Monday, 28 November 2011

Dari Zero Boleh Jadi Hero

























Lama Buana tak ke sini. Sunyi bukan bersembunyi. Nak kata sibuk, Buana bukan penyibuk. Buana bukan sibuk sangat tapi hilang mood untuk menulis. Semangat masih kental.Bukan tak ada cerita nak kongsi. Tapi hilang fokus. Dek banyak sangat transformasi.Kadang-kadang transformsi banyak sangat variasi. Korupsi berselang seli.Dalam UMNO penyakit lama belum terubat, masih berkulat dan berkurap.Penyakit baru makin berisi.

UMNO tidak berubah. Bukan kerana lama usianya. Bukan juga tidak mahu berubah. Cuma mungkin tidak sedar, ia semakin berubah untuk diubah.

Perubahan yang ketara ialah pada jenama UMNO. Makin hari visualnya makin kabur. Begitu agaknya kabur optik seorang tua.Perasan atau tidak, dimana pun,lambang UMNO hanya sebesar 'DAVID'.Sedangkan wajah pemimpin; besar, hebat, teguh macam 'GOLIATH'. Terbalik. Pemimpin datang dan pergi.UMNO tetap di situ. Sepatutnya, wajah UMNO di 'cinemascopikkan'.

Pergilah kemana jua dalam alam 1Malaysia. Setiap sumbangan untuk rakyat bukan lagi dari UMNO. Tetapi dari individu. UMNO sudah tidak ada sumbangan lagi sekarang.

Malangnya, Kalau wajah pemimpin itu berwatak setan, UMNO pun turut di'setan'kan juga.Sebaliknya kalau individu itu hanya menyampaikan sesuatu sumbangan sekadar mewakili UMNO, wajah UMNO tetap akan terpelihara.

Buana nak rinkaskan suara, pendekkan cerita. Kenapa PAS letakkan siapa sahaja calon pilihanraya, boleh menang. Kalau kalah pun, kesepakatan mereka tetap ada. Sebab mereka hanya lihat lambangnya. Bukan orangnya. Konsep mereka, organisasi diutamakan.


Perihal UMNO sekarang, individu digambarkan banyak jasa. Banyak sumbangan. Bayangkan, bila tiba pilihanraya individu tersebut diserang angin ahmar. Menjadi calon tidak kesampaian atas apa jua takdirnya. Kalau semangat pemujaan individu dalam UMNO, dari zero tidak akan jadi hero. Sebaliknya PAS mampu dari zero boleh jadi hero atas semangat organisasi.