Sunday, 10 May 2009
Malaysia: Negara Murtad
Sejarah keagungan Bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Sejarah Kesultanan Melayu. Bertapaknya Islam juga bermula daripada istana. Hingga sekarang pun Hal Ehwal Ugama Islam telah dengan bijaksananya diletak dibawah Istana, yang membawa maksud dibawah Raja-raja Melayu.
Institusi Raja-raja melayu adalah simbol keperibadian bangsa. Ini adalah darah daging kita. Bagi kita orang Melayu, sebarang usaha memusnahkan institusi ini sama seperti memusnahkan keperibadian sendiri.
Kebanyakkan orang Melayu dan Islam kini dilihat tidak sedar kemungkinan-kemungkinan kita akan ditakluki dan dijajah semula. Tandanya mereka masih sibuk dengan perselisihan faham sesama sendiri berkenaan perbezaan pendekatan dalam tafsiran ugama. Tidak pula mereka merasakan apa yang berlaku di Negara kita ini ialah rebut-merebut kuasa. Kononnya; masing-masing berjihad untuk membetulkan Islam orang Islam lain.
Kalau diikutkan di Malaysia ini sudah tidak ada orang Islam lagi. Buktinya ada kelompok yang memaki hamun dan menuduh kelompok lain ‘kafir’. Sementara kelompok yang dikafirkan itu pula menuduh yang mengkafirkan mereka itulah sebenarnya kafir. Jadi, dimana lagi ada Islam dinegara ini? Semua sudah menjadi ‘kafir’!!
Kalau begitu kita mohon sembah kepada Raja-raja Melayu, Islamkan semula; Malaysia yang sudah jadi Negara Murtad.
Penyalah gunaan ‘jihad’ oleh kumpulan yang hendak merebut kuasa dalam negara-negara Islam adalah sebab utama kenapa Negara Islam tidak dapat dibangunkan dengan sempurna. Terbayang sahaja kejayaan dalam membangunkan Negara Islam, maka akan muncullah kumpulan-kumpulan tertentu dikalangan orang Islam yang akan menuduh kerajaan adalah sekular dan seumpamanya.
Jihad dijadikan obor. Malangnya ‘jihad’ mereka ini sebenarnya hanya mampu memecah-belahkan dan melemahkan Negara Islam yang sedang dibangunkan. Perebutan kuasa dinegara kita telah menjadi buruk. Agama sudah dianjak sempadannya. Bersekongkong dengan siapa sahaja diizinkan asalkan matlamat tercapai. Raja-raja dicerca dan dimaki-hamun.
Yang amat dibimbangi ialah , banyak yang berlaku dalam sejarah apabila raja dihapuskan, ia diganti dengan sistem kediktatoran yang lebih ‘buas dan ganas’. Diktator yang dimaksudkan dalam konteks Negara Malaysia ialah suku kaum dan agama lain yang akan memerintah. Melayu dan Islam akan terpinggir.
Sebenarnya, institusi Raja Berpelembagaan tidak menghalang kemajuan. Britain, Jepun ,Sweden dan banyak lagi negara-negara yang masih menegakkan dan mempertahankan system Raja Berpelembagaan mampu menjadi Negara yang maju.
Sebelum ini manusia Melayu tidak mereng dengan tidak keterlaluan mengejar material, pandai pula kita bersatu menentang penjajah dan memgagalkan gagsan ‘Malayan Union’. Melayu mampu bersatu. Mungkin waktu itu perasaan persaudaraan Islam masih menebal. Semangat ‘kekitaan’ sangat-sangat kebal. Melayu waktu itu dapat menghambat penjajah dengan mempersetankan gagasan yang hendak dibawa mereka. Mereka gagal dahulu kerana Melayu yang berugama Islam bersatu.
Apa yang terjadi di negara kita kebelakangan ini ialah ‘second wave’ kepada agenda imperialis melalui protokol-protokol Yahudi,Nasrani.(Ulang tayang artikel saya bertajuk ‘Rabun-Gafur’ dan 'Aktiviti Freemason Dalam UMNO') Atau ada kemungkinan bangsa lain menciplak modul dari Yahudi dan Nasrani bagi mencapai cita-cita mereka. Beringatlah wahai Melayu Islam!!
Mengikut kajian mereka, orang Melayu amat tinggi darjat PHDnya (Perasaan Hasad Dengki). Mereka adalah satu bangsa yang paling mudah diperkudakan.
Agendakan mereka dengan acara rebut-merebut kuasa sesama sendiri. Untuk itu bantu mereka. Rosakkan mentality mereka melalui wang dan kuasa. Kembangkan budaya wang dan kuasa, pasti setiap mereka yang bernama Melayu merasakan diri mereka ada harga dan terus lupa ingatan.
Impaknya, orang melayu yang satu ketika dahulu terkenal sebagai satu bangsa yang tinggi nilai moral dan tata-susilanya kini boleh diubah menjadi bangsa yang bodoh dan bermata duitan serta tamak kuasa.
Biarkan mereka diakhiri dengan episod ‘sudahlah yang dikejar tak dapat, yang ada pun berciciran, padan muka, tangan pula berbau taik’.
Kalau Melayu tidak balik ke pangkal jalan, Bangsa kita akan dibuli oleh yang menang.
Islamkan semula Melayu dalam PAS dan UMNO yang sudah murtad!!
Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Perdana Menteri Malaysia,hidupkan semula Dian yang kian malap demi zuriat kita semua.Islamkan kembali diri sendiri dan sekalian yang murtad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment