Nazri Tan Sri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.
Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.
“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi.
-Sinar Harian
Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.
“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.
“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.
-Harakah
Buanasuara:
Tunggu apa komen Tg Adnan dan Penasihat Undang-undang UMNO.
DAN
Tunggu Penyangak-penyangak dalam Kerajaan BN dan UMNO disiasat SPRM yang telan wang Malaysia berjuta-juta. Contoh: PKFZ
DAN
Beri peluang Karpal Singh dakwa Lingam.
UNTUK
Supaya TG Adnan terlepas dari Fitnah rasuah bersama Lingam. Dari pandangan umum dia masih kelabu. Orang wajah kelabu tak layak tadbir UMNO. Jatuh martabat UMNO je....
Kenapa?
Apabila 'clear' kita sama-sama minta MILO taja beliau ke Mekah!! Jadilah anak Melayu pertama ke Mekah tajaan MILO.
No comments:
Post a Comment