Inilah jadinya kalau seorang lebai yang malas berfikir.Sekarang ni Lebai dipanggil Ulama. Apa pun kedua-duanya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak mahir menjalankan tugas dan tanggunjawab.
Saya yakin cerita jenaka seperti ini hanyalah ciptaan. Diolah sebagai pengajaran pada jenerasi akan datang.Maknanya jenerasi sekaranglah.
Nampak gayanya cerita ini dah nak jadi kenyataan. Dalam senario politik sekarang ni siapa agaknya akan jadi role model 'Lebai Malang itu'?
Dalam riuh rendah 'Kerajaan Perpaduan' ini, agaknya Hj Hadi atau Nik Aziz?
Lama tak baca kisah-kisah ini, sekali-sekala patut juga kita semua baca semula kisah-kisah tauladan agar kita beringat-ingat.
Di bawah ini saya salin semula dari buku cerita jenaka Lebai Malang.
ALKISAH, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji, dan taat ibadatnya kepada Allah ta’la, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki-isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa datanglah seorang lelaki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, ‘Baiklah. Kembalilah tuan dahulu.’ Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai. ‘Yalah, baliklah engkau dahulu.’ Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya oleh hendak berdikir kenduri maulud. Maka itu pun disanggup juga oleh Pak Lebai; demikian juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itupun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.
Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai dating. Maka yang mati itupun dimandikan serta disembahyang lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itupun dikhatam oranglah; dan yang kenduri itupun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjanya.
Kalakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ‘Ka mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi ke orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam penagajain iu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepad orang berdikir itu perutku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu kerjakan wajib daripada kerja yang lain-lain.’
Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikian, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta’la Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi mananamkan orang mati iu baharu pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, ‘Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa pun tiada lagi. Minta maaflah sahaja kepada Pak Lebai.’
Maka kata Pak Lebai, ‘Sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezwki sahaya.’
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang yang empunya kerja itu, katanya, ‘Ah, ah! Inipun Pak Lebai baharu tiba. Mengapa Pak Lebai lambat dating? Sekarang apapun tiada lagi, semuanya telah habis, malainkan barang dimaafkan sahajalah hal sahaya ini, kerana semuanya telah habis sekali.’
Maka kata Pak Lebai, ‘Tiada mengapa,asalkan sudah selamat, sudahlah.’
Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baharu lepas berangkat sahaja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihat oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, ‘Allah, mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah sahaya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan sahaja lai, lain semuanya sekali telah habis.’
Maka ujar Pak Lebai, ‘Tiada mengapa, apa pula yang disusahkan sahaya ini.’
Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya.
Kelakian, maka hari pun hamper petang. Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatkah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itupun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah pada bacuk niranya itu. Dilihat bacuk itu penuh berisi nira.
Dengan takdir Allah, lempeng yang ditinggalkanya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihat oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dab diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuat-kuat hatinya menghambat binatang bedebah itu.
Maka oleh tersangat patasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakanya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu pun tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersengat berang hatiya , lalu disumatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka si anjing sial itupun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, menggogong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercenggang-cenganlah mengintai anjing itu ka sana kemari.
Hatta, seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubunya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadangkan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itupun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor di sebelah kanan dan seekor di sebelah kiri. Maka Pak Lebai pun segeralah mengepitkan kedua ketiaknya seraya berkata, ‘basahlah, kalau sudah untungku itu ke mana engkau hendak lari.’
Maka punai itupun tersempitlah di celah ketiaknya, tiada dapat bergerak lagi. Maka Pak Lebai pun menyorongkan tangan kanan kepada ketiak kanan dan tangan kiri kepada u ketiak kiri hendak menangkap burung itu. Wah! Apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terampit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohin kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat leh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya, kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekonyong-konyong suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari golok dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah, apatah lagi! Sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, ‘kalau secupak, taakan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.’
Maka Pak Lebai pun naiklah ke rumahnya. Telah dilihat oleh sterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia seraya katanya, ‘kene apa awak demikian ini, seperti laku orang gila?ke mana pergi seluar dan baju awak?’ Maka oleh Pak lebai diceritakanya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai, seraya katamya;
‘Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang,
Celaka sial berdebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pula.’
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah terjadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:
‘Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penaganan habis dibahan anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana kemari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.’
Maka demikianlah ceritanya Lebai Malang itu, adanya.
Hadi: "Kerajaan perpaduan" Nik Aziz " Boneka"....Siapa Lebai malang? masa menentukannya. kita tenguk siapa yang kena.
Bagi saya Nik Aziz pun betul, Hadi pun betul.
Mungkin Nik Aziz menolak sekiranya PAS hanya nak dijadikan boneka. Kalau nampak ada win win mungkin hadi dan aziz cantum jadi 'hadiz'
Umum tahu Nik Aziz ni celupar. Bahasanya tak teratur.Hadi pun kena berhati-hati.Maksudnya disitu kut.
Hadi pula nak buktikan beliau tidak jumud. Ruang perbincangan dengan parti UMNO tidak seharusnya ditutup.Dalam masa yang sama beliau juga nak buktikan kepada parti-parti dalam PR ini bahawa PAS bukan menumpang sesiapa.Jangan perkudakan mereka. Sekarang ni pun Hadi dan Aziz duk ketawa berdekah-dekah kerana kesan lontarannya mengusarkan Kit Siang,Karpal dan Bro Nuar. UMNO pun jadi serba salah.Nak tolak salah.nak terima salah. Jadi semmuanya serba salah.
Politik ni penuh dengan muslihat.Kita tak payah nak risaukan tentang kedua-duanya.Kerajan Perapaduan mungkin jadi.Mungkin jadi tak jadi. Mungkin jadi tak jadi,jadi.Mungkin jadi tak jadi, tak jadi...wallauhalam.
P.Ramlee kata "berapa banyak jadi,tak jadi daaa!"
No comments:
Post a Comment