Sunday, 24 April 2016
Menu Kesukaan Najib: Gelama Ikan Duri,Siakap Senohong
“Biar saya terangkan dengan jelas: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat ini sendiri.” Najib Razak
Mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai cerita dogeng,karut-marut yang dilaungkan oleh para individu dari JASA
atau macai2 dalam Facebook? Mereka bukannya pekerja 1MDB. Mereka
pun tidak akan tahu apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
rakyat. Yang tahu hanya Najib dan rakan-rakan sepenyelewengannya di
dalam 1MDB sahaja.
Tentu sahaja orang-orang seperti Azalina
Othman, Husni Hanadzlah atau Salleh Keruak dan seluruh menteri kabinet
tidak tahu apa-apa. Mereka cuma tahu mengangguk-angguk seperti bangau
mencari makan.
Apa yang
lebih teruk, kerajaan ini menggunakan wang rakyat untuk menyebarkan
maklumat palsu dan menipu untuk mempertahankan Najib!
Rakyat jangan terpedaya dengan menu kesukaan Najib..
Gelama ikan duri, siakap senohong
Sudah lama mencuri, hari2 cakap bohong..
Hari ini hari Selasa
Esok hari hari Rabu
Hari hari dicerca hina
Entah bila nak saman malu
Kata kata Ahmad Maslan dan Haron Din terbukti betul; iaitu Perdana Menteri kita ini adalah sangat bodoh kerana mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi.
Saturday, 23 April 2016
First Lady Of Khalifah Umar Vs FLOM isteri PM Najib.
Pada pemimpn yang mengaku perjuangannya ialah untuk agama,bangsa dan tanahair, sila baca kisah tauladan Khalifah Umar Al-Khattab tentang hadiah kalung yang isterinya dapat,
Pernah pada suatu masa Khalifah Umar al-Khattab melihat isterinya memakai seutas kalung, sedangkan Khalifah Umar tidak pernah membelikan isterinya kalung seperti itu.
Kemudian Umar bertanya isterinya, " Dari mana kalung itu kamu perolehi?" Isteri Umar menjawab," Kalumg ini saya peroleh dari isteri Raja Romawi yang memberi hadiah semasa berkunjung ke mari tempoh hari". Lalu Umar perintahkan isterinya menanggalkan kalung itu untuk dihantarkan ke Baitul Mal.
Umar berkata, " Kalung itu adalah hak negara". Lalu jawab isterinya," Saya kira bukanlah hak negara kerana ia adalah satu hadiah kepadaku".
Kemudian Khalifah Umar menegaskan kepada isterinya, " Ketahuilah bahawa kamu menerima hadiah itu kerana kamu isteri Khalifah. Kalau kamu bukan isteriku tentu tidak akan dapat hadiah tersebut. Lihatlah berapa ramainya wanita Arab di Madinah ini, namun tidak seorang pun yang dapat hadia semacam itu, bukan?" " Isteriku, jika kamu berkeras, kamu putuskanlah samada kamu pilih Umar bin Khattab atau pilih kalung itu."
Akhirnya isteri Khalifah Umar ra. menyerahkan hadiah kalung tersebut dan dihantar ke Baitul Mal kerana Umar telah memutuskan bahawa ianya adalah hak Negara.
Siapa yang berani hendak sanggah kisah Khalifah Umar ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)