"Kita tidak pernah suka untuk belajar daripada sejarah maupun kesilapan lalu. Kita fikir keadaan kita berbeza tetapi sebenarnya ia sama sahaja"(Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri)
Buanasuara setuju.(Mengulangi ulasan Buana dalam entri terdahulu)
"Para pemimpin juga tidak harus dibuai lena oleh kemewahan singgahsana dan takhta kekuasaan sehingga menjadikan mereka lupa diri dan takbur. Kisah tragik Qarun dengan segunung hartanya dan Fir’aun dengan kemilauan takhtanya seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran sudah seharusnya cukup mengajar kita erti kesederhanaan hidup, kesyukuran diri, kerendahan hati, ketinggian akal-budi dan kebesaran jiwa..
Kita juga harus beringat dengan kisah kemusnahan kaum Lut yang rosak akhlak dan hancur fitrah kemanusiaan mereka dan kaum Thamud yang angkuh dengan kekayaan serta kekuasaan mereka. Sejarah silam juga telah banyak mempamerkan suri tauladan tetapi manusian dengan sifatnya yang sering pelupa itu jarang-jarang sekali mahu belajar daripadanya."
Budaya Melayu adalah budaya yang menyatu dengan ajaran agama Islam. Nilai keislaman menjadi acuan dasar budaya Melayu. Kerananya, budaya Melayu tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana tercermin dari ungkapan adat: Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah; Syarak mengata adat memakai, sah kata syarak, benar kata adat; Bila bertikai adat dengan syarak, tegakkan syarak. Bagi orang Melayu, agama Islam adalah aturannya.
Islam merupakan unsur terpenting dalam peradaban Melayu. Islam dan bahasa Melayu telah berhasil menggerakkan ke arah terbentuknya kesedaran Nasional yang akhirnya menjadi pendorong kepada usaha menentang kolonial penjajah. Simbol-simbol yang berasal dari kebudayaan Melayu, yang berlaku di tempat-tempat umum serta yang digunakan untuk menghubungkan berbagai suku bangsa dan golongan etnik yang berbeza sehingga dapat saling berinteraksi adalah bahasa Melayu dan etika Melayu (antara lain keramahan dan kerterbukaan).
Oleh kerana Melayu identikal dengan Islam, maka Tuhan yang patut disembah adalah Allah. Proses ini pada akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang melekat di dalam kebudayaan Melayu, sehingga menjadi suatu sistem yang tidak terpisahkan bagi orang Melayu, Islam dan Allah. Maka terjadilah proses timbal balik antara Melayu dan Islam dengan segala dimensinya sebagai sebuah sistem yang saling mengisi.
Kepimpinan UMNO kena kembali ke sini.
Wajah Perlembagaan UMNO sudah berubah, tinggal lagi minda ketua-ketua Bahagian samada turut berubah atau tidak.
Kata penasihat undang-undang UMNO bahawa perlembagaan UMNO baru itu hendaklah dibaca bersama dengan minda yang berubah. Rakyat Melayu marhaen juga mengharapkan begitu. Bukan setakat itu sahaja malah Penasihat Undang-undang UMNO kena lakukan alignment pada mindanya juga.
Saya berkata begini dan begitu terhadap beliau kerana pada hemat saya beliau banyak campur tangan sehingga merosakkan UMNO Tanah Merah dengan teruk sekali.'Beyond repair' kata orang putih. Malah beliau dianggap telah melindungi Ikmal Hisham yang mengkhianati UMNO pada pilihanraya ke 12 lalu dengan bermacam helah yang berselindung disebalik profesyennya sebagai peguam.
Belajar lah sejarah , kembalilah dan ambil iktibar kepada keluhan Tun.
Satu ulasan cukup menarik dan baik. Hamba simpan untuk ulasan masa depan inshaallah.
ReplyDeleteKita cuba berbicata secara ilmiah. Jangan pula ada pihak yang tidak senang.