Friday, 12 June 2009
Pyshe Melayu Tidak Layu
Pyshe Melayu Melalui Kerajaan Perpaduan.
Bangsa lain boleh membuat berbagai-bagai andaian dan berteori tentang Bangsa Melayu. Melayu tetap Melayu. Tidak kira apa orang lain kata.
1. Frank Swettenham menulis tentang orang Melayu:
“Bagi sesiapa yang hendak mengenali Melayu, dia mesti duduk bermaustatin di negerinya,bertutur dalam bahasanya,menghormati agamanya,menunjukkan minat atas segala kegemarannya,memahami kecurigaannya, berseloka dengannya, bersyafakah keatasnya semasa dia susah dan berkongsi dengannya segala kesukaan dan risikonya. Dengan cara itu sahajalah kamu berkemungkinan mendapat kepercayaannya.Setelah memperolehi keyakinannya barulah kamu akan dapat menyelami jiwa dalamannya dan pengetahuan seperti ini akan memberi menafaat kepada sesiapa juga yang berpeluang menggunakannya.”
2. R.O. Winstedt berbahasa tentang Bangsa Melayu:
“Melayu adalah haiwan yang paling malas dimuka dunia ini!”
3. Pandangan Clifford tentang bangsa melayu;
“Bukankah mereka itu orang-orang yang baik?Cuba kamu lihat! Bolehkah kamu dapat pekerja-pekerja kulit putih bertugas semacam itu?Cara mereka bekerja macamlah mereka benar-benar menikmatinya. Dan tidak seorang pun diantara mereka diberi upah selain daripada makanan(percuma)..Sungguh bagus betul mereka ini…aku bila-bila masa pun akan memilih mereka.daripada orang lain.
Begitu juga orang Cina dan India yang bermaustatin disini gagal memahami Bangsa Melayu.
Setiap kali orang melayu bertelingkah antara satu sama lain, mereka tidak boleh dipandang sudah berpecah-belah. Jangan laga-lagakan mereka. Jangan cuba mengambil kesempatan untuk menguasai mereka. Orang Melayu boleh bersatu teguh apabila menghadapi ancaman luar.
Orang Melayu mampu mengubah lanskap politik huru-haru menjadi bara permuafakatan yang padu dan jitu kalau ia terancam. "Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga, Air ditetak tak akan putus, Sebusuk-busuk daging dibasuh dimakan juga" sentiasa menjadi realiti. Dalam keadaan tertentu juga melayu selalu berkata,"hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah"
Clifford gagal memahami secara lebih dalam lagi dalam aspek ‘kesetiaan’ Bangsa Melayu kepada 'pendatang'. Melayu akan bermuafakat dengan sesiapa sahaja selagi ia tidak menceroboh ‘dignity’ dan ketuanan bangsanya.
Contoh jelas ialah dalam peristiwa memburu dan menangkap Mat Kilau oleh Clifford. Bala askarnya yang terdiri daripada bangsa melayu tidak memberi kerjasama sehinggakan Mat kilau terlepas daripada ditawan oleh kolonial. Mat Kilau yang dilabelkan sebagai penderhaka oleh kolonial, akhirnya dinobat sebagai Pahlawan Melayu oleh bangsanya.
Begitu juga dalam era pasca Merdeka. Melayu berpecah belah dengan berbagai parti, khusunya UMNO dengan PAS. Mempunyai fahaman politik yang berbeza, tetapi sama-sama bertunjangkan Islam. Cuma pendekatan sahaja berbeza. Akhirnya selepas peristiwa malang 13 May mereka kembali bersatu dibawah panji Barisan Nasional untuk menstabilkan Negara mereka.
Demikian juga zaman pra merdeka. Mereka mampu bersatu dalam setiap gerakan menyeru dan berslogan untuk kemerdekaan.Semangat ini masih menebal dikalangan Melayu. Perpecahan politik orang melayu lazimnya tidak kekal. Kemana sahaja melayu memandang, pandangan mereka diikat dengan kalimah syahadah.
Sejarah adalah tanda aras dan kayu ukur yang baik bagi dijadikan teladan dan sempadan Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan mengulangi segala kesilapan yang telah dibuat.
Pyshe Melayu akan pulih apabila didorong dengan situasi keterpaksaan.
Saya bukan perkauman. Tetapi saya masih tidak jelas lagi keikhlasan bangsa lain terhadap Bangsa Melayu. Setakat ini melayu telah pun menunjukkan setia kawan dengan bangsa lain dalam perspektif politik. Khususnya dalam pilihanraya. Kawasan-kawasan yang ditandingi oleh MIC keseluruhannya mempunyai latar belakang majority pengundi melayu. Di Negara ini tidak ada satu pun kawasan yang majoriti penduduk India. Calon bukan melayu boleh menang dan mewakili melayu dalam dewan. Di setengah kawasan yang ditandingi MCA juga ada tempat majority orang melayu. MCA juga boleh menang.
Setakat ini tidak ada satu pun kawasan majoriti orang cina tetapi orang melayu yang bertanding dan menang. Usahkan melayu,kalau cina daripada MCA atau Gerakan pun boleh tewas sebab MCA dan Gerakan bersekutu dalam BN yang mana parti melayu adalah tulang belakang BN. DAP sendiri pun tidak pernah memberi laluan kepada calon melayu bertanding dikubu kuat mereka yang majority pengundinya Cina. Dimana dasar kesaksamaan dalam DAP? Buktikanlah.
Melayu dinegara ini sudah memerhati keadaan orang melayu di Negara Temasik. Apa sudah jadi? Adakah semua melayu di Temasik itu bodoh dan bebal belaka. Begitu juga halnya Melayu di Selatan Benua Siam. Dalam masjid pun disembelih.Inilah yang menghantui Melayu di Tanah Melayu.
Malaysia masih memerlukan 100 tahun lagi untuk mewujudkan 1Malaysia berkonsepkan Malaysian Malaysia. Buktikan dahulu kesejagatan.
Kerajaan Perpaduan akan menjadi katalis dalam proses menyegerakan 1Malaysia yang berkonsepkan Malaysian Malaysia. Semua bangsa kena berhemah dan berhikmah dalam setiap pendekatan politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment