Royalti minyak: Ku Li timbang pelawaan Anwar
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.
Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya.
"Jadi mungkin saya boleh membantu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Anwar baru-baru ini untuk mempengerusikan kaukus mengenai royalti minyak di Kelantan.
Mengenai pertikaian wang ihsan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak perlu timbul kerana ia adalah hak rakyat, iaitu tempat di mana minyak itu ditemui. – Bernama
Buanasuara:
Interesting! Bila sahaja Ku Li lafaz ‘Niat’ untuk mengerjakan sesuatu..riuh rendah serata alam 1Malaysia. Histeria macam firaun lemas air lakunya. Menghukum Ku Li dengan kata-kata yang tidak layak diperkatakan oleh seseorang yang waras.
Jangan forbia!! nampak sangat macam kita bersalah! Biarkan apa Ku Li nak cakap..hak dia. Lagipun hal-hal Petronas ni dia mungkin relevan menyuarakan sesuatu.
Lebih-lebih lagi dia rakyat Kelantan. Subjek ini ada hubungkait dengan rakyat Kelantan. Biarkan! Lagi pun Ku Li tidak bolih buat apa-apa. Dia tak ada kuasa eksekutif.
Dia hanya ada 'Lidah dan Kepala botak' je..Jangan halang hak dan kebebasan beliau selagi Ku Li tidak merentasi sempadan undang-undang.
Kalau Ku Li menghasut rakyat Kelantan untuk memberontak dan mengganas kerana kes royalti/ihsan kita sama-sama kejar beliau dan gantung kepala kebawah macam Tok Janggut digantung oleh British. Apa erti kemerdekaan kalau kita bertindak lebih British daripada British.
Oh ya!! Ku Li baru nak timbang dengan dacing..Baru nak niat, kita dah humban Ku Li ke Neraka. Kita awal-awal lagi dah baca sukatannya.. lebih lajak pada laju ni namanya.
Buana bukan hendak mempertahankan Ku Li, cuma Buana suka pada pegangan di bawah:
"In my personal code of ethics, I try not to justify my actions when I know what I am doing is wrong. But I'll be damned if I'm going to change my personal code of ethics to match someone else's, because at that point they are no longer my ethics but someone else's."
"I believe passionately that every human being deserves: 1. To be treated justly 2. Rights to write. 3. Rights to be heard. 4. Rights to know."
Biarkan Tengku Razaliegh jelaskan betul ke tidaknya sebagaimana yang diulaskan oleh aspanalias dibawah ini.

Buana orang Kelate..nak tahu juga. Dok dengar sama tak tahu semakin bodoh kita dibuatnya. Macam cerita 'tiga orang buta tengok gajah'. Yang pegang kaki gajah kata gajah ni macam batang kelapa. Ada yang kata gajah ni macam ular sebab dipegang pada ekor gajah. Yang pegang pada gading mengatakan gajah ni binatang keras macam mata lembing...Akhirnya bergaduh.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Antara yang terkandung di dalam Akta ini ialah ‘Pemberian Hak-Hak, Kuasa-kuasa, Kebebasan-Kebebasan dan Keistimewaan-Keistimewaan’ berkenaan dengan petroleum kepada Petronas.
Dalam surat cara itu, Kerajaan Negeri-Negeri, ‘Memberikan untuk selama-lamanya dan memindahak dan meletakhakkan kepada PETRONAS pemunyaan mengenai petroliam dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan, eksklusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolihi petroliam yang berada dipantai atau diluar pantai Malaysia.
Pemberian, pemindahhakkan dan perletakkan ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuatkuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya.’
Setiap Kerajaan-Kerajaan negeri telah menanda tanganinya dan isi kandungan suratcara yang sama.Negeri Kelantan telah mendatangani perjanjian ini pada 9hb Mei 1975 diantara Petronas yang di wakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Kerajaan PAS semasa itu Dato’ Haji Mohamed bin Nasir.
Setelah menandatangani Suratcara itu maka satu lagi perjanjian ditandatangani dengan kesemua kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Kelantan.
Dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ‘Vesting Deed’.Perjanjian ini juga ditandatangani pada 9hb Mei 1975 antara Dato’ Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan dan PETRONAS.
Dalam perjanjian yang dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga dengan mana-mana Negeri, sebagai balasan kepada pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan mengenai petroliam yang diletakhakkan oleh Kerajaan kepada PETRONAS maka PETRONAS bersetuju dan menandatangi perjanjian yang diringkaskan diantaranya seperti berikut;
1. PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5 % dari Nilai petroliam yang didapati dan diperolihi diKelantan dan dijual oleh PETRONAS atau agent atau kontraktornya.
2. Nilai pembayaran adalah dikira diatas harga f.o.b dan dilakukan enam bulan sekali oleh PETRONAS atau 'agent'nya.
3. Pembayaran tunai ini mengikut perjanjian ini akan dibayar 2 kali dalam tempoh setahun. Segala minyak yang dijumpai, digali dan dijual dalam setengah tahun yang pertama mestilah dibayar oleh PETRONAS kepada keraaj Negeri pada atau sebelum 1 september setiap tahun dan segala minyak yang dijumpai dan dijual pada setengah tahu yang kedua mesti dibayar pada atau sebelum 1hb Mac tahun berikutnya.Itulah diantara intipati perjanjian diantara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri dan kalau kita kaji sedalam dalamnya tiada timbul isu 3 batu nautika dan sebagainya.
Perjanjian ini adalah perjanjian diantara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bukannya perjanjian antara PETRONAS dan UMNO di negeri itu.Sebagai rakyat negara yang kita akui sebagai rakyat negara yang berdaulat dan merdeka, hasil mahsul negara ini adalah kepunyaan semua rakyat negara tanpa mengira anutan Agama, bangsa, budaya dan fahaman politik.
Sesungguhnya perjanjian itu adalah perjanjian diantara PETRONAS dan rakyat Malaysia yang diwakili oleh kerajaan negeri masing-masing.Maksud yang lebih jelas ianya merupakan perjanjian antara PETRONAS dengan ‘Government of the Day’.
Dalam persetujuan-persetujuan itu tidak ada cerita tentang Wang Ehsan atau sepertinya yang lain.Wang Ehsan itu hanyalah political invention oleh pemimpin yang tidak gentleman yang lama kelamaan akan dilihat dan diadili oleh rakyat.
Rakyat sekarang bukan mudah untuk menerima apa-apa bentuk deceiving acts oleh mana-mana pihak kerana rakyat kini sudah pandai hasil dari usaha kerajaan memberikan mereka pelajaran.Saya berhenti di sini. Terpulang kepada semua untuk menilainya. Saya mengaku saya bukan orang yang bijak pandai tetapi saya bolehlah membaca dan menulis sikit-sikit dan berfikir sedikit sebanyak.Jika ada kebaikan ianya datang dari Allah swt dan jika ada kelemahan ianya pasti datang dari saya yang bersifat baharu ini.

Hamba tidak berhajat nak bercakap mengenai hak mengikut undang2 kerana ayat2 undang2 itu ada nilai tersendiri. Istilah istilah yang digunakan mempunyai takrif tersendiri dan ia juga tertakluk kepada undang2 / peraturan sedia ada diatas daripada sesuatu hak dijelas dalam sesuatu ayat dalam dokumen membawa implikasi undang2. Banyak lagi sandaran lain yang ikut menyumbang dalam merumuskan kesimpulan.
ReplyDeleteHamba cuma ingin mengajak kawan kawan merenung mengenai hak dan kebijaksanaan individu. Tengku Razaligh adalah seorang pemimpin politik yang telah membina kebijaksanaan melalui jenoh pengalaman beragam situasi.
Beliau tentulah faham benar dengan implikasi dalam situasi serta tanggung jawab daripada segala keputusan dan tindak tanduknya. Beliau juga tentulah faham mengenai personaliti serta kumpulan terlibat dalam sebarang keputusan untuk ikut menjadi penyumbang bermakna atau diguna apabila memutuskan kedudukannya dalam sebarang isu tertentu.
Perkara2 sebegini sebenarnya yang sepatutnya menjadi perbincangan kita. Manalah tahu kalau kalau pandangan kita nantinya menjadi berguna untuk YB Tengku Razaleigh menimbang untuk menuju kepada keputusan yang sebenarnya adalah hak mutlah peribadinya.
Untung dan rugi benar atau salah keputusan itu adalah juga laba/tanggungan beliau sendiri. Beliau juga tentulah faham benar dengan kejujuran dan keikhlasan pusingan roda politik kereta atau pemandu tertentu. Beliau kenal semuanya.
Kita semua cuma memandang dari jauh. Janganlah kita semua yang belum faham matlamat, bijak serta strategi beliau, cuba menjadi terlalu laju sehingga sukar mengawal selekoh atau mengelak halangan.
Kadang-kadang orang yang taksub dan kuat menyokong tidak produktif untuk parti mereka. Selalu prejudis terhadap kawan-kawan yang tidak ada kuasa.
ReplyDeleteMereka lupa bahawasanya asas persaudaraan ialah permuafakatan dalam perbicaraan,perlakuan dan sayang menyayangi diantara satu sama lain.
Kalau kita takut organisasi kita maupun pemimpin kita ditegur atau kita memerlukan ahli-ahli yang suka berdiam diri dalam apa situasi, maka lebih baik kita bersahabat dengan ahli-ahli kubur sahaja.
Dah jelas terang lagi bersuluh..dalam perjanjian yg ditngani bahawa petronas harus membayar wang tunai''kepada kerajaan negeri. Tak kira samada kerajaan tu apa parti politiknya pun..bahkan sekiranya yg berfahaman kominis menerajui negeri pembayaran harus dilakukan..
ReplyDeleteApa salahnya pembayaran dilakukan dgn bijak???
Kenapa takut pada bayang2 sendiri??
Kenapa begitu tamak..dengki..dgn bangsa sendiri??? Inikah yg dipanggil pejuang bangsa..?
Dunia semakin cerdik..bukan spt zaman 70an dulu lagi..
Ayohlah..air kalau diempang lama2 empangan akan pecah..memusnahkan segala2nya..hilang segala ketamakan..hilang segala kedengkian..hilang segala hati2 busuk..
Walhal kebaikan hanyalah utk rakyat...
Nasib kau lah, Buana Suara.
ReplyDelete