Sunday, 7 November 2010

UMNO Kelantan: 20 Tahun Kuliah Masih Belum menjadi Sarjana



Tolong! Jangan Relax...

Pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula berseronok. Berkokok riuh rendah dengan kemenangan PRK di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan kedua-dua kerusi ini menjadikan ianya sebagai bahan pemimpin-pemimpin parti kita untuk berpesta. Ada yang mengatakan BN akan kembali seperti sediakala selepas PRK 13 nanti. Apa yang dimaksudkan sediakala itu sebenarnya belum ada kepastian.

Apakah yang dimaksudkan sediakala itu ;mungkin maksudnya ialah UMNO akan kembali pulih seperti sebelum gerakkan reformasi Anwar Ibrahim . Atau ‘sediakala’ yang dimaksudkan ialah keadaan pencapaian UMNO yang paling baik semasa pilihanraya 2004. Pada pilihanraya 2004 UMNO/BN telah mencapai pencapaian yang tertinggi iaitu sekuat 90 peratus perwakilan BN diDewan Parlimen.

Kemenangan 2 PRU ini tidak mengambarkan sikap pengundi seluruh negara.

Kemenangan di Galas tidak jua boleh dijadikan tanda aras bahawa perubahan sikap rakyat Kelantan keseluruhannya telah bermula. Di Galas ia lebih tertakluk kepada daya dan gaya pengurusan kepimpinan tempatan. Tengku Razaliegh Hamzah berjaya mengurus konflik, mengurus isu dan mengurus krisis dengan pendekatan-pendekatan yang sukar tetapi realistik. Menampilkan pengurusan seorang pengurus yang tulus ikhlas dan bijaksana.

Persoalannya, bagaimana pula sikap Ketua-ketua Bahagian yang lain di Kelantan. Adakah mereka itu mentadbir bahagian dengan berbekalkan keikhlasan serta kebijaksanaan atau berbekalkan 'fulus yang mulus'.

Kalau berbekalkan fulus, ada masanya fulus tidak boleh memikat semua orang. Ada masanya 'pitih-mas' tidak laku kalau emosi rakyat dilukai. Kaya fulus tetapi fakir intelek tidak berguna.

Dato' Mustapha janganlah segera bingkas bagaikan mendengar guruh dilangit lalu melaungkan dengan egonya bahawa kemarau UMNO di Kelantan sudah sampai ke hujungnya.

Mustapha Muhamad wajib mengatur prosedur audit UMNO di setiap bahagian bawah naungannya. Dia perlu membuat audit jentera parti untuk menilai kekuatan dalaman.

Jadi apabila Mustapaha Mohamad , ketua perhubungan UMNO Kelantan menyatakan kemenangan BN di Galas sebagai petanda kebangkitan BN/UMNO di Kelantan, mencerminkan betapa fakirnya intelek politik beliau.

Galas ada Tengku Razaliegh, di kebanyakkan bahagian pula ada abdi. Tunggu arahan semata. Tidak inovatif dan proaktif. Sementara strategi mereka pula suka menjemput pembesar-pembesar ke Bahagian masing-masing untuk publisiti murahan. Kononnya mereka amat rapat dengan pimpinan atasan. Membeli ruangan akhbar dan mendapatkan 'air time' di slot TV untuk publisiti. Impaknya belum pasti.

Sikap menunjuk-nunjuk ini elok dihentikan.Rakyat akan menolak mereka. Pemimpin kita tidak boleh memandang mereka yang menolak ini semata-mata untuk menolak sahaja. Diantara mereka yang menolak itu adalah orang-orang yang berfikir. Jika pimpinan memandang rendah kepada pandangan mereka maka pemimpin itu harus bersedia untuk menghadapi risiko ditolak didalam piliharaya yang akan datang.

Rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat dua dekad yang lalu . Mereka mudah dikhayalkan.

Mengapa kita tidak mahu mengikut dan meneladani contoh-contoh yang baik yang dilakukan oleh pimpinan negara-negara maju G8.

Pemimpin-pemimpin negara ini tidak pun memaparkan wajah-wajah mereka melalui media letronik setiap hari, masa dan ketika.Mereka tidak memberikan ‘priority’ untuk menonjolkan imej peribadi mereka. Mereka hanya menunjukkan kemampuan mereka untuk mengurus dan membangunkan rakyat dengan ide yang berfokus. Mereka tidak ada memberikan fokus untuk 'berglamour-glamouran’ .

Realitinya, kita tidak ada Tengku Razaleigh di merata tempat , tapi kita boleh mencontohi cara dan gaya beliau.

Aura YBM Tengku Razaliegh wajib diiktibarkan. Dato' Mustapha, hentikan monopoli segala projek ke Jeli sahaja. 'Don't be selfish' and 'don't be a greedy pig'...wallahuallam.

1 comment:

  1. Sampai bila pun UMNO Kelantan dan UMNO Tanah Merah khususnya tidak akan lulus sarjana mereka jika asyik amalkan politik cah keting dan rasuah politik,oppsss..komisen.Menuntutlah puluhan tahun pun,baca lah buku2 penulis terkemuka pun jika nafsu jahat dan faktor wang menjadi penyambung talian hayat,sampai bila pun UMNO Tanah Merah hanya gah pada nama.Bila tiba PRU..kalah lagi,lagi dan lagi.

    ReplyDelete