Showing posts with label Tengku Razaliegh. Show all posts
Showing posts with label Tengku Razaliegh. Show all posts

Sunday, 7 November 2010

UMNO Kelantan: 20 Tahun Kuliah Masih Belum menjadi Sarjana



Tolong! Jangan Relax...

Pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula berseronok. Berkokok riuh rendah dengan kemenangan PRK di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan kedua-dua kerusi ini menjadikan ianya sebagai bahan pemimpin-pemimpin parti kita untuk berpesta. Ada yang mengatakan BN akan kembali seperti sediakala selepas PRK 13 nanti. Apa yang dimaksudkan sediakala itu sebenarnya belum ada kepastian.

Apakah yang dimaksudkan sediakala itu ;mungkin maksudnya ialah UMNO akan kembali pulih seperti sebelum gerakkan reformasi Anwar Ibrahim . Atau ‘sediakala’ yang dimaksudkan ialah keadaan pencapaian UMNO yang paling baik semasa pilihanraya 2004. Pada pilihanraya 2004 UMNO/BN telah mencapai pencapaian yang tertinggi iaitu sekuat 90 peratus perwakilan BN diDewan Parlimen.

Kemenangan 2 PRU ini tidak mengambarkan sikap pengundi seluruh negara.

Kemenangan di Galas tidak jua boleh dijadikan tanda aras bahawa perubahan sikap rakyat Kelantan keseluruhannya telah bermula. Di Galas ia lebih tertakluk kepada daya dan gaya pengurusan kepimpinan tempatan. Tengku Razaliegh Hamzah berjaya mengurus konflik, mengurus isu dan mengurus krisis dengan pendekatan-pendekatan yang sukar tetapi realistik. Menampilkan pengurusan seorang pengurus yang tulus ikhlas dan bijaksana.

Persoalannya, bagaimana pula sikap Ketua-ketua Bahagian yang lain di Kelantan. Adakah mereka itu mentadbir bahagian dengan berbekalkan keikhlasan serta kebijaksanaan atau berbekalkan 'fulus yang mulus'.

Kalau berbekalkan fulus, ada masanya fulus tidak boleh memikat semua orang. Ada masanya 'pitih-mas' tidak laku kalau emosi rakyat dilukai. Kaya fulus tetapi fakir intelek tidak berguna.

Dato' Mustapha janganlah segera bingkas bagaikan mendengar guruh dilangit lalu melaungkan dengan egonya bahawa kemarau UMNO di Kelantan sudah sampai ke hujungnya.

Mustapha Muhamad wajib mengatur prosedur audit UMNO di setiap bahagian bawah naungannya. Dia perlu membuat audit jentera parti untuk menilai kekuatan dalaman.

Jadi apabila Mustapaha Mohamad , ketua perhubungan UMNO Kelantan menyatakan kemenangan BN di Galas sebagai petanda kebangkitan BN/UMNO di Kelantan, mencerminkan betapa fakirnya intelek politik beliau.

Galas ada Tengku Razaliegh, di kebanyakkan bahagian pula ada abdi. Tunggu arahan semata. Tidak inovatif dan proaktif. Sementara strategi mereka pula suka menjemput pembesar-pembesar ke Bahagian masing-masing untuk publisiti murahan. Kononnya mereka amat rapat dengan pimpinan atasan. Membeli ruangan akhbar dan mendapatkan 'air time' di slot TV untuk publisiti. Impaknya belum pasti.

Sikap menunjuk-nunjuk ini elok dihentikan.Rakyat akan menolak mereka. Pemimpin kita tidak boleh memandang mereka yang menolak ini semata-mata untuk menolak sahaja. Diantara mereka yang menolak itu adalah orang-orang yang berfikir. Jika pimpinan memandang rendah kepada pandangan mereka maka pemimpin itu harus bersedia untuk menghadapi risiko ditolak didalam piliharaya yang akan datang.

Rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat dua dekad yang lalu . Mereka mudah dikhayalkan.

Mengapa kita tidak mahu mengikut dan meneladani contoh-contoh yang baik yang dilakukan oleh pimpinan negara-negara maju G8.

Pemimpin-pemimpin negara ini tidak pun memaparkan wajah-wajah mereka melalui media letronik setiap hari, masa dan ketika.Mereka tidak memberikan ‘priority’ untuk menonjolkan imej peribadi mereka. Mereka hanya menunjukkan kemampuan mereka untuk mengurus dan membangunkan rakyat dengan ide yang berfokus. Mereka tidak ada memberikan fokus untuk 'berglamour-glamouran’ .

Realitinya, kita tidak ada Tengku Razaleigh di merata tempat , tapi kita boleh mencontohi cara dan gaya beliau.

Aura YBM Tengku Razaliegh wajib diiktibarkan. Dato' Mustapha, hentikan monopoli segala projek ke Jeli sahaja. 'Don't be selfish' and 'don't be a greedy pig'...wallahuallam.

Wednesday, 13 October 2010

Tengku Razaliegh; "Akhirnya Kebenaran Juga Yang Akan Menyerlah"

Apa kata TRH tentang amalan rasuah dalam kerajaan;

1. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan orang atasan dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat juga.Kita sebut satu kes sahaja, ia itu kes yang berkaitan dengan rakaman video Lingam yang didedahkan kepada suruhanjaya yang dilantik untuk mendegar kes ini.

2. Dalam cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya Kes ini, memperlihatkan kepada rakyat betapa korup dan lemahnya sistem perlantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.

3. Bayangkan seseorang peguambela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan atau pun 'judgement' mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam.

4. Bayangkan juga para towkey atau towkey judi boleh campurtangan dalam soal perlantikan Hakim.Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim-hakim berbangsa melayu yang beragama islam pula, tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman Negara.”

Buana;

Tengku yang dipinggirkan oleh pimpinan UMNO adalah seorang Negarawan dan Pejuang yang berani menegur, 'without fear or favour' demi kebaikan parti pemerintah dan negara tercinta.

Malangnya, ramai majoriti ahli UMNO tidak 'jauhari'. Tengku Razaliegh yang saya kenali adalah insan yang tinggi semangat Melayunya. Sebatang lidah yang tersengkang dalam mulutnya tidak pernah dibiarkan bercabang demi untuk melihat Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang harmonis.

Sebutir jantung yang tersemat didadanya tidak pernah diizinkan ia berbelah bahagi demi penyatuan orang Melayu serta kesejahteraan lain-lain bangsa di nagara ini .

Jari-jemari dan tulang empat keratnya sentiasa dikerah mengabdikan kepada perjuangan bangsanya.

Keringat, darah dan airmatanya, adalah simbol kekuatan semangat dan ketabahan hatinya, demi untuk menabur budi kepada bangsa dan negaranya.

Ejekan, sorakan sinis daripada 'lembu-lembu kerikil' dalam UMNO suatu ketika dahulu merupakan 'nasi makan dan air minumnya'. Nampak lembut pekertinya tetapi lasak wibawanya.

'Personality dan Character assassination' yang dipraktiskan dalam UMNO sepanjang zaman, tidak mampu memusnahkan politik beliau. Destini politik Tengku tidak siapa boleh tentukannya kecuali diri beliau sendiri.

Demi kebenaran, telah terbukti TRH sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan politik beliau demi menegakkan kebenaran.

Buana pernah dibisik oleh TRH,
" Jangan kecewa kalau kita dipihak yang benar, tidak kira apa pun yang terjadi, sebab akhirnya; kebenaran juga yang akan menyerlah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya"

Tuesday, 12 October 2010

Air Liur Meleleh,Tak Minum Ketagih, UMNO Kaki Temberang


UMNO SUDAH BERUBAH TETAPI TETAP AKAN DIUBAH.

Setelah 2 minggu berada di Ireland, YBM Tg Razaliegh kembali ke Tanah Air pada 9/10/10.Maka berduyun-duyunlah pemimpin menyambut YBM Tengku.Itulah budaya hipokrit UMNO.

Ini bukan pertama kali YBM Tengku keluar masuk Negara atas berbagai urusan. ‘Outlet’ yang digunakan ialah KLIA. Anehnya, selama ini tidak siapa pun ambil peduli YBM Tengku Razaliegh keluar masuk KLIA.


Ramai kepimpinan UMNO khususnya dari Kelantan telah menyambut ketibaan beliau di KLIA. Termasuk Dato’ Mustapha Muhamad. Sebelum ini paling ramai menghantar dan menyambut Tengku Razaliegh tidak lebih daripada 5 atau 6 orang sahaja yang mengisi ruang 'VIP Lounge’ menghantar dan menyambut beliau.

Sekadar mengingati betapa kejamnya UMNO terhadap YBM Tengku Razaliegh; dibawah adalah rentetan yang sudah tercatat dalam sejarah tentang kekejaman kepimpinan UMNO terhadap beliau.

Peristiwa 1. Majlis Perayaan Ulangtahun PETRONAS DiPerbadankan:
Kata para sahabat, pernah dalam satu majlis perayaan ulangtahun PETRONAS wajah Tegku Razaliegh tidak kelihatan . Sedangkan YBM Tengku adalah anak Melayu yang mengasaskan kewujudan PETRONAS. Badan korporat inilah yang banyak membantu pemimpin Negara dari segi kewangan. Apabila ditanya kenapa YBM Tengku tidak dijemput? Rupa-rupanya nama beliau telah disenaraikan sebagai tetamu tetapi tidak mendapat kelulusan oleh pihak atasan.Siapa pemimpin Atasan itu. Tentunya tidak dari Parti PAS,DAP atau Parti pembakang yang lain.

Peristiwa 2: Permodalan Nasional Berhad
Pada satu ketika di Pameran Tahunan Pelaburan PNB di dapati beberapa gambar kepimpinan dipamerkan untuk menonjolkan imeg para pemimpin yang telah menyumbang kepada kewujudan PNB. Dalam deretan gambar-gambar itu, gambar YBM Tengku Razaliegh tidak kedapatan. Maknanya YBM Tengku Razaliegh telah dilupakan sedangkan beliaulah yang mencetuskan idea penubuhan PNB bagi membantu kekayaan diagihkan kepada bumiputra melalui sistem ‘unit trust’ yang diuruskan oleh ASNB.

Kedua-dua peristiwa ini adalah diantara beberapa peristiwa lain yang tidak disebut disini(akan disebut pada entri akan datang) membuktikan bahawa pemimpin UMNO sekarang telah membentuk satu budaya penghapusan populariti seseorang tokoh melalui pendekatan yang sistematik. Sistem yang dimaksudkan ialah masyarakat dan rakyat 1Malaysia dijahilkan tentang jasa seseorang yang mungkin pada pendapat mereka akan menghalang mereka menguasai kepimpinan terus-terusan. Ini lah trend sistem politik UMNO sekarang.

YBM Tengku sedar perkara ini,tetapi masalah kekejaman sistem dalam UMNO tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk terus berbakti kepada bangsa dan negaranya. Ini dapat kita buktikan betapa tidak seriknya Tengku menawarkan diri pada setiap pemilihan UMNO. Pemimpin-pemimpin yang telah menyambut kepulangan beliau 09/10/10 adalah kalangan yang subahat merealisasikan sistem ‘ala Yahudi’ yang zalim itu terhadap YBM Tengku Razaliegh.Termasuk Dato Mustapha Muhamad dan konco-konconya di Kelantan.

Mulai sekarang sehinggalah PRK Dun Galas selesai, Tengku akan mendapat tempat dalam semua media yang dikuasai kerajaan UMNO . Selepas itu, peristiwa-peristiwa seperti di PETRONAS dan PNB akan berulang. Tengku akan bersendirian lagi. Dan beberapa kerat sahabat serta sebahagian anak bangsa yang mengenang budi akan bersama dengan beliau. Jangan sesiapa hairan…inilah budaya UMNO yang dikatakan pembela Bangsa.

Pernah pada satu Persidangan UMNO di PWTC, seperti biasa, para perwakilan menerima edaran sebuah buku bertajuk 'Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia'. Tengku Razaliegh tentunya turut menerima satu naskah, sama seperti perwakilan lain. Dalam Bab akhir buku itu pengarangnya telah menyenaraikan para pemimpin UMNO yang berjasa kepada bangsanya. Dari Tunku Ab Rahman, Tun Razak, Tun Hussain, Mahathir, Musa Hitam, Ghaffar dan lain-lain, TETAPI nama Tengku Razaliegh tidak tersenarai sebagai orang yang berjasa pada bangsanya.

Kalau YBM Tengku Razaliegh yang banyak berjasa kepada Parti UMNO, Bangsa dan Negara diperlakukan sedemikian rupa,“SIAPALAH KAMU WAHAI MELAYU MARHAIN.” di sisi UMNO.

Mustahil Tengku Razaliegh lupa semua itu. Beliau bukan jenis Melayu yang mudah lupa. Penerimaan Tengku Razaliegh sebagai Pengarah PRK DUN Galas patut dihormati semua pihak. Jangan terlepas pandang! penerimaan Tengku sebagai Pengarah Pilihanraya mungkin penuh bersyarat. Kalah atau Menang, itu lain cerita. Yang pasti Air Liur Tengku akan meleleh sepanjang dan selepas PRK ini.


Monday, 4 October 2010

Ku Li Tidak 'Pecah Liur'


Saya yakin YBM Tenku Razaliegh tidak akan menerima pencalonan dan perlantikan sebagai Pengarah P'raya di 'Buy Election' Galas.

UMNO tak payah bising, PAS tak payah bimbang pasal YBM Tengku Razaliegh.

Nak tahu kenapa saya optimis;

Kalau beliau bersetuju untuk bertanding, ini bermakna UMNO sudah ketandusan tokoh yang layak. Tentu sekali Ku Li tidak sanggup apabila orang mengatakan begitu. UMNO pun akan malu besar.Walaupun sebenarnya begitu.

Pengarah P'raya pun beliau akan tolak. Selama ini disetiap PRK , sudah menjadi amalan bahawa Timb.Presiden diamanatkan. Kenapa di Gua Musang harus diserahkan kepada Ku Li.

Dulu masa Ku Li bercadang utk bertanding kerusi Presiden UMNO, hampir semua orang kuat UMNO di KL mengutuk beliau.Macam2 tomahan. Kononnya tak sedar diri. Nyanyuk dan berbagai-bagai penghinaan.Hipokrit begini adalah musuh Ku Li.

YBM Tengku pun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi. Rasanya beliau masih berada di luar negara. Namun saya yakin belaiu tidak boleh diperbudak-budakkan oleh kanak-kanak hingusan dalam UMNO.

Satu ketika dahulu MKT telah memalukan Ku LI dalam peristiwa dimana Ku Li selaku Ketua Bahagian Gua Musang membatalkan mesyuarat Pemuda Bahagian tetapi disahkan oleh MKT.

Begitu juga pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Bahagian.Ku Li dimalukan oleh MKT.

YBM Tengku ada pendirian tersendiri.

Ku Li lebih tahu tendang terajang PAS...Apabila PAS menzahirkan perasaan seolah-olah gerun dan takut kepada seseorang individu itu sebenarnya mereka mahu orang berkenaan bertanding.

Dalam konteks ini mereka amat teruja kalau Ku Li bertanding.

Kenapa?

1.Ku Li telah menyokong tuntutan Royalti minyak..so kalau Ku Li bertanding menyenangkan PAS menang. Mereka akan mainkan isu royalti secara 'perdana'.

2.Kalau Ku Li kalah(Permainan dalaman UMNO memungkinkan ini semua) di DUN maka tamatlah riwayat Ku Li dalam UMNO. (pada PAS tamatlah penguasaan UMNO di Gua Musang dan melemahkan UMNO Kelantan keseluruhannya)

Saya yakin seyakin-yakinnya Ku Li akan tolak semuanya,tetapi ada kemungkinan akan menawarkan diri sebagai Timbalan Pengarah sahaja atau pun sebagai penasihat sahaja. 'Just to be in the group'

Thursday, 19 November 2009

Kenapa Histeria Dengan Ku Li??



Royalti minyak: Ku Li timbang pelawaan Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya.

"Jadi mungkin saya boleh membantu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Anwar baru-baru ini untuk mempengerusikan kaukus mengenai royalti minyak di Kelantan.

Mengenai pertikaian wang ihsan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak perlu timbul kerana ia adalah hak rakyat, iaitu tempat di mana minyak itu ditemui. – Bernama

Buanasuara:

Interesting! Bila sahaja Ku Li lafaz ‘Niat’ untuk mengerjakan sesuatu..riuh rendah serata alam 1Malaysia. Histeria macam firaun lemas air lakunya. Menghukum Ku Li dengan kata-kata yang tidak layak diperkatakan oleh seseorang yang waras.

Jangan forbia!! nampak sangat macam kita bersalah! Biarkan apa Ku Li nak cakap..hak dia. Lagipun hal-hal Petronas ni dia mungkin relevan menyuarakan sesuatu.

Lebih-lebih lagi dia rakyat Kelantan. Subjek ini ada hubungkait dengan rakyat Kelantan. Biarkan! Lagi pun Ku Li tidak bolih buat apa-apa. Dia tak ada kuasa eksekutif.

Dia hanya ada 'Lidah dan Kepala botak' je..Jangan halang hak dan kebebasan beliau selagi Ku Li tidak merentasi sempadan undang-undang.

Kalau Ku Li menghasut rakyat Kelantan untuk memberontak dan mengganas kerana kes royalti/ihsan kita sama-sama kejar beliau dan gantung kepala kebawah macam Tok Janggut digantung oleh British. Apa erti kemerdekaan kalau kita bertindak lebih British daripada British.

Oh ya!! Ku Li baru nak timbang dengan dacing..Baru nak niat, kita dah humban Ku Li ke Neraka. Kita awal-awal lagi dah baca sukatannya.. lebih lajak pada laju ni namanya.

Buana bukan hendak mempertahankan Ku Li, cuma Buana suka pada pegangan di bawah:


"In my personal code of ethics, I try not to justify my actions when I know what I am doing is wrong. But I'll be damned if I'm going to change my personal code of ethics to match someone else's, because at that point they are no longer my ethics but someone else's."

"I believe passionately that every human being deserves: 1. To be treated justly 2. Rights to write. 3. Rights to be heard. 4. Rights to know."

Biarkan Tengku Razaliegh jelaskan betul ke tidaknya sebagaimana yang diulaskan oleh aspanalias dibawah ini.




Buana orang Kelate..nak tahu juga. Dok dengar sama tak tahu semakin bodoh kita dibuatnya. Macam cerita 'tiga orang buta tengok gajah'. Yang pegang kaki gajah kata gajah ni macam batang kelapa. Ada yang kata gajah ni macam ular sebab dipegang pada ekor gajah. Yang pegang pada gading mengatakan gajah ni binatang keras macam mata lembing...Akhirnya bergaduh.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Antara yang terkandung di dalam Akta ini ialah ‘Pemberian Hak-Hak, Kuasa-kuasa, Kebebasan-Kebebasan dan Keistimewaan-Keistimewaan’ berkenaan dengan petroleum kepada Petronas.

Dalam surat cara itu, Kerajaan Negeri-Negeri, ‘Memberikan untuk selama-lamanya dan memindahak dan meletakhakkan kepada PETRONAS pemunyaan mengenai petroliam dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan, eksklusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolihi petroliam yang berada dipantai atau diluar pantai Malaysia.

Pemberian, pemindahhakkan dan perletakkan ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuatkuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya.’

Setiap Kerajaan-Kerajaan negeri telah menanda tanganinya dan isi kandungan suratcara yang sama.Negeri Kelantan telah mendatangani perjanjian ini pada 9hb Mei 1975 diantara Petronas yang di wakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Kerajaan PAS semasa itu Dato’ Haji Mohamed bin Nasir.

Setelah menandatangani Suratcara itu maka satu lagi perjanjian ditandatangani dengan kesemua kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Kelantan.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ‘Vesting Deed’.Perjanjian ini juga ditandatangani pada 9hb Mei 1975 antara Dato’ Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan dan PETRONAS.

Dalam perjanjian yang dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga dengan mana-mana Negeri, sebagai balasan kepada pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan mengenai petroliam yang diletakhakkan oleh Kerajaan kepada PETRONAS maka PETRONAS bersetuju dan menandatangi perjanjian yang diringkaskan diantaranya seperti berikut;

1. PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5 % dari Nilai petroliam yang didapati dan diperolihi diKelantan dan dijual oleh PETRONAS atau agent atau kontraktornya.

2. Nilai pembayaran adalah dikira diatas harga f.o.b dan dilakukan enam bulan sekali oleh PETRONAS atau 'agent'nya.

3. Pembayaran tunai ini mengikut perjanjian ini akan dibayar 2 kali dalam tempoh setahun. Segala minyak yang dijumpai, digali dan dijual dalam setengah tahun yang pertama mestilah dibayar oleh PETRONAS kepada keraaj Negeri pada atau sebelum 1 september setiap tahun dan segala minyak yang dijumpai dan dijual pada setengah tahu yang kedua mesti dibayar pada atau sebelum 1hb Mac tahun berikutnya.Itulah diantara intipati perjanjian diantara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri dan kalau kita kaji sedalam dalamnya tiada timbul isu 3 batu nautika dan sebagainya.

Perjanjian ini adalah perjanjian diantara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bukannya perjanjian antara PETRONAS dan UMNO di negeri itu.Sebagai rakyat negara yang kita akui sebagai rakyat negara yang berdaulat dan merdeka, hasil mahsul negara ini adalah kepunyaan semua rakyat negara tanpa mengira anutan Agama, bangsa, budaya dan fahaman politik.

Sesungguhnya perjanjian itu adalah perjanjian diantara PETRONAS dan rakyat Malaysia yang diwakili oleh kerajaan negeri masing-masing.Maksud yang lebih jelas ianya merupakan perjanjian antara PETRONAS dengan ‘Government of the Day’.

Dalam persetujuan-persetujuan itu tidak ada cerita tentang Wang Ehsan atau sepertinya yang lain.Wang Ehsan itu hanyalah political invention oleh pemimpin yang tidak gentleman yang lama kelamaan akan dilihat dan diadili oleh rakyat.

Rakyat sekarang bukan mudah untuk menerima apa-apa bentuk deceiving acts oleh mana-mana pihak kerana rakyat kini sudah pandai hasil dari usaha kerajaan memberikan mereka pelajaran.Saya berhenti di sini. Terpulang kepada semua untuk menilainya. Saya mengaku saya bukan orang yang bijak pandai tetapi saya bolehlah membaca dan menulis sikit-sikit dan berfikir sedikit sebanyak.Jika ada kebaikan ianya datang dari Allah swt dan jika ada kelemahan ianya pasti datang dari saya yang bersifat baharu ini.





Buanasuara kata, "Please Don't be kuatir dengan Ku Li"- UMNO ada juta-juta Ahli setia. Ku Li hanya kuli.. wallahuallam.

Sunday, 4 October 2009

Najib:Zigzagged Tongue

" I thanks members for their trust in me..I aspire to carry out the trust and responsibilities in addressing all challenges faced by UMNO and Barisan"

"If Umno continues to field tainted candidates, the public might justly conclude that it would be better for the the country that Umno lost. In our now dangerously divided society, it is important not just that elections be won, but that they be won with honour and by honourable individuals; that is to say, in a way that inspires the public’s trust in our institutions and enlarges our common sense of justice. Only then can the results of elections unite rather than divide us. That is our larger challenge".
(Tengku Razaleigh HamzahMember of ParliamentGua Musang)
"Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum".

"Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula".
( Tun Dr. Mahathir Mohamad)
Buanasuara:
UMNO: Hope for the best and be prepared for the worst.

Sunday, 12 July 2009

UMNO Bagaikan Buah Khuldi


Tengku razaleigh’s speech at the EGH of the Umno gua musang division, April 2008 (excerpt)…


Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan menteri-menteri dari Umno tidak memegang jawatan itu, sekiranya mereka tidak terlebih dahulu dipilih dari perwakilan Umno sebagai presiden dan timbalan presiden dan oleh rakyat sebagai ahli parlimen. Kalau PM yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan Bahasa Melayu dan agama Islam, maka mereka mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. Umno perlu mewujudkan mekanisma yang sesuai dan cekap untuk melaksakan sistem parti mengawal kerajaan ini.


Kedua, dasar dan visi Umno hendaklah merentas sempadan kaum dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja. Dasar dan visi Umno yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan alif ba ta, seperti yang saya sebutkan tadi tetap dipertahankan. Tetapi dalam soal untuk memajukan hidup, ekonomi, social, pendidikan, dan sebagainya untuk rakyat, Umno hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat, tidak kira kaum.


Kita mahu Umno menjadi parti ‘supra-ethnic’, parti nasional yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan visi tradisionalnya, iaitu mempertahankan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi, dan budaya orang asing atau kuasa asing.


Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan Negara, yang faedahnya untuk Negara, dan bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan.Dasar dan perjuangan parti Umno ini tidak menjejaskan hak dan kaum lain.


Imej Umno selama beberapa tahun kebelakangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis.


Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. Umno dilihat sebagai parti yang tidak mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu, dan disamping ini, orang Melayu mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen Umno untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu.


Institusi Raja-raja Melayu adalah institusi tertua di tanah Melayu dengan usianya melebihi tujuh ratus tahun. Institusi inilah yang menjadi penyelamat tamadun Melayu, walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda, dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa.


Imej kedua ialah Umno di mata orang bukan Melayu, iaitu mereka menganggap Umno adalah parti untuk kepentingan kaum lain. Entahlah apa sebabnya.


Imej Umno yang ketiga ialah parti yang menggalakkan rasuah politics atau parti orang kaya di atas, atau parti orang miskin di bawah. Parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek kerajaan dan hak rakyat miskin, tidak kira kaum.Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu. Umno harus mengubah atau membersihkan ketiga-tiga imej buruk itu. Umno mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu.


Dalam pilihan raya umum ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan Cina, misalnya, mengibarkan bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat Umno. Mengapa? Adakah mereka telah dipukau atau di Islamkan oleh orang PAS?


Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS adalah berdasarkan prinsip Islam yang lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut pada tuhan, maka mereka takut untuk berkata bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata tok guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih, dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan. Inilah cabaran yang dihadapi umno hari ini.


Umno terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. Umno terpaksa menyaingi parti baharu seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum, termasuk generasi baru orang Melayu sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan terhadap semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.


Ketiga, perangai, budaya, akhlak, dan moral orang Umno perlu diadabkan. Kita perhatikan pada kempen pilihan raya umum Ke-12, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka mendabik-dabik. Seorang calon parlimen Umno, memberitahu media bahawa matlamatnya adalah untuk memastikan lawan-lawannya hilang deposit.calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi melayu.


Di Kelantan, kita mendengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadap terhadap PAS… bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam perang salib terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilancarkan oleh presiden bush terhadap Negara Islam. Saya paham bahawa PAS adalah parti lawan Umno. Tetapi itu bukanlah caranya Orang Melayu Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama. Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab.


Orang Melayu, bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun meluat dan menyampah dengan kelakuan feil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati parti lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng, dan akhirnya kita kalah teruk, malah lebih teruk dari tahun 2004. Bukan kerana dasar Umno tidak baik, tetapi kerana orang Umno itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.


Saya rasa perlakuan yang biadap itu timbul daripada beberapa sebab. Antaranya dapat kita sebut; satu, kerana kita terlalu yakin pada kekuatan parti, dan tidak nampak apakah kelemahannya? Lalu, orang seperti itu berasa terlalu megah, berani, dan bercakap besar. Mereka memberitahu pengundi, ‘aku akan menjadi menteri besar’… ekonomi pasaran dan ekonomi kapitalisma sudah menjadi alat politik Umno untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam Umno, untuk kepentingan kepimpinan, dan bukan untuk kepentingan rakyat, anggota akar umbi Umno,jiwa dan roh melayu.


Orang Umno mula digantikan dengan roh beruk. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno.jadi untuk menyelamatkan Umno, kita harus buang segala anggota Umno di atas itu yang jahat dan korap. Yang tidak berbudaya dan tidak berakhlak tinggi, yang tidak bijaksana.


Ada orang jadi geliga otaknya, lulusan oxford,Harvard dan sebagainya. Tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak untuk diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Kerana mereka tidak mempunyai roh atau semangat melayu yang cukup dalam dadanya. Tidak bijak, tidak pandai bercakap, tidak pandai berhujah dengan rakyat. Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik di universiti-universiti tetapi tidak layak menjadi pemimpin bangsa melayu, yang mempunyai nilai-nilai tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang melayu.