Tuesday 12 October 2010

Air Liur Meleleh,Tak Minum Ketagih, UMNO Kaki Temberang


UMNO SUDAH BERUBAH TETAPI TETAP AKAN DIUBAH.

Setelah 2 minggu berada di Ireland, YBM Tg Razaliegh kembali ke Tanah Air pada 9/10/10.Maka berduyun-duyunlah pemimpin menyambut YBM Tengku.Itulah budaya hipokrit UMNO.

Ini bukan pertama kali YBM Tengku keluar masuk Negara atas berbagai urusan. ‘Outlet’ yang digunakan ialah KLIA. Anehnya, selama ini tidak siapa pun ambil peduli YBM Tengku Razaliegh keluar masuk KLIA.


Ramai kepimpinan UMNO khususnya dari Kelantan telah menyambut ketibaan beliau di KLIA. Termasuk Dato’ Mustapha Muhamad. Sebelum ini paling ramai menghantar dan menyambut Tengku Razaliegh tidak lebih daripada 5 atau 6 orang sahaja yang mengisi ruang 'VIP Lounge’ menghantar dan menyambut beliau.

Sekadar mengingati betapa kejamnya UMNO terhadap YBM Tengku Razaliegh; dibawah adalah rentetan yang sudah tercatat dalam sejarah tentang kekejaman kepimpinan UMNO terhadap beliau.

Peristiwa 1. Majlis Perayaan Ulangtahun PETRONAS DiPerbadankan:
Kata para sahabat, pernah dalam satu majlis perayaan ulangtahun PETRONAS wajah Tegku Razaliegh tidak kelihatan . Sedangkan YBM Tengku adalah anak Melayu yang mengasaskan kewujudan PETRONAS. Badan korporat inilah yang banyak membantu pemimpin Negara dari segi kewangan. Apabila ditanya kenapa YBM Tengku tidak dijemput? Rupa-rupanya nama beliau telah disenaraikan sebagai tetamu tetapi tidak mendapat kelulusan oleh pihak atasan.Siapa pemimpin Atasan itu. Tentunya tidak dari Parti PAS,DAP atau Parti pembakang yang lain.

Peristiwa 2: Permodalan Nasional Berhad
Pada satu ketika di Pameran Tahunan Pelaburan PNB di dapati beberapa gambar kepimpinan dipamerkan untuk menonjolkan imeg para pemimpin yang telah menyumbang kepada kewujudan PNB. Dalam deretan gambar-gambar itu, gambar YBM Tengku Razaliegh tidak kedapatan. Maknanya YBM Tengku Razaliegh telah dilupakan sedangkan beliaulah yang mencetuskan idea penubuhan PNB bagi membantu kekayaan diagihkan kepada bumiputra melalui sistem ‘unit trust’ yang diuruskan oleh ASNB.

Kedua-dua peristiwa ini adalah diantara beberapa peristiwa lain yang tidak disebut disini(akan disebut pada entri akan datang) membuktikan bahawa pemimpin UMNO sekarang telah membentuk satu budaya penghapusan populariti seseorang tokoh melalui pendekatan yang sistematik. Sistem yang dimaksudkan ialah masyarakat dan rakyat 1Malaysia dijahilkan tentang jasa seseorang yang mungkin pada pendapat mereka akan menghalang mereka menguasai kepimpinan terus-terusan. Ini lah trend sistem politik UMNO sekarang.

YBM Tengku sedar perkara ini,tetapi masalah kekejaman sistem dalam UMNO tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk terus berbakti kepada bangsa dan negaranya. Ini dapat kita buktikan betapa tidak seriknya Tengku menawarkan diri pada setiap pemilihan UMNO. Pemimpin-pemimpin yang telah menyambut kepulangan beliau 09/10/10 adalah kalangan yang subahat merealisasikan sistem ‘ala Yahudi’ yang zalim itu terhadap YBM Tengku Razaliegh.Termasuk Dato Mustapha Muhamad dan konco-konconya di Kelantan.

Mulai sekarang sehinggalah PRK Dun Galas selesai, Tengku akan mendapat tempat dalam semua media yang dikuasai kerajaan UMNO . Selepas itu, peristiwa-peristiwa seperti di PETRONAS dan PNB akan berulang. Tengku akan bersendirian lagi. Dan beberapa kerat sahabat serta sebahagian anak bangsa yang mengenang budi akan bersama dengan beliau. Jangan sesiapa hairan…inilah budaya UMNO yang dikatakan pembela Bangsa.

Pernah pada satu Persidangan UMNO di PWTC, seperti biasa, para perwakilan menerima edaran sebuah buku bertajuk 'Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia'. Tengku Razaliegh tentunya turut menerima satu naskah, sama seperti perwakilan lain. Dalam Bab akhir buku itu pengarangnya telah menyenaraikan para pemimpin UMNO yang berjasa kepada bangsanya. Dari Tunku Ab Rahman, Tun Razak, Tun Hussain, Mahathir, Musa Hitam, Ghaffar dan lain-lain, TETAPI nama Tengku Razaliegh tidak tersenarai sebagai orang yang berjasa pada bangsanya.

Kalau YBM Tengku Razaliegh yang banyak berjasa kepada Parti UMNO, Bangsa dan Negara diperlakukan sedemikian rupa,“SIAPALAH KAMU WAHAI MELAYU MARHAIN.” di sisi UMNO.

Mustahil Tengku Razaliegh lupa semua itu. Beliau bukan jenis Melayu yang mudah lupa. Penerimaan Tengku Razaliegh sebagai Pengarah PRK DUN Galas patut dihormati semua pihak. Jangan terlepas pandang! penerimaan Tengku sebagai Pengarah Pilihanraya mungkin penuh bersyarat. Kalah atau Menang, itu lain cerita. Yang pasti Air Liur Tengku akan meleleh sepanjang dan selepas PRK ini.


1 comment: