Saturday, 6 June 2009
Nik Aziz,Haji Hadi Ulama Musang Berjanggut
"Ulama-intelektual"
Setiap orang Islam kalau ditanya tentunya majority akan bersetuju bahawa cendikiawan Islam yang bergelar ulama perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan Negara ini. Sebagai pewaris Nabi, mereka adalah benteng pertahanan dalam menghadapi kemelut sosial dan keruntuhan moral masa kini.
Namun begitu, sedar atau tidak? Masyarakat pasca-kapitalis telah memasuki gelombang ketiga. Jauh beza dengan zaman dahulu kala.Zaman Tokong Tongek, kata orang Kelantan. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi serta putaran pantas roda pemodenan harus dikejar oleh para cendikiawan dan ulama Islam. Ini memaksa mereka untuk berubah. Kalau tidak berubah mereka akan dianggap ‘Pak Pandir’ dalam dunia moden.
Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk bersloga-sloganan. Bertakbir dan bersorak sorai dengan pidato yang berapi-api. Pengisian perubahan masyarakat seutuh-utuhnya itu yang penting. Kita memerlukan ‘substance’ dan kerangka tindakan yang strategik. Bukan hanya retorika manis madu yang boleh mengkhayalkan si pendengar untuk jangka-pendek sahaja.
Persoalan yang cukup kritikal dalam ‘era kontemprori’ ini, adakah para ulama dalam PAS sudah mempunyai persiapan secukupnya untuk menangani cabaran masa kini dan akan datang? Adakah mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan tempat?Apakah peranan mereka dalam memenuhi tuntutan ummah dan mengurus cabaran masa depan?
Persoalan-persoalan ini wajib dijawab oleh para cendikiawan dan ulama itu sendiri bagi pihak mereka. PAS kalau menobat ulama hanya sebagai simbul sebuah parti Islam semata-mata ianya tidak ada faedah. Malah lebih merosakkan kredibiliti orang berkenaan dan sekali-gus imej dan maruah agama turut merudum.
Apabila kita menyebut ulama Islam, tentunya bermaksud golongan agamawan yang menguasai ilmu teras untuk mengeluarkan pendapat, fatwa atau pemikiran yang utuh berkaitan dengan Islam.
Rakyat memerlukan gulungan ulama yang terbuka, kreatif serta pro-aktif dalam menangani isu-isu kontemprori dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Mereka hendaklah bersatu dengan ulama yang tidak berpati-partian. Sama-sama berbincang cara yang terbaik untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan. Meliputi politik,sosial dan ekonomi.
Tidak cukup sekadar mewar-warkan untuk melaksanakan pemerintahan Islam sedangkan kita sendiri kurang kemampuan untuk merangka model pentadbiran yang praktikal dan konkrit dalam kemajmukan masyarakat Negara ini.
Kelemahan utama ulama PAS masa kini ialah mereka tidak register dalam minda tentang urutan keutamaan sesuatu perkara. Akibatnya masyarakat menjadi kacau-bilau dan tidak ketentuan dalam menggarap isu-isu yang dihadapi ummah. Mungkin yang remeh-temeh diutamakan, yang pokok diabaikan dan yang cabang digembar-gemburkan,sementara yang akar diketepikan.
Hingga sekarang kita masih belum mendengar kupasan isu-isu moden dari perspektif Islam dengan secara kritikal dan analitikal. Umpamanya persolalan-persoalan pokok masa kini berhubung dengan bidang industri, teknologi informasi, sains dan teknologi, perdagangan antarabangsa, hubungan luar dan tidak ketinggalan alam sekitar. Banyak dipidatokan oleh ulama PAS ialah berhubung dengan soal-soal nikah kahwin,halal haram,zakat,syurga neraka dan kisah nabi-nabi. Ia perlu, tetapi tidak mencukupi untuk mentadbir Negara.
Sepatutnya dengan hayat yang sudah lanjut PAS sudah mempunyai modul Perlembagaan Islam, kitab income tax, Sistem Pendidikan, kitab hubungan diplomatic dan antara bangsa, Bentuk bala tentera, keselamatan dalam Negeri,undang-undang maritime, malah berbagai-bagai kitab yang ada hubungan dengan pentadbiran sebuah Negara Islam.
Rakyat menanti-nanti bila dan dimana akan diadakan konvensyen dan pameran kitab-kitab ini. PAS seolah-olah menayangkan cerita ‘Musang Berjanggut’ berlebih-lebihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
walau apa pun ulama adalah yg paling relevan utk menerajui pas.krn tiada gunanya jika ramai kelompok intelektual jika hanya menjadi kuda tonggengan Anwar!!(mmg kaki tonggeng pun!)
ReplyDeleteSetuju.Kita perlu ulama yang berfikir secara saintifik.Fikiran yang mempunyai asas yang tepat, objektif, faktual dan sistematik bermetodologi.Bukan ulama tradisional.
ReplyDeleteMereka mesti menguasai ilmu moden seperti ilmu hisab, austronomi, kimia,kaji ukur dan ekonomi,kerana ilmu-ilmu ini akan dapat membantu mereka menangani masalah ummah dengan lebih bijaksana dan realistik sekiranya ia digabungjalin dengan ilmu-ilmu islam yang mereka miliki.
Anwar tidak termasuk dalam ulama. Beliau adalah 'anjing'politik yang memburu dendam. Lupakan beliau.