Wednesday, 13 October 2010

Tengku Razaliegh; "Akhirnya Kebenaran Juga Yang Akan Menyerlah"

Apa kata TRH tentang amalan rasuah dalam kerajaan;

1. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan orang atasan dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat juga.Kita sebut satu kes sahaja, ia itu kes yang berkaitan dengan rakaman video Lingam yang didedahkan kepada suruhanjaya yang dilantik untuk mendegar kes ini.

2. Dalam cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya Kes ini, memperlihatkan kepada rakyat betapa korup dan lemahnya sistem perlantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.

3. Bayangkan seseorang peguambela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan atau pun 'judgement' mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam.

4. Bayangkan juga para towkey atau towkey judi boleh campurtangan dalam soal perlantikan Hakim.Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim-hakim berbangsa melayu yang beragama islam pula, tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman Negara.”

Buana;

Tengku yang dipinggirkan oleh pimpinan UMNO adalah seorang Negarawan dan Pejuang yang berani menegur, 'without fear or favour' demi kebaikan parti pemerintah dan negara tercinta.

Malangnya, ramai majoriti ahli UMNO tidak 'jauhari'. Tengku Razaliegh yang saya kenali adalah insan yang tinggi semangat Melayunya. Sebatang lidah yang tersengkang dalam mulutnya tidak pernah dibiarkan bercabang demi untuk melihat Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang harmonis.

Sebutir jantung yang tersemat didadanya tidak pernah diizinkan ia berbelah bahagi demi penyatuan orang Melayu serta kesejahteraan lain-lain bangsa di nagara ini .

Jari-jemari dan tulang empat keratnya sentiasa dikerah mengabdikan kepada perjuangan bangsanya.

Keringat, darah dan airmatanya, adalah simbol kekuatan semangat dan ketabahan hatinya, demi untuk menabur budi kepada bangsa dan negaranya.

Ejekan, sorakan sinis daripada 'lembu-lembu kerikil' dalam UMNO suatu ketika dahulu merupakan 'nasi makan dan air minumnya'. Nampak lembut pekertinya tetapi lasak wibawanya.

'Personality dan Character assassination' yang dipraktiskan dalam UMNO sepanjang zaman, tidak mampu memusnahkan politik beliau. Destini politik Tengku tidak siapa boleh tentukannya kecuali diri beliau sendiri.

Demi kebenaran, telah terbukti TRH sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan politik beliau demi menegakkan kebenaran.

Buana pernah dibisik oleh TRH,
" Jangan kecewa kalau kita dipihak yang benar, tidak kira apa pun yang terjadi, sebab akhirnya; kebenaran juga yang akan menyerlah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya"

No comments:

Post a Comment