Monday 4 October 2010

Ku Li Tidak 'Pecah Liur'


Saya yakin YBM Tenku Razaliegh tidak akan menerima pencalonan dan perlantikan sebagai Pengarah P'raya di 'Buy Election' Galas.

UMNO tak payah bising, PAS tak payah bimbang pasal YBM Tengku Razaliegh.

Nak tahu kenapa saya optimis;

Kalau beliau bersetuju untuk bertanding, ini bermakna UMNO sudah ketandusan tokoh yang layak. Tentu sekali Ku Li tidak sanggup apabila orang mengatakan begitu. UMNO pun akan malu besar.Walaupun sebenarnya begitu.

Pengarah P'raya pun beliau akan tolak. Selama ini disetiap PRK , sudah menjadi amalan bahawa Timb.Presiden diamanatkan. Kenapa di Gua Musang harus diserahkan kepada Ku Li.

Dulu masa Ku Li bercadang utk bertanding kerusi Presiden UMNO, hampir semua orang kuat UMNO di KL mengutuk beliau.Macam2 tomahan. Kononnya tak sedar diri. Nyanyuk dan berbagai-bagai penghinaan.Hipokrit begini adalah musuh Ku Li.

YBM Tengku pun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi. Rasanya beliau masih berada di luar negara. Namun saya yakin belaiu tidak boleh diperbudak-budakkan oleh kanak-kanak hingusan dalam UMNO.

Satu ketika dahulu MKT telah memalukan Ku LI dalam peristiwa dimana Ku Li selaku Ketua Bahagian Gua Musang membatalkan mesyuarat Pemuda Bahagian tetapi disahkan oleh MKT.

Begitu juga pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Bahagian.Ku Li dimalukan oleh MKT.

YBM Tengku ada pendirian tersendiri.

Ku Li lebih tahu tendang terajang PAS...Apabila PAS menzahirkan perasaan seolah-olah gerun dan takut kepada seseorang individu itu sebenarnya mereka mahu orang berkenaan bertanding.

Dalam konteks ini mereka amat teruja kalau Ku Li bertanding.

Kenapa?

1.Ku Li telah menyokong tuntutan Royalti minyak..so kalau Ku Li bertanding menyenangkan PAS menang. Mereka akan mainkan isu royalti secara 'perdana'.

2.Kalau Ku Li kalah(Permainan dalaman UMNO memungkinkan ini semua) di DUN maka tamatlah riwayat Ku Li dalam UMNO. (pada PAS tamatlah penguasaan UMNO di Gua Musang dan melemahkan UMNO Kelantan keseluruhannya)

Saya yakin seyakin-yakinnya Ku Li akan tolak semuanya,tetapi ada kemungkinan akan menawarkan diri sebagai Timbalan Pengarah sahaja atau pun sebagai penasihat sahaja. 'Just to be in the group'

6 comments:

  1. bodo stetment ko ni..

    Ku Li da setuju jd pengarah pilihanrya kn?
    ko tgk la...dun galas dia akn betanding...

    ReplyDelete
  2. nik aziz pon goyang dgr Ku LI nk bertanding kt dun galas..
    ape hak die nk larang Ku li bertanding kat situ..?

    ReplyDelete
  3. Gerakan Anti Nik Aziz (GANA)

    xlama lg ade kat face book..arap orng tua tu letak jawatan bila Ku li menag kt dun galas nnt

    haha

    ReplyDelete
  4. Oii..kasarnya..nanti marah Dato Rais Yatim.

    ReplyDelete
  5. Salam Pok Nik,
    Itulah perangai UMno yg hanya menyukai seseorang bilamana orang tu boleh dipergunakan.Lihatlah nanti jikalau Ku Li menolak, berbakul2lah tohmahan yg akan dilemparkan oleh juak2 UMno yg tak tahu malu tu....

    ReplyDelete
  6. salam 1malaysia
    ambo setuju jer
    ore wi kito ambek

    ReplyDelete