Friday 13 November 2009

10 TIPS FOR POLITICAL NEWCOMERS

Tuan-Tuan dan Puan-puan, Ibubapa adik kakak, saing sahabat dan rakan taulan,Siswa dan Siswi serta rakyat-rakyat jembel sekalian.

Dibawah ini Buana senaraikan parti politik yang terdapat di 1Malaysia. Dengan ini jangan sesiapa kata 1Malaysia tidak demokratik. Silakan sesiapa yang minat berpolitik. Sertailah mana-mana parti yang disukai.

Sebelum menyertainya ingin Buana ingatkan; diantaranya ada parti yang kena buat bai'ah. Bai'ahnya pula mestilah berani mencagar perempuan yang kita sayangi sebab sekali menyertainya ahli-ahli wajib berbai'ah 'Talak Tiga'. Ada orang kata parti itu sesuai diberi nama 'Parti Gila Talak'. Tetapi setelah Buana cari-cari tak jumpa pun nama sedemikian. Oleh itu Buana serahlah kepada peminat politik sekalian mencarinya sendiri apa nama parti tersebut.

Maaf Buana dah tak minat politik tetapi minat memerhatikan watak-watak orang politik. Satu lagi Buana nak ingatkan, setelah memilih parti yang disukai, sila lihat 'Tips untuk Pendatang baru' dalam arena politik yang ditunjukkan oleh EuroNews.Kalau rasa ianya berguna teraplah ilmu yang disajikan. Andainya tak boleh diperaktikkan, abaikan sahaja.

SELAMAT MEMILIH DAN SELAMT BERJUANG!

Terdapat 31 parti politik di Malaysia, iaitu 20 di Semenanjung, 6 di Sabah dan 5 di Sarawak. Simbol-simbol parti politik adalah seperti berikut ( SILA KLIK DISINI ). Untuk makluman lanjut, rujuk Laman Web parti-parti politik berkenaan.
NAMA DALAM BAHASA MALAYSIA
NAMA DALAM BAHASA INGGERIS
1. Barisan Nasional
: National Front
2. Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA)
: -
3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)
: Malaysian People's Movement Party
4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
: Sarawak National Party (SNAP)
5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
: United Sarawak Native Inheritance Party (PBB)
6. Parti Progresif Penduduk (PPP)
: People’s Progressive Party (PPP)
7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak
: Sarawak United People’s Party
8. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
: Islamic Party Of Malaysia (PAS)
9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
: Malaysian Indian Muslim Congress Party
10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
: Malaysian Workers Party
11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
: Malaysian People’s Party
12. Parti Tindakan Demokratik
: Democratic Action Party (DAP)
13. Parti Bersatu Sabah (PBS)
: Sabah United Party
14. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat
: Community Coalition Congress Party
15. Parti Liberal Demokratik-Sabah
: Liberal Democratic Party-Sabah
16. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)
: Federation Sabah People Front Party (BERSEKUTU)
17. Parti Keadilan Rakyat
: People's Justice Party
18. Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
: United Sabah People Force Democratic Party (SETIA)
19. Parti Maju Sabah (PMS)
: Sabah Progressive Party
20. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
: State Reform Party (STAR)
21. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)
: United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation (UPKO)
22. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
: Malaysian People Justice Force Party (AKIM)
23. Parti Demokratik Malaysia (MDP)
: Malaysian Democratic Party (MDP)
24. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)
: All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF)
25. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
:Malaysian Punjabi Party
26. Parti Demokratik Progresif Sarawak
:Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
27. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )

28. Parti Persatuan China Malaysia ( MCA )
: Malaysian Chinese Association ( MCA )
29. Parti Kongres India Malaysia ( MIC )
: Malaysian Indian Congress ( MIC )
30. Parti Kongres Ceylonese Malaysia

31. Parti Sosialis Malaysia

10 TIPS FOR POLITICAL NEWCOMERS- eUROnEWS

2 comments: