Monday 5 April 2010

Geng M16 UMNO

Masa berlalu begitu cepat..Tak sedar rupa-rupanya AJK UMNO Bahagian Tanah Merah yang bernama ALI AKBAR BIN MAYIM rupa-rupanya telah ditahan reman 5 hari dalam lock-up Balai Polis Tanah Merah.

Mungkin itu tak kisah sangat bagi beliau sebab sejarah dan latarbelakang beliau semasa remaja dulu pun keluar masuk lock-up balai bagaikan santapan rohani beliau sahaja. Alah bisa kerana biasa. Tanyalah warga Tanah Merah yang sebaya dengan beliau.

Setakat Buana mendengar cerita katanya belajar tak habis sekolah rendah. 'drop out'. Yang ada pada beliau ialah 'auta'. Sijil pendidikan secara formal memanglah dalam bahasa Tamil kata "nahi-nahi, elek-elek".

Tak usah panjang lah kisah tentang AJK Bahagian tersebut. Yang pentingnya kepimpinan UMNO bahagian Tanah Merah wajib mengambil tindakan terhadap Ali Akhbar Mayim ini kerana bukan sahaja tidak pandai menjaga maruah dan moral sendiri serta bini-bini dan anak-anak dan cucu-cucu tetapi juga memalukan UMNO sebuah parti melayu yang sepatutnya kaya dengan nilai-nilai moral yang anggun.

Dalam pada itu pun Buana dapat informasi bahawa AJK ini juga adalah Yang DiPertua PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 3 Tanah Merah. Waduh jijiknya.

Bagi Buana yang cetek ilmu politik ini rasanya kepimpinan wajib menasihatkan AJK tersebut melepaskan semua jawatan. Tidak usah tunggu keputusan mahkamah. Dalam kes ini beliau berhadapan dengan 2 buah mahkamah; iaitu mahkamah Syarie dan Mahkamah Sivil. Mungkin mengambil masa yang lama. Lagi pula melibatkan puteri(anak yatim) bawah umur.

Sekiranya beliau berdegil dan tidak mematuhi nasihat pimpinan, persembahkan kepada badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal tatatertib di peringkat Nasional. Ahli yang engkar dan tidak tahu malu yang memalukan UMNO harus dipecat keahliannya. UMNO tidak akan binasa dengan memecat keahlian orang seperti ini malah akan meningkatkan moral UMNO keseluruhan kerana dapat membuktikan UMNO serius menangani masalah sebegini. Ali Akhbar hanyalah setitik embun di lautan yang luas.

Takut nanti ramai ibu bapa warga Tanah Merah tidak akan mengizinkan remaja-remaja perempuan mendekati UMNO. Sedangkan pimpinan tertinggi sentiasa mengalakkan tranformasi supaya remaja didekati dan mendekati UMNO.

Kalau tidak isu ini akan memberi akses kepada parti lawan dengan berbagai-bagai tomahan yang boleh membawa pengertian bahawa 'Tradisi Membela Rakyat', 'Jaguh Rakyat' dan berbagai-bagai slogan sebenarnya kosmetik sahaja. Tidak membawa makna apa-apa.

Bagi orang berpendidikan semua tahu apa erti 'Membela' tetapi bagi AJK ini agaknya lah..dia tafsirkan 'membela' ini dengan erti loghat daerah yang membawa makna mensetubuhi. Agaknya lah..sebab itu apabila dia ditangkap khalwat dengan gadis bawah umur dia terpinga-pinga. Slogan kata 'Membela' tetapi apabila dia cuba 'membela' gadis bawah umur ditangkap pula. Sebab itu setelah ditangkap beliau advocate isu sebagai 'perangkap'. Kalau begitu izinkan Buana berteori bahawa rupa-rupanya UMNO yang memerangkap beliau.

Kata orang putih 'last but not least'..apabila kita terkena jangan menuding tangan pada orang lain. Bukan salah ibu mengandung celakanya badan..salah awak sendiri. Tuai apa yang kita semai. Kalau benih padi yang disemai maka beras lah hasil yang di tuai..tak mungkin padi berbunga lalang.

JOM..kita hapuskan geng M16 dalam UMNO. Selamatkan UMNO.Wallahuallam


















3 comments:

  1. Siapa yg nak selamatkan umno nih..?
    Kalau pimpinan umno sedar atau nak selamatkan umno kenapa sampai laa ni masalah lagu ni masih berleluasa dalam kamus umno..?????
    Awat payah sangat kaa? nak reject kan ahli yg bermasalah lagu ni?
    Nak jaga sekerat dua atau nak jaga satu kapal????

    ReplyDelete
  2. Zaman 'jahiliah' dulu orang mcm ni la jd pemimpin....

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh selamat,selamatkan lah, kalau tak boleh tinggalkan lah. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama kita tak jadi orang, jadi macam kaldai.

    ReplyDelete