Perpaduan Melayu bukan soal 'royan-meroyan'. Perpaduan Melayu adalah asas kekuatan kita. Kalau PAS yang bersandiwara politik dengan gagasan yang mereka sendiri cetuskan, setidak-tidaknya manusia Melayu yang tidak 'fakir ilmu' sedar bahawa pemimpin PAS buta mata hati.Maknanya mereka mempersenda-sendakan orang Melayu.Islam juga turut diperseda-sendakan.Nyata mereka meludah ke langit.
Apa yang berlaku adalah ‘blessing in disguise’. Ada rahmatnya.Kita yakin Melayu yang tidak 'kefakiran intelek' akan dapat menilai samada PAS itu Islam atau PAS itu parti politik yang menggunakan Islam untuk survival puak yang berkepentingan. Sah mereka adalah agen Iblis yang paling berkesan.Menipu umat Islam seantero Negara.
Sebagai bangsa Melayu kita harus terus-terusan mencari alternatif lain supaya perpaduan Melayu akan jadi realiti waima tanpa PAS.
UMNO kena ambil inisiatif mewujudkan perpaduan dalaman parti itu sendiri sebagai langkah nombor wahid sebelum melangkah keluar sempadan mengemis perpaduan dengan parti lain. Jangan tunggu adanya pilihanraya kecil atau besar baru mencari-cari formula.
Dunia melayu masih belum kiamat. UMNO tidak boleh bermegah dengan 3.5 juta ahli yang tidak boleh dikesan. Tubuhkan 'task-force' untuk lakukan jejak kasih antara ahli-ahli UMNO yang telah dikenalpasti dan mempastikan ahli-ahli UMNO yang tidak dapat dipastikan oleh angkara mendaftar ahli untuk kepentingan pertandingan peringkat Bahagian.
Dengan PAS, biar mereka jadi Pak Pandir moden.Hanya orang-orang yang bodoh sahaja melakukan kerja-kerja bodoh.Biarkan,biarkan. Jangan pula Melayu-melayu lain hilang akal.
Kembalikan imej UMNO sebagai parti orang kampung. Bukan parti milik orang-orang koporat yang keparat. Pemimpin-pemimpin UMNO; Najib dan Majlis Tertinggi UMNO mesti keluar daripada kepompong ‘bebalism’ dan ‘kronism’.Jangan asyik berslogan 'Perjuangan Yang Belum Selesai' sahaja. Perjuangan tidak akan selesai kalau cakap tak serupa bikin.Perjuangan tidak akan selesai kalau asyik menoreh getah dan gotong royong di manik Urai sahaja.perjuangan tidak akan selesai kalau hanya membesar-besarkan jumlah anggota Disiplin Parti kalau tindakan 'Nahi-nahi,elek-elek'.
Perjuangan hanya akan selesai dengan pantas kalau SPRM/MACC tidak di'ROADBLOCK'.Perjuangan hanya akan selesai kalau Badan Disiplin UMNO tidak di 'H1N1'kan .Tubuh besar tenaga kurang. Menipu namanya. Selesaikan dahulu perjuangan yang belum selesai dengan kes-kes tertunggak baru boleh uar-uarkan agenda baru.
Kalau tidak, bukan PAS sahaja yang mempersenda-sendakan Melayu. UMNO apa kurangnya!
Saya setuju dengan apa yang ditulis. UMNO perlu kembali menjadi parti yang akrab dengan rakyat. Saya akan terus menyokong segala usaha untuk mengembalikan UMNO ke dalam hati rakyat kembali.
ReplyDelete