Wednesday, 4 November 2009

Persaudaraan Dalam Islam


Asri, Harussani,Marsitah dan Nakhaie atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemelut bekas mufti Perlis sebenarnya mereka adalah bersaudara.

Sila rujuk kepada Sabda Rasullullah:

“Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, tiada boleh menganiayainya, atau menghalangi keperluannya. Memadailah seseorang itu dikira jahat, apabila ia menghina saudara muslim yang lain.”

Saya yakin mereka semua itu amat arif tentang hukum serta larangan-larangan bersabit dengan budi pekerti dalam Islam

Manusia yang budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk.

Apa yang berlaku adalah proses memberi pengajaran dan menerima pelajaran. Ilmu itu adalah proses sepanjang hayat. Saya harap kemelut Bekas Muftis Perlis dapat diselesaikan dengan nawaitu Lillahi Taala. Tidak 'contaminated' dengan perasaan hasad dengki diantara satu sama lain.

INGAT! Islam bukan disuruh berkelakuan macam MCA,PPP,MIC,UMNO,PAS dan parti-parti politik yang penuh dengan strategi dan agenda JATUH-MENJATUH diantara satu sama lain.

3 comments:

  1. Kadang2 segolongan manusia terpaksa mengorbankan orang lain untuk matlamat politik mereka sekalipun yg terkorban itu hanyalah suara ke3...

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya dalam setiap doa manusia tak minta syurga..Yang sentiasa diminta ialah hasanah didunia dan akhirat. serta jauhkan azab. Sebab mereka tahu amat malu memohon syurga kerana perbuatan mereka itu tidak melayakkan mereka memohon demikian.

    ReplyDelete
  3. Salam buana..ccz setuju dengan posting ini. Singgah untuk memberitahu bahawa ccz selamat melahirkan blog baru..kui kui kui..jemput ye..blog yang diwujudkan bagi menyemarakkan seni penulisan kreatif. http://teratakkisah.blogspot.com/

    ReplyDelete