato'
Jun 2004 Anugerah Tokoh DPMM-Jasamu Dikenang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Compilation by Silobreaker

Kontrak Sosial - Tan Sri Muhyidin Masih Tidor?


Kontrak sosial' bertentangan dengan konsep Bangsa Malaysia?

Prof Khoo menyatakan bahawa kontrak sosial wujud sebelum kemerdekaan sewaktu dalam merangka perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia berdasarkan Akta 153, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang mana antaranya menghormati dan mengiktiraf bahawa Islam dan Bahasa Melayu adalah Agama dan Bahasa Rasmi Negara. Tentang bangsa Malaysia, beliau hanya menyatakan bahawa ia hanyalah sebuah perkataan yang bermaksud 'Nation' bukan 'Race'. Maka, yang dimaksudkan bangsa Malaysia, ia adalah sama dengan Negara Malaysia.

Article 153


1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.


2. Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.


3. The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.


4. In exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.


5. This Article does not derogate from the provisions of Article 136.


6. Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.


7. Nothing in this Article shall operate to deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him or to authorised a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of a person any permit or licence when the renewal or grant might reasonably be expected in the ordinary course of events.


8. Notwithstanding anything in this Constitution, where by any federal law any permit or licence is required for the operation of any trade or business, that law may provide for the reservation of a proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak; but no such law shall for the purpose of ensuring such a reservation-


* (a) deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him;


* (b) authorise a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any person any permit or licence when the renewal or grant might in accordance with he other provisions of the law reasonably be expected in the ordinary course of events, or prevent any person from transferring together with his business any transferable licence to operate that business; or


* (c) where no permit or licence was previously required for the operation of the trade or business, authorise a refusal to grant a permit or licence to any person for the operation of any trade or business which immediately before the coming into force of the law he had been bona fide carrying on, or authorise a refusal subsequently to renew to any such person any permit or licence, or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any such person any such permit or licence when the renewal or grant might in accordance with the other provisions of that law reasonably be expected in the ordinary course of events.


1. (8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places, it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yank di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.


9. (9) Noting in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.


1. (9A) In this Article the expression "natives" in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in Article 161A.


10. The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions of this Article.


Adakah orang Melayu dan Bumiputra sudah bersedia menghapuskan Article 153?
Suara rakyat boleh lakukan di parlimen. Kalau ini terjadi apa akan jadi?

Maka, apakah subjek "Sejarah Malaysia' adalah wajar diperingkat sekolah rendah?

Ya, satu cadangan yang baik, tetapi biarlah ia diajar secara supaya pelajar-pelajar tadi berfikir. Beliau tidak suka subjek sejarah hanya diajar secara 'lepas batuk ditangga' dan untuk peperiksaan semat-mata. Malah bila periksa, maka hanya perlu jawab samada A, B, C atau D. Kata beliau, "Kalau kita ajar kucing menulis pun, silap-silap kucing tu pun boleh dapat A dalam subjek sejarah..".

Satu perkara lagi, silibus sejarah itu biarlah orang yang berkelayakan membuatnya, bukannya orang politik atau lebih teruk lagi mereka yang tidak faham sejarah. Kita mempunyai ramai ahli sejarah yang terbilang, biarlah mereka ini yang menggubal sejarah Malaysia kita, bukannya mereka yang mempunyai agenda politik dan sejarah menjadi bahan propaganda...

Ada satu artikel yang diceduk, menarik untuk dibahaskan....(mungkin agak keras):

In response to Tan’s RACIST remarks: Make ‘Malaysian History’ a compulsory subject

The Sun, Thursday, October 16, 2008: PM wants Wanita Gerakan chief to clarify statement. Tan disputed the status of the Malays as the original inhabitants of this country. Throughout history, this country is known as Malaya in a Malay Archipelago . When the British were here, there were such Federated Malay States and Non-federated Malay States, later known as Persekutuan Tanah Melayu, before Malaysia (even about to be Malayan Union). With these names without doubt, it is associated with the Malays, as a race and indigenous people of the country.

Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim as a well-known historian has umpteen times clarified this issue off and on. Yet still be disputed by Datuk Tan Lian Hoe. Public feel disgusted and some may demand her Datukship should be withdrawn and Deputy Information Minister’s post relinquished.

The Chinese as a race are all over the world. They commonly have three names compared to the mainland Chinese whose names are only two. Tan by her surname could trace back her ancestors from Mainland of China.

The leaders in China have asked all overseas Chinese to domicile peacefully, to respect local customs and inhabitants, as Mainland Chinese are reluctant to have them back in China . Chinese in Malaysia became citizens via Jus Solai by August 31, 1957 which not many countries in the world have practiced this.


Therefore, “make ‘Malaysian History’ a compulsory subject in both in Primary and secondary Schools.

Tan Sri Muhyidin !! tunggu apa lagi? Dulu kata Pak Lah lembab, suka tidor.Tan Sri pun nampaknya masih lena lagi dengan title 'Deputy Prime Minister Of Malaysia'.

Wednesday 20 May 2009

From Nik Amir & 3 Abdul To Nik Abduh & Nik Aziz With Love


Penasihat yang tidak 'sihat moral' sebenarnya adalah penjenayah Agama yang amat besar. Apatah lagi ungkapan Nik Aziz merentasi seantero negara. Mereka ini patut di'HUDUD'kan oleh Nik Abduh dan generasi baru dalam PAS.

Sekarang ini PAS dah mula 'pick-up'. Janganlah 'hujan ditengah hari' akibat menghamburkan kata-kata tanpa membuat kajian yang baik.Kalau dah tahu ayahnda dikelilingi penasihat 10% macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee '3 Abdul',Nik Abduh!! nasihatlah ayahnda Nik Aziz supaya jangan celupar. Takut nanti PAS,Nik Aziz dan Penasihat-penasihat kena lelong.

Percayalah kalau nanti dah kena lelong PAS akan terkapai-kapai untuk pulih dan berada seperti situasi sekarang dalam politik negara. Atau mungkin dikapankan selama-lamanya oleh Allah SWT.

Ini bukan perkara baru. Dalam apa jua organisasi memang terdapat penasihat yang tidak sihat seperti ini merata-rata. Cuma pemimpin yang baik mestilah menilai secara komprehensif mutu nasihat itu.


UMNO sekarang pun mempunyai masalah yang sama. Mempunyai penasihat-penasihat dari spesis yang sama. Masalah dalam UMNO sudah jadi macam 'HIV'. Sudah tidak ada imuniti lagi. Untuk pulih, UMNO perlu kepada 'miracle'.Keajaiban atau 'Miracle' hanya datang 100 tahun sekali pada setiap orang. Hayat UMNO belum sampai 100 tahun. Ini memberi erti UMNO akan mati dan dikapan dahulu. Mungkin ia akan berlaku pada PRU 13 ini kalau tidak disuntik dengan suntikan ajaib yang lebih ajaib.Jangan biarkan fenomena ini merebak dalam PAS. Majoriti ahli PAS ialah Melayu dan Islam. Dalam UMNO pun sama. dalam PAS, Melayu tidak dapat diIslamkan dengan baik sementara dalam UMNO, Melayu dengan islamnya yang layu.Macam kayu mati.Tidak berkembang.Tunggu reput menjemput.

Kalau PAS dan UMNO reput,kemana sudahnya orang Melayu Islam. Sudah tidak sudah, akan jadi bangsa Palestin.



Berbalik tentang kisah Nik Aziz ayahnda Nik Abduh yang dikasihi. Sebagai Mursyidul jangan jadi macam 'wayang kulit'.Ikut apa Tok Dalang cakap. Nanti hilang nilai dan roh holistik title sebagai 'Mursyidul'.Lagi pula akan dilabelkan sebagai 'Nik Aziz Mursyidul Wayang Kulit'.

Dalam hati kecil orang-orang melayu hanya ada dua parti yang menjadi taruhan mereka; Ia itu PAS dan UMNO. Tetapi kalau kedua-duanya maut, maka mautlah harapan melayu yang majoriti.Kalau begini dan begitu jadinya, nyatalah Melayu memang ditakdirkan bukan satu bangsa yang boleh dimerdekakan.

Dahulu pun Empire Melayu cukup luas dan gah. Tidak termasuk akal bahawa Melayu akhirnya dijajah. Empire hancur lumat.kerana Apa? Kerana penasihat dan pembesar yang iri hati, dengki, tamak diantara satu sama lain.



Zaman ini pula Allah SWT memberi peluang kedua kepada Melayu untuk membina kekuatan dengan iltizam Islam. Nampaknya peluang yang telah disediakan disia-siakan dengan watak-watak PHD(perasaan Hasad Dengki).Langit akan menurunkan bala.Bila bala diturunkan ia tidak menimpa kepala para penasihat yang celaka dan anak pinak mereka sahaja, tetapi kita semua akan dilibatkan. Sebagaimana pupusnya kaum-kaum yang telah dipupuskan oleh Allah SWT.

'Demi masa sesungguhnya kita akan berada dalam kerugian'..kalau kita semua, termasuk Nik Abduh berdiam diri semata-mata kerana kepentingan peribadi.

SHAMSUDDIN EL-ASKAREY: NIK ABDUH MENGINSAFKAN SAYA#comment-form

Monday 18 May 2009

Era Mahathir: Segala-galanya Bermula Di Sini

Bukanlah niat saya untuk memperkecil-kecilkan jasa dan bakti Tun Mahathir pada Negara dan bangsa.Dalam aspek membangunkan bangsa secara materialistik Tun Mahathir telah membuat lompatan berganda. Memodenkan Negara bukan perkara kecil. Beliau mampu melakukannya. Dalam sesingkat masa pula.

Kejayaan beliau mencerminkan keupayaan merangka strategi-strategi yang sistematik,bersepadu dan menyeluruh. Beliau telah melibatkan semua pihak, baik didalam mahu pun di luar kerajaan.

Malangnya kalau kita sorot kembali kelibat perbuatan ‘confrontational’ dengan Tunku, nyata beliau telah menyuntik dose-dose negative dalam UMNO dan bangsa melayu. Secara berselindung tindakan beliau itu , merupakan ‘renewal’ kepada bangsanya. Konon.! Untuk itu beliau dilihat membuat revolusi mental secara berkesan tetapi sebenarnya beliau telah ‘menghaiwankan manusia’(dehumanize mankind).Penuh dengan kesesatan budaya.Sehingga pola dan corak masyarakat UMNO telah dijerumuskan kemudaratan. Sedar atau tidak dalam masa yang sama beliau adalah ‘Tok Guru’ yang menanam sikap ‘kurang ajar’ kedalam budaya orang melayu yang begitu murni sebelumnya.

Persaingan materialistik yang tidak disimponikan dengan kekebalan rohani dan spiritual telah menzahirkan ahli UMNO yang rakus,tamak dan haloba tanpa sempadan. Budaya ini berkembang semasa era Tun Mahathir. Ia seolah tidak dapat dikawal lagi.


Saya ingin mengajak saudara-saudara sekalian mengimbau kembali rentetan nasib yang menimpa Tunku Abdul rahman, Tun Husein Onn dan Tun Abdullah Ahmad. Cuma masa dan cara sahaja berbeza. Sementara Tun Abdul Razak di S.O.S.kan oleh takdir. Beliau meninggal sebelum diapa-apakan. Kalau tidak mungkin lebih parah lagi.
Pada pendapat saya Tun Dr.Mahathir mengidap satu jenis penyakit “ I am right, you are wrong” yang membarah dalam darah dan nadi beliau. Tingkahlakunya, dulu kini dan sebelum mati saya labelkan sebagai “Cultural Imperalism” dalam bajunya tersendiri.

Ramai pemimpin yang berkaliber di tuba. Moral Tg. Razaliegh diracun. Nasib baik YBM Tg Razaliegh ada 9 nyawa macam bateri ‘eveready’. Masih lagi bernafas dalam politik walupun dalam lumpur. Musa Hitam bagaikan terpaksa meminum racun dan menamatkan riwayat politiknya sendiri. Pak Ghaffar lara membawa diri. Anwar Ibrahim sasau hingga hari ini. Pak Lah di ‘sayonara’ penuh keterpaksaan dengan ‘hina-dina’nya.



Dibawah ini ada dua surat dari dua pemimpin zaman. Iqrak lah. Cari makna yang tersurat dan tersirat. Siapa fitnah siapa? Ini lah contoh ‘Jigsaw’ politik bangsa melayu.(UMNO)

Mahathir Pelupa: Surat Mahathir Kepada Tunku- Menangguk Di Air Keruh.

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naĂŻve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos.

Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.


Patek Yang Ikhlas,


(Dr. Mahather bin Muhammad)


Penjelasan TUNKU:
"Saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap" -YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.


"Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang-orang lain menentang saya.

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? TentuIah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keseluruhannya, dan bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya peristiwa 13hb. Mei. Dengan memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri sendiri semasa saya memegang jawatan Perdana Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal sebaliknya saya sentiasalah menaruh kesedaran yang sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan yang baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu itulah yang telah menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah yang mengatakan sayaIah yang bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu.

Dr. Mahathir sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan juga penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman itu.

“Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas, bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedihkan itu.

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di atas sekeping kertas dengan tidak mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan pemimpin yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya semasa kekacauan itu adalah satu tuduhan yang paling dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tengah malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentuIah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentuIah sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr. Mahathir juga menyebut bahawa anggota-anggota pasukan keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. lni menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya.

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka “pelampau” atau “bijak pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk disiasat dan diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang-orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr. Mahathir dibawah undang-undang jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka mengambil tindakan menurut undang-undang biasa negara supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di dalam dan juga luar negara, dan ini merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang demikian saya tidak sekali-kali akan menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan sebab adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk mengembalikan ketenangan hati saya.

(Petikan dari buku 13 Mei - Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)

Orang yang jauhari mentafsirkan politik sebagai ‘the art of possible’. Inilah yang menyebabkan moral dan politik sukar diadunkan secara harmonis.’The art of possible’ maknanya boleh buat apa sahaja. Makna politik yang istemewa ialah kelicikan, muslihat dan tipu muslihat.

Moral sukar dimasukkan dalam ‘Jig-Saw’ politik.Moral dicerminkan oleh akhlak. Kemudian ditafsirkan sebagai budi pekerti.Cara kelakuan yang diasaskan atau diukur dari segi ketentuan baik buruk tentang sesuatu perbuatan. Mempunyai nilai-nilai yang mulia seperti keikhlasan, kejujuran,peramah,bertanggungjawab, berani serta lain-lain sifat mulia dan tidak disalahgunakan.

‘Basic value’ gagal diterjemahkan oleh Tun Mahathir Mohamad.Bila Tun Mahathir menyeru ahli-ahli UMNO untuk kembali kearah nilai-nilai murni, ia menjadi bahan ketawa , momokan dan ejekan pihak awam. Bagaimana mungkin si ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Sunday 17 May 2009

Awas Para Munafikin

Hari ini adalah Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat



1.Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan rakyat keseluruh Negara tentang kebobrokan manusia yang bergelar pemimpin.

2.Bersama mengukuhkan hubungan dengan idealisma memberi informasi kepada rakyat jembel yang sering diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin yang munafik.

3.Urusan negara tidak boleh diserahkan kepada orang politik semata-mata.Kuasa rakyat lebih besar daripada mereka.


4.Kita seringkali melihat tingkahlaku tidak bermoral atau lemahnya akhlak politik dikalangan orang politik bila menjelang musim pemilihan pucuk pimpinan parti atau pun musim piliharaya.

5. Perebutan kuasa serta penggunaan pengaruh politik menyebabkan landas-landas tata susila diketepikan. Yang penting kuasa.

6.Ibu segala punca ialah TAMAK kepada segala-galanya.

7.Akhirnya rasuah menjadi 'amalan hidup mereka'.

8.Hati-hati pada 1(One)Malaysia kerana ia melibatkan Wang Malaysia. Wang Malaysia adalah wang rakyat yang membayar cukai.

9. Kata Datuk Professor Hj.Shanon Ahmad;
"Bermoral tetapi tidak cekap sama seperti kayu mati yang menunggu masa untuk rebah.Pemimpin begini tidak boleh memimpin rakyat; malah memimpin diri dan keluarganya pun tidak mampu kerana dia tidak ada ilmu kepimpinan.Cekap tetapi tidak bermoral lebih teruk lagi kerana dengan kecekapannya, pemimpin itu boleh membinggungkan rakyat"


"You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time".

10.Dengan jari jemari melalui internet kita lancarkan perang siber terhadap penipu raksa negara tidak kira siapa.

11.Kita ubah sedikit sajak 'Pidato' oleh Kassim Ahmad;

beri aku lidah(tukar)...
beri aku komputer
aku mau berkata-kata
seperti laut yang menghempas
di pantai merdeka.

DAN pada satu sajak lagi

...Ada besok maka pasti ada suria
aku akan pergi(tukar)
...Ada besok maka pasti ada suria
aku akan berblog dan berdialog
dengan seribu jebat si anak tani
sekian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam durhaka

12.Mari kita gerakkan lebih ramai rakyat negara ini bersama dengan kita. Mari kita gembelengkan tenaga muda, anak-anak merdeka, menjadi pengibar panji-panji perjuangan yang mulia. Mari kita isikan kemerdekaan dengan kemerdekaan yang tulin, melalui cita-cita mencapai keredhaan Allah SWT. di dunia dan akhirat.

Friday 15 May 2009

Happy Birthday UMNO


1. The UMNO leadership elections do not bring any change to the party. There are only changes of faces, nothing more. The disciplinary board has gone to sleep again. Corruption cases have been swept under the carpet. As I said in my earlier entry, these ills of our society(UMNO) are manifestations of self-interest, self-centeredness and self-absorption. They are manifestation to the existing culture of bluntness in upholding what is right and fighting what is wrong. They are embodiments of the disintegrating moral fabric of our society.

2. Those currently benefiting from the status quo would vigorously resist attempts at change. The promised gains from any change will remain just that, a promise. The current leadership of UMNO is in no hurry to change the rules as they are clearly benefiting from the system. Besides, their mindset is already fixed; there is nothing wrong with UMNO.

3.UMNO lost significant power in this last election but the magnitude of that loss has not registered on the member and leaders. To its leaders they are lack of a sense of urgency. To them, the last election was an aberration, not a portentous defeat.

4. Money politics, corruption at all levels, and continued factionalisms with various “warlords” exerting their controls are all signs of an organization unable to correct itself and incapable of self-renewal.


5.UMNO is being held hostage by these leaders or so corrupt cadres who do not seem to know what else they can do with their country. We feel sorry for them for delusion in thinking that they are still good for the country. In facts, they are useless and some of us who supported them are useless.

6. Before the whole system would, break down and everyone would be the loser. UMNO needs someone of highly intellectual impact with holistic visions to lead not only UMNO but our nation too.

7. Relying on the current rhetoric leaders means Malays and Bumiputras are digging their own grave.

Thursday 14 May 2009

ANTARA TEMBOK BERLIN DAN KEMBAR SIAM DI PERAK




Tembok Berlin dibina untuk memisahkan sebuah Negara Demokrasi dengan Negara Komunis. Memisahkan German Barat dan German Timur, Berlin Barat dan Berlin Timur. Akhirnya dirobohkan oleh rakyat pada tahun 1989. Derita rakyat yang bersaudara akhirnya terlerai dan disatukan.

Kesatuan ini adalah hasil perjuangan dan kesedaran Bangsa German dizahirkan melalui emosi yang melimpah-ruah, sehingga tidak boleh dibendung dengan teriakan dan laungan “wir sind das Volk” atau “We are the people”.

Teriakkan rakyat “We are coming” dan “Open the gate” menakutkan segala hulubalang bersenjata. Gelombang manusia tidak boleh disekat. Ibarat kata, apabila gelombang sudah menjadi tsunami tidak ada kuasa dan kudrat manusia boleh menahannya. Tahan balak, balak hanyut. Tahan ‘culvert’, ‘culvert’ pecah. Akhirnya hulubalang yang bersenjata pun samada turut memaki hamun majikan mereka atau lari bertempiaran. Waktu itu ideologi dan kedegilan tidak berguna lagi.

Akhirnya tinggallah pemimpin yang ego terkencing melilih.

Senario ini tidak mustahil akan meletus di Perak. Kenapa MB ‘Kembar Siam’, Zambry dan Nizar tidak boleh dipisahkan segera? Mereka terikat menjadi kembar siam bukannya kerana rakyat yang mengikat mereka. Yang mengikat mereka berdua ialah “ketaksuban dan keegoan” gulungan masing-masing.

Sewaktu Najib dinobat sebagai Khalifah Negara Malaysia, secara sengaja atau tidak, (Wallahualam),atau mungkin tersangatlah terujanya maka terpancutlah gagasan 1MALAYSIA dari lidah beliau dengan penuh dramatis.

1Malaysia, ‘rakyat diutamakan, prestasi didahului’ perlu diolah secara spiritual dan diterjemah secara lahiriah. Allah menguji Najib di Perak. Konsep 1Malaysia telah gagal diterjemahkan oleh DSN. Kemelut ini kalau mengikut spirit 1Malaysia ia harus diserahkan kepada rakyat untuk menjadikan hakim yang mutlak.Kalau rakyat diutamakan, usah berdolak-dalih. Kalau dinilai dari perspektif prestasi; dimana ‘benchmark’nya? Dengan mengizinkan ‘Kembar Siam’ meronta-ronta, rakyat akan menderita.

Jangan mengekang hak rakyat. Nanti mereka mengamuk. Nasib BN pada PRU 12 adalah satu demonstrasi senyap memprotes kerajaan BN melalui kertas undi. Dengan keengganan untuk rakyat menterjemahkan hak mereka melalui demokrasi di Perak, saya yakin rakyat akan berdendam dan menterjemahkannya pada PRU 13 nanti.Bukan sahaja di Perak tetapi seluruh Negara. Rakyat 1Malaysia sedang menyaksikan gelagat orang yang ada kuasa.

Konsep 1Malaysia yang gagal diterjemahkan secara fizikal dan spiritual akan menjadi katalis mempercepatkan proses kejatuhan UMNO dan Barisan nasional. ‘Revolusi Aman’ akan menjadi reality di 1Malaysia.

Nota untuk Najib: Sebatang lidah yang tersengkang dalam mulut, jangan biarkan ia bercabang demi Agama,bangsa dan Negara.Sebutir jantung yang tersemat di dada jangan biarkan ia berbelah bahagi demi Agama,Bangsa dan Negara.Jangan mempermain-mainkan sumpah Wallahi..semasa menanggung tugas di depan Raja dan disaksikan jutaan rakyat.
Bencana menanti!

Wednesday 13 May 2009

Mencari Pemimpin Bermoral


Dalam proses Negara mencapai kematangan, tidak boleh dinafikan terdapat percanggahan antara kerajaan dengan pihak istana. Sebenarnya ia adalah ujian kepada kemampuan pemimpin kita.

Dizaman Almarhum Tunku dan Tun Razak ,percanggahan antara kerajaan dan istana ada berlaku. Namun dengan kebijaksanaan mereka berdua, penyelesaian dicapai dengan berhemah dan temadun. Tidak melibatkan dan dihebohkannya kepada orang ramai. Dengan itu rakyat tidak rugi,Istana tidak cemar.

Saya masih ingat dengan jelas suatu ketika dahulu, orang-orang Melayu diajar membenci raja-raja mereka sekali pun ia melanggar ‘Akta Hasutan’.Kita masih ingat Perbahasan terbuka mencerca dan memaki hamun raja-raja disiarkan secara terbuka melaui media cetak dan eletronik serta melalui rapat-rapat umum. Apabila UMNO telah menunjukkaan teladan rakan-rakan dalam Barisan Nasional pun turut ‘kurang Ajar’ kepada raja-raja Melayu.

Pindaan Perlembagaan 1993 tidak dibuat atas sifat ‘ukhuwah’ demi perpaduan sejagat. Ianya dibuat atas asas-asas ‘siapa kuat’. Dengan kata lain ia dibuat atas lidah-lidah derhaka.

A
pabila perbuatan itu diasaskan kepada siapa kuat dan siapa besar, maka lahirlah Annuar Musa (wira politik Dikir Barat) di Kelantan dengan episod pertabalan Sultan Kelantan yang baru di Ketereh.

Dalam persembahan dikir barat di Kelantan ada tukang karut dan ada tukang sahut menyalak patah-demi patah apa yang diungkapkan oleh tukang karut. Itulah ‘standard’ pemimpin selepas Tunku dan Tun dalam UMNO hingga sekarang.

Bagi saya Tun Mahathir adalah orang bertanggungjawab terhadap malapetaka dan delima UMNO hadapi hari ini. Ketandusan pemimpin yang berkarismatik.

Tun Mahathir adalah penternak politikus Dikir Barat, Boria dan Kuda Kepang. Maka ramailah keparat dan barua dalam UMNO hari ini.

Hari ini bukan sahaja Barisan Nasional mencemarkan Institusi Raja malah ‘Barisan Pembangkang pun sudah membuat lonjakkan berani ‘overtake’ UMNO dalam adegan ‘Derhaka’ ini.

Malapetaka yang menimpa UMNO hari ini adalah warisan Tun Mahathir. Najib anak Tun Razak tetapi malangnya ‘kuah tidak tumpah ke nasi’.
Part 1


Salut kepada Tg Razaliegh dengan sayap yang patah, tetap menerkam dan menerjah kepada pindaan Perlembagaan 1993 dahulu. Pemimpin seperti Tg Razaliegh sudah dapat nmengesan impak penderhakaan orang melayu kepada raja-raja mereka. Musibah tetap menanti. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja akan meletup. Bagaikan bom jangka.

Part2


Kepada DSN makan nasi biarlah berkuah!! Nakhoda tidak takut dilambung ombak. Jangan jadi 'captain lanun' sudahlah.Jangan bendera UMNO yang berlambangkan keris bertukar lambang tengkorak. Si Tanggang pun Nakhoda juga.Akhirnya jadi batu. Saya sentiasa mendoakan Allah akan sentiasa meniupkan semangat waja kepada Nakhoda bangsa.

Belajarlah dari semangat Tengku Razaliegh. Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.

Perjuangan UMNO: Antara Dulu Dan Sekarang



Umno sebuah parti yang telah sekian lama berjasa.
Umno ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membela hak orang-orang dan Raja-raja Melayu. Ia telah membentuk pakatan untuk menyatukan rakyat Malaya demi mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, pemimpin Umno, Al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menyuarakan visi yang lagi berani, iaitu penubuhan Malaysia di mana, pada 16 September, beliau mengisytiharkan adalah hasil “perbincangan, perbahasan, pertanyaan dan pemilihan yang melahirkan keizinan bersama” dan yang “diputuskan setelah difikirkan secara mendalam”.
Beliau menyuarakan rasa bangganya bagaimana “kita telah membentuk Malaysia melalui perdebatan secara terbuka dan bertolak ansur. Semangat kerjasama ini membuktikan keinginan kita hidup bersama.” Semangat inilah yang beliau namakan “asas Malaysia” yang bagaikan “petanda masa depan kita”.
Malaya dan Malaysia merupakan hasil visi yang dilaksanakan dengan pertimbangan yang penuh kesabaran. Pemimpin-pemimpin Umno menyuarakan visi ini, serta meyakinkan orang ramai, dan mengikat perlembagaan negara baru ini selama berbulan-bulan. “Langkah demi langkah, konsep ini mula bernyawa.” Perbincangan perlembagaan diteruskan walaupun menghadapi pemberontakan komunis serta konfrontasi dengan negara jiran, tambahan pula semasa Perang Dingin berlangsung.
Walaubagaimanapun, Tunku mengakui kejayaan kerana “konsep ideal Malaysia berjaya membangkitkan imaginasi rakyat kita”.
Beginilah Umno, pada mulanya, mencapai misinya sebagai parti orang Melayu serta parti sebuah negara. Beginilah Umno membela kedaulatan Raja-raja Melayu dan mencapai kecemerlangan kepimpinan politik Melayu. Kerana kami berjaya “membangkitkan imaginasi” rakyat Malaysia.
Kami mempunyai keyakinan dan kepimpinan yang diperlukan untuk mlahirkan negara baru, bukan sekali bahkan dua kali. Walaupun peluang pendidikan amat kekurangan bagi anak-anak Melayu pada masa itu, namun negara kita mempunyai pemimpin-pemimpin bermutu tinggi yang mampu menyatukan masyarakat majmuk dalam menyuarakan visi ini dengan penuh keyakinan dan berasaskan kedaulatan undang-undang.
Bandingkanlah sendiri visi kita lima puluh tahun dahulu, dan bagaimana kita mengenal pasti serta menyelesaikan masalah walaupun menghadapi ancaman keselamatan yang serius, dengan kelakuan kita sekarang – mengapi-apikan pelbagai ‘ancaman’ yang dibuat-buat sementara cabaran yang benar dan serius seperti pendidikan dan ekonomi negara tidak diambil berat.
‘Pencapaian’ Umno terkini merupakan perampasan kuasa dengan pelbagai tipu helah dari sebuah kerajaan negeri yang ditubuhkan secara demokratik. Perbuatan itu menyebabkan orang ramai berpendapat Umno parti yang terdesak dan bukan parti yang berkeyakinan.
Bezakan betapa luasnya dunia kita dahulu, dengan kesempitan fikiran yang kini semakin menonjol.
Dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang, Umno tiada harapan lagi. Masalahnya ialah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, yang telah menstruktur, menindas dan membeli parti ini supaya mereka tidak dapat digantikan oleh ahli-ahli yang benar-benar ingin berbakti memimpin.
Tiada parti lain yang kini mampu melakukan tugas yang pernah dilakukan oleh Umno, dan masih perlu dilakukan sekarang.


Tunku Abdul Rahman’s Speech on Malaysia Day 16th September 1963“MERDEKA! MALAYSIA!
THE great day we have long awaited has come at last – the birth of Malaysia. In a warm spirit or joy and hope, 10 million people of many races in all the States of Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah now join hands in freedom and unity.
We do so because we know that we have come together through our own free will and desire in the true spirit of brotherhood and love of freedom.
We have made our decision after much care and thought, finally arriving at mutual consent by debate and discussion, inquiries and elections held over two and a half years.
We can feel proud indeed of the way we have created Malaysia through friendly argument and compromise. The spirit of co-operation and concord is living proof of the desire we share for a common destiny.
What better basis for Malaysia can there be, what finer augury for the future?
The road to nationhood has not been an easy journey. Surprises and disappointments, tension and crisis, have marred the way.
The peoples of Malaysia, however, have endured all trials and tribulations with confidence and patience, calmness and forbearance, with faith in our final goal – Malaysia.
In the first eighteen months of political and constitutional discussions, beginning from May 1961, things went ahead favourably, because the ideal of Malaysia caught the imagination of all the peoples concerned.
We can all recall the remarkable enthusiasm and interest aroused then in the evolution of Malaysia.
Step by step the concept came to life. The activities of the Malaysia Solidarity Consultative Committee, the merger talks between the Federation of Malaya and Singapore, the broad agreement reached in London to establish Malaysia, the appointment of the Cobbold Commission and its exhaustive inquiries in the Borneo Territories, and the subsequent establishment of the Inter-Governmental Committee – all these steps were taken in internal harmony and in full public view.
Suddenly towards the end of 1962 the situation chanchanged. Communist China committed unjustifiable aggression against India. I stood up for democracy and condemned China’s attack.
One immediate reaction was that Communists throughout South-east Asia retaliated by an indirect assault upon me by opposing my idea of Malaysia, and they set about creating every possible difficulty to baulk Malaysia.
Other external complications occurred – the Philippines’ claim to North Borneo, the sudden and abortive revolt in Brunei, and the startling adoption by Indonesia of a policy of confrontation against Malaya.
All these events projected an international crisis in South-east Asia this year, the climax coming in June. The successful meeting of the Foreign Ministers of Malaya, Indonesia and the Philippines, followed by my own conference with President Soekarno in Tokyo eased tension considerably and brought new hopes for harmony and peace.
Prospects for a Summit Conference were good, confrontation from Indonesia subsided, so we went ahead with arrangements for the final talks in London on Malaysia.
The Malaysia Agreement was duly signed in early July. Unexpectedly Indonesia reacted most strongly, renewing its policy of confrontation with the result that the Summit conference of leaders of Malaysia, Indonesia and the Philippines at the end of July began in an atmosphere of doubt.
The Summit conference ended in an agreement by the three countries to form an Association of States of Malay origin to be known as Maphilindo.
It was agreed that in order that the partners in Maphilindo could welcome Malaysia the United Nations Secretary-General should be asked to ascertain anew the wishes of the peoples of Sarawak and Sabah. That request has not been implemented.
Now finally the peoples of Malaysia are celebrating the establishment of Malaysia. This is the time to think earnestly and hopefully on the future of Malaysia as the whole country resounds with joy.
So I pray that God may bless the nation of Malaysia with eternal peace and happiness for our people.
The Federation of Malaya now passes into history. Let us always remember that the Malayan Nation was formed after many difficulties during a long period of national Emergency, yet its multi-racial society emerged, endured and survived as a successful and progressive nation, a true democracy and an example to the world of harmony and tolerance.
As it was with Malaya, so it can be with Malaysia. With trust in Almighty God, unity of purpose and faith in ourselves, we can make Malaysia a land of prosperity and peace.
In doing so let every Malaysian in all the States of Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah ensure that our Malaysia is truly worthy of the aims and hopes we have shared, the trials and stress, we have endured, in working together to achieve our common destiny.
“MERDEKA! MALAYSIA!”
Dipetik daripada http://razaliegh.com/

Tuesday 12 May 2009

Sidang DUN Perak:Malaysia Ku Yang Permai

IQRA' lah gelagat Sidang DUN PERAK.

Sidang DUN dah bertukar jadi Sidang MAfia




Kalau kemelut ini tidak ditangani dengan bijaksana,saya yakin dengan penuh keyakinan ia akan merebak ke seluruh 1Malaysia.

Monday 11 May 2009

Dunia Tanpa Sempadan



"kita boleh membohongi semua orang dalam satu –satu masa tetapi tidak semua orang dalam setiap masa".

Sunday 10 May 2009

Malaysia: Negara Murtad


Sejarah keagungan Bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Sejarah Kesultanan Melayu. Bertapaknya Islam juga bermula daripada istana. Hingga sekarang pun Hal Ehwal Ugama Islam telah dengan bijaksananya diletak dibawah Istana, yang membawa maksud dibawah Raja-raja Melayu.

Institusi Raja-raja melayu adalah simbol keperibadian bangsa. Ini adalah darah daging kita. Bagi kita orang Melayu, sebarang usaha memusnahkan institusi ini sama seperti memusnahkan keperibadian sendiri.

Kebanyakkan orang Melayu dan Islam kini dilihat tidak sedar kemungkinan-kemungkinan kita akan ditakluki dan dijajah semula. Tandanya mereka masih sibuk dengan perselisihan faham sesama sendiri berkenaan perbezaan pendekatan dalam tafsiran ugama. Tidak pula mereka merasakan apa yang berlaku di Negara kita ini ialah rebut-merebut kuasa. Kononnya; masing-masing berjihad untuk membetulkan Islam orang Islam lain.

Kalau diikutkan di Malaysia ini sudah tidak ada orang Islam lagi. Buktinya ada kelompok yang memaki hamun dan menuduh kelompok lain ‘kafir’. Sementara kelompok yang dikafirkan itu pula menuduh yang mengkafirkan mereka itulah sebenarnya kafir. Jadi, dimana lagi ada Islam dinegara ini? Semua sudah menjadi ‘kafir’!!

Kalau begitu kita mohon sembah kepada Raja-raja Melayu, Islamkan semula; Malaysia yang sudah jadi Negara Murtad.

Penyalah gunaan ‘jihad’ oleh kumpulan yang hendak merebut kuasa dalam negara-negara Islam adalah sebab utama kenapa Negara Islam tidak dapat dibangunkan dengan sempurna. Terbayang sahaja kejayaan dalam membangunkan Negara Islam, maka akan muncullah kumpulan-kumpulan tertentu dikalangan orang Islam yang akan menuduh kerajaan adalah sekular dan seumpamanya.

Jihad dijadikan obor. Malangnya ‘jihad’ mereka ini sebenarnya hanya mampu memecah-belahkan dan melemahkan Negara Islam yang sedang dibangunkan. Perebutan kuasa dinegara kita telah menjadi buruk. Agama sudah dianjak sempadannya. Bersekongkong dengan siapa sahaja diizinkan asalkan matlamat tercapai. Raja-raja dicerca dan dimaki-hamun.

Yang amat dibimbangi ialah , banyak yang berlaku dalam sejarah apabila raja dihapuskan, ia diganti dengan sistem kediktatoran yang lebih ‘buas dan ganas’. Diktator yang dimaksudkan dalam konteks Negara Malaysia ialah suku kaum dan agama lain yang akan memerintah. Melayu dan Islam akan terpinggir.

Sebenarnya, institusi Raja Berpelembagaan tidak menghalang kemajuan. Britain, Jepun ,Sweden dan banyak lagi negara-negara yang masih menegakkan dan mempertahankan system Raja Berpelembagaan mampu menjadi Negara yang maju.

Sebelum ini manusia Melayu tidak mereng dengan tidak keterlaluan mengejar material, pandai pula kita bersatu menentang penjajah dan memgagalkan gagsan ‘Malayan Union’. Melayu mampu bersatu. Mungkin waktu itu perasaan persaudaraan Islam masih menebal. Semangat ‘kekitaan’ sangat-sangat kebal. Melayu waktu itu dapat menghambat penjajah dengan mempersetankan gagasan yang hendak dibawa mereka. Mereka gagal dahulu kerana Melayu yang berugama Islam bersatu.


Apa yang terjadi di negara kita kebelakangan ini ialah ‘second wave’ kepada agenda imperialis melalui protokol-protokol Yahudi,Nasrani.(Ulang tayang artikel saya bertajuk ‘Rabun-Gafur’ dan 'Aktiviti Freemason Dalam UMNO') Atau ada kemungkinan bangsa lain menciplak modul dari Yahudi dan Nasrani bagi mencapai cita-cita mereka. Beringatlah wahai Melayu Islam!!

Mengikut kajian mereka, orang Melayu amat tinggi darjat PHDnya (Perasaan Hasad Dengki). Mereka adalah satu bangsa yang paling mudah diperkudakan.

Agendakan mereka dengan acara rebut-merebut kuasa sesama sendiri. Untuk itu bantu mereka. Rosakkan mentality mereka melalui wang dan kuasa. Kembangkan budaya wang dan kuasa, pasti setiap mereka yang bernama Melayu merasakan diri mereka ada harga dan terus lupa ingatan.

Impaknya, orang melayu yang satu ketika dahulu terkenal sebagai satu bangsa yang tinggi nilai moral dan tata-susilanya kini boleh diubah menjadi bangsa yang bodoh dan bermata duitan serta tamak kuasa.

Biarkan mereka diakhiri dengan episod ‘sudahlah yang dikejar tak dapat, yang ada pun berciciran, padan muka, tangan pula berbau taik’.

Kalau Melayu tidak balik ke pangkal jalan, Bangsa kita akan dibuli oleh yang menang.

Islamkan semula Melayu dalam PAS dan UMNO yang sudah murtad!!

Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Perdana Menteri Malaysia,hidupkan semula Dian yang kian malap demi zuriat kita semua.Islamkan kembali diri sendiri dan sekalian yang murtad.

Saturday 9 May 2009

TRAGEDI NATRAH:


Mungkin ramai anak-anak muda sekarang tidak mengetahui tentang siapa Natrah.Rencana ini sebenarnya ditunjukkan oleh anak saya yang 'curious' tentang kesah sebenar Natrah.Entah dari mana dia dapat. Yang jelas dari internet.Addressnya..dia lupa cuma dia copy untuk simpanan sebagai rujukan tentang kesah malang ini.

Saya juga digamit dengan rasa keinsafan untuk merujuk peristiwa ini kepada Bangsa Melayu yang semakin hari berkecamuk dengan berbagai adegan agar memberi keinsafan tentang nasib buruk seseorang apabila kehilangan KUASA.

Saya juga memohon maaf kepada pengarangnya,untuk menjadikan bahan tulisan sejarah ini dijadikan pedoman kepada Bangsa Melayu supaya tidak menjadi satu 'BANGSA YANG BANGSAT' nanti,akibat daripada kehilangan kuasa.


TRAGEDI NATRAH:

Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kisah Natrah; ia amat menyayat hati....

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.



19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.



2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.



12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.



13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.



Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.

MOGA-MOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA SEMUA,
HIDUP DAN MATI DENGAN ISLAM!