(Demi kuasa, sanggup rasuah berjuta2..itulah Umno..)
Razaleigh: Ada bahagian minta 'rasuah' pencalonan RM2 juta
KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.
"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.
"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.
Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.
Sumber: mStarOnline

Tak payahlah dok mengulas dan terlalu beri perhatian pada rasuah dalam UMNO sahaja. Cuba lihat pada pemilihan PKR dan PAS, rasuah melambak-lambak kenapa tak diutarakan. Jika UMNO bersikap buruk takkanlah Islam dapat berkembang dan terpelihara, fikirlah sendiri. PAS yang tak dapat menjaga Islam dengan sempurna. ITU KENA DIFIKIRKAN. Islam pada PAS hanya ada pada parti. Penyokong PAS tertipu dengan slogan pemimpin PAS yang kononnya berjuang untuk Islam. Tapi sebenarnya hanya berjuang untuk dapatkan kerusi. Bagaimana hendaklah tegakkan negara Islam jika hanya bertanding 60 kerusi dari 222 kerusi. Inilah hipokrik terpimpin. Dipimpin oleh DAP.
ReplyDeleteBila Tun Mahathir kata " UMNO busuk sampai ke usus " apa pula kita nak kata.. Atau kita seharusnya membuat laporan kepada bandan Disiplin Parti supaya mereka berdua ini di gantung atau pecat keahlian kerana memburuk-burukkan imeg parti.
ReplyDelete