Wednesday, 13 May 2009
Mencari Pemimpin Bermoral
Dalam proses Negara mencapai kematangan, tidak boleh dinafikan terdapat percanggahan antara kerajaan dengan pihak istana. Sebenarnya ia adalah ujian kepada kemampuan pemimpin kita.
Dizaman Almarhum Tunku dan Tun Razak ,percanggahan antara kerajaan dan istana ada berlaku. Namun dengan kebijaksanaan mereka berdua, penyelesaian dicapai dengan berhemah dan temadun. Tidak melibatkan dan dihebohkannya kepada orang ramai. Dengan itu rakyat tidak rugi,Istana tidak cemar.
Saya masih ingat dengan jelas suatu ketika dahulu, orang-orang Melayu diajar membenci raja-raja mereka sekali pun ia melanggar ‘Akta Hasutan’.Kita masih ingat Perbahasan terbuka mencerca dan memaki hamun raja-raja disiarkan secara terbuka melaui media cetak dan eletronik serta melalui rapat-rapat umum. Apabila UMNO telah menunjukkaan teladan rakan-rakan dalam Barisan Nasional pun turut ‘kurang Ajar’ kepada raja-raja Melayu.
Pindaan Perlembagaan 1993 tidak dibuat atas sifat ‘ukhuwah’ demi perpaduan sejagat. Ianya dibuat atas asas-asas ‘siapa kuat’. Dengan kata lain ia dibuat atas lidah-lidah derhaka.
A
pabila perbuatan itu diasaskan kepada siapa kuat dan siapa besar, maka lahirlah Annuar Musa (wira politik Dikir Barat) di Kelantan dengan episod pertabalan Sultan Kelantan yang baru di Ketereh.
Dalam persembahan dikir barat di Kelantan ada tukang karut dan ada tukang sahut menyalak patah-demi patah apa yang diungkapkan oleh tukang karut. Itulah ‘standard’ pemimpin selepas Tunku dan Tun dalam UMNO hingga sekarang.
Bagi saya Tun Mahathir adalah orang bertanggungjawab terhadap malapetaka dan delima UMNO hadapi hari ini. Ketandusan pemimpin yang berkarismatik.
Tun Mahathir adalah penternak politikus Dikir Barat, Boria dan Kuda Kepang. Maka ramailah keparat dan barua dalam UMNO hari ini.
Hari ini bukan sahaja Barisan Nasional mencemarkan Institusi Raja malah ‘Barisan Pembangkang pun sudah membuat lonjakkan berani ‘overtake’ UMNO dalam adegan ‘Derhaka’ ini.
Malapetaka yang menimpa UMNO hari ini adalah warisan Tun Mahathir. Najib anak Tun Razak tetapi malangnya ‘kuah tidak tumpah ke nasi’.
Part 1
Salut kepada Tg Razaliegh dengan sayap yang patah, tetap menerkam dan menerjah kepada pindaan Perlembagaan 1993 dahulu. Pemimpin seperti Tg Razaliegh sudah dapat nmengesan impak penderhakaan orang melayu kepada raja-raja mereka. Musibah tetap menanti. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja akan meletup. Bagaikan bom jangka.
Part2
Kepada DSN makan nasi biarlah berkuah!! Nakhoda tidak takut dilambung ombak. Jangan jadi 'captain lanun' sudahlah.Jangan bendera UMNO yang berlambangkan keris bertukar lambang tengkorak. Si Tanggang pun Nakhoda juga.Akhirnya jadi batu. Saya sentiasa mendoakan Allah akan sentiasa meniupkan semangat waja kepada Nakhoda bangsa.
Belajarlah dari semangat Tengku Razaliegh. Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
buat apa barisan pemimpin umno nak pedulikan bangsa melayu lg??skrg semua orang berlumba2 untuk mencari harta dan wang berjuta...itulah pencarian damai abadi buat mereka....perjuangan belum selesai?ya!mmg belum selesai selagi pak menteri tak tenyeh lagi projek2 dan tender2 yg blm award pd mereka...dimana semangat tun razak dan tun dr. ismail yg sanggup menggadai masa dan kehendak peribadi semata2 krn rakyat yg telah byk berkorban demi kemerdekaan tanah melayu?semoga slogan 'wang malaysia' akan mencapai objektif para bangsawan2 umno!
ReplyDeleteTengokla. apa jadi pada Nuar Musa. UMNO bukan sahaja tak boleh menang di Kelantan, tapi lebih teruk lagi Nuar Musa buat UMNO jadi semakin punoh. Lihatlah saja tindak tanduknya melantik Tuan Hashim sebagai pengerusi pemantau pemilihan UMNO Kelantan. Huru hara jadinya dengan jawatankuasa yang dianggotai oleh budak-budak pejabat yang UMNO bayar gaji. Tidakkah perbuatan gila namanya. Pah nok jago bola, apa jadi?. Tak dok dalam sejarah bola sepak Malaysia berlaku huru-hara seperti yang berlaku di stadium kelate tu. Tapi kito tok pelik lah, apo yang berlaku tu sepesen dengan perangai Presiden KAFA. Jago UMNO kelate hancur, jago bola lebur. Baso jenis gapo tok tahula.
ReplyDelete