Pilihanraya Kecil di Penanti, siapa yang dapat tendangan penalti?
PR atau Barisan?
Siapa pula akan ambil tendangan?Hanya dua orang sahaja yang layak menendang; Najib dan Anwar.
Najib bagi pasukan BN; Anwar bagi pasukan PR.
Orang lain jangan percaya dengan pendapat saya ini. Biar saya seorang sahaja yang mempercayainya. Firasat saya begini;
~Kalau BN kalah di Penanti- tandanya BN dan UMNO akan kalah dan terus kalah, sehingga riwayatnya tamat pada PRU 13.Sejarah akan melupakan UMNO dan Barisan Nasional. Kerana sejarah ditulis oleh orang yang menang dan berkuasa.
~Kalau PR (PKR) menang-itu adalah indikator bahawa PR(PKR) akan maju dan terus maju.Bolehlah kiranya Bro Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I.) berangan-angan untuk merencana tempat dan waktu diadakan pidato Umum memegang jawatan yang digila-gilakan selama ini selepas PRU 13.Pedulikan apa orang lain kata, walaupun bangsa mu sendiri.
~sebaliknya kalau BN menang- Menandakan kebangkitan semula BN (UMNO) dibawah kepimpinan Najib. Talkim untuk Anwar dan PR.Dan bertakhtalah para 'kolonialis' dan 'kapitalis' dari bangsa sendiri. Bertambah-tambahlah korupsi anak-anak buahnya. Maka dengan 'janji manis mu' bangsa sendiri diperhambakan habis-habisan macam beruk makyeh.
~Kalau begitu jadinya saya juga yakin dan bertambah yakin bahawa 'Melayu tak akan hilang di dunia' kerana mereka berpecah-belah,merempat diserata muka bumi.Tetapi dalam masa yang sama saya juga yakin dan bertambah yakin bahawa'Melayu akan hilang buminya di dunia ini'.
Oleh kerana itu; 'Selamat bermain-main dengan politik',selagi demokrasi mengizinkan.
Alahai nasib Pak Kadok, Ayam menang kampung tergadai.
No comments:
Post a Comment